Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG KEDA,

09200 KUPANG,
KEDAH DARUL AMAN.
Kod Sekolah : KBA0073
Tel : 04-4768786
Faks : 04-4768786
E-mail : skkg_keda@yahoo.com.my

” 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN “


Ruj.Kami: SKKK50/001/6(1)
Tarikh : 1 Mac 2017

Kepada
Pegawai Daerah,
Pejabat Daerah Baling,
09100 Baling,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

MEMOHON MEMINJAM KHEMAH (CANOPY) UNTUK PROGRAM SUKAN TAHUNAN


PERINGKAT SEKOLAH 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan Program Sukan Tahunan Peringkat Sekolah
2017 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 13 April 2017


Tempat : Padang SK Kampong Keda
Penglibatan : 345 orang murid

2. Oleh yang demikian, bagi melicin dan menjayakan sukan tahunan tersebut besarlah harapan kami
jika pihak tuan dapat meluluskan permohonan meminjam peralatan berikut:

2.1 Khemah – 5 unit

3. Kerjasama serta sokongan daripada pihak tuan amat dialu-alukan dan didahului dengan setinggi-
tinggi penghargaan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

..................................................
( Zaindun Bt Ibrahim )
Guru Besar
SK Kampong Keda.

You might also like