Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

Pada 12.9.2014 yang lalu, pada jam 10.30 pagi, Sekolah Kebangsaan Tanah Hitam telah mengadakan

Program Penutupan Bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 57. Program dimulakan dengan bacaan

doa oleh Ustaz Nasrif. Kemudian diikuti dengan alunan tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu

Negeri Perak dan seterusnya lagu Tanggal 31. Murid-murid dan guru begitu teruja dan bersemangat

menyanyikan lagu- lagu patriotik yang didendangkan. Setelah lagu dinyanyikan, acara seterusnya

ialah ucapan penutupan yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanah Hitam iaitu

Encik Mohamad Nor Bin Shaari. Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Terdapat beberapa aktiviti yang telah dipertandingkan iaitu mewarna bagi tahap 1 dan tahap 2.

Pertandingan berpantun bagi tahap 1 dan pertandingan sajak bagi tahap 2. Semua peserta yang

mengambil bahagian begitu berbakat dan berpotensi untuk mewakili sekolah. Setelah selesai majlis

penyampaian hadiah maka berakhirlah sudah majlis Penutupan Program Bulan Kemerdekaan bagi

tahun 2014, majlis tamat pada jam 11.50 tengahari.

You might also like