1. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.
2. Mengurus dan menyelaras kemudahan aset ICT dan perisian-perisian aplikasi yang dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul. a. Memastikan kesemua infrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik b. Memastikan kemudahan infrastruktur teknologi yang diterima daripada pembekal atau kontraktor memenuhi speksifikasi seperti ditentukan oleh KPM c. Sistem VLE, d. SSQS e. Membantu dalam pengurusan 1GFMAS bagi sekolah PTJ. f. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam mengemaskini laman web rasmi/blog sekolah. g. Memberi input di dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah. h. Pendaftaran serta mendokumentasi maklumat aset alih kerajaan bagi peralatan ICT di sekolah. i. Proses pelupusan aset alih kerajaan bagi peralatan ICT di sekolah. 3. Sebagai pegawai penyelaras penyelenggaraan kepada a. Kelengkapan peralatan ICT yang rosak b. Aktiviti penyelenggaraan termasuk berurusan dengan PKG,BTPN dan pembekal berkaitan c. Hal-hal berkaitan dengan aduan kerosakan peralatan ICT di sekolah. 4. Sebagai pegawai penyelaras pengurusan rangkaian a. Membantu, memantau dan menyelia rangkaian 1BestariNet. b. Membantu menguruskan semua aduan berkaitan talian 1BestariNet di sekolah. c. Membantu, menyelaras pembahagian Alamat IP (IP Address), ZOOM, Router, Access Point, Switch, VPN dan sebagainya. d. Membantu menyelia serta memantau rangkaian Local Area Network (LAN) di sekolah. e. Membantu menyelaras pengurusan dongle dan smartphone altitude sekolah 5. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. 6. Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. a. Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi seperti bahan pengajaran dan pembelajaran. 7. Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran. 8. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditentukan oleh KPM. 9. Sebagai pengurus emel. 10. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa mengikuti perkembangan ICT semasa. 11. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada pihak yang berkenaan. 12. Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah. a. Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi. b. Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah. 13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa.