Kajian Tindakan Rafi 1 Helai

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Nama : Mohamad Rafi Bin Mohd Isa


Sekolah : SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang
Tajuk : Keberkesanan Roda Inventori Minat Kerjaya (RIMK) Dalam Intervensi IMK

A. Maklumat Permasalahan

Refleksi

Inventori Minat Kerjaya (IMK) merupakan salah satu instrument penilaian Psikometrik yang digunakan
kepada para pelajar untuk menilai kecenderungan kerjaya setiap pelajar. Setiap pelajar mempunyai
potensi yang berbeza-beza dalam mencapai minat kerjaya mengikut personality dan persekitaran
mereka. IMK ini bertujuan membimbing pelajar dan menjadi panduan kepada pelajar dalam menentukan
halatuju kerjaya mereka.

B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah :-

Pelaksanaan IMK dijalankan kepada pelajar Tingkatan 1 dan didapati, segelintir pelajar tidak dapat
memahami dengan jelas kecenderungan kerjaya yang mereka miliki. Dapatan ujian menunjukkan
berlaku kekeliruan dan apabila kaunselor menerangkan kepada mereka, mereka bertambah keliru dan
tidak dapat memahami halatuju kerjaya dan keputusan IMK yang mereka perolehi. Kajian ini dilakukan
kepada salah seorang pelajar sebagai responden dalam penggunaan RIMK sebagai intervensi
pelaksanaan psikometrik.

C. Hasil pelaksanaan tindakan ini ialah

Pelajar dikehendaki menjawab kembali Ujian IMK dalam masa yang ditetapkan. Setelah pelajar
menjalankan ujian tersebut, guru menggunakan RIMK untuk menginterpretasi hasil dapatan yang pelajar
perolehi. Melalui pengguanaan RIMK, pelajar didapati lebih mudah faham kerana RIMK dapat
merumuskan keseluruhan dapatan dalam satu gmbarajah. Melalui visual yang menarik, pelajar lebih
mudah faham dan objektif ujian tercapai.

Kaedah intervensi psikometrik IMK menggunakan RIMK ini berkesan dalam menangani ketidakfahaman
pelajar dalam dapatan ujian mereka.

You might also like