Laporan Aktiviti Panitia Muzik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ISSU BANGAT,

95700 BETONG SARAWAK

LAPORAN AKTIVITI PANITIA MUZIK 2017

Nama aktiviti : Kuiz Muzik


Tarikh Pelaksanaan : 7 November 2017
Tempat : Kelas Tahun 1 hingga Tahun 6
Murid yang terlibat : Murid Tahun 1 hingga Tahun 6

Aktiviti ini telah dilaksanakan bertujuan bagi melihat tahap kecekapan murid
serta membantu murid mengimbas kembali apa yang telah dipelajari sewaktu
pembelajaran di dalam bilik darjah. Kuiz ini lebih berfokuskan kepada tempo, aktiviti
perkusi badan, alat muzik berpic atau alat muzik tanpa pic, perkusi tanpa pic, alat
muzik ensembel, dan alat muzik bertali.

Kelebihan aktiviti ini ialah setiap soalan yang diedarkan untuk setiap tahun atau
kelas adalah tidak sama. Penggunaan aras soalan yang digunakan bersesuaian
dengan apa yang telah dipelajari sewaktu dalam PdPC. Tambahan pula, kuiz yang
diedarkan ini tidak sukar kerana murid hanya perlu mengisi jawapan di ruangan yang
disediakan serta pilihan jawapan juga turut diberikan. Kelemahan aktiviti ini dari segi
pengendalian pengumpulan soalan kuiz. Murid berlumba-lumba untuk menghantar
soalan kuiz bagi mendapatkan tempat pertama, kedua dan ketiga. Bagi membantu
ketua panitia memilih pemenang, guru bertugas telah diminta menulis nombor giliran
penghantaran soalan kuiz di bahagian atas soalan.

Secara keseluruhannya, aktiviti ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya


dengan adanya kerjasama dari guru serta murid SK Issu Bangat dalam menyertai kuiz
ini. Aktiviti ini akan ditambahbaik lagi cara pelaksanaannya bagi menarik minat murid
untuk lebih mengenali muzik.
Nama aktiviti : Aktiviti Pasca UPSR Murid Tahun 6
Tarikh Pelaksanaan : 11 Oktober 2017
Tempat : Makmal Komputer
Murid yang terlibat : Murid Tahun 6

Aktiviti ini telah dilaksanakan setelah selesai peperiksaan UPSR pada 14


September 2017 yang lalu. Aktiviti ini dijalankan bagi menarik minat murid menyertai
aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Aktiviti ini lebih kepada aktiviti santai dan
aktiviti yang boleh merehatkan minda murid setelah mereka berusaha sedaya upaya
dalam menjawab soalan peperiksaan UPSR pada bulan lalu.

Aktiviti ini mewajibkan semua murid Tahun 6 untuk menyanyi lagu pilihan
mereka. Genre lagu yang dipilih oleh murid majoritinya berunsurkan balada dan pop.
Penilaian guru berdasarkan kepada seni suara; persembahan (gaya dan kreativiti);
kesesuaian dan kerjasama yang diberikan oleh murid sewaktu nyanyian. Aktiviti ini
juga telah dibantu oleh guru muzik Tahun 6 dan guru ICT iaitu Cikgu Lim Siew Jiau
dan Cikgu Firdaus dalam mengendalikan pemilihan lagu serta menguruskan PA
System dalam makmal komputer.

Kelebihan aktiviti ini adalah guru dapat melihat minat murid dengan unsur lagu
yang bersesuaian dengan mereka. Contohnya Felisaelly lebih gemar kepada lagu
balada kerana pic dan tempo lagu rendah memudahkan murid untuk menyanyi
dengan lebih baik. Selain itu, lagu-lagu yang disediakan adalah lagu terbaru dan lagu
yang sering mereka dengar di corong radio selain mereka juga minat dengan lagu-
lagu sebegini. Kelemahan aktiviti ini adalah majoriti murid masih malu dan kekok untuk
menyanyikan lagu yang dipilih selain mereka juga masih kurang berkeyakinan untuk
menyanyi di khalayak ramai.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, aktiviti ini berjaya dilaksanakan dengan baik. Tanpa
kerjasama dan sokongan dari semua pihak, aktiviti ini tidak dapat dilaksanakan pada
tahun ini. Pada tahun akan datang, aktiviti panitia akan ditambahbaik lagi dari segi
bilangan aktiviti dan pemilihan tarikh yang bersesuaian mengikut perancangan aktiviti
yang bakal dirancang. Untuk tahun ini, antara cadangan aktiviti yang tidak dapat
dilaksanakan adalah projek / persembahan Pendidikan Kesenian Tahun 1 dan
Persembahan murid (Perhimpunan Mingguan). Oleh itu, ketua panitia telah
mengambil inisiatif lain dengan merancang aktiviti lain bagi menggantikan aktiviti yang
tidak dapat dilaksanakan iaitu Kuiz Muzik Tahun 1 hingga Tahun 6.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

___________________ _______________________
(WAN NUR AIDA SAKINAH BT WAN JUSOH) (DIANA NALING ANAK KENDAWANG)
Ketua Panitia Muzik Penolong Kanan Pentadbiran
SK Issu Bangat SK Issu Bangat
Tarikh: 8 November 2017

Disahkan oleh;

__________________________
(RAMAN @ HJ. AMIT BIN SEBAI)
Guru Besar
SK Issu Bangat

You might also like