Mineral Yang Terdapat Di Dalam Kerak Bumi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Mineral Yang Terdapat Di Dalam Kerak Bumi

Mineral adalah unsur semulajadi (natural element) atau sebatian (compound) yang terdapat di
dalam kerak Bumi (Earth's crust).

Mineral mempunyai komposisi dan struktur kristal tertentu. Contoh-contoh mineral adalah
calcite, feldspar, kuarza (quartz), mika (mica), marmar (marble) dan silikat (silicate).

Hanya unsur yang tidak aktif sahaja boleh wujud secara bebas dalam kerak Bumi. Sementara itu,
unsur-unsur aktif akan bertindak balas dengan unsur-unsur lain bagi membentuk sebatian
tertentu.

Unsur-unsur semula jadi yang biasanya ditemui di dalam kerak Bumi adalah emas (gold), perak
(silver), platinum, raksa (mercury) dan arsenik (arsenic).

Jadual di bawah menunjukkan peratusan unsur-unsur mineral yang terdapat dalam kerak Bumi.

Unsur % mengikut berat


Oksigen 46.6
Silikon 27.7
Aluminium 8.1
Besi / Ferum 5.0
Kalsium 3.6
Sodium 2.8
Potassium 2.6
Magnesium 2.1
Titanium 0.4
Hidrogen / Karbon 0.14
Peratusan unsur di dalam kerak bumi.

Hampir 75% daripada berat mineral di dalam kerak Bumi adalah terdiri daripada unsur-unsur
oksigen dan silikon. Oleh itu, mineral silikat (silicate minerals) yang mengandungi oksigen dan
unsur-unsur silikon membentuk jumlah yang terbesar. Contoh mineral silikat adalah termasuk
kuarza, feldspar, mika dan tanah liat.

Mineral yang tidak mengandungi unsur silikon dikenali sebagai mineral bukan silikat (non-
silicate minerals). Contoh mineral bukan silikat adalah calcite, dolomit (dolomite), magnetit
(magnetite) dan bijih besi (hematite).

Unsur-unsur bukan logam yang lain seperti oksigen, sulfur dan karbon biasanya wujud dalam
bentuk sebatian seperti oksida (oxides), sulfida (sulphides) dan karbonat (carbonates).

Unsur-unsur yang kurang aktif bergabung dengan oksigen dan sulfur untuk membentuk oksida
dan sulfida seperti oksida besi, aluminium oksida, plumbum sulfida dan besi sulfida.
Sulfida bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk sulfat. Sebaliknya, oksida akan
bertukar ke karbonat apabila bertindak balas dengan air dan karbon dioksida.

Oksida logam (metal oxide) adalah sebatian yang mengandungi logam dan oksigen.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh sebatian mineral yang ditemui di dalam kerak
Bumi.

Jenis mineral Contoh Nama kimia Unsur


Bauksit Aluminium oksida Aluminium dan oksigen
(bauxite)
Hematit Besi oksida Besi dan oksigen
Oksida
(hematite)
(oxide)
Magnetit Magnesium oksida Magnesium dan oksigen
(magnetite)
Cassiterite Timah oksida Timah dan oksigen
Galena Plumbum sulfida Plumbum dan sulfur
Pirit Besi sulfida Besi dan sulfur
Sulfida
(pyrite)
(sulphide)
Chalcocite Kuprum sulfida Kuprum dan sulfur
Blende Zink sulfida Zink dan sulfur
Marmar Kalsium karbonat Kalsium, karbon dan oksigen
(calcite)
Magnesit Magnesium karbonat Magnesium, karbon dan oksigen
Karbonat
(magnesite)
(carbonate)
Dolomit Magnesium karbonat Magnesium, karbon dan oksigen
(dolomite)
Malachite Kuprum karbonat Kuprum, karbon dan oksigen
Contoh sebatian mineral yang ditemui di dalam kerak Bumi.

Mineral yang berlainan mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Mineral memiliki ciri-ciri yang
berbeza dari segi:

1. Kekerasan (hardness).
2. Keterlarutan dalam air (solubility in water).
3. Reaksi kepada haba dan kesannya (reaction to heat and its effect).
Kuarza dan calcite adalah mineral Bumi yang b iasa ditemui
di dalam batu-batan di seluruh dunia

You might also like