Pemahaman SK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

SULIT

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SABAK BERNAM

SOALAN BITARA UPSR 2016 (SET 3)


BAHASA MELAYU (SK) – PEMAHAMAN KOD 011
1 jam 15 minit

NAMA : _________________________________ Tahun Enam ___________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C
dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada
kertas jawaban objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan,
padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak.

1
BM 011/2016 PPD Sabak Bernam
BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 12
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Rosliza mula bertugas di Kilang Proton Tanjong Malim minggu hadapan. __________
tinggal bersama-sama abang sulungnya di sana.
A Dia
B Saya
C Kami
D Mereka

2 Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, __________ berkenan menyampaikan


Anugerah Tokoh Hari Malaysia 2016 peringkat negeri Perak.
A Beta
B Patik
C Tuanku
D Baginda

3 Setiap hari Sallehuddin berbasikal ke sekolah, kadang-kadang dia berasa tidak selesa dan
__________ apabila baju sekolahnya dibasahi peluh.
A Resah
B Rumit
C Rimas
D rencam

4 Murid perempuan itu berasa __________ apabila melakonkan watak nenek kebayan semasa
pementasan drama di sekolahnya.
A Gusar
B Cakna
C Kekok
D angkuh

5 Mereka belajar dengan tekun agar __________ impian untuk memperoleh kecemerlangan
dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada tahun ini.
A berjaya
B tercapai
C berhasil
D terjulang

2
BM 011/2016 PPD Sabak Bernam
6 Penyelam daripada pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mengambil masa selama lima
puluh minit untuk menyelam sampai ke __________ laut.
A Dasar
B Dalam
C Bawah
D Tengah

7 Pihak Tabung Darah Hospital Daerah Sabak Bernam __________ orang ramai untuk
menderma darah kerana bekalan darah semakin berkurangan.
A melayan
B menagih
C menyeru
D mendesak

8 Ibu sedang menghiris daging rusa sementara opah pula __________ cili kering dan bawang
merah sehingga lumat.
A menumis
B menggiling
C mencancang
D menggoreng

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9 Pak Cik Hussin menggunakan __________ cop untuk mengupas berpuluh-puluh biji kelapa
tua yang baru dikaitnya itu.
A selaras
B sebilah
C sebatang
D sebentuk

10 Pakar Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengakui serta mengesahkan
bahawa __________ tradisional syarikat itu tidak mengandungi racun berjadual.
A ubat-ubatan
B buah-buahan
C ulam-ulaman
D sayur-sayuran

3
BM 011/2016 PPD Sabak Bernam
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Mereka sedang membaca serta meneliti butiran-butiran penting dalam __________ yang
telah diedarkan kepada semua ahli koperasi yang hadir.
A penyata gaji
B penyata hutang
C penyata pencen
D penyata mesyuarat

12 __________ kamar pengantin itu menggambarkan seni dan budaya warisan tradisional
masyarakat Melayu yang tinggi nilainya.
A Tatarias
B Tatacara
C Tataetika
D Tatakerja

Soalan 13
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

13 I Sikapnya yang diam ubi itu sangat disenangi oleh kawan-kawan sekelasnya.
II Murid-murid prasekolah itu diam sahaja apabila dimarahi oleh Cikgu Diana.
III Iqbal diam dengan neneknya sejak ibunya melanjutkan pelajaran ke luar negara.
IV Dalam diam Fakrul telah berjaya mengusahakan tanaman buah naga secara komersial.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Soalan 14
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
14 Murid-murid melakukan senamrobik itu di Dataran Menara Condong Teluk Intan.
A Murid-murid Teluk Intan jayakan senamrobik di Dataran Menara Condong.
B Di Dataran Menara Condong Teluk Intan ada senamrobik aktiviti murid-murid.
C Senamrobik itu dijayakan oleh murid-murid di Dataran Menara Condong Teluk Intan.
D Senamrobik oleh murid-murid Teluk Intan itu dilakukan di Dataran Menara Condong.

4
BM 011/2016 PPD Sabak Bernam
Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15 A Jurutera pembinaan itu sedang melawat perumahan projek Bandar Sungai Besar.
B Cuti bagi semua pegawai bantuan polis khas dibekukan sempena hari perayaan.
C Rancangan berbalas pantun itu telah dirakamkan di Konti Perak FM minggu lepas.
D Sebahagian besar penghawa dingin terpakai itu masih elok dan boleh digunakan lagi.

16 I Guru Besar-Guru Besar sedang bermesyuarat di Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak.
II Setiap hari dia berjoging sejauh dua kilometre setengah mengelilingi Tasik Anggerik.
III Pakaian wanita yang dijual di butik itu cantik-cantik rekaannya dan tampak eksklusif.
IV Semua orang pengawas dikehendaki berkumpul di dataran kejat pada pukul 7:30 pagi.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

5
BM 011/2016 PPD Sabak Bernam
Soalan 17 hingga Soalan 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Di hujung sebuah negeri, tinggal seorang lelaki yang digelar oleh penduduk kampung
dengan nama “Pak Belalang”. Frasa Pak Belang ini diterjemahkan sebagai; Pak
bermaksud “bapak” manakala belang diertikan sebagai “memperlihatkan sifat malasnya
yang sebenar”. Dia digelar dengan nama sedemikian kerana sifatnya yang gemar makan
tidur sahaja tetapi malas amat bekerja. Sehari-harian dia hanya duduk diam di rumahnya
dan selalu pula menghabiskan masa dengan tidur bangun sepanjang waktu. Kadang-
kadang kalau dia tidur jauh malam, petang baru bangun. Kekadang awal petang dia sudah
tidur dan dia bangun tengah hari keesokan harinya. Begitulah rutin harian Pak Belalang.
Pak Belalang selalu menjadi buah mulut orang kampung kerana sifat malasnya itu.
Namun begitu, atas perasaan belas kasihan kepada Pak Belalang, orang kampung selalu
juga menghantar makanan ke rumahnya. Kalau dihantar sepinggan nasi berserta nasi
tambahnya, sekejap saja licin dimakannya, sampai ikan pun tidak tinggal kepala. Kalau
dihantar tiga biji durian, ketiga-tiga habis dibelah dan dimakannya. Itu pun mujur butir
durian tidak boleh ditelan. Kalau dihantar beberapa biji kelapa muda, nescaya tinggal
sabut dan tempurunglah akhirnya. Orang kampung sudah masak benar dengan perangai
Pak Belang.
Sesetengah orang kampung berasa sangat geram akan perangai pemalas Pak
Belalang itu. “Bekerja malas sangat, makan rajin,” kata mereka. Sesetengahnya pula
merungut, “Bekerja tidak, makan kuat.” Namun, Datuk Penghulu menasihati orang
kampung supaya bersabar dan mendoakan agar Pak Belalang berubah suatu hari nanti.
“Kasihanilah anak Pak Belalang itu. Kalau pun Pak Belalang malas bekerja, kita
harus membantu supaya anaknya tidak mati kebuluran,” kata Datuk Penghulu. “Lagi pun,
kita tidak tahu nasib baik atau buruk seseorang. Jangan mudah menghina dan melabel
seseorang. Siapa tahu besok-besok mungkin dia menjadi orang mulia,” ujar Datuk
Penghulu itu lagi.
Pak Belalang hanya tinggal berdua beranak dengan anak lelakinya. Isterinya sudah
lama meninggal dunia. Belalang seorang budak yang rajin. Mujurlah dia tidak menuruti
perangai malas bapanya itu. Tiap-tiap hari, pagi-pagi lagi Belalang sudah turun dari
rumahnya. Dia pergi menolong orang kampung untuk melakukan apa-apa saja pekerjaan.
Dia pandai memanjat pokok kelapa. Pandai melakukan kerja di sawah dan di kebun.
Pandai menyirat jala dan pukat yang koyak. Orang kampung simpati dengan nasib
Belalang.
Oleh sebab Belalang seorang budak yang ringan tulang, orang kampung selalu
memberikan upah atas pekerjaan yang dilakukannya. Ada antara orang kampung yang
memberi upah berupa makanan dan kadang-kadang Belang mendapat upah berupa wang
ringgit. Apabila pulang ke rumahnya, jikalau tiada makanan, Belalang akan menanak nasi,
menggoreng ikan atau memasak bubur untuk bapanya. Belanglah yang menjaga makan
minum ayahnya selama ini.

6
BM 011/2016 PPD Sabak Bernam
17 Apakah yang menjadi amalan Pak Belalang pada setiap hari?
A Baring dan lena
B Makan dan tidur
C Tidur dan bangun
D Makan dan minum

18 Segelintir orang kampung tidak gemar terhadap Pak Belalang kerana sikapnya yang
A culas.
B boros.
C kedekut.
D sombong.

19 Belalang seorang budak yang serba boleh, antara kebolehannya adalah seperti
A menjual kelapa, berkebun, bersawah serta membuat jala dan pukat
B memetik kelapa, bersawah, berkebun serta menyirat jala dan pukat
C mengopek kelapa, bersawah, berkebun serta menjala dan memukat
D memanjat kelapa, berkebun, bersawah serta menjual jala dan pukat

20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan cerita tersebut.


A Isteri Pak Belalang sudah terlalu tua dan uzur pula.
B Anak Pak Belalang seorang budak yang sangat rajin.
C Pak Belalang kurang makan kerana dia malas bekerja.
D Jika Pak Belalang tidur jauh malam, petang tidur semula.
011

7
BM 011/2016 PPD Sabak Bernam
Nama: _____________________________________
Kelas : ___________________
NO. KAD PENGENALAN / NO. SIJIL KELAHIRAN :

ANGKA GILIRAN :

BAHAGIAN B

Untuk Kegunaan Pemeriksa


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
SEHINGGA DIBERITAHU Kod Pemeriksa:
Nombor Soalan Markah

1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor sijil 21


kelahiran dan angka giliran kamu pada petak yang (a)
disediakan. 22 (b)
(c)
2. Jawapan kamu hendaklah pada ruang jawapan yang
disediakan dalam kertas soalan ini. (a)
23 (b)
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang (c)
jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada (a)
akhir peperiksaan.
4.

(b)
24
(c)
(d)
(a)
(b)
25
(c)
(d)
Jumlah 30

8
BM 011/2016 PPD Sabak Bernam
Bahagian B
[30 markah]

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan pada tempat kosong dalam petikan yang
diberikan.

sedih pendek bising garang


dekat seronok muram panjang

Suasana di kelas itu __________ sangat seperti di pasar. Tiba-tiba semua murid diam kerana
Cikgu Hashim, guru disiplin yang amat __________ lalu di kelas itu. Cikgu Hashim
menegur rambut dan kuku Kamarul yang __________. Kamarul menerima teguran itu
dengan hati yang __________ dan malu atas sikap dan kesedarannya tentang kepentingan
keberihan diri.
[4 markah]

Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Ayat tanya:
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Jawapan: Peserta yang akan menyertai lawatan ke negara Jepun seramai 285
orang.
[2 markah]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Hati-hati menuang air itu,


jangan sampai tertumpah di
atas meja.

______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

[2 markah]

9
BM 011/2016 PPD Sabak Bernam
c. Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan pernyataan di bawah ini.

Kita mestilah rajin membaca buku serta sentiasa mengulang kaji pelajaran jika ingin
menjadi __________.

Jawapan:

___________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

12 Mac 2016
Kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jerantut. Perjalanan selama lima jam
terasa begitu pantas kerana kami begitu teruja untuk mendaki puncak Gunung Tahan. Kami
menaiki kereta pacuan empat roda dari Jerantut ke Kuala Tembeling. Kami melalui jalan lori
balak yang becak dan berlopak-lopak.

13 Mac 2016
Kami berhenti rehat seketika di Kuala Tembeling sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala
Tahan. Perjalanan tergendala beberapa kali kerana air sungai cetek. Kami terpaksa turun dan
menolak bot. Letihnya bukan kepalang.

14 Mac 2016
Seterusnya dari Kuala Tahan kami ke Kuala Bantal dengan mendaki beberapa buah bukit
dan sebuah gunung, iaitu Gunung Putih. Perjalanan sangat sukar dan paling jauh. Kami
mengambil masa sehari suntuk untuk tiba ke puncak Gunung Putih.

10
BM 011/2016 PPD Sabak Bernam
15 Mac 2016
Kami berpatah balik dari Gunung Putih ke Kuala Bantal melalui jalan lain. Kami juga
terpaksa mengharungi sungai dengan bersusah payah. Arusnya amat deras dan banyak jeram.
Keadaan ini benar-benar menguji daya tahan fizikal dan minda kami.

16 Mac 2016
Keindahan hutan dan bunyi mergastua menghiburkan hati sepanjang perjalanan kami dari
Kuala Bantal ke puncak Gunung Tahan. Kami bergambar bagi merakamkan segala
keindahan di situ. Pada penghujung pendakian, hujan turun dengan lebat. Keadaan
sekeliling gelap seperti malam.

Tambahan pula, ketika itu kami sedang melewati curam yang dalam. Ketua ekspedisi
menggunakan segala pengalaman dan kemahirannya untuk membolehkan kami meneruskan
perjalanan. Ketika itu peralatan yang kami bawa seperti tali dan lampu suluh menjadi sangat
berguna. Setelah lima jam kehujanan barulah kami sampai di puncak Gunung Tahan. Kami
memacakkan bendera pasukan dan mengukir nama masing-masing pada batu besar.

17 Mac 2016
Kami bertolak meninggalkan puncak Gunung Tahan. Perjalanan menjadi lebih mudah
kerana kami hanya perlu mengikut tanda-tanda yang kami buat ketika mendaki. Kami
bersyukur kerana selamat menamatkan ekspedisi mendaki puncak Gunung Tahan dengan
jayanya.

a. Di negeri manakah letaknya Gunung Tahan?

_____________________________________________ __________________________________

[1 markah]

b. Apakah yang dilakukan oleh penulis setelah sampai di puncak Gunung Tahan?

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

[2 markah]

11
BM 011/2016 PPD Sabak Bernam
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Perjalanan tergendala beberapa kali disebabkan


oleh arus sungai yang sangat deras.

Penulis dan kawan-kawannya melalui jalan lori


balak yang becak dan berlopak-lopak. BETUL

Kami berpatah balik dari Kuala Bantal ke Gunung


Putih melalui jalan lain. SALAH

Setelah empat jam menempuh hujan barulah kami


tiba di puncak Gunung Tahan.

[2 markah]
Soalan 24
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada hari minggu yang lalu, Chong dan kakaknya telah melawat Taman Pertanian Bukit
Cahaya Seri Alam, di Shah Alam, Selangor. Banyak pengunjung yang melawat taman itu
pada hari tersebut. Selepas membayar tiket masuk, mereka menaiki kereta api khas yang
disediakan oleh pihak taman.
Kakak Chong telah membawanya melawat ke Taman Haiwan, Taman Cendawan,
Taman Orkid dan Rumah Iklim Sederhana Empat Musim. Chong dan kakaknya juga melalui
jambatan gantung sewaktu melawat ke Taman Haiwan. Jambatan gantung dibina supaya
pengunjung dapat melihat haiwan-haiwan dari jarak jauh tanpa menganggu dan menakutkan
haiwan tersebut.
Chong juga dapat melihat pelbagai spesies cendawan yang dibiakkan dalam makmal
cendawan di Taman Cendawan. Chong tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar
di hadapan replika cendawan yang dijadikan simbol Taman Cendawan. Bersebelahan
dengan taman itu, terbentang luas sebuah kolam. Kolam itu kelihatan begitu menarik dengan
pancutan air pancut di tengah-tengahnya. Keadaan ini menambahkan lagi keindahan alam di
taman itu.
Chong dan kakaknya turut pergi ke Empangan Kuning yang terdapat di Taman
Pertanian itu. Mereka dapati ramai orang sedang memancing sambil menikmati keindahan
alam yang menghijau di sekeliling empangan tersebut. Menurut kakak Chong, Taman
Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam diadakan khas oleh pihak Kementerian Pertanian
Malaysia untuk memelihara flora dan fauna supaya tidak pupus. Chong berasa sungguh
gembira kerana dapat menikmati keindahan dan keunikan Taman Pertanian Bukit Cahaya
Seri Alam.

12
BM 011/2016 PPD Sabak Bernam
a. Perkataan replika dalam petikan membawa maksud

_______________________________________ ________________________________________

[1 markah]

b. Apakah tempat-tempat menarik yang dilawati oleh Chong dan kakaknya di taman itu?

_____________________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________________

[2 markah]

c. Apakah tujuan jambatan gantung itu dibina?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
[2 markah]

d. Kementerian manakah yang bertanggungjawab membina Taman Pertanian Bukit Cahaya


Seri Alam? Mengapakah taman tersebut dibina?

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

[3 markah]

13
BM 011/2016 PPD Sabak Bernam
Soalan 25

Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Duduk berteman di malam berbulan,


Datang pawana bertiup ke ruang;
Wahai rakan ,handai dan taulan,
Bangkit segera kita berjuang.

Datang pawana bertiup ke ruang,


Menghilang keringat pemuda di rumah;
Bangkit segera kita berjuang,
Hapuskan semangat culas dan lemah.

Menghilang keringat teruna di rumah,


Menabur baja sengal di bahu;
Hapuskan semangat culas dan lemah ,
Semua kerja mestilah tahu.

Menabur baja sengal di bahu,


Berat dipikul terpijak lubang;
Semua kerja mestilah tahu,
Bajak,cangkul, tebas dan tebang.

Warisan kerabat lama berkurun,


Mahkota digilap bertatah geliga;
Kerja yang berat tidalah gerun,
Semuanya siap hati pun lega.

a. Apakah perkara-perkara yang perlu ada ketika melakukan kerja?

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

[2 markah]

b. Apakah yang harus kita lakukan terhadap kerja yang berat?

_____________________________________________________________________
[1 markah]

14
BM 011/2016 PPD Sabak Bernam
c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Hapuskan segala sikap malas dan lemah dalam diri kita.

Kerja yang berat dibuat dengan perasaan gerun dan penuh ketakutan.

[1 markah]

d. Terangkan maksud baris-baris puisi di bawah ini.

Hapuskan semangat culas dan lemah,


Semua kerja mestilah tahu.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

15
BM 011/2016 PPD Sabak Bernam
JAWAPAN BITARA BAHASA MELAYU PEMAHAMAN UPSR 2016
( SET 3)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
A D C C B A C B B A
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
D A B C C B B A B B

21 bising garang panjang sedih

22(a) Berapakah jumlah peserta yang akan menyertai lawatan ke negara Jepun?

Baiklah ibu, saya akan lakukannya berhati-hati supaya air tidak tertumpah di
22(b)
atas meja.

22(c) Bijak seperti pendeta.


Negeri Pahang.
23(a)
23(b) Mereka memacakkan bendera pasukan dan mengukir nama masing-masing pada
batu besar.

23(c) betul salah salah

24(a) model sesuatu objek.

Tempat-tempat menarik yang dilawati oleh Chong dan kakaknya ialah Taman
24(b)
Haiwan, Taman Cendawan, Taman Orkid dan Rumah Iklim Sederhana Empat
Musim..
24(c) Tujuan jambatan gantung itu dibina supaya pengunjung dapat melihat haiwan-
haiwan dari jarak jauh tanpa menganggu dan menakutkan haiwan tersebut.
24(d) Kementerian yang bertanggungjawab membina Taman Pertanian Bukit Cahaya
Seri Alam ialah Kementerian Pertanian Malaysia. Tujuan pembinaan tersebut
adalah untuk memlihara flora dan fauna agar tidak pupus.

25(a) Amanah dalam melaksanakan tanggungjawab, selain itu sentiasa mengamalkan


sikap ringan tulang atau rajin bekerja.

25(b) Lakukan sehingga selesai supaya perasaan akan berasa lega.

25(c) √ X

16
BM 011/2016 PPD Sabak Bernam
25(d) Maksud baris-baris pantun di atas ialah kita mestilah membuang sikap malas dan
lemah ini kerana hanya akan merugikan kita. Kerja yang diamanahkan pula
mestilah kita tahu untuk melakukannya serta menyelesaikannya.

17
BM 011/2016 PPD Sabak Bernam

You might also like