Professional Documents
Culture Documents
Terapi Muzik
Terapi Muzik
Pengenalan
Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang
menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf
kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang
dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.. Muzik adalah
satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap
berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya
getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita,
muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
Definisi:
Menurut The American Music Theraphy Association (Peters, 2000), terapi muzik
bermaksud ”a planned, goal-directed process of ineraction and intervention, bassed
on assessment evaluation of individual clients specific needs, strengths, and
weakness, in which music or music based experiences examples: (singing, playing
music instruments, moving or listening music) are specifically prescribed to be used
by specially trained personnel to influence positive changes in an individual’s
condition, skills, thoughts, feelings or behaviours”.
“Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku
ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan
ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi
seseorang” (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).
Muzik boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan
bunyi-bunyian daripada alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan harmoni.
Muzik merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya. Muzik sebagai satu wahana
komunikasi mampu mengumpulkan pendengar daripada pelbagai bangsa, budaya,
agama dan negara. Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang
iaitu ia mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis,
bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh dikawal akhlaknya. Ianya mempunyai
kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang insan.
Dalam Islam, muzik yang tidak membawa kepada perbuatan mungkar adalah
dibenarkan. Para ulama’ bersetuju muzik tidak dilarang Islam berdasarkan kepada
firman Allah SWT dalam Surah Luqman (31: 19) yang bermaksud: “Dan
sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa
berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”Menurut al-
Ghazali dalam ayat yang berkaitan, Allah s.w.t. memuji suara yang baik, sehingga
tidak dilarang mendengarkan nyanyian yang baik.
Dalam ayat yang lain (Surah Ankabut 29: 64) , Allah s.w.t. berfirman yang
maksudnya: "Dan kehidupan dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka."
Al-Kindi telah menulis buku berkenaan muzik dan telah dialih bahasa untuk kegunaan
orang Eropah di antaranya ialah The Essentials of Knowledge in Music (Pengetahuan
Penting dalam Muzik), On The Melodies (Melodi) dan The Necessary Book In The
Composition of Melodies (Buku Penting untuk Mencipta Melodi). Begitu juga al-Farabi
yang hidup selepas 70 tahun era al-Kindi, beliau telah menulis tentang teori muzik
iaitu Great Book on Music (Buku Hebat tentang Muzik), Styles In Music (Gaya Muzik),
On The Classification of Rhythm (Klasifikasi Irama). Buku Great Book on Music telah
diterjemah ke bahasa Hebrew dan kemudian ke bahasa Latin pada abad ke-12
Masehi.
Banyak alat yang terdapat dalam muzik tradisional, rock dan okestra berasal daripada
Islam-Arab, contohnya seperti lute yang berasal daripada al-‘ud, rebec daripada
rababah, gitar daripada qitara dan naker daripada naqqara (dram kayu yang dilitupi
kulit kambing).
Kajian-Kajian Lepas:
Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart misalnya boleh
digunakan untuk mengurangkan penderitaan pesakit (mengurangkan tekanan).
Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik
tertentu. Malah kini terdapat seramai 6,000-10,000 pakar terapi muzik terlatih di
seluruh dunia dan sedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang
menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser,
juga AIDS.
1. Muzik Tradisional
Dipalu -loceng, gong, kompang.
Digesek -rebab, gambus, oud, kecapi.
Ditiup -serunai, seruling,nafiri.
Digoncang -angklung.
2. Muzik Barat
Perkusi tidak berpic -loceng, tamborin, kerincing, dram bess.
Tiup dan bras -rekoder, trompet, seksofon.
Bertali -gitar, piano, biola, kecapi berkaki.
3. Langkah-langkah Bermain Peralatan Muzik
Objektif terapi
Pengurusan T/L
Tingkatkn penglahiran perasaan
Tingkatkan harga diri
Tingkatkan keupayaan/kemajuan akademik
Kembangkan emosi
Mudahkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal
Latih pertuturan
Teknik Penafsiran Klinikal Khusus- melalui teknik ini, pakar terapi akan menjalankan
program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu,
memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan
mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau
melukis menggunakan muzik.
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi. Gegaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-
tahap yang berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda
manusia. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga
dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
Terdapat 7 sistem kalenjar dalam badan manusia, tujuh warna dalam spektrum dan
tujuh nota dalam skala muzik. Setiap warna dan setiap nota mempunyai satu getaran
atau tahap tenaga yang unik yang merangsang pusat tenaga pada minda dalam
caranya yang unik, rangsangan yang sama ini akan disusuli ke dalam tubuh kita.
Apabila kita terdedah pada getaran-getaran ini, neuroendokrin dan sistem imunasi kita
akan diperkukuhkan dan disucikan. Pusat keseronokan dalam otak kita juga
memberikan rangsangan untuk merembeskan endorfin, iaitu penenang kesakitan
semulajadi badan.
5. Murid Autistik
Menghasilkan komunikasi.
Meningkatkan kemahiran pertuturan dan bahasa.
Meningkatkan kemahiran interaksi sosial.
Meningkatkan kemahiran mengenal diri sendiri dan luahan emosi.
Meningkatkan kemahiran kognitif.
Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang
lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan
meringankan stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit ) yang mempunyai
masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri.
Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah
laku. Selain itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara
tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.
Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu penggunaan terapi
muzik digunakan secara lebih meluas di hospital-hospital dan klinik bersalin untuk
mengurangkan tekanan dan kesakitan ketika ibu ingin melahirkan bayi. Selain itu,
terapi muzik juga berkesan untuk mereka yang menderita sakit kepala atau migrain.
Selain itu kekurangan terapi muzik ialah kaedah dan langkah yang digunakan dalam
sesi kaunseling berbeza dari seseorang ke seseorang di mana sesetengah klien
memerlukan muzik yang berbeza contohnya ada muzik yang memerlukan irama dan
melodi yang lembut dan ada yang lantang. Selain itu, ada juga klien memerlukan masa
yang pendek dan panjang dalam melakukan proses terapi muzik. Hal ini bergantung
kepada diri individu dan berapa besar masalah yang dihadapi oleh klien. Jadi, terapi
ini terlalu sukar untuk diamalkan di mana kaunselor perlu menyelidik dan mengkaji
kesesuaian muzik yang akan di perdengarkan untuk klien.
Di samping itu juga, terapi muzik tidak dapat menolong klien dengan sepenuhnya
menghilangkan tekanan yang mereka hadapi di mana terapi muzik ini hanya tertumpu
dan berfokus kepada sesetengah tekanan. Walaupun terapi muzik lebih tertumpu
kepada masalah yang ringan atau berat namun ia tidak memberi jaminan bahawa sesi
terapi yang dijalankan akan menyelesaikan masalah dan tekanan yang dihadapi oleh
klien.
Sebagai tambahan, kekurangan terapi muzik ialah ada sesetengah orang tidak boleh
terima terapi muzik sebagai medium untuk meredakan dan menghilangkan tekanan
yang mereka hadapi contohnya mereka tidak berminat untuk mendengar muzik yang
telah dipilih untuk mereka. Hal ini mungkin berpunca dari lagu yang tidak sesuai dan
tidak dapat menenangkan jiwa mereka yang berada dalam kerisauan, dilema dan
sebagainya. Muzik yang tidak sesuai tidak akan memberi apa-apa perubahan dalam
diri klien jika sesi terapi dijalankan.
Tambahan lagi, kekurangan terapi muzik ialah terlalu bergantung kepada muzik setiap
kali sesi kaunseling dijalankan. Penggunaan terapi muzik yang berterusan
membuatkan klien akan terlalu bergantung kepada muzik jika mereka ingin
meredakan dan menghilangkan segala tekanan yang mereka hadapi. Hal ini mungkin
menyebabkan mereka akan lalai dalam melakukan tugas seharian jika terlalu
bergantung kepada muzik dalam menghilangkan tekanan. Sebagai contoh, pekerja
pejabat yang mempunyai tekanan kerja akan mendengar muzik sebagai terapi untuk
menghilangkan tekanan mungkin akan lalai dengan tugasnya apabila terlalu
bergantung kepada muzik.
Bagi memurnikan lagi pelaksanaan terapi muzik dalam sesi kaunseling, kaunselor
perlulah memainkan peranan yang penting dalam mengkaji kesesuaian muzik dan
instrument yang digunakan dalam proses pemulihan dengan menggunakan terapi
muzik di mana ia dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh klien.
Keberkesanan terapi muzik dalam sesebuah sesi kaunseling memberi impak yang
besar kepada klien dalam proses pemulihan dan pengurusan tekanan yang mereka
hadapi.
Cadangan yang paling utama dalam mengurangkan tekanan dan masalah yang telah
dihadapi oleh klien ialah membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al-Quran di mana
ia adalah terapi muzik yang paling berkesan mengurangkan tekanan dan
mendekatkan diri kepada Allah SWT. Terapi yang paling sempurna ini memainkan
peranan yang penting dalam mengurangkan perasaan marah, sedih dan sebagainya
yang dialami oleh klien. Di samping mendengar ayat suci Al-Quran klien juga
didedahkan dengan proses mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selalunya kaunselor
Islam mempraktikkan terapi ini dalam sesi kaunselingnya.
Selain itu cadangan bagi menambah baik terapi muzik ialah kita perlu menyediakan
tempat atau ruang yang sesuai bagi menyempurnakan terapi muzik dalam sesi
kaunseling di antara kaunselor dan klien. Tempat bagi melakukan terapi muzik ini
mestilah selesa dan tenang di mana ia dapat membantu klien untuk menghilangkan
tekanan dan masalah yang mereka hadapi. Tempat yang selesa ini membantu klien
menghilangkan kecelaruan, konflik dan masalah diri yang melanda mereka. Semasa
sesi terapi muzik dijalankan, amatlah penting dalam menyediakan segala
kelengkapan yang sesuai bagi memudahkan urusan terapi muzik dilaksanakan.
Di samping itu juga antara cadangannya ialah melalui terapi muzik ini, kaunselor
hendaklah memberi rangsangan sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi terapi
muzik dijalankan. Melalui kaedah ini, ia mampu membuat minda klien berfikir dan
menilai sendiri baik buruk masalah yang melanda melalui muzik yang bersesuaian.
Selepas sesi terapi muzik selesai, kaunselor perlulah memainkan peranan yang
penting dalam memberi bimbingan kepada klien untuk membuat dan memilih jalan
yang sesuai sebagai pilihan mereka justeru itu klien dapat menilai sejauh mana
kebaikan dan keburukan masalah yang mereka hadapi.
Selain itu, antara cadangannya ialah menggalakkan klien mengarang dan mengubah
lagu dimana melalui aktiviti ini klien dapat meluahkan perasaan mereka justeru itu ia
dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh klien. Apabila klien melakukan aktiviti
ini mereka dapat menyalurkan tekanan dan masalah yang mereka hadapi melalui lagu
dan sebagainya. Gubahan lagu oleh klien akan menggambarkan masalah dan
tekanan yang mereka hadapi dan melaluinya juga klien akan mendapat ketenangan
jiwa dan perasaan yang baik.
Cadangan yang terakhir ialah melakukan terapi muzik secara kumpulan dimanja
mereka boleh melakukan aktiviti bersama dan berbincang sambil meluahkan
perasaan mereka. Melalui terapi muzik secara berkumpulan klien dapat berkongsi
masalah dan pandangan dengan mereka yang mempunyai masalah yang sama. Ini
akan mempercepatkan lagi klien dalam mempelajari cara pengurusan tekanan yang
baik dari ahli kumpulan mereka justeru ia dapat menghilangkan tekanan dan masalah.
1.Struktur
Jadual waktu terancang yang menarik minat dan perhatian klien untuk menggalakkan
kehadiran klien pada setiap sesi terapi.
2. Hubungan terapeutik.
Hubungan baik antara kaunselor dan klien. Kaunselor memahami kehendak klien
serta masalah yang dihadapi klien, memastikan komunikasi berkesan setiap kali
rawatan.
3.Interaksi muzik
Kaunselor atau ahli terapi harus menguasai kemahiran pengekalan interaksi muzik
supaya kliennya mengambil bahagian hingga tamat sesi rawatan.
4.Kawalan emosi
Ahli terapi menggunakan kaedah ataupun memilih cara dan muzik yang sesuai untuk
menggalakkan klien meluahkan perasaan dan emosi secara baik.
5.Integrasi sensori
Ahli terapi harus mempunyai pendekatan yang berbeza mengikut keadaan klien untuk
mengelakkan kehilangan fokus dan kegagalan dalam berkomunikasi
Kaedah Perancangan dan Pelaksanaan Terapi Muzik
Sebelum rawatan terapi muzik dijalankan, kaunselor terlebih dahulu perlu
mendapatkan persetujuan dengan klien mengenai rawatan dan etika-etika ketika sesi
rawatan atau kaunseling dijalankan. Antara perkara yang boleh dibincangkan adalah
seperti tentang kerahsiaan masalah klien. Seterusnya, kaunselor perlu mengatur
pertemuan dengan klien sebelum sesi rawatan sebenar dijalankan. Sesi ini bertujuan
untuk membenarkan klien menyelesakan diri dengan keadaan bilik persekitaran
seperti membiasakan diri dengan keadaan bilik rawatan dan juga kemudahan-
kemudahan yang disediakan.
Sejurus tamatnya sesi terapi muzik, kaunselor perlu memastikan sesi tersebut diakhiri
dengan pendekatan dan teknik yang sesuai. Klien juga perlu diberikan masa yang
mencukupi supaya mereka dapat memahami serta menerima kaedah terapi muzik.
Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit
itu melalui pentafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan
menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik
tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan
mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau
melukis menggunakan muzik.
Kesimpulan