Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

BAB 1

Pengenalan

1.1 Latar Belakang

Dadah merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsangkan aktiviti

sistem saraf pusat secara keseluruhan. Dalam penyelidikan ini, penyelidik

ingin menekankan penyalahgunaan dadah boleh mengganggu kesihatan

mental seseorang remaja.

Ini dibuktikan dengan pengambilan dadah akan menjejaskan dan

mengganggu sistem otak manusia iaitu sistem limbik yang terdiri daripada

emosi, ekpresi tingkahlaku, memori dan bau. Di mana dadah berupaya

untuk memberi kesan tingkahlaku melalui pengubahsuaian dalam

neurotransmitter di otak yang melibatkan dopamine, serotonin dan

norepinephrine. Walau bagaimanpun aktiviti neurotransmitter di seluruh

badan akan kelihatan secara spesifik yang sukar untuk digambarkan.


Apabila remaja itu mula menjadi penagih tegar ianya boleh mengakibatkan

psikosis seperti paranoid, halusinasi dan delusi. Ini ditambah oleh keratan

UTUSAN pada 10hb Mac 2012, dimana mengaitkan penyalahgunaan dadah

dengan tingkahlaku agresif dari sudut perubatan psikiatri. Di mana

berlakunya kecelaruan selepas ketidakseimbangan bahan kimia di dalam

otak dan penagih remaja mula mempunyai kepercayaan karut iaitu delusi

yang mengatakan kononnya ada individu tertentu cuba membuat aniaya

atau membunuh mereka.

Di negara Malaysia, dadah yang dikenali sebagai syabu oleh masyarakat

tempatan adalah yang paling disukai oleh remaja. Menurut Pakar Runding

Perubatan Ketagihan, Pusat Rawatan Pakar, Dr. Mahmud Mazlan dalam

keratan akbar UTUSAN pada 28 November 2004, dadah ini juga dikenali

sebagai “ice”, “ice baby”, “the devil’s drug”, “chalk”, “crank”, “fire”, “glass”,

“speed”, “cristal” atau Ya ba. Menurut beliau juga, dadah ini akan

merembeskan neurotransmitter dopamin iaitu sejenis bahan kimia yang

merangsang sel-sel otak, sekali gus menimbulkan euphoria dan boleh

mempamerkan gejala-gejala seperti tingkahlaku yang ganas, insomnia serta

kecelaruan mental. Penagih remaja juga boleh menunjukkan ciri-ciri psikotik

seperti gangguan mood, halusinasi dan delusi.

Di Malaysia, kes penyalahgunaan dadah ini adalah kes ke-3 terbesar

selepas penyalahgunaan dadah jenis opiat dan morfin tetapi ada penurunan

peratus berbanding tahun lepas. Ini dibuktikan oleh Laporan Dadah Januari
2011 oleh Bahagian Dasar Perancangan dan Penyelidikan , Agensi

Antidadah Kebangsaan Malaysia September 2011 iaitu sebanyak 1351

penagih remaja berbanding tahun 2010 sebanyak 3092 penagih remaja.

Walau bagaimanapun, ia masih merbahayakan dan menjejaskan kesihatan.

Penyalahgunaan dadah ini amat tinggi di Malaysia dan jika ianya diambil

secara berterusan hingga menjadi penagih tegar boleh menyebabkan

seseorang itu mengalami gangguan pada kesihatan mental.

Menurut Frederick Cassidy., ( 2008 ) menyatakan masalah penyalahgunaan

dadah merupakan penyumbang utama dalam pesakit mental dan populasi

lelaki lebih tinggi berbanding perempuan.

Di Malaysia, mengikut laporan dadah yang dikeluarkan oleh Bahagian

Dasar, Pembangunan dan Penyelidikan Agensi Antidadah Kebangsaan

Malaysia 2011, jumlah penagih remaja pada Januari hingga September

2011 mengikut jantina adalah lelaki lebih tinggi iaitu seramai 8,379 orang

berbanding perempuan hanya 153 orang sahaja. Ini membuktikan lelaki

lebih berpotensi untuk mendapat penyakit mental berbanding perempuan.


1.2 Pernyataan Masalah

Dari rekod Laporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan 2013 terdapat

peningkatan pengambilan dadah di kalangan remaja di Lembah Klang.

1.3 Hipotesis

Penyelidik membuat andaian bahawa adanya :

1.3.1 Demografi mempengaruhi penyalahgunaan dadah.

1.3.2 Masalah tekanan perasaan boleh membawa kepada

pengambilan dadah.

1.3.3 Masalah terpengaruh dengan rakan menyebabkan individu

terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

1.3.4 Pendidikan kesihatan psikologi yang bermula dari peringkat

awal mampu mencegah daripada masalah penyalahgunaan

dadah.

1.4 Objektif

Objektif Umum :

Mengkaji faktor penyumbang penyalahgunaan dadah dikalangan remaja di

kawasan Lembah Klang.


Objektif Khusus :

a) Demografi mempengaruhi penyalahgunaan dadah.


b) Mendalami faktor tekanan perasaan penyumbang pengambilan

dadah.
c) Meneroka faktor pengaruh rakan penyebab individu mengambil

dadah.
d) Mengkaji tahap pendidikan kesihatan psikologi menyumbang kearah

pengambilan dadah.

1.5 Tujuan Kajian

Penyelidikan yang akan dijalankan ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor

penyalahgunaan dadah dikalangan remaja dan secara langsung

menyumbang kepada masalah mental.

1.6 Rasional Kajian

Penyelidikan ini merupakan pilihan penyelidik memandangkan ramai

dikalangan remaja tidak tahu akan kesan pengambilan dadah terlarang yang

boleh menyumbang kepada masalah kesihatan mental. Penyelidik ingin

memberi pendedahan tentang faktor-faktor yang boleh menyebabkan remaja

kini terjerus ke kancah penyalahgunaan dadah. Ini penting bagi mengelak

sebarang risiko penyalahgunaan dadah agar dapat mengurangkan kes di

dalam kesihatan mental di Malaysia.


BAB 2

Sorotan Kajian

2.1 Faktor Demografi

Menurut Regier et al., (1990), terdapat lebih daripada 60% penyakit mental

merupakan kes pesakit yang mempunyai sejarah dalam penyalahgunaan

dadah. Ini disokong oleh Frederick Cassidy., ( 2008 ) menyatakan masalah

penyalahgunaan dadah merupakan penyumbang utama dalam pesakit

mental. Ini dikaitkan dengan faktor demografi umur mempengaruhi

pengambilan dadah yang dibuktikan oleh laporan dadah yang dikeluarkan

oleh Bahagian Dasar, Pembangunan dan Penyelidikan Agensi Antidadah

Kebangsaan Malaysia 2011, di mana jumlah penagih pada Januari hingga

Oktober 2011 mengikut jantina adalah lelaki lebih tinggi iaitu seramai 9,602

orang berbanding perempuan hanya 174 orang sahaja.

Selain jantina, profil etnik juga mempengaruhi pengambilan dadah. Di mana

menurut laporan yang sama, etnik melayu merupakan yang tertinggi iaitu

seramai 7,625 orang bersamaan 78% diikuti etnik hindu seramai 1,143

orang, etnik cina seramai 854 orang, etnik pribumi Sabah dan Sarawak

seramai 112 orang dan lain-lain etnik seramai 42 orang.


Ini ditambah dengan tahap pendidikan yang boleh dikatakan ada

berhubungkait dengan Teori Perkembangan Kognitif. Ahli psikologi Eropah

iaitu Jean Piaget telah lama mengenal pasti asas pembentukan mental dan

hubungannya dengan perkembangan kognitif manusia. Mereka

menyarankan bahawa minda memainkan peranan penting dalam aspek

perkembangan yang dilalui oleh manusia. Maka seseorang itu perlu

mendapatkan pendidikan dan menurut Piaget, beliau berpendapat bahawa

perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat- peringkat dan

peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-

peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu

menjadi asas bagi perkembangkan yang berikutnya.

Ini bermaksud, seseorang itu perlu mendapatkan pendedahan berkaitan

dadah pada peringkat awal kerana ia membantu membentuk tahap

kesedaran yang mampu menghindari dari penyalahgunaan dadah serta

mampu perkemaskan diri untuk masa depan.

2.2 Faktor tekanan perasaan.

Mengikut pengasas teori tekanan perasaan iaitu Dr. Hans Selye ( 1956 ),

beliau telah mendefinisikan tekanan perasaan sebagai suatu reaksi yang

tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang

menimpanya. Menurut Dr. David B. Posen, bebanan ini boleh wujud di dalam

bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup


seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ia

boleh dikaitkan dengan masalah dalam institusi kekeluargaan yang kini

meningkat seperti di dalam petikan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, secara

purata sebanyak 77 kes penceraian dalam masa satu hari atau 3 kes dalam

masa 1 jam yang didaftarkan di Malaysia. Berdasarkan data ini, jelas

menunjukkan perceraian juga menyebabkan tekanan perasaan dan

kebarangkalian seseorang untuk menjurus kepada pengambilan dadah

adalah tinggi.

Di tambah juga dengan masalah pekerjaan yang mana masyarakat di

Malaysia meletakkan harapan yang tinggi terhadap generasi muda menjadi

seorang yang berguna dan dapat menaburkan khidmat bakti. Atas sebab ini,

pelbagai kekangan berbentuk peraturan, nilai-nilai dan arahan diletak dibahu

mereka, jika gagal menurut kayu pengukur yang ditetapkan mereka

dipandang rendah dan dihina.

Di mana mengikut Teori Anomie, masalah devian ( menyimpang dari norma )

ini berlaku kerana individu tersebut mendapat tekanan daripada orang

disekelilingnya. Teori Strain dalam Teori Anomie adalah tekanan yang

dihadapi individu dalam sesuatu masyarakat akibat daripada tidak mendapat

peluang untuk menjalankan kehidupan yang lebih baik, pekerjaan,

pendidikan yang tinggi dan sering ditindas atau berlakunya diskriminasi oleh

golongan atasan, berada dan berkemampuan. Pandangan, cemuhan dan

ejekan membuatkan mereka mudah terpengaruh dengan penagihan dadah


kerana dadah dikatakan dapat menghilangkan rasa tegangan akibat tekanan

perasaan.

2.3 Faktor pengaruh rakan

Apabila seorang individu itu mengalami tekanan perasaan terutama dalam

perhubungan kekeluargaan, mereka ini mula mencari rakan yang boleh

berkongsi masalah. Ini disokong oleh Ahli sosiologi mengistilahkan rakan

sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun kumpulan remaja yang

mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid: 1990; 89).

Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Ia

adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat

diperolehi daripada keluarga dan juga di sekolah. Bagi para pelajar, rakan

sebaya adalah tempat mereka mencurahkan masalah dan pengganti ibu

bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah di rumah.

Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan

tingkah laku, sikap dan identiti dengan mereka (Akers, Jones & Coyle, 1998;

Hogue & Steinberg, 1995). Selain dipengaruhi mereka juga didominasi oleh

rakan sebaya (Brown, 1990).

Kelompok rakan ini diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan

keputusan seseorang remaja tentang perihalnya ( Beyth-Marom, et al, 993;

Conger, 1991; Deaux, et al, 1993; Papalia & Olds, 2001 ). Inilah yang akan

mempengaruhi pengambilan dadah yang mengakibatkan seseorang itu

menjeruskan diri kepada masalah kesihatan mental.


2.4 Faktor kelonggaran institusi kekeluargaan.

Coleman dan Cressey (1993) mentakrifkan keluarga sebagai ‘a group of

people by marriage, ancestry or adoption who live together in a common

household’, (Kamus Dewan 1994) mencatitkan definisi keluarga sebagai

‘seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau

berserta anak-anak’. Mahmood (1997) mentakrif keluarga sebagai unit sosial

yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak dan yang paling penting ialah

wujudnya suatu pertalian hidup tertentu dalam kelompok sosial berkenaan.

Sokongan keluarga merupakan aspek yang amat penting dalam pembinaan

institusi kekeluargaan. Mengikut kajian Tee ( 1970 ), Wiener dan Egen

( 1973 ) dan Friedman dan Beschner ( 1982 ) dilaporkan majoriti penagih

dadah remaja berasal daripada keluarga yang berpecah-belah akibat

daripada perceraian, perpisahan atau kematian ketua keluarga. Malah

perhubungan yang renggang juga boleh menyebabkan anak-anak

menjeruskan diri dengan penagihan dadah. Ini disokong oleh kajian Russelle

( 1974 ) dan Jurich et. Al ( 1984 ), mendapati anak-anak remaja yang terlibat

dengan penyalahgunaan dadah mempunyai corak hubungan komunikasi

yang renggang dengan ibubapa. Corak hubungan yang sedemikian

menyebabkan perhatian anak-anak beralih kepada rakan sebaya.

Didikan agama yang kurang sempurna juga menyumbang anak-anak terlibat

dengan penagihan dadah. Ini disokong oleh Nik Rosila (1998) berpendapat

sikap permisif ibu bapa terhadap kawalan disiplin anak-anak, kepimpinan

autokratik, hubungan di antara anak dan ibu bapa yang terganggu, layanan
yang kasar, model yang negatif serta keluarga yang berpecah belah, akan

menyebabkan anak-anak mengalami tekanan dan kecelaruan emosi yang

seterusnya akan melahirkan pelbagai tingkah laku antisosial. Hal ini mungkin

mendorong mereka untuk mengambil dadah.

2.5 Faktor pendidikan kesihatan psikologi.

Dalam Teori Humanistik, beberapa andaian telah dibuat. Antara andaian

yang telah dibuat ialah manusia mempunyai kekeperluan asas. Sekiranya

keperluan asas dipenuhi sepenuhnya maka secara langsung individu dapat

memotivasikan individu sendiri ke peringkat yang lebih tinggi iaitu mencapai

tahap kesempurnaan diri dan disebaliknya. Berbalik kepada

penyalahgunaan dadah, seseorang yang mengalami tekanan perasaan

berkaitan dengan kelonggaran institusi kekeluargaan akan mula mencari

jalan untuk mendapatkan perhatian luar. Ini boleh dikaitkan dengan faktor

pengaruh rakan sebaya yang menjerus ke arah pengambilan dadah

terlarang yang menyumbang kepada kesihatan mental. Ini disokong oleh

hieraki Maslow (1984) yang menyatakan bahawa jika keperluan kasih

sayang tidak dipenuhi oleh individu maka jiwa seseorang tersebut akan

terganggu dan tidak tenteram.

Oleh demikian, pendidikan kesihatan psikologi perlu diterapkan kepada

semua generasi. Ini disokong oleh Ross dan Wu (1996) melaporkan bahawa

pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang

kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan.


Mengikut Model Respons Kognitif, satu teori yang cuba menerangkan

bagaimana manusia memperoleh dan berubah sikap mereka apabila

bertindak ke atas komunikasi berbentuk pemujukan. Teori ini memberi fokus

kepada kenyataan bahawa penerima sesuatu maklumat bukan sekadar

memberi tindak balas terhadap maklumat yang diterima, tetapi juga

menggerakkan pemikirannya terhadap maklumat tersebut.

Apabila seseorang menerima sesuatu perkara, maklumat yang cuba

memberi mesej tentang sesuatu perkara, maklumat tersebut akan dihubung

kaitkan dengan pengetahuan sedia-ada, menjadikan pemikirannya bertindak

balas secara aktif terhadap maklumat yang diterima. Teori ini mula diambil

perhatian oleh Anthony G. Greenwald pada tahun 1930 an. Kajian beliau

adalah berkenaan dengan perubahan sikap. Perubahan sikap ini berhubung

dengan pembelajaran, persepsi, fungsi dan konsistensi. Keistimewaan teori

ini adalah teori ini diambil daripada teori-teori yang lain dan dengan

mengumpulkan teori-teori ini, maka muncullah apa yang dikenali oleh

Greenward sebagai Cognitif respons.

Ini membuktikan setiap apa yang diperoleh oleh seseorang individu

mempengaruhi tahap pendidikan dan kehidupan.

BAB 3
Metodologi

3.1 Rekabentuk Kajian


Penyelidik akan menjalankan kajian berbentuk deskriptif dan

menggunapakai data kuantitatif. Tempoh masa penyelidikan menggunakan

Cross- sectional dan prospektif menggunakan soal selidik.

3.2 Skop dan Kawasan Kajian


Penyelidik akan menjalankan penyelidikkan di Rumah Pengasih

3.3 Populasi dan Sampel


Penyelidikan ini dijalankan ke atas 100 orang penghuni menggunakan

kaedah probability iaitu rawak. Daripada populasi tersebut, seramai 30

penghuni akan memberi kerjasama secara sukarela sebagai responden.

Tempoh penyelidikan ini akan dijalankan dalam masa 5 bulan.

3.4 Peralatan Kajian


Penyelidik akan menjalankan penyelidikan ini menggunakan:
 Borang Kaji Selidik
- Ia dibahagi kepada 2 bahagian seperti berikut :
Bahagian Pertama : Demografi Responden

merangkumi 10 soalan.
Bahagian Kedua : Faktor Pengambilan Dadah

merangkumi 15 soalan.

3.5 Rasional Kajian Rintis

Sebelum borang kaji selidik yang sebenar diberikan kepada responden, ujian

keberkesanan terhadap soalan telah dikemukakan untuk diuji terlebih

dahulu. Ini penting untuk memastikan soalan-soalan yang akan

dikemukakan kelak bersesuaian dengan responden. Seramai 10 orang

penghuni yang tidak terlibat dengan penyelidikan sebenar telah diberi soalan

terlebih dahulu sebagai percubaan. Setelah melalui proses pengubahsuaian

dan pembetulan, barulah borang kaji selidik yang sebenar akan diedarkan

kepada responden yang terpilih.


3.6 Pelan Proses Pengumpulan Data

Penyelidik akan mengumpul kesemua data yang ada dan akan dibantu oleh

kakitangan di Rumah Pengasih. Pengumpulan data-data akan diambil satu

kali untuk satu minggu. Masa tidak dihadkan. Pengumpulan data-data ini

akan disimpan didalam Buku Log Data dan akan dimasukkan di dalam

perisian Microsoft Office Excel 2007.

3.7 Pelan Analisis Data dan Penemuan.

Penyelidik akan menggunakan kaedah statistik deskriptif untuk

mendapatkan jumlah, kekerapan, purata, peratus dan ia disembahkan dalam

bentuk carta serta graf bagi menampakkan dengan lebih jelas berkaitan

dengan data-data yang telah dikumpul oleh penyelidik.

3.8 Isu Etika dalam Penyelidikan dan Cadangan Penyelesaian.

 Penyelidikan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada Pengarah

Rumah Pengasih. Ini adalah sebahagian dari etika penyelidikan bagi

mengekalkan kerahsiaan dan privasi mana-mana pihak dikekalkan

dalam penyelidikan ini.


 Penyelidik akan menggunakan kuasa untuk manipulasi orang lain

bagi kepentingan diri sendiri dalam menjayakan penyelidikan. Bagi

mengelakkan manipulasi berlaku, penyelidik mencadangkan agar


penerangan diberikan terlebih dahulu kepada orang yang akan terlibat

dengan memberitahu objektif dan metodologi dalam penyelidikan ini.


 Penyelidikan ini menumpukan kepada faktor-faktor penyalahgunaan

dadah yang menyumbangkan kepada masalah kesihatan mental.

Semua maklumat peribadi dan data-data responden adalah sulit.

Penyelidik mencadangkan agar pemberian soalan kaji selidik diberi

bersama dengan pendidikan kesihatan psikologi yang berkaitan

sebagai salah satu langkah permulaan bagi meningkatkan tahap

kesedaran dikalangan remaja bagi mengurangkan masalah kesihatan

di Malaysia.

3.9 Limitasi Kajian.

Penyelidikan yang baik sebenarnya memerlukan masa yang lebih lama.

Penghuni yang dipilih sebagai responden haruslah yang boleh memberikan

kerjasama dan dapat menjawap soalan kaji selidik yang dikemukakan.

Selain itu, terdapat halangan daripada segi bahasa. Di mana responden

yang bukan berbangsa melayu menghadapi sedikit masalah untuk

memahami kehendak soalan kaji selidik yang akan diedarkan kepadanya.

Selain itu, kurangnya pengalaman oleh penyelidik juga akan mempengaruhi

sebarang penyelidikan dalam memperolehi data-data untuk melakukan

penyelidikan.
RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI

Aninah Janang & Abd. Kadir Mohd Ayub. ( April 2012 ). Penceraian Trend
Terkini?. Dewan Masyarakat. Pg 51.

Azlina bt Sobian. ( 2004 Disember 31 ). Betulkan Persepsi Terhadap


Penagihan Dadah. Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Azizi Yahaya & Faizah Idris. Teori Psikologi. Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia.

Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan. ( Disember 2012 ).


Laporan Dadah 2012. Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia.Pg 9.

Elizabeth M. Varcarolis, Margaret J. Halter. ( 2009 ). Essentials of


Psychiatric Mental Health Nursing: A Communication Approach to
Evidence – Based Care. United State of America: Saunders Elsevier.

Frederick C., Eileen P. A., Bernard J. C. ( 2001 August ). Bipolar Disorders.


Vol 3, Issue 4. Pg 181-188
H.M. Abdullah Al-Hadi ( 1993 ) Faktor-Faktor Keluarga dan Tingkah Laku
Penyalahgunaan Dadah:Satu Kajian Perbandingan antara
Penyalahguna Dadah dengan Bukan Penyalahguna Dadah. (
Jabatan Pengajian Pembangunan Keluarga, Fakulti Ekologi
Manusia ). Universiti Pertanian Malaysia

Jason D. Boardman, Brian K. Finch, Christopher G. Ericson. David R.


William. (2001).Neighborhood Disadvantage, Stress and Drug Use
Among Adults. Journal of Health and Social Behaviour 2001, Vol 42
(June): 151-165

Jessica A. Feinma. (1996 February 12). Journal Of Affective Disorder. Vol


37, Issue 1. Pg 43-49.

Jimmy W., Larry S. ( 2001 January 15 ) Wikipedia. Retrieved November


2012, from http://en.wikipedia.org/wiki/methamphetamine-
pharmacokinetics

Kamus Jururawat : Bahasa Inggeris- Bahasa Malaysia (2 nd ed.). (2008)Ipoh,


Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nik Rusila Nik Yaacob. (1998). Kesalahan Juvana: Di manakah


silapnya?.Dewan Masyarakat. 2 September.

Ross, C. dan Wu, C.L. (1996). Education, age, and the cumulative
advantage in health. Journal of Health and Social Behaviour, 37:104-120.

Scheneider, Alexander. A. (1955). Personal Adjustment and Mental Healty.


New York : Holt, Rinehart dan Winston.

Selye H (1976): The stress of life. 2nd ed. NewYork: McGraw-Hill Co,

Shafinaz Sheikh Maznan. (2004 November 28). Metamfetamin buat penagih


gila. Utusan.

Spencer A. Rathus (2008) Psychology Concepts & Connections :


Psychological Disorder. United State of America: Saunders Elsevier.
Sulaigah Baputty, Sabtu Hitam, Sujata Sethi. ( 2008 ). Mental Health
Nursing. New York: Oxford University Press.

You might also like