Kertas Kerja Sambutan Bulan Patriotisme 2018

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN PATRIOTISME

MAKTAB MAHMUD KUALA MUDA


TAHUN 2018

Tarikh
01 Ogos - 17 September 2018

Tempat
Maktab Mahmud Kuala Muda.

1. PENDAHULUAN

Tanggal 31 Ogos dan 16 September merupakan tarikh penting yang sangat wajar
diingati oleh setiap lapisan masyarakat dalam negara. Satu dari dua tarikh keramat tersebut
merupakan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu atau Malaya daripada penjajah yang silih
berganti datang mengaut hasil mahsul negara dan dibawa pulang ke negara penjajah. Satu lagi
tarikh merupakan saat terbentuknya Negara Malaysia yang terbit dari idea Gagasan Malaysia
yang mencantum Sabah dan Sarawak serta Singapura yang dua tahun kemudian Singapura
dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia. Sebagai warga yang mempunyai semangat cintakan
nusa dan bangsa yang tinggi serta bertekad untuk mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan
rakyat yang berbilang bangsa, maka program untuk membina jatidir warga negara yang
bersatu dan patriotik sangat perlu diadakan.

2. MATLAMAT

Matlamat sambutan Bulan Patriotisme peringkat Maktab Mahmud Kuala Muda


bermatlamat untuk melahirkan warga sekolah yang berjiwa patriotik mempunyai semangat
cintakan negara yang sangat tinggi serta berkesanggupan untuk berkorban demi Negara
tercita.

3. OBJEKTIF

Objektif sambutan Bulan Patriotisme peringkat Maktab Mahmud Kuala muda ialah;
3.1 Memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang erti kemerdekaan yang
sebenar;
3.2 Melahirkan peluang kepada pelajar untuk menzahirkan kreativiti ke arah cinta
akan negara;
3.3 Mengenali tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan serta menghargai jasa-jasa
mereka.

1
4. Kumpulan Sasaran

Aktiviti-aktiviti yang akan sepanjang program sambutan Bulan Patriotisme akan


melibatkan semua warga pelajar, guru-guru, kakitangan Maktab Mahmud Kuala Muda serta
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

5. Cadangan Aktiviti

5.1 Melukis dan mewarna Jalur Gemilang


5.2 Melukis poster dan kain rentang kemerdekaan
5.3 Mencipta dan mendeklamasikan sajak kemerdekaan
5.4 Pensejarahan sekolah
5.5 Pertandingan bicara tokoh
5.5 Pertandingan buku skrap tokoh kemerdekaan
5.7 Pertandingan kawad kaki kemerdekaan
5.8 Tayangan filem patriotik
5.9 Pertandingan kelas ceria merdeka
5.10 Street Soccer & bola jaring merdeka (guru & pelajar)
5.11 Jamuan merdeka (guru & staf)
5.12 Perasmian penutup (Wakil LMM)

6. Senarai Ahli Jawatankuasa

6.1 Jawatankuasa Induk


Pengerusi. : Ustaz Abd. Ghani Bin Abidin (Pengetua)
Timb. Pengerusi : En. Ridhauddin Bin Ahmad (YDP PIBG MMKM)
Naib Pengerusi : Ustaz Mohd. Hilmi Bin Mohd Zain (GPK Ko-kurikulum)
: Pn. Ahlam Bt. Samsudin (Penolong Kanan Pentadbiran)
: Ustaz Zulkifli Bin Mahamadan (Penolong Kanan HEM)
Setiausaha : Pn. Norhasnizah Binti Jamaudin
Bendahari : Pn. Norlia Binti Ismail

2
6.2 Penyelaras Aktiviti/Program

BIL NAMA PROGRAM PENYELARAS PROGRAM

Cik Azura Binti Md. Nasir


1. Melukis & Mewarna Jalur Gemilang
Cik Farah Hana Binti Syihabudin
2. En. Mohd Naim Bin Md. Ariffin
Melukis Poster & Kain Rentang Kemerdekaan
Cik. Siti Nurul Hasanah Binti Che Mansor
Menulis & Mendeklamasikan Sajak En. Khairul Basyar Bin Hashim
3.
Kemerdekaan Pn. Normeyla Binti Nasir
En. Abdul Halim Bin Mansor
4. Pensejarahan Sekolah
Pn. Balkis Binti Saad
En. Mohd Amir Bin Md. Azmi
5. Pertandingan Bicara Tokoh Pejuang Negara
Pn. Fatin Najwa Binti Zakarial Ansar
Partandingan Buku Skrap Tokoh En. Azhar Bin Mat Sharihudin
6.
Kemerdekaan Puan Noordiana Binti Ishak
En. Hafiszul Bin Mohamad
7. Pertandingan Kelas Ceria Merdeka Pn. Shatirah Binti Ahmad Sakaoff
Pn. Latifah Binti Abd. Rahim
En. Hamdi Salim Bin Phahrolrazi
8. Pertandingan Kawad kaki Kemerdekaan
En. Md. Daud Bin Aziz
En. Abdul Mu’in Bin Abd. Halim
9. Pertandingan Street Soccer Merdeka
Pn. Nabilah Binti Md. Yusuf
10. Pertandingan Bola Jaring Merdeka
En. Mohd Asri Bin Md. Saad
11. Jamuan Merdeka
Pn. Mafizah Binti Mohd Akhir
Mohd Ashraf Bin Mohamad Tajari
12. Tayangan Filem Patriotik
Cik Nur Alia Binti Mohd Nahar
En. Mohamad Hilmi Bin Mohd Zain
13. Majlis Perasmian Penutup
Pn. Syahirah Hani Binti Ahmad Tajuddin
Mohd Ashraf Bin Mohamad Tajari
14. Dokumentasi Aktiviti/Program

3
7. TENTATIF PERASMIAN PENUTUP

13 SEPTEMBER 2018 (KHAMIS)

7.15 pagi : Pelajar berhimpun di tapak perhimpunan

7.20 pagi : Ucapan aluan oleh pengerusi majlis.


Bacaan doa
Nyanyian lagu-lagu patriotik

8.00 pagi : - Street Soccer Merdeka


: - Bola Jaring Merdeka

9.00 pagi : - Lawatan ke kelas-kelas;


- Pameran bahan-bahan sejarah;
- Sesi Fotografi

10.30 ptg : Jamuan Merdeka

11.30 pagi : Majlis Perasmian Penutup


- Persembahan Pelajar;
- Tayangan video patriotik

8. Anggaran Perbelanjaan :

JUMLAH
BIL PERKARA
(RM)

1.0 Badan Kesenian & Kebudayaan

1.1 Melukis & Mewarna Jalur Gemilang


- Pertama – (RM 50.00)
- Kedua – (RM 30.00)
- Ketiga – (RM 20.00)

1.2 Melukis Poster & Kain Rentang Kemerdekaan


- Pertama – (RM 50.00)
- Kedua – (RM 30.00)
- Ketiga – (RM 20.00)

Jumlah RM200.00

2.0 Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

2.1 Pertandingan Kelas Ceria Merdeka


- Pertama –Hamper (RM 80)
- Kedua –Hamper (RM 70.00)
- Ketiga –Hamper (RM 50.00)

Jumlah RM200.00

4
3.0 Badan Bulan Sabit Merah Malaysia (BBSM)

3.1 Kawad Kaki Kemerdekaan


- Pertama –Hamper (RM100.00)
- Kedua –Hamper (RM80.00)
- Ketiga –Hamper (RM70.00
- Keempat –Hamper (RM50.00

Jumlah RM 300.00

4.0 Bahasa & Persuratan (Kelab Persada Melayu)


4.1 Mencipta & Mendeklamasi Sajak Kemerdekaan
- Pertama – Plak(RM 10.00)
- Kedua –Plak (RM 10.00)
- Ketiga – Plak(RM 10.00)

4.2 Pertandingan Bicara Tokoh Kemerdekaan


- Pertama – Plak (RM 10.00)
- Kedua –Plak (RM 10.00)
- Ketiga – Plak (RM 10.00)

4.3 Pertandingan Buku Skrap Tokoh Kemerdekaan


- Pertama – (RM 15.00)
- Kedua – (RM 13.00)
- Ketiga – (RM 12.00)

Jumlah RM100.00

5.0 Unit Kokurikulum:

5.1 Street Soccer Merdeka


- Pertama –Hamper (RM 80)
- Kedua –Hamper (RM 70.00)

5.2 Bola Jaring Merdeka


- Pertama –Hamper (RM 80)
- Kedua –Hamper (RM 70.00)

Jumlah RM300.00

6.0 Perbelanjaan Lain:


5.1 Bunting Kemerdekaan (RM30.00 X 3 unit) RM90.00
5.2 Pembelian Peralatan & Bahan Bantu Pertandingan (L/Sum) RM100.00
5.3 Cenderahati Perasmi RM50.00
5.4 Runcit RM10.00

Jumlah RM250.00

JUMLAH BESAR RM1350.00

5
9. Strategi Perlaksanaan :
9.1 Mengemukakan proposal Program.
9.2 Melantik Ahli Jawatankuasa.
9.3 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja.
9.4 Melaksanakan Program.
9.5 Pemantauan.
9.6 Penilaiaan.

10. Kawalan & Penyeliaan:


10.1 Pengetua
10.2 Penolong-Penolong Kanan
10.3 YDP PIBG MMKM.

11. Penilaian:
Keberkesanan program Sambutan Bulan Patriotisme peringkat sekolah ini dapat
dinilai melalui :
11.1 Program yang dilaksanakan berjaya sepertimana yang dirancangkan.
11.2 Mendokumentasikan laporan program yang dirancangkan dalam format yang
standard.
11.3 Membuat post mortem tentang kelemahan yang perlu diatasi dan kekuatan yang
perlu dikekalkan.

6
12. Penutup

Program Sambutan Bulan Patriotisme 2018 peringkat sekolah yang merupakan acara
tahunan diharapkan akan dapat membentuk jadiri pelajar yang mempunyai semangat cintakan
bangsa dan negaranya seperti yang telah digariskan dalam objektifnya akan tercapai. Semoga
segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan licin dan berkesan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………….……..…... ……………………………..........................
(FATIN NAJWA BT. ZAKARIAL ANSAR) (MOHAMAD HILMI BIN MOHD ZAIN)
Setiausaha Sambutan Bulan Patriotisme 2018 Penolong Kanan Kokurikulum
Maktab Mahmud Kuala Muda Maktab Mahmud Kuala Muda.

Disahkan oleh,

………………………………..
(ABD. GHANI BIN ABIDIN
Pengetua
Maktab Mahmud Kuala Muda

You might also like