Professional Documents
Culture Documents
Janakuasa Tunggu Sedia
Janakuasa Tunggu Sedia
Janakuasa tunggu sedia adalah merupakan sistem bekalan elektrik yang tidak digunakan
dalam keadaan bekalan elektrik adalah normal, ianya digunakan apabila bekalan kuasa
elektrik yang biasa diterima terputus atau mengalami gangguan.
Dalam sistem penjanaan kecil atau sederhana kebanyakkan bahan bakar yang mudah
diperolehi ialah diesel.
Janakuasa tunggu sedia adalah merupakan sistem bekalan elektrik yang tidak digunakan
dalam keadaan bekalan elektrik adalah normal, ianya digunakan apabila bekalan kuasa
elektrik yang biasa diterima terputus atau mengalami gangguan.
Janakuasa dihidupkan melalui satu panel kawalan AMF board (Automatic Main Failure)
yang mana telah dirancang dari segi sistem litar kawalan.
Janakuasa tunggu sedia kebiasaannya dipasang pada bangunan yang menggunakan beban
yang melebihi 150Amp dan hanya satu set sahaja.
Janakuasa ini perlu didaftar dengan Suruhanjaya Tenaga dan kadar feenya adalah mengikut
jumlah kW.
Bagi mengendali dan mengawal janakuasa tunggu sedia, pihak pengurusan perlu melantik
seorang yang memegang satu perakuan kekompeten Penjaga Jentera kategori A4-1.
(Gambarajah Janakuasa)
Kebiasaan janakuasa yang menggunakan enjin diesel beroperasi dalam dua cara:
Enjin Block
Air or Liquid Cooling
Intake Air
Mufflers
Minyak Pelinciran
Major brand of engine
Electrical system and circuit breakers
PENENTUAN & KIRAAN SAIZ JANAKUASA
Ampiar Genset
Lihat pada panel papan suis yang sedia ada. Jika 100A, tak perlu beli Genset lebih
besar. Atau kita boleh kurangkan saiz ampiar Genset (contoh kepada 60A) hanya
untuk kegunaan beban penting sahaja.
Jenama Engine
Memilih janakuasa yang tidak berjenama atau terpakai, kurang di pasaran anda
mungkin sukar untuk mendapatkan keperluan alat ganti yang tulin dan perkhidmatan
selepas jualan kebanyakan enjin datang dengan kotak alat ganti. Pastikan anda
memilih atau membeli janakuasa ang mempunyai perkhidmatan senggaraan.
Sistem Elektrikal, Perlindungan & Circuit Breaker
Sistem elektrikal di dalam Genset biasanya menggunakan 12V atau 24V sahaja (sama
saiz bateri). Sistem elektrikal ini hanya bertujuan untuk
i. Penghidup motor dan bateri. Bagi janakuasa besar mestilah mempunyai pengecas
alternator dengan solid state voltage regulator
ii. Enjin diesel yang besar mesti mempunyai pre-heat switch dan suis start/stop.
iii. Semua janakuasa mestilah mempunyai perlindungan enjin untuk tekanan minyak
rendah (oil pressure loss) kelajuan lampau (over-speed) lebih mengengkol (over-
crank) dan lampau panas (high water or operating temperature).
iv. Sistem pemutus litar (circuit breaker) bagi perlindungan janakuasa.
Saiz Genset
Saiz mestilah dipilih bersesuaian dengan beban yang hendak disambungkan. Jika saiz
Genset terlalu besar, janakuasa akan berkabon, minyak berlebihan , melilih dan
mudah kerosakan enjin. Sekiranya anda memilih janakusan dibawah saiz ia akan
banyak mengeluarkan asap dan alatalat elektrik akan jadi rosak. Untuk mendapatkan
saiz yang sebenar adalah dengan mengambil kira jumlah beban yang akan di tanggung
oleh janakuasa.
Adalah dimaklumkan bahawa janakuasa tidak digunakan secara berterusan dengan
beban yang kurang dari 40% sebaiknya beban adalah dari 50% hingga 75% adalah
optimum.
Contoh: Jumlah beban kecemasan dalam watt = 15 KW
Beban hendaklah didarab dengan 75% oleh kerana tidak semua beban digunakan secara
serentak.
Jadi saiz janakuasa adalah 15,000 x 75 = 11,250 watt
100
Atau saiz janakuasa ± 12,000 watt = 12 KW
Janakuasa tunggu sedia yang diperlukan adalah 12 KW atau 14 KVA <--
(12KW/0.85=14KVA)
Janakuasa mudahalih biasanya dari 3 – 15 KW dan Janakuasa tetap bermula dari 7 –
40KW atau lebih. Bagi janakuasa yang bersaiz besar biasanya diperlukan jika ada beban
elektrik yang besar seperti motor pump, penghawa dingin berpusat. Purata saiz janakuasa
untuk rumah kediaman adalah 10-12 KW (tanpa penghawa dingin berpusat).
Pengujaan (Exciter)
• Fungsi utama papan AMF digunakan untuk menghidupkan enjin diesel apabila
bekalan TNB mengalami gangguan.
• Apabila enjin diesel djalankan dengan jayanya,bekalan dari janakuasa akan disalurkan
kepapan suis utama melalui suis tukar alih automatik empat kutub (Four pole
automatic change over switch)
• Suis tersebut perlu dilengkapkan dengan kait punca elektrikal dan mekanikal.
• Janakuasa dihidupkan melalui satu panel kawalan AMF board (Automatic Main
Failure) yang mana telah dirancang dari segi sistem litar kawalan.
• Janakuasa ini perlu didaftar dengan Suruhanjaya Tenaga dan kadar feenya adalah
mengikut jumlah kW.
Bagi mengendali dan mengawal janakuasa tunggu sedia, pihak pengurusan perlu
melantik seorang yang memegang satu perakuan kekompeten Penjaga Jentera
kategori A4-1.
• Janakuasa yang berfungsi secara berterusan biasanya diguna dan di pasang pada
sesebuah kawasan yang terpencil yang mana sukar untuk mendapat bekalan dari pihak
berkuasa bekalan.
• Kebanyakan loji janakuasa ini mempunyai lebih daripada satu janakuasa. Jika ia
menggunakan beban yang tinggi melebihi keupayaan satu janakuasa maka ianya perlu
di-segerakkan dengan janakuasa yang lain supaya dapat menampung beban yang
diperlukan.
• Loji janakuasa yang memiliki lebih dari satu janakuasa, sistem penyegerakkan
(Synchronize) perlu dilaksanakan sama ada cara Manual atau Auto. Bagi
melaksanakan tugas penyegerakkan seseorang itu perlu memiliki satu perakuan
kekompeten Penjaga Jentera kategori A4 .
Sistem Bahan Api
Sistem bahan api adalah untuk menakong minyak dan menghantar minyak daripada tangki ke
injekter, penghantaran bahan api mestilah tepat dan mempunyai kuasa tekanan yang cukup
untuk mengisi dan menyempurnakan kehendak kelajuan dan beban yang ditugaskan ke atas
sesuatu enjin mengikut keadaan perjalanan enjin tersebut.
i. Tangki minyak
Bahan api digunakan untuk menghantar bahan api dari tangki ke pam penyembur
bahan api dengan tekanan yang tertentu mengikut pergerakan enjin.
vi. Injekter
Alat untuk menyemburkan bahan api ke dalam ruang pembakaran dalam bentuk
semburan yang halus.
Sistem Penghantaran Bahan Api
ii. Sistem yang menggunakan kuasa mekanikal yang mana dipasangkan pam
penghantaran bahan api.
iii. Pam bahan api menggunakan kuasa elektrik jarang diguna pada enjin diesel.
Sistem Penyejuk
ii. Panas berlebihan juga akan menyebabkan logam-logam akan hilang keupayaan.
iii. Ketegangan di dalam atau antara bahagian-bahagian enjin di sebabkan suhu yang
tidak seimbang.
Sistem Pelinciran
Alat-alat yang perlu diganti pada masa yang sama ketika melakukan penyenggaraan:
i. Penapis udara.
Pastikan bahagian pelinciran luaran dipam gris dan enjin sentiasa berada dalam keadaan
bersih serta tiada bahagian yang longgar atau tidak bergegar semasa enjin dihidupkan.
Bateri Untuk Janakuasa
Bagi set janakuasa bateri digunakan untuk menghidupkan enjin dan membekalkan tenaga
elektrik kepada litar penunjuk seperti lampu, alat jangka dan alat kawalan.
Bateri yang digunakan akan kehilangan kuasa dan perlu dicas semula supaya kuasanya
dipulihkan dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sistem pengecas diperlukan untuk
tujuan ini.
Sistem Cas
• Trickle cas - untuk menggantikan cas bateri yang hilang secara semulajadi/natural.
• Boost cas - mengecas bateri dengan arus tinggi dan masa yang pendek.
Cas Bateri
• Cas kering (Dry Charge) diperlukan untuk bateri baru. Kemudian dalam masa 24 jam
selepas elektrolit diisi, ia perlu dicas semula. Jumlah arus elektrik yang diperlukan
untuk mengecas bateri mestilah tidak melebihi 0.05 dari kapasiti bateri dan cas selama
5 hingga 10 jam.
• Untuk cas biasa, bateri yang kurang tenaga arus elektrik 0.1 dari kapasiti bateri.
• Jumlah masa yang perlu dicas boleh diperolehi dengan formula di bawah.
Arus charging
Langkah – langkah Keselamatan
• Jangan biarkan bahan-bahan logam terletak di atas bateri atau jatuh merentang
tamatan.
• Mempunyai sistem pemadam api dari jenis yang sesuai dan diluluskan.
• Mempunyai tikar getah setebal 5mm di hadapan papan AMF dengan saiz yang tidak
kurang dari lebar papan AMF itu sendiri.
(Bilik Janakuasa)
Langkah Keselamatan Sebelum Memasuki Bilik Papan
(Tanda Bahaya)
Pengujian Janakuasa Tunggu Sedia
Setelah siap pemasangan sistem janakuasa tunggu sedia adalah membuat ujian prestasi.
Tujuan ujian ini dalah untuk memastikan setiap peralatan berfungsi dan mengukur prestasi
keseluruhan untuk mengesahkan bahawa janakuasa tunggu sedia tersebut berfungsi mengikut
sepesifikasi yang ditetapkan.
a) Pemeriksaan minyak enjin, bahan api, air radiator, keadaan bateri (voltan)
b) Pemeriksaan bagi operasi lampu penunjuk dan peralatan.
c) Pemeriksaan pendawaian dan sambungannya.
a) Rintangan penebatan Gelung Stator – setiap punca fasa dengan punca bumi
mestilah lebih 2 M Ώ dengan penguji penabatan Megger 500 V
b) Rintangan penebatan kabel – setiap punca fasa dengan fasa dan bumi.
c) Sambungan fasa – Setiap kabel fasa adalah betul disambung dengan punca fasa.
d) Rintangn bumi mestilah kurang dari 1 Ώ
3. Ujian tanpa beban ( NO LOAD TEST )
d) Hentikan janakuasa
a) Putuskan bekalan TNB dengan membuka suis bekalan TNB (Off) ACB
i. Periksa masa untuk menghidupkan janakuasa : masa biasa 5 saat ( typical time 5
second)
ii. Periksa masa tukar alih (changeover) kepada bekalan janakuasa selepas enjin mula
hidup.
iii. Periksa keluaran janakuasa
Voltan : 415 (R-Y,Y-B,B-R)
240 (R-N,Y-N,B-N)
i. Periksa masa tukar alih (changeover) kepada bekalan TNB ( masa biasa 3 minit)
(typical time : 3 minutes)
ii. Periksa masa berhenti janakuasa selepas tukar alih bekalan TNB dipulihkan ( masa
biasa 5 minit) ( typical time : 5 minutes)
Gagal mula dihidupkan (Failure to Start) : Amaran dan terpelantik (typical time : 1
minute)
Ulangan : 50 Hz
KW meter
KWh meter
iii. Sambung semula bekalan TNb dengan menutup suis bekalan TNB ( ON )
ACB Periksa masa tukar alih ( changeover) kepada bekalan TNB ( masa
biasa 3 minit) ( typical time : 3 minutes)
Periksa masa berhenti janakuasa selepas tukar alih bekalan TNB
dipulihkan (masa biasa 5 minit) (typical time : 5 minutes)
i. Periksa keluaran
Ulangan : 50 Hz
KW meter
KWh meter
c) Ulang ujian seperti di atas pada beban 75% untuk selama satu jam
d) Ulang ujian seperti di atas pada beban 100% untuk selama tiga jam
e) Ulang ujian seperti di atas pada beban 110% untuk selama satu jam