Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER SEPULUH/ TAHUN 2017

ABSD2103
SIASAH SYAR’IYYAH

NO. MATRIKULASI : 851012055136002


NO. KAD PENGENALAN : 851012055136
NO. TELEFON : 0162325637
E-MEL : atriza_umar@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PPW NEGERI SEMBILAN

1
ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan
2. Konsep kehakiman dan keadilan dalam pentadbiran negara Islam
3. Penubuhan sistem mahkamah di negara-negara Islam dan perkembangan sistem
mahkamah syariah di Malaysia
4. Mengenalpasti permasalahan dan cadangan memperkasakan sistem mahkamah
syariah di Malaysia
5. Kesimpulan
6. Rujukan

2
1. PENGENALAN

Siasah Syar’iyyah ialah ilmu yang membincangkan mengenai pentadbiran sesebuah


kerajaan Islam yang merangkumi undang-undang dan sistem yang berasaskan kepada
asas-asas Islam atau mentadbir urusan umum daulah Islamiah dengan cara yang membawa
kebaikan kepada manusia dan mengelakkan mereka daripada kemudaratan, tanpa
melanggar sempadan syarak dan asas-asas walaupun dalam perkara yang tidak disepakati
oleh ulama’ mujtahidin.

Siasah Syar’iyyah atau Sistem Politik Islam bukanlah sesuatu ilmu baru dalam kalangan
ulama Islam, malah perbahasan dan perbincangan mengenainya telah merentasi masa
mahupun sempadan geografi. Ia sejajar dengan kepentingannya yang secara langsung
berkait rapat dengan kelangsungan Islam dan umat Islam itu sendiri.

1.1 Objektif
Bertujuan untuk menilai kefahaman pelajar mengenai sistem kehakiman dan keadilan
syariah yang diaplikasikan dalam sesebuah negara Islam.

1.2 Definisi
Secara etimologi siyasah Syar’iyyah berasal daripada perkataan Syara’a yang bermaksud
sesuatu yang bersifat syar’i atau boleh dirumuskan sebagai peraturan atau politik yang
bersifat berlandaskan Islam

Manakala secara terminologi menurut Ibnu `Aqail adalah sesuatu tindakan yang secara
praktikal memimpin manusia hampir dengan kemaslahatan dan terhindar daripada
kerosakan.

Definisi yang dikemukakan Ibnu 'Aqail di atas mengandungi beberapa pengertian.


Pertama, bahawa tindakan atau kebijakan siyasah itu adalah bagi kepentingan masyarakat.
Ini membuktikan bahawa siyasah dilakukan dalam konteks masyarakat dan tentunya
dirangka bagi mereka yang mempunyai kuasa atau autoriti dalam memberikan pengarahan
kepada umum. Kedua, keputusan yang diambil dan diikuti oleh masyarakat itu selalunya
adalah bersifat alternatif daripada beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan iaitu

3
mencari yang lebih dekat kepada kemaslahatan bersama dan mencegah adanya keburukan.
Hal seperti itu memang salah satu sifat khas daripada siyasah yang penuh furu’ (cabang)
dan pilihan bagi manusia. Ketiga, siyasah itu dalam wilayah ijtihadi, iaitu merangkumi
urusan-urusan awam yang tidak ada dalil qath'i (tetap) daripada al-Quran dan Sunnah
melainkan dalam lingkungan keperluan bagi kaum muslimin. Sebagai wilayah yang
dikuasai maka dalam siyasah yang sering digunakan adalah pendekatan qiyas dan maslahat
mursalah.

Maslahah mursalah menurut bahasa bermaksud “mencapai kemaslahatan” dan menurut


istilah ialah;

ّ ‫المصلحة المرسلة الّتي‬


ّ ‫يشرع حكمالتحقيقها ولم يد ّل دليل شرع‬
‫ي على اعتبارها‬
‫اوالغائها‬

“Maslahah mursalah ialah maslahah yang tidak disyari’atkan hukum oleh syariat untuk
menwujudkannya dan tidak ada dalil syara’ yang menganggapnya atau mengabaikannya.”

Oleh itu, maslahat mursalah, adalah sesuatu kejadian yang syara’ atau ijma tidak
menetapkan hukumnya dan tidak pula nyata ada illat yang menjadi dasar syara menetapkan
satu hukum,tetapi ada pula sesuatu yang munasabah untuk kemaslahatan dan kebaikan
umum.

Namun, dasar utama daripada adanya siyasah Syar’iyyah adalah keyakinan bahawa syariat
Islam diturunkan untuk kemaslahatan umat manusia di dunia dan akhirat dengan
menegakkan hukum yang seadil-adilnya walaupun cara yang ditempuhnya tidak terdapat
dalam al-Quran dan Sunnah.

Dalam sudut ilmu pula, Siyasah Syar’iyyah adalah suatu bidang yang mengetengahkan hal
ehwal pengurusan masyarakat dan negara dengan segala bentuk hukum, peraturan dan
keputusan yang dibuat oleh yang memegang tampuk kekuasaan negara bersesuaian dengan
jiwa dan prinsip dasar syariat Islam bagi mewujudkan kemaslahatan masyarakat.

4
2. KONSEP KEHAKIMAN DAN KEADILAN DALAM PENTADBIRAN

Kehakiman atau al-qada’ daripada segi bahasanya bermaksud menghukum,


menyelesaikan, menetapkan, memutuskan dan mencegah sesuatu yang disabitkan
ketentuan terhadapnya. Manakala daripada sudut syarak pula ia bermaksud menyelesaikan
perbalahan atau pertelingkahan yang berlaku antara manusia berpandukan syariah Islam.

Institusi kehakiman merupakan satu institusi penting dalam sesebuah pemerintahan Islam.
Dalam sebuah sistem perundangan, ia merupakan elemen kunci yang menjamin kejayaan
sesebuah sistem perundangan. Kerana itulah syariah Islam memberikan penekanan yang
utama terhadap institusi kehakiman. Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam pernah
bertindak sebagai seorang hakim bagi membicarakan pertelingkahan yang berlaku dalam
kalangan anggota masyarakat.

Dalam pada itu, baginda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam juga pernah mengirim para
sahabatnya seperti Ali bin Abi Talib dan Mu’az ibn Jabal ke Yaman sebagai hakim yang
mentadbir urusan perundangan yang tercetus di negeri tersebut. Demikian juga selepas
kewafatan Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam, urusan kehakiman diambil alih oleh para
Khulafa’ al-Rasyidin.

Matlamat institusi kehakiman

Secara umumnya, matlamat institusi kehakiman adalah bagi menegakkan keadilan tanpa
mengira status, darjat, pangkat, keturunan dan agama. Malah, keadilan yang dianjurkan
dalam Islam adalah keadilan sejagat dan tidak bersifat memilih. Jadi, sesiapa yang terbukti
bersalah harus dihukum sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Taala dalam Surah Al
maidah ayat 42;

‫ض‬ ْ ‫اح ُك ْم َب ْي َن ُه ْم أ َ ْو أَع ِْر‬


ْ ‫ض َع ْن ُه ْم ۖ َو ِإ ْن ت ُ ْع ِر‬ ْ َ‫وك ف‬ َ ‫ت ۚ فَإ ِ ْن َجا ُء‬
ِ ‫س ْح‬ ِ ‫س َّماعُونَ ِل ْل َك ِذ‬
ُّ ‫ب أ َ َّكالُونَ ِلل‬ َ
َ‫ِطين‬ ِ ‫َّللاَ ي ُِحبُّ ْال ُم ْقس‬ ِ ‫اح ُك ْم َب ْي َن ُه ْم ِب ْال ِقس‬
َّ ‫ْط ۚ ِإ َّن‬ ْ َ‫ت ف‬َ ‫ش ْيئًا ۖ َو ِإ ْن َح َك ْم‬
َ ‫وك‬
َ ‫ض ُّر‬ ُ َ‫ع ْن ُه ْم فَلَ ْن ي‬
َ

Maksudnya;

5
Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan
yang haram. Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan), maka
putuskanlah (perkara itu) diantara mereka, atau berpalinglah dari mereka; jika kamu
berpaling dari mereka maka mereka tidak akan memberi mudharat kepadamu sedikitpun.
Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) diantara
mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.

Dalam konteks ini, institusi kehakiman adalah bertujuan untuk menentang kezaliman.
Islam menentang sebarang bentuk kezaliman seperti yang ditegaskan oleh Allah
Subhanahu Wa Taala dalam Surah Hud 113;

َ ‫َّللاِ ِم ْن أَ ْو ِليَا َء ث ُ َّم ََل ت ُ ْن‬


َ‫ص ُرون‬ ِ ‫ار َو َما لَ ُك ْم ِم ْن د‬
َّ ‫ُون‬ َ َ‫َو ََل ت َ ْر َكنُوا ِإلَى الَّذِين‬
َّ ‫ظلَ ُموا فَتَ َم‬
ُ َّ‫س ُك ُم الن‬

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu
disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain
daripada Allah Subhanahu Wa Taala, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.

Selain menghapuskan kezaliman, sistem kehakiman juga berperanan membela orang yang
dizalimi. Dengan ini, secara jelasnya Islam memelihara hak setiap individu yang menjadi
mangsa kezaliman. Orang yang dizalimi mendapat hak pembelaan dalam sistem
kehakiman sebagaimana hukum hudud dan qisas menjadi salah satu keadilan bagi membela
orang yang dizalimi.

Maka sistem kehakiman amat mengambil berat terhadap mereka yang ditindas, dianiaya
dan dizalimi demi menegakkan keadilan agar maruah, harta benda dan nyawa orang
dizalimi dikembalikan haknya.

6
3. SISTEM PERUNDANGAN DI NEGARA-NEGARA ISLAM DAN
PERKEMBANGAN SISTEM MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA

3.1. Sistem Perundangan di Negara-Negara Islam

1. Pakistan

Sehingga tahun 1978, undang-undang Syariah cuma tertakluk kepada kes yang melibatkan
status individu. Zia ul Haq memperkenalkan mahkamah Syariah dan membawa perubahan
yang besar dalam sistem keadilan di Pakistan. Artikel 203a hingga 203j di dalam
perlembagaan menjadi asas kepada penubuhan mahkamah syariah yang memberi kuasa
kepada hakim untuk menentukan hukuman kepada apa-apa bentuk pelanggaran terhadap
undang-undang Islam. Ini termasuk memastikan perjalanan kes-kes di mahkamah adalah
bersesuaian dengan undang-undang Islam.

Kanun keseksaan (penal code) di Pakistan juga mengandungi elemen syariah. Sebagai
contoh, di bawah artikel 5, bahagian 2 Ordinan No. VII 1979, sesiapa yang didapati
bersalah melakukan penzinaan, “jikalau ia seorang yang muhsan, akan direjam hingga mati
menggunakan batu di tempat awam; jikalau pesalah bukan seorang muhsan, akan dihukum
di tempat awam, dengan sebatan sebanyak 100 kali sebatan. Di bawah undang-undang
tahun 2016, kes rogol akan didengari di kedua-dua mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

2. Qatar

Syariah adalah sumber utama perundangan berdasarkan perlembagaan di Qatar. Undang-


undang syariah digunapakai terhadap kes yang melibatkan undang-undang kekeluargaan,
pewarisan, dan perlakuan jenayah (contohnya penzinaan, rompakan dan bunuh). Di
sesetengah mahkamah keluarga, nilai kesaksian wanita adalah separuh daripada kesaksian
orang lelaki, dan ada kes yang langsung tidak menerima kesaksian daripada wanita.
Sebatan digunakan di Qatar sebagai hukuman terhadap kesalahan meminum arak dan
perlecehan seksual.

Pada tahun 2006, seorang wanita Filipina telah disebat sebanyak 100 kali atas kesalahan
berzina. Pada tahun 2014, seorang ekspatriat Muslim telah disebat sebanyak 40 kali kerana
kesalahan memandu di dalam keadaan mabuk. Artikel 1 Undang-undang no 11 tahun 2004

7
(Kanun Keseksaan) memberi kuasa untuk melaksanakan undang-undang syariah bagi
kesalahan melibatkan mencuri, zina, minum arak dan murtad, samada pelaku atau mangsa
adalah seorang Muslim.

3. Iraq

Artikel 1 Kod Sivil menjelaskan undang-undang Islam sebagai sumber utama perundangan
di Iraq. Kod 1958 mengakibatkan poligami menjadi begitu sukar, hak jagaan anak jatuh
kepada si ibu jika terjadinya perceraian, serta larangan perkahwinan di bawah umur 16
tahun. Pada tahun 1995, Iraq memperkenalkan hukuman Syariah bagi melibatkan
kesalahan jenayah. Artikel 41 Perlembagaan membenarkan kes status peribadi
(perkahwinan, perceraian dan hak warisan) didengari di mahkamah syariah.

3.2. Perkembangan Sistem Mahkamah Syariah di Malaysia

Mahkamah Syariah di Malaysia telah melalui evolusi yang panjang bagi mencapai tahap
ini yang hampir setanding dengan mahkamah sivil daripada aspek struktur dan pentadbiran.
Apa yang dimaksudkan ialah evolusi dalam bentuk mahkamah moden. Jika boleh dikira
evolusi sejak daripada mula wujudnya mahkamah syariah di zaman silam di mana ia
bermula di dalam istana raja Melaka dengan sultan atau pembesar bertindak sebagai hakim
yang lebih hampir kepada bentuk native court pada tahap yang lebih tinggi. Mahkamah
syariah sekarang dikategorikan sebagai moden walaupun bidang kuasa menghukum dan
infrasrukturnya lebih inferior daripada mahkamah sivil.

Mahkamah Syariah Sebelum Penjajahan

Undang-undang Islam telah diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan British lagi.
Ini dapat dilihat melalui Undang-Undang Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut
Melaka. Undang-Undang Melaka telah menjadi asas kepada undang-undang negeri
Melayu yang lain seperti Pahang, Kedah dan Perak. Selain itu, Batu Bersurat Terengganu
bertarikh 1303 telah mencatatkan bahawa hukuman zina adalah berdasarkan undang-
undang Islam. (Mahamad Arifin et.al. 2007:77)

8
Selain itu catatan dalam Buku Sejarah Melayu ada menceritakan tentang penguatkuasaan
undang-undang bagi pencuri ketika pemerintahan Sultan Alaudin Syah, anak kepada
Sultan Mansur Syah. Catatannya adalah seperti berikut : “Pada suatu malam Seri Maharaja
berkawal, bertemu dengan seorang pencuri. Maka diparang oleh Seri Maharaja dengan
pedang bertupai, putus bahunya…….Maka daripada hari itulah datang kepada akhirnya
tiada pencuri lagi di dalam negeri Melaka”. (Siti Shamsiah Md Supi. 2005:3)

Salah satu bukti lain yang menunjukkan bahawa undang-undang Islam telah diamalkan di
Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah ialah dengan merujuk kepada Batu Bersurat
Terengganu bertarikh 22 Februari 1303 bersamaan 4 Rejab 702 disebut : “Orang berbuat
bala cara laki-laki perempuan satitah Dewata Maha Raya jika merdeka bujang palu seratus
rotan. Jika merdeka beristeri atau perempuan bersuami ditanam hinggakan pinggang
dihambalang dengan batu matikan” (Ahmad Mohamad Ibrahim. 1997:481)

Mahkamah Syariah Semasa Penjajahan

Hakikatnya, sebelum tahun 1948, kedudukan Mahkamah Syariah masih lagi berada dalam
struktur Mahkamah Negara beserta dengan mahkamah yang lain. Namun dengan lulusnya
“Courts Ordinance 1948”, Mahkamah Syariah yang terdiri daripada Mahkamah Kadi dan
Mahkamah Penolong Kadi telah dipisahkan daripada susunan Mahkamah Persekutuan.
(Zaini Nasohah. 2004:69) Kedatangan British ke Tanah Melayu telah membawa bersama
undang-undang mereka. Penubuhan sistem kehakiman British dengan kemasukan pegawai
British yang terlatih dalam undang-undang Brtitish dan penggubalan undang-undang
berdasarkan undang-undang British telah sedikit sebanyak menyebabkan undang-undang
Islam terpinggir (Mahamad Arifin et.al. 2007:78)

Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Syariah pula boleh didengar oleh sebuah badan
rayuan yang dianggotai oleh orang bukan Islam. (Mahamad Arifin et.al. 2007:78)

Mahkamah Syariah Selepas Merdeka

9
Kedudukan Mahkamah Syariah boleh dikatakan beransur kukuh selepas zaman
kemerdekaan dengan tertubuhnya Mahkamah Syariah di setiap Negeri.
Walaubagaimanapun ia masih belum pulih sepenuhnya dari zaman penjajahan British
kerana keterbatasannya dari segi kuasa, kekurangan tenaga kerja, ketiadaan tatacara dan
pelaksanaan perintah. (Mahamad Arifin et.al. 2007:80)

Sekiranya terdapat pertelagahan atau ketidakpuasan hati terhadap keputusan yang dibuat
oleh Mahkamah Syariah, pihak yang terlibat boleh membuat rayuan di Mahkamah Sivil.
Kerendahan taraf Mahkamah Syariah dapat dilihat apabila Mahkamah Sivil boleh
memutuskan satu ketetapan yang baru tanpa mengambil kira keputusan yang telah
diputuskan oleh Mahkamah Syariah sebelumnya (Mahamad Arifin et.al. 2007:80)

Ini dapat dilihat dalam kes Myriam lwn Mohamad Ariff (1971) yang mana Mahkamah
Syariah telah mengesahkan perceraian mereka dan telah memutuskan hak penjagaan dan
lawatan terhadap anak-anak. Namun kemudian mereka tidak berpuas hati dengan
keputusan tersebut, dan membawa kes tersebut ke Mahkamah Sivil. Mahkamah Sivil telah
memutuskan bahawa adalah tidak menjadi masalah untuknya mendengar kes tersebut
kerana ia berpendapat sekiranya terdapat percanggahan bidang kuasa antara Mahkamah
Sivil dengan Mahkamah Syariah maka bidangkuasa sivil harus mengatasi bidangkuasa
Mahkamah Syariah. Ini dapat dilihat di dalam Enakmen Pentadbiran Syariah Negeri
Selangor 1952 (Mahamad Arifin et.al. 2007:86)

Kepincangan ini telah disedari oleh Kerajaan dan satu usaha penambahbaikan Mahkamah
Syariah telah dilakukan pada tahun 1988 yang menetapkan bahawa Mahkamah Sivil tidak
harus menggunakan bidang kuasanya dalam perkara yang mana Mahkamah Syariah
mempunyai bidang kuasa terhadapnya (Mahamad Arifin et.al. 2007:86)

Dengan itu, kedudukan Mahkamah Syariah dalam tempoh 41 tahun selepas kemerdekaan
bertambah baik dengan adanya pindaan terhadap perkara 121 (1988) yang menetapkan
bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri urusan penghakiman Mahkamah Syariah
kerana kedudukannya bukanlah sebagai sebuah mahkamah rendah dalam sistem

10
perundangan negara, tetapi ia adalah sebuah mahkamah yang sama taraf dengan
Mahkamah Sivil.

Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Hakim Mahkamah Agung, Harun Hashim dalam kes
Mohamed Habibullah lwn Faridah (1992) : “Apa yang dilakukan oleh Perkara 121 (1A)
adalah memberikan bidangkuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah dalam mentadbir
undang-undang Islam berkaitan. Dalam ertikata lain, perkara 121 (1A) merupakan
peruntukan yang menghalang pertembungan bidangkuasa di antara Mahkamah Sivil dan
Mahkamah Syariah” Beliau juga menegaskan : “…adalah jelas maksud Parlimen melalui
perkara 121 (1A) adalah bagi menarik balik bidangkuasa Mahkamah Tinggi (sivil)
terhadap apa jua perkara yang tertakluk di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah.”
(Mahamad Arifin et.al. 2007:84 & Siti Shamsiah Md Supi. 2005:55)

11
ABSD2103

4. MEMPERKASAKAN SISTEM MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA

Aspek Kelemahan Mahkamah Syariah Yang Sering Diperkatakan Oleh Masyarakat Dan
Langkah Mengatasinya

Terlalu banyak kelemahan dan kekurangan yang diperkatakan oleh masyarakat awam
mengenai kelemahan di dalam pengurusan serta pentadbiran yang berkaitan dengan Mahkamah
Syariah di Malaysia.

Pertama : Bidangkuasa Yang Sangat Terhad

Walaupun negeri-negeri diberi kuasa untuk menubuhkan Mahkamah Syariah dan mengadakan
undang-undang yang boleh menghukum mana-mana orang yang melakukan kesalahan
sebagaimana yang diperuntukkan, namun kuasa yang dibenarkan ini adalah amat terhad kerana
dibatasi oleh Perlembagaan dan Akta-Akta tertentu.

Rentetan daripada keterbatasan bidangkuasa Mahkamah Syariah ini, beberapa kes jenayah
yang sepatutnya melibatkan undang-undang hudud dan qisas seperti zina, minum arak dan
sebagainya, Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa untuk menjatuhkan hukuman
sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan Sunnah (Zaini Nasohah. 2004:83-
84)

Cadangan : Meminda Perlembagaan Persekutuan

Prof. Ahmad Mohamad Ibrahim menjelaskan bahawa tujuan untuk meninggikan undang-
undang Islam khususnya bidangkuasa Mahkamah Syariah maka satu perkara dalam
Perlembagaan Persekutuan hendaklah diadakan seperti : “Mana-mana undang-undang yang
bertentangan dengan undang-undang Islam hendaklah terbatal dan dianggap tidak sah setakat
mana yang ia bertentangan itu”(Ahmad Mohamad Ibrahim 1997 : 15)

Di England telah banyak perubahan yang dibuat terhadap undang-undang yang menjadikannya
lebih dekat kepada undang-undang Islam. Tetapi sayangnya di Malaysia hingga hari ini

12
ABSD2103

kerapkali mengikut sahaja pembaharuan yang dibuat oleh mereka sedangkan contoh yang
terbaik boleh didapati daripada undang-undang Islam (Ahmad Mohamad Ibrahim 1997 : 11)

Kedua : Ketidak Seragaman Undang-Undang Antara Negeri

Salah satu masalah yang sedia dihadapi oleh Mahkamah-Mahkamah Syariah sekarang ini
seperti yang diperkatakan oleh YAA Datuk Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman, Ketua
Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ialah ketiadaan penyeragaman
undang-undang. Sesungguhnya undang-undang yang digunapakai adalah berbeza-beza antara
negeri kerana setiap negeri mempunyai bidangkuasanya yang tersendiri. Perbezaan ini
menyebabkan banyak masalah yang berlaku seperti pengeluaran perintah yang pelbagai dari
beberapa negeri sedangkan ia datang dari pihak-pihak yang sama.

Selain itu, permasalahan ini timbul akibat daripada setiap negeri mempunyai badan pembuat
undang-undangnya sendiri iaitu Dewan Undangan Negeri masing-masing (Zulkifli Hasan et.al.
2007:6) Selain itu, permasalahan ketidakseragaman undang-undang dibimbangi akan
menghasilkan keputusan yang tidak selaras terutamanya dalam kes di Mahkamah Rayuan
Syariah. (Zulkifli Hasan et.al. 2007:9-10)

Cadangan : Pemusatan Kuasa Pentadbiran Kehakiman Islam

Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Universiti Sains Islam Malaysia menyatakan antara langkah
yang boleh diambil bagi meningkatkan taraf Mahkamah Syariah ialah dengan memusatkan
kuasa Pentadbiran Kehakiman Islam dibawah satu badan khas.

Oleh yang demikian, Mahkamah Syariah negeri-negeri perlu bergabung antara satu sama lain
dan dikawal oleh badan tersebut. Antara sebab terkebelakangnya Mahkamah Syariah ialah
kerana ia masih berada di bawah bidang kuasa negeri yang menyebabkan ia dipandang sebagai
sebuah institusi kecil dan kuasanya hanya boleh dilaksanakan di negeri terbabit sahaja.
Sehubungan itu, bagi merealisasikan tujuan tersebut, Ketua Hakim Syarie dan Mufti perlu
memainkan peranan dalam menjelaskan tujuan penggabungan tesebut, matlamatnya, kesannya
dalam jangka panjang dan sebagainya kepada Sultan/ Raja negeri terbabit (Irwan Mohd Subri
et.al.2005:28-30)

13
ABSD2103

Ketiga : Kelewatan Perlantikan Hakim-Hakim Mahkamah Syarie

Sebagai contoh, perlantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah sering mengalami masalah
kelewatan perlantikan terutama sekali apabila berlaku pertukaran Hakim atau perlantikan
Hakim yang baru. Kelewatan ini banyak menyebabkan kes tertangguh pendengarannya. Ia
seringkali menimbulkan rungutan dan kritikan masyarakat. Permaslahan ini timbul kerana
perlantikan hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi dilantik dan ditauliahkan
oleh Sultan/ Raja/ Yang Dipertuan Agong dengan nasihat Ketua Hakim Syarie. Dengan kuasa
seperti ini, sebaik sahaja seorang Hakim Mahkamah Rendah ditugaskan di sesebuah negeri,
pada hari itu juga dia boleh ditauliahkan dan terus boleh menjalankan tugas kehakimannya
(Zulkifli Hasan et.al. 2007:12)

Cadangan : Penambahbaikan Skim Perjawatan Di Mahkamah Syariah

Meskipun Pegawai Mahkamah Syariah adalah pegawai negeri, skim perkhidmatan, syarat
perlantikan dan perkhidmatan, gaji dan elaun mereka adalah ditetapkan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam Persekutuan. Jawatan dalam kehakiman dan perundangan negeri adalah
amat terhad dan tidak banyak peluang untuk kenaikan pangkat dalam perkhidmatan itu.
(Ahmad Mohamad Ibrahim 1997 : 48)

Keempat : Tidak Dapat Memutuskan Isu Yang Berkaitan Dengan Kewangan Islam

Dalam perkara bank, perbankan, insuran dan sebagainya, Mahkamah Sivil dalam amalannya
akan mentadbirkan undang-undang menggunakan prinsip Undang-Undang Inggeris, dan tidak
terkecuali dalam menyelesaikan kes-kes dari Perbankan Islam dan Takaful.

Sehubungan itu, bagi menyelesaikan kemelut yang timbul dalam permasalahan seperti itu,
maka Akta Bank Negara 1958 telah dipinda dengan memperuntukkan bahawa persoalan
Hukum Syarak yang berkaitan dengan kewangan Islam yang timbul di mahkamah Sivil
hendaklah dirujuk kepada Lembaga Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia. Ini juga bagi
memastikan keseragaman keputusan mengenai permasalahan yang serupa (Zulkifli Hasan et.al.
2007:26)

14
ABSD2103

Cadangan : Mewujudkan Institusi Kajian Yang Berautoriti

Memandangkan undang-undang Islam ini telah lama terhenti perkembangannya dalam aspek
pelaksanaannya, maka kajian yang menyeluruh diperlukan untuk menjadikan undang-undang
Islam itu relevan dan dapat dilaksanakan dalam masyarakat masa kini. Kajian ini bertujuan
untuk mengambil asas-asas perundangan Islam yang sesuai dilaksanakan di sesebuah Negara
kerana terdapatnya perbezaan pandangan Ulama dalam isu-isu tertentu.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti samada undang-undang yang
diamalkan sekarang bercanggah dengan Islam atau pun tidak. Badan kajian seumpama ini
sebenarnya telah pun wujud di beberapa Negara yang berusaha melaksanakan syariah seperti
Pakistan dengan Islamic Ideology Council dan Sudan dengan Majma’ al-Fiqhnya (Siti
Shamsiah Md Supi. 2005:79-80)

KELIMA : Mahkamah Syariah Adalah Mahkamah Yang Rendah Tarafnya

Menurut Prof Ahmad Mohamed berhubung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah, akta
yang pertama mengenainya telah dibuat pada tahun 1965 iaitu hukuman penjara tidak lebih
enam bulan atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Lebih kurang
dua puluh tahun kemudian iatu pada tahun 1984, Mahkamah Syariah diberi kuasa yang lebih
tinggi dalam perkara jenayah iaitu menjatuhkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau
denda sehingga lima ribu ringgit atau sebat tidak melebihi enam pukulan atau gabungan
hukuman tersebut. Selepas itu undang-undang ini tidak dikaji lagi

Maka telah sampai masanya Mahkamah Syariah diberi kuasa yang lebih dalam menjatuhkan
hukuman kepada pesalah jenayah syariah. Ada beberapa kesalahan yang diperuntukkan dalam
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah sekarang apabila disabitkan di Mahkamah Syariah
hukumannya adalah lebih ringan berbanding kesalahan yang sama apabila dihadapkan ke
Mahkamah Sivil. Keadaan ini sudah pasti menyebabkan kedudukan Mahkamah Syariah
dipandang rendah oleh masyarakat (Siti Shamsiah Md Supi. 2005:19)

Cadangan : Peranan Kerajaan

15
ABSD2103

Pihak Kerajaan juga perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan Mahkamah
Syariah tidak ketinggalan berbanding dengan Mahkamah Sivil. Antara keperihatinan Kerajaan
dalam menaiktaraf Mahkamah Syariah ialah dengan membuat satu pindaan kepada
Perlembagaan Persekutuan iaitu dalam perkara 121 (1A) (Irwan Mohd Subri et.al.2005:28-30)

Walaubagaimanapun pindaan 121 (1A) adalah merupakan satu langkah yang sangat penting
tetapi ia perlu dijadikan titik permulaan dan bukannya sebagai kesudahan. Oleh itu banyak lagi
usaha yang perlu dilakukan oleh Kerajaan dalam menaik taraf undang-undang Islam dan
Mahkamah Syariah di Malaysia antaranya (Ahmad Mohamed Ibrahim. 1997:42) :

- Memperbaiki dan meninggikan taraf pentadbiran undang-undang Islam di Mahkamah


Syariah
- Melihat kepada undang-undang bertulis di peringkat Persekutuan dan Negeri dan
mengubah mana-mana peruntukan yang bertentangan dengan undang-undang Islam.
- Mengadakan cara dan undang-undang untuk mengembalikan undang-undang Islam
sebagai undang-undang asas di Malaysia. Walaubagaimanapun dengan tidak
menafikan usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan, kita perlu mengingati bahawa
undang-undang yang lengkap sahaja tidak memadai sekiranya ia tidak disertakan
dengan keupayaan agensi terbabit untuk mentadbirnya dengan sebaik mungkin.

Menurut Narizan Abdul Rahman (2005), pada tahun 1988, Kerajaan Persekutuan telah
membuat pindaan terhadap perlembagaan mengenai bidangkuasa Mahkamah Syariah terkenal
dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) 1988 (Akta A 704) Perkara 121, Perlembagaan
Persekutuan yang menjelaskan bahawa Mahkamah Sivil tidak lagi mempunyai bidangkuasa
berkenaan apa-apa perkara yang Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa. Pindaan
Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan menyebutkan: "Mahkamah-Mahkamah yang
disebut di dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa dengan apa-apa perkara
dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah."

Untuk merealisasikan kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana dalam peruntukan Perkara 121
(1A) Perlembagaan Persekutuan itu, Kanun Tanah Negara (National Land Code) telah dipinda
dengan memasukkan satu seksyen baru iaitu seksyen 421A melalui Akta Kanun Tanah Negara
(Pindaan) 1991. Pindaan tersebut telah diluluskan dan berkuatkuasa mulai 1 Januari, 1993.

16
ABSD2103

Seksyen 421A berbunyi "Untuk maksud seksyen 417 dan 420 "Mahkamah" termasuk
Mahkamah Syariah". (Abdul Aziz Bari, 2005)

Undang-undang Syariah adalah undang-undang yang diturunkan oleh Allah dan dilaksanakan
oleh RasulNya Salallahu Alaihi Wasallam dan diwajibkan ke atas orang Islam
melaksanakannya. Daripada undang-undang ini berlakulah kehakiman Islam atau mahkamah
Islam. Oleh kerana inilah Islam memerintahkan supaya melaksanakan kehakiman (Abdul
Karim Zaidan,2010,terj.) sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Taala dalam Surah Al
Maidah ayat 49 :

َّ ‫ض َما أَنزَ َل‬


ُ‫ٱّلل‬ ِ ۡ‫عن َبع‬ َ ‫وك‬ َ ُ‫ٱحذَ ۡر ُه ۡم أَن َي ۡف ِتن‬
ۡ ‫ٱّللُ َو ََل تَت َّ ِب ۡع أ َ ۡه َوا َء ُه ۡم َو‬
َّ ‫ٱح ُكم َب ۡينَ ہُُ م ِب َما أَنزَ َل‬ ۡ ‫َوأ َ ِن‬
ً ً۬ ‫بہ ُِ ۡمۗ َو ِإ َّن َك ِث‬
ِ َّ‫يرا ِ ّمنَ ٱلن‬
‫اس‬ ِ ‫ض ذُنُو‬ ِ ۡ‫يبہُُ م ِب َبع‬ َ ‫ُص‬ ِ ‫ٱّللُ أَن ي‬ َّ ُ ‫ٱعلَ ۡم أَنَّ َما ي ُِريد‬
ۡ َ‫ِإلَ ۡي َكۖ فَإِن ت َ َولَّ ۡواْ ف‬
َ‫لَفَ ٰـ ِسقُون‬
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah
supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah
kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka
ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa
mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Mahkamah Syariah juga merupakan sebahagian daripada sistem perundangan di Malaysia.


Dalam membangunkan sistem perundangan di Malaysia Mahkamah Syariah tidak boleh
diketepikan kerana ia mempunyai implikasi yang besar terhadap komitmen negara terhadap
Islam dan susur galur serta sistem bermasyarakat di Malaysia.

17
ABSD2103

5. KESIMPULAN

Maka dengan ini dapat dirumuskan bahawa sistem kehakiman dan keadilan syariah yang
diaplikasikan dalam sesebuah negara Islam berperanan besar dalam pembangunan syariah
Malaysia.

Secara umum, dapatlah disimpulkan bahawa negara ini telah melaksanakan sebahagian
daripada undang-undang Islam. Dengan aspek tertentu, negeri-negeri dalam Persekutuan telah
melaksanakan undang-undang-undang Islam. Undang-undang Islam yang ditadbir terus
berkembang berbanding sebelum negara mencapai kemerdekaan. Banyak pembaharuan telah
dilakukan oleh pihak berkuasa agama sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat
kerajaan-kerajaan negeri selaras dengan perkembangan masyarakat Islam di negara ini.

Memang tidak dinafikan bahawa terlalu banyak kelemahan yang terdapat dalam pentadbiran
dan pengurusan yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah di Malaysia. Walaubagaimanapun
sesetangah kelemahan tersebut telah pun diatasi oleh pihak Kerajaan menerusi Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Namun perkara tersebut tidak diwar-warkan kepada masyarakat yang menyebabkan


masyarakat terus menganggap bahawa Mahkamah Syariah tidak mengambil sebarang inisiatif
terhadap kritikan atau teguran masyarakat yang mana pada hakikatnya beberapa kelemahan
tersebut telah pun di atasi. Permasalahan ini adalah disebabkan media massa atau media cetak
yang tidak mengambil perhatian dalam mengenengahkan isu yang berkaitan dengan hal ehwal
agama Islam. (Abdul Monir Yaacob. 1999:25)

(3542 patah perkataan)

18
ABSD2103

6. RUJUKAN

Al Quran

Abd Al Karim Zaidan, (2010), Sistem Kehakiman Islam, Terj. Pustaka Hj Abdul Majid,
Bt.Caves Selangor.

Abdul Aziz Bari, (2005), Islam dalam Perlembagaan Malaysia, Intel Multimedia, Petaling
Jaya

Abdul Monir Yaacob, (2009), Perlaksanaan Perundangan Islam Di Malaysia: Satu Penilaian,
Jurnal Fiqh, No. 6(2009) 1-20, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

ABSD2103 (2012). Siyasah Syar’iyyah. Kuala Lumpur, Malaysia: OUM

Abul ‘Ala Al-Maududi, (1980), Islamic Law and Constitution, Islamic Publication Ltd.
Lahore, Pakistan

Ahilemah Joned, (1988), Keupayaan dan Hak Wanita Islam untuk Berkahwin: Indah Khabar
daripada Rupa, Makalah Undang-undang menghormati Ahmad Ibrahim. KL. DBP, 1988, h.1-
41, dll.

Ahmad Hidayat Buang.,. (2007). Undang-undang Islam di Malaysia (p. 202). Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

Ahmad Ibrahim, (1993) The Influence of Islam on Law in Malaysia, Seminar on the Role and
Influence of Religions in Society (13-16 September 1993: Kuala Lumpur). BL60 SRIRS

Ahmad Ibrahim,. (1997). Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia (pp. 3-317). Kuala
Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ahmad Mohamed Ibrahim, (1989), The Amendment to Article 121 of the Federal Constitution,
2 M.L.J. xvii.

Farid Sufian Shuib, (2008) ,Strengthening Administrative Institutions of Islamic Law in


Malaysia, Syariah Journal, Vol. 16, Special Edition 443-464

Haji Mohd. Saleh Haji Ismail, Risalah Ahkam, (2005), Intel Multimedia and Publication,
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, (2013), Kedudukan Undang-Undang Islam Dalam
Perlembagaan Malaysia, 22/3/13

Siti Shamsiah bt. Mohd. Supi (2003), Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Di Malaysia: Satu
Pengenalan Ringkas, Institut Kefahaman Islam, Kuala Lumpur

19
ABSD2103

Suwaid Tapah, (2004), Perlaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia, Realiti Dan


Cabaran, , Kertas Seminar Hukum Islam di Malaysia, Syara’ & Fiqh Online, Kolej Islam
Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kelantan, Malaysia

Zainal Rijal Abu Bakar, Peranan Memartabatkan Mahkamah Syariah, Utusan Online
(17/11/2011)

Zaleha Kamaruddin, (2011), Memacu Transformasi Perundangan Islam Di Malaysia, Jurnal


Hukum, Bil.32 Bhg.1, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Kuala Lumpur

20

You might also like