Teks Prs

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Teks: Rakan Sebaya - Kawan atau Lawan

Apa yang anda faham dan tahu mengenai Rakan Sebaya?

Definisi Rakan Sebaya menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 ialah sahabat yang
sama umurnya. Rakan Sebaya juga ialah sahabat daripada lingkungan latar
belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat
atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama.

Persoalannya, apakah kepentingan Rakan Sebaya dalam kehidupan kita?


Adakah Kawan atau pun Lawan?

Rakan Sebaya boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara
satu sama lain dan kadang kala boleh mempengaruhi dalam bentuk yang
negatif atau kejahatan. Rakan Sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar
yang baik akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang lebih memberi kesan
positif kepada rakan-rakan yang lain seperti terlibat dalam aktiviti
kokurikulum & aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya
daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah akan memberi kesan yang
sama kepada rakan-rakan yang lain.

Ini kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan sebaya


yang lain untuk bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan
norma-norma masyarakat. Nilai-nilai murni yang ditanam di kalangan pelajar
sejak kanak-kanak lagi mungkin tidak mempunyai kesan yang banyak terhadap
pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak
pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya
adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh pelajr agar pelajar
berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.

Rakan Sebaya bukan sahaja mempengaruhi seseorang individu secara negatif


melalui pujukan dan paksaan tetapi juga secara positif dengan memberi
khidmat, sokongan dan peluang untuk membincangkan pandangan-pandangan
yang bertentangan. Pengaruh kuat Rakan Sebaya boleh digunakan secara
konstruktif untuk membentuk tingkah laku yang positif di kalangan mereka.

Untuk pengetahuan kita semua, Rakan Sebaya juga adalah orang-orang yang
paling hebat dalam membantu kita mencapai kejayaan akademik. Satu sebab
utamanya ialah mereka ini mempunyai tahap pemikiran yang sama dengan kita.
Jadi, jika mereka faham sesuatu, mereka boleh terangkan kepada kita dengan
lebih mudah. Rakan Sebaya juga boleh menjadi sumber rujukan dan sistem
sokongan kepada kita. Namun, kita perlu berhati-hati. Tidak semua rakan
sebaya boleh membantu kita kerana ada yang akan cuba menarik kita ke arah
kegagalan walaupun bukan itu niat mereka. Mereka juga turut menyumbang
kepada berlakunya masalah gejala sosial terutamanya kepada pelajar-pelajar
yang tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga. Ini adalah
fakta. Pengaruh Rakan Sebaya memang antara sebab utama yang boleh
membuatkan pelajar bukan saja bersikap kurang ajar, nakal dan jahat tetapi
juga berpotensi untuk ponteng sekolah yang mana pelajar akan mengalami
masalah kemerosotan disiplin.

NASIHAT SAYA, dekati rakan-rakan yang berfikiran positif, rajin dan


bersemangat tinggi untuk berjaya. Dalam masa yang sama, kurangkan masa
yang kita luangkan dengan pelajar-pelajar yang malas, bermasalah disiplin dan
suka merungut. Gabungan tindakan kita ini akan menaikkan semangat kita
untuk belajar dengan lebih baik.

Selain itu, Rakan Sebaya adalah antara agen sosial yang berpengaruh di dalam
membentuk sikap dan akhlak individu kerana mereka merupakan kelompok
rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Remaja akan mengubahsuai
dan mengadaptasikan nilai-nilai Rakan Sebayanya untuk mendapat penerimaan
dan pengakuran daripada kumpulan Rakan Sebaya yang mereka ikuti kerana
Rakan Sebaya dapat mencorak personaliti individu tertentu. Pakar Psikologi
Barat, Carl Rogers menyatakan ada beberapa perubahan ketara kepada
seorang remaja antaranya perubahan fizikal, emosi dan pemikiran. Perubahan
emosi dan fikiran akan mendorong remaja memperluas dan memperbesarkan
kuantiti dan jaringan rakan sosialnya. Mereka lebih rela menceritakan dan
mencurahkan segala masalah dan perasaan mereka kepada rakan Sebaya
berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa yang lain. Hal ini demikian
kerana Rakan Sebaya dianggap lebih memahami sikap dan perasaan mereka
dan dalam masa yang sama mereka ingin membuktikan mereka boleh berdikari
dan berkemampuan seperti orang dewasa.

Tuntasnya, Rakan Sebaya memainkan peranan yang penting di dalam


menentukan arah kehidupan kita. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati ketika
memilih Rakan Sebaya. Bukan semua Rakan Sebaya patut dijadikan kawan
kerana akan ada yang mempengaruhi ke arah kebaikan dan akan ada yang
mempengaruhi ke arah kejahatan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang
kamu memperhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.” Samada
berperanan sebagai seorang kawan atau pun berperanan sebagai seorang
lawan, pilihlah rakan dengan bijak. Kesilapan memilih Rakan Sebaya pasti akan
mengakibatkan keruntuhan akhlak, gejala sosial yang berleluasa dan
kemerosotan disiplin. INGATLAH, rakan ketawa mudah dicari, rakan
menangis sukar dicari..

You might also like