Professional Documents
Culture Documents
Kertas - Kerja Lawatan Meneroka Ilmu Prasekolah
Kertas - Kerja Lawatan Meneroka Ilmu Prasekolah
Kertas - Kerja Lawatan Meneroka Ilmu Prasekolah
Tajuk : LAWATAN MENEROKA ILMU PRASEKOLAH KE ORGANIC FARM, BERYL’S FACTORY & ART
WAX CANDLE TAHUN 2017
1.0 PENDAHULUAN
Prasekolah SK Seksyen 1 Bandar Kinrara akan mengadakan lawatan meneroka ilmu ke Organic Farm , Beryl’s Factory
dan Art Wax Candle pada 9 Mei 2017. Seramai 50 orang murid dan 5 orang guru pengiring akan mengikuti lawatan
meneroka ilmu ini.
2.0 RASIONAL
Mendedahkan murid kepada persekitaran luar terutama kepada tempat-tempat yang belum pernah
dilawati.
3.0 MATLAMAT
Menerapkan nilai-nilai murni seperti mematuhi peraturan, memupuk sikap bekerjasama dan
mengeratkan hubungan dengan guru serta rakan.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Murid dapat mengenal nama sayur-sayuran serta proses penanaman selaras dengan Projek Bumi
Hijau Prasekolah.
4.2 Murid mengetahui dan merasai pengalaman meneroka alam semulajadi.
4.3 Murid membina pengalaman menghasilkan lilin mengikut kreativiti.
5.0 PELAKSANAAN
5.2 Tempat
ORGANIC FARM
Lot, 2343, Jalan Broga, Batu 26, 43500 Semenyih, Selangor
BERYL’S FACTORY
No.2, Jln Raya 7/1, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, 43300 Seri
Kembangan, Selangor.
Malaysia
Program ini mensasarkan 50 orang murid prasekolah dan 5 orang guru pengiring.
Diharapkan Program Lawatan Meneroka Ilmu mampu memberi impak yang positif dalam membantu
perkembangan murid prasekolah secara menyeluruh melalui penerokaan akitiviti-aktiviti sepanjang hari
lawatan. Semoga pengalaman dapat dibina untuk memantapkan lagi pengetahuan, membina keyakinan diri
serta membantu ke arah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
…………………………………. ………………………………………
(NORANNIERA BT MOHD ARSHAD) (PN HJH ZALIJAH BT MOHD NOOR)
Guru Penyelaras Guru Besar
Lawatan Meneroka Ilmu Prasekolah SK Seksyen 1 Bandar Kinrara
SK Seksyen 1 Bandar Kinrara 47100 Puchong
47100 Puchong Selangor
Selangor