Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 15 TAHUN

NORTHERN SUPER CUP 2018

Bi Agenda Perkara
l.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam
sejahtera dan salam 1Malaysia
Yang Berbahagia, Yang Berbahagia, Dato’ Mohd Noor Bin Ahmad
Ketua Umno Bahagian Batu Kawan.
Yang berusaha, _________________________________
Pegawai Pelajaran Daerah ________________________
Yang berusaha, Encik Anuar Bin Ibrahim, Pengetua SMK Mutiara
Impian,
Yang Berusaha, ________________________________ Guru Penolong
Kanan Kokurikulum SMK Mutiara Impian,
Ahli-ahli jawatankuasa Kejohanan,
Pegawai-pegawai Kejohanan,
Guru-guru pengiring,
Para peserta.
serta hadirin dan hadirat sekalian.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta


limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun
dalam Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Sepak
Bawah 15 Tahun Northern Super Cup untuk tahun 2018. Semoga
majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan
membawa seribu makna kepada kita semua.

Mengalu- Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia, Dato’ Mohd


alukan majlis Noor Bin Ahmad Ketua Umno Bahagian Batu Kawan ke Majlis
Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun
Northern Super Cup untuk tahun 2018 anjuran SMK Mutiara
Impian. Sesungguhnya, kehadiran Yang berbahagia Dato’ ialah
lambang keprihatinan dan sokongan terhadap aktiviti pihak
sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan.
Hadirin hadirat sekalian,

Untuk makluman, objektif kejohanan ini dijalankan adalah untuk


 mempopularkan permainan bola sepak kepada para pelajar
sekolah menengah
 mengeratkan perasaan muhibah antara pemain yang
berbilang kaum, DAN
 mencungkil bakat-bakat baru dan memilih pemain yang
berpotensi dan berdisiplin untuk melayakkan mereka
bersaing ke peringkat yang lebih tinggi.

Ucapan Tanpa melengahkan masa, bagi meneruskan acara, majlis,


Pengetua dengan ini mempersilakan En. Anuar bin Ibrahim, Pengetua, SMK
Mutiara Impian, untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan
hormatnya mempersilakan…

Demikian tadi ucapan aluan oleh En. Anuar bin Ibrahim,


Pengetua, SMK Mutiara Impian. Majlis mengucapkan ribuan
terima kasih.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia,


Dato’ Mohd Noor Bin Ahmad Ketua Umno Bahagian Batu Kawan
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup dengan
rasminya, Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun Northern
Super Cup untuk tahun 2018.

Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan Yang Berbahagia


Dato’ Mohd Noor Bin Ahmad sebentar tadi.

Acara Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para


penyampaian pemenang.
hadiah Secara keseluruhannya, Kejohanan pada tahun ini telah
mempertemukan 8 buah pasukan dari 8 buah negeri.
Pasukan yang mengambil bahagian ialah dari negeri
Pulau Pinang
Melaka
Kedah
Johor (DTC –JDT)
Felda
Perak
Perak
Perlis
Penyampaian hadiah dimulakan dengan pemenang-pemenang
(anugerah)/ saguhati
__________________________________________
_______________________________________________

Semua anggota kontinjen pasukan bola sepak yang berjaya


mendapat pingat dipersilakan bersedia
{diatas pentas penerimaaan hadiah}

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Anuar Bin


Ibrahim, Pengetua SMK Mutiara Impian diiringi oleh
________________________________________________
________________________________________________

menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia, Dato’ Mohd Noor


Bin Ahmad Ketua Umno Bahagian Batu Kawan ke tempat
penyampaian hadiah.

Keputusan Tempat keempat jatuh kepada pasukan ______________


perlawanan Tempat ketiga di menangi oleh pasukan _____________
yang mengatasi __________________ berbalas ___________
Naib johan jatuh kepada pasukan dari ____________
Dan JOHAN Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun Northern
Super Cup untuk tahun 2018 disandang oleh pasukan dari
___________ yang menewaskan ___________ dengan jumlah gol ____
berbalas _____
Penyampaian Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha
cenderamata Encik Anuar Bin Ibrahim, Pengetua SMK Mutiara Impian
menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia, Dato’
Mohd Noor Bin Ahmad Ketua Umno Bahagian Batu Kawan.
Penutup Dengan ini berakhirlah sudah majis kita pada pagi ini. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan yang telah
berjaya.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan andai ada


salah dan silap sepanjang saya mengendalikan majlis pada petang
ini.

Wabillahhitaufik walhidayah..wassalamualaikum wbth…

SEKIAN. TERIMA KASIH

(Pengumuman)
Kepada semua wakil semua kontinjen dan para petugas. Di
jemput ke ____________ bagi mendapatkan pek makanan. )

You might also like