XBLR 3103

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

XBSM 2103

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

SEMESTER 5 / TAHUN 2017

XBLR 3103

OSH LEGISLATION

NO. MATRIKULASI : 891225025797001


NO. KAD PENGNEALAN : 891225-02-5797
NO. TELEFON : 013-4063150
E-MEL : izzani89@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SUNGAI PETANI

1
XBSM 2103

1.0 Pendahuluan

Satu projek mega akan dibangunkan tengah-tengah bandar Kuala Lumpur yang menelan
belanja RM 180 juta. Projek ini akan di bangunkan dengan sekali yang besar syarikat KNZ
Construction telah dipertanggungjawab untuk menyiapkan projek ini. Antara jentera yang
terlibat di dalam projek mega ini ialah kren menara, kren bergerak, pengorek, gondola, jentera
cerucuk, lif barang, lif penumpang dan jentera pembancuh simen. Selain itu, perancah juga di
gunakan untuk memudahkan para pekerja untuk menjalankan kerja dan platform di gunakan
untuk menyokong laluan pekerja.. Antara bahan kimia yang akan di gunakan dalam menyiapkan
projek ini ialah silica, bitumen, simen dan sebagainya.

Seperti sedia maklum bahan kimia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan
pekerja dan orang awam. Bahan kimia akan memberi kesan kepada mangsa dalam jangka masa
yang panjang. Pada kebiasaannya orang atau pekerja yang terdedah tidak akan menyedari kesan
buruk serta akibat apabila terdedah kepada bahan kimia. Bahan kimia merupakan salah satu
hazad biologi yang dalam tapak projek ini. Selain itu, hazad yang lain dalam tapak projek ini
ialah penggunaan jentera-jentera. Mengikut Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994 (
Akta 514 ) dan Akta Kilang Dana Jentera 1967 ( Akta 139) setiap pekerja yang mengendali
jentera yang tersenarai di dalam undang memerlukan sijil kompeten. Sijil kompeten di sini
bermaksud setiap pekerja diwajibkan menghadiri kursus yang di adakan oleh pihak yang
berwajib atau pihak yang bertauliah serta lulus ujian dan mempunyai sijil kompeten. Jika
seseorang itu mempunyai sijil kompeten yang telah di peraku barulah pekerja tersebut di
benarkan mengendali jentera tersebut.

Selain itu, lif dan perancah yang di pasang di dalam kawasan tapak projek perlu di peraku
oleh orang yang berkelayakan dan kompeten dalam membuat penilaian. Jika penilaian jentera, lif
dan perancah telah lulus ini menujukan cara pemasangan tersebut mengikut garis panduan yang
telah di tetapkan dan terbukti selamat digunakan oleh pekerja. Selain itu, seramai 100 orang
pekerja akan di gunakan untuk membangunkan projek mega ini dalam satu-satu masa. Jika
mengikut Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994 ( Akta 514 ) majikan wajib mengambil
atau menempatkan seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (SHO) di tapak projek
2
XBSM 2103

sepenuh masa. Pegawai ini perlulah menjalankan tugas-tugas sebagai seorang Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (SHO) seperti yang terkandung di dalam akta.

2.0 Pendaftaran Tapak Projek

Seksyen 35 (1) Akta Kilang dan Jentera 1967, menerangkan setiap kerja atau projek yang
melibatkan kejuruteraan atau pengendalian bangunan perlulah di maklumkan kepada pihak
pemeriksa. Pihak pemeriksa seperti yang di nyatakan di dalam akta ini ialah pihak berkuasa iaitu
pihak pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP). Pihak pihak Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) perlu di maklumkan dalam tempoh tujuh hari bagi
tujuan pemeriksaan dan pemantauan.

Mengikut keterangan yang di keluarkan mengenai projek mega ini. Pihak kontraktor iaitu
KNZ Construction perlu maklum atau membuat pendaftaran kepada pihak Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerja (JKKP). Hal ini kerana, pihak KNZ Construction merupakan syarikat
yang di dianugerahkan untuk menyiapkan projek ini. Selain itu, projek ini melibatkan kerja
kejuruteraan dan melibatkan pembinaan serta pengendalian bangunan. Selain itu juga, projek ini
melibatkan pelbagai jenis jentera. Antara jentera yang terlibat di dalam projek ini ialah kren
menara, jentera cerucuk, gondola, pengorek, lif barang dan lif pekerja, pembancuh simen, kren
bergerak dan sebagainya.

Perlu di fahami setiap setiap jentera yang di gunakan perlu mendapat kelulusan dan
pekerja yang mengendalikan jentera tersebut perlu mempunyai sijil kompeten yang ti iktiraf oleh
pihak NIOSH. Perkara ini sangat menepati arahan yang dinyatakan di dalam akta di atas iaitu
setiap orang iaitu pemilik projek di wajibkan membuat pendaftaran kepada pihak berkuasa iaitu
pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) dalam tempoh tujuh hari bagi tujuan
pemeriksaan. Tujuan utama setiap tapak projek perlu di daftarkan kepada pihak Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) ialah supaya semakan berkala boleh di lakukan oleh
pihak berkuasa agar kerja-kerja yang di jalankan mengikut akta dan peraturan yang di tetapkan.

3
XBSM 2103

2.1 Jentera yang memerlukan Orang Kompeten untuk mengendali.

Definisi Orang Kompeten ialah merupakan individu yang mahir mengendalikan jentera,
mesin, pengorek, kren, dandang dan enjin yang menerima latihan praktikal dan teori cara
mengendali dan telah lulus ujian yang telah di jalankan dan mempunyai sijil yang di iktiraf.
Selain itu, Orang Kompeten juga merupakan individu yang di anggap pekerja mahir dan
mempunyai pengetahuan yang luas dalam mengendalikan sesebuah jentera. Mengikut
Peraturan-Peraturan (Orang-Orang Menjaga) Kilang dan Jentera 1970, Akta Kilang dan Jentera
1967 Peraturan 3 mengatakan “ Menurut Subseksyen 29(2) Akta, seseorang yang menjaga
sesuatu dandang stim, enjin stim, enjin pembakar dalam atau kapal korek, kecuali sebagaimana
yang di peruntukkan terkemudian daripada ini, hendaklah memegang suatu perakuan keboleh
yang berkenaan yang ditetapkan dalam Peraturan-peraturan ini” dan Peraturan-Peraturan
(Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan Kilang dan Jentera 1970 Peraturan 10 (1)
“ Pemunya tiap-tiap dandang stim, pengandung tekan tak berapi atau mesin angkat lain daripada
mesin angkat gunatangan hendaklah memegang satu perakuan kelayakan yang sah berkenaan
dengan selagi jentera itu digunakan”. Kedua-dua Peraturan ini menerangkan seseorang yang
mengendalikan dandang stim, enjin stim, enjin pembakar, pengandung tekan, mesin angkat dan
kapal korek perlu di kendali oleh Orang Kompeten selagi mana jentera tersebut masih
digunakan.

Projek Mega membina blok kondominium kendalian KNZ Construction menggunakan


pelbagai jentera untuk menjalankan kerja. Antara jentera yang digunakan dalam projek ini ialah
kren menara dan kren bergerak, pengorek, gondola, jentera cerucuk, lif barangserta penumpang
dan jentera pembancuh simen. Seperti yang telah di tetapkan dalam kedua-dua peraturan ini,
pekerja yang mempunyai sijil kompeten sahaja yang di benarkan mengendalikan jentera ini. Jika
pekerja yang tidak mempunyai kompeten mengendalikan jentera ini menyalahi undang-undang
yang telah di tetapkan. Hal ini kerana, Orang Kompeten merupakan individu yang terlatih yang
mempunyai kemahiran tinggi untuk mengendalikan jentera-jentera tersebut dan dapat mengelak
dari berlaku kemalangan semasa jentera sedang beroperasi.

4
XBSM 2103

Antara peraturan lain yang perlu di fahami oleh pihak KNZ Construction sebagai majikan
kepada pekerja 100 pekerja secara amnya dan majikan kepada Orang Kompeten khususnya ialah
di bawah Peraturan-Peraturan (Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan Kilang dan
Jentera 1970 Peraturan 10 (2) dan Peraturan 10 (3). Peraturan 10 (2) menetapkan “ Perakuan
kelayakan bagi tiap-tiap dandang stim, pengandung tekan tak berapi dan mesin angkat hendaklah
mengikut Borang A, B dan C dalam Jadual keenam kepada Peraturan-peraturan in” dan
Peraturan 10 (3) menggiatkan “ tempoh sahnya tiap-tiap perakuan kelayakan hendaklah biasanya
lima belas bulan kalendar daripada tarikh pemeriksaan atau bagi tempoh tidak melebihi daripada
tiga tahun, yang pada pertimbangan Ketua Pemeriksa sendiri adalah sesuai”.

Setiap jentera yang beroperasi diwajibkan untuk menjalani periksaan oleh Pemeriksa
Kilang dan Jentera yang bertauliah sebelum jentera tersebut beroperasi. Jika kita melihat dari
konteks projek kendalian KNZ Construction dua jenis pemeriksaan kelayakan yang akan di
jalankan iaitu Borang B dam Borang B. Borang B ( Perakuan kelayakan Pengandung tekan Tak
Berapi) dan Borang C (Perakuan Kelayakan mesin Angkat). Pengandung tekan tak berapi dan
mesin angkat banyak digunakan dalam projek ini. Jika pemeriksaan ini tidak dijalankan hal ini
akan membahayakan pekerja lain, orang awam dan pekerja yang mengendalikan jentera tersebut.
Selain itu juga, menurut peraturan ini pemeriksaan perlu di lakukan dalam tempoh lima belas
bulan sekali atau tidak melebihi tiga tahun dari tarikh pemeriksaan di lakukan. Hal ini perlu di
lakukan kerana, untuk memastikan jentera yang beroperasi dalam keadaan baik dan selamat bagi
tempoh lima belah bulan atau tiga tahun berikutnya.

2.2 Peraturan-Peraturan Mengenai Lif Penumpang, Lif Barang dan Lif Letrik.

Lif merupakan jentera yang sangat penting dalam projek ini yang melibatkan kerja
pembinaan kondominium yang tinggi. Antara kebaikan menggunakan lif ialah memudahkan
pekerja turun dan naik ke tingkat atas. Pergerakan pekerja menjadi lebih cepat dan selamat.
Selain itu, kerja menghantar barang pembinaan dari tingkat bawah ke tingkat atas menjadi lebih
selamat dan cepat. Hal ini dapat menjimatkan kos operasi kerja dan melancarkan operasi kerja di
tapak pembinaan.

5
XBSM 2103

2.2.1 Kebenaran Membina Lif.

Menurut Akta Kilang dan Jentera 1967, Peraturan-Peraturan (Lif Letrik Penumpang-
Penumpang dan Barang-Barang) Kilang dan Jentera 1970, Bahagian I, Peraturan 6 dan Peraturan
6 (a) “ Menurut seksyen kecil (1) seksyen 36 akta, berkaitan dengan mendapatkan kelulusan
untuk memasang lif, pemunya hendaklah memberi kepada Ketua Pemeriksa yang berikut, tiap-
tiap satunya dalam dua salinan” dan “ Dimensa-dimensa dan butiran-butir mengenai lif itu
mengikut borang yang dimajukan dalam jadual pertama kepada peraturan-peraturan ini”.
Peraturan ini menjelaskan sebarang pembinaan dan operasi lif di tapak projek perlu mendapat
kelulusan dari Pegawai Pemeriksa Jentera dan Kilang terlebih dahulu sebelum lif tersebut
beroperasi.

Seperti sedia maklum lif barang dan lif penumpang di gunakan semasa projek ini
dijalankan. Pihak punya iaitu KNZ Construction perlu memastikan lif barang dan lif penumpang
yang di gunakan oleh pekerja di periksa dan mendapat kelulusan oleh Pemeriksa Kilang dan
Jentera terlebih dahulu sebelum beroperasi. Menurut Akta Kilang dan Jentera 1967, Peraturan-
Peraturan (Lif Letrik Penumpang-Penumpang dan Barang-Barang) Kilang dan Jentera 1970,
Bahagian I, Peraturan 6 (b), butiran dan saiz lif perlu dimajukan oleh pemunya pemasangan
untuk di semak terlebih dahulu. Antara butiran lif yang perlu di sediakan ialah saiz, kedudukan
lubong lif, litup lubong lif, bilangan lif, jenis pintu lataran, mesin berkaitan dengan lubong lif,
bilangan tingkat yang di gunakan lif, ukuran tinggi antara tingkat, bilangan pintu masuk, jumlah
ruang, ukuran tinggi bilik mesin dan ukuran dalam lif. Butiran ini perlu di serahkan kepada
Pemeriksa bagi tujuan pemeriksaan. Sebarang penipuan maklumat dan butiran lif yang di
serahkan kepada Pemeriksa mengakibatkan perakuan lif boleh di tarik balik dan kerja-kerja
pembinaan boleh di berhentikan serta-merta oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja (JKKP).

6
XBSM 2103

2.2.2 Beban Lif dan Muatan.

Peruntukan Akta Kilang dan Jentera 1967, Peraturan-Peraturan (Lif Letrik Penumpang-
Penumpang dan Barang-Barang) Kilang dan Jentera 1970, Bahagian II, Peraturan 7 (1) ( 2 (a)(b)
) tiap-tiap lif yang di rekabentuk dan dibina perlulah mengikut had muatan yang terdapat di
dalam Susunan I atau jadual yang telah di sediakan. Antara petikan Peraturan 7 (2a), peraturan
ini jelas menerangkan sebarang binaan lif penumpang perlu mengikuti ukuran luas lantai lif kar
dan bebanan yang di tanggung atau di muatkan ke dalam lif perlu sejajar seperti Susunan I yang
telah di tetapkan.

Pada kebiasaannya lif penumpang atau lif pekerja yang digunakan di tapak projek
bilangan pekerja yang dimuatkan ke dalam lif pada satu-satu masa ialah 4 hingga ke 6 orang
sahaja. Jika mengikut Susunan I bilangan 4 hingga 6 orang luas lantai lif yang di peruntukan 8.3
kaki persegi hingga 12 kaki persegi dan beban kontrak ialah 600 paun hingga 900paun. Selain
itu, Peraturan 7 (4)(a) (b)(i)(ii) mewajibkan satu pelit atau papan makluman kekal dan mudah
dilihat hendaklah di pasang di dalam lif penumpang dan lif barang. Bagi lif penumpang papan
makluman tersebut perlulah mempunyai butiran beban kontrak, bilangan orang dan paun. Selain
itu, lif barang pula makluman yang perlu dipaparkan ialah beban muatan di dalam paun serta
bilangan kiraan 150 paun bagi seorang pekerja.

3.0 Keperluan Pematuhan Peraturan Mengenai Perancah.

Perancah merupakan binaan yang sangat penting dalam pembinaan sesebuah bangunan.
Perancah perlu dibina mengikut keperluan kerja. Perancah merupakan salah satu binaan yang
digunakan untuk memudahkan pekerja bergerak dan memudahkan pekerja melakukan aktiviti
kerja. Antara keperluan kerja yang menggunakan perancah ialah kerja pada kedudukan yang
tinggi yang sukar dicapai dan pada permukaan rata pada dinding. Pembinaan perancah
merupakan perkara asas yang paling penting dan perlu di pandang serius oleh pihak majikan.
Jika perancah tidak di bina dan bangunkan dengan baik ini akan boleh mengakibatkan
kemalangan. Secara tidak langsung akan kerja-kerja pembinaan turut terganggu.

7
XBSM 2103

Menurut Akta Kilang dan Jentera 1967, Peraturan-Peraturan Kilang dan jentera (Kendalian
Bangunan dan Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan) ( Keselamatan) 1986, Bahagian X (Perancah),
Peraturan 72 menerangkan mengenai, langkah, bahan dan cara membina perancah. Menurut
Peraturan 72 (1) menggariskan setiap perancah perlu di bina dengan baik dan kukuh bagi tujuan
pembinaan. Jika di dalam konteks projek pembinaan kondominium ini, perancah perlu di bina
sesuai dengan kegunaan membina kondominium di mana pekerja yang di gunakan hampir 100
orang dalam satu-satu masa.

Selain itu, bahan yang mencukupi perlu di sediakan oleh pemunya atau majikan semasa
proses perancah di bina. Hal ini selaras dengan Peraturan 72 (2) yang mensyaratkan “bahan yang
mencukupi hendaklah diperuntukkan dan hendaklah digunakan untuk pembinaan perancah”.
Terdapat dua jenis bahan yang di benarkan untuk membina perancah iaitu kayu dan logam.
Untuk menjimatkan kos operasi logam atau aluminium di gunakan dalam pembinaan perancah.
Selain itu, logam atau aluminium lebih mudah di dapati di pasaran, mudah di pasang di lebih
kukuh. Peraturan 72 (6) telah mensyaratkan setiap logam yang digunakan perlulah mempunyai
kualiti yang baik dan tidak mudah berkarat. Selain itu, logam tersebut tidak mudah terjejas
kekuatannya jika beban di kenakan ke atas logam tersebut. Hal ini kerana, jika logam yang di
gunakan tidak mempunyai kekuatan ini akan mengakibatkan perancah menjadi longgar dan
bergoyang. Hal ini boleh mengakibatkan perancah tersebut roboh dan membahayakan pekerja
dan orang awam.

3.1 Senggaraan Pada Perancah.

Setiap alat atau binaan kejuruteraan perlu menjalani proses senggaraan berjadual yang telah
di tetapkan. Tujuan senggaraan di jalankan ialah untuk memastikan alat yang digunakan selamat
dan berada pada keupayaan sebenar untuk di kendalikan. Seperti juga perancah. Perancah
merupakan binaan kejuruteraan yang perlu di selenggara seperti yang telah di tetapkan. Akta
Kilang dan Jentera 1967, Peraturan-Peraturan Kilang dan jentera ( Kendalian Bangunan dan
Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan) ( Keselamatan) 1986, Bahagian X (Perancah), Peraturan 73 (1)
(2a) dan (2b) telah memperuntukan peraturan menyelenggara perancah. Perancah perlu di
selenggara dengan baik dan setiap bahagian perancah perlu di pasang kekal dan kukuh. Setiap
8
XBSM 2103

bahagian besi yang di pasang perlu di pastikan dalam keadaan asal dan tidak longgar dan boleh
bergerak. Hal ini kerana, setiap bahagian perancah perlu dalam keadaan kuat kerana perancah di
pasang pada kedudukan yang tinggi. Jika perancah tersebut longgar dan tidak kukuh ini akan
membahayakan pekerja yang menggunakannya.

Selain itu, setiap bahagian perancah tidak boleh di biarkan tertanggal begitu sahaja.
Perancah besi pada mempunyai ‘lock’ pada setiap hujung besi perancah. Setiap ‘lock’ perlu
berfungsi dengan baik dan boleh di kunci bagi tujuan mengelakkan besi perancah dari tercabut.
Hal ini boleh mengakibatkan perancah tersebut longgar dan bergoyang. Jika bahagian perancah
itu longgar, tercabut atau dalam keadaan yang tidak selamat tanda amaran yang di tuliskan dalam
bahasa kebangsaan perlu dipamerkan dan diletakkan Hal ini bertujuan, untuk mengelakkan
pekerja dari menghampiri laluan atau kawasan berbahaya tersebut. Hal ini kerana, terdapat
banyak kes kemalangan di tapak pembinaan yang di sebabkan jatuh dari tempat tinggi.

3.2 Penyeliaan kerja dan Pemeriksaan Bahan Perancah.

. Akta Kilang dan Jentera 1967, Peraturan-Peraturan Kilang dan jentera ( Kendalian
Bangunan dan Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan) ( Keselamatan) 1986, Bahagian X (Perancah),
Peraturan 74 (1) menetapkan perancah tidak boleh di bina atau di ubah dari kedudukan asalnya.
Penyeliaan terus perlu dilakukan oleh orang yang dilantik jika perancah tersebut ingin di ubah
atau dirobohkan. Selain itu, bahan yang digunakan untuk pembinaan perlu di semak terlebih
dahulu oleh orang yang di lantik.

Hal ini perlu di lakukan kerana, terdapat pelbagai kes di mana bahan yang digunakan untuk
membina perancah tidak mengikut piawai yang telah di tetapkan. Selain itu, kerja pemindahan
dan meroboh perancah tidak di maklum kepada pegawai yang menyelai. Hal ini, boleh
mengakibatkan perancah tersebut bergoyang, tidak selamat di gunakan dan boleh mengakibatkan
perancah tersebut roboh.

9
XBSM 2103

3.3 Rekabentuk dan Lukisan Perancah.

Rekabentuk dan lukisan perancah merupakan elemen yang penting dalam pembinaan
sesebuah perancah. Setiap perancah perlu di rekabentuk terlebih dahulu sebelum di pasang.
Terdapat beberapa kriteria dan syarat yang telah di tetapkan di dalam Akta Kilang dan jentera
1967. Peraturan-Peraturan Kilang dan jentera ( Kendalian Bangunan dan Kerja-kerja Binaan
Kejuruteraan) ( Keselamatan) 1986, Bahagian X (Perancah) Peraturan 75 (1) telah menetapkan
perancah yang di bina menggunakan logam melebihi 40 meter atau perancah yang di bina
menggunakan kayu melebihi 15 meter perlu di rekabentuk dan dilukis oleh Jurutera Professional.
Selain itu, rekabentuk dan lukisan tersebut perlu mendapat kelulusan dari pada Ketua Pemeriksa.
Hal ini kerana, kerja pemasangan perancah sangat rumit dan sukar. Setiap bahagian perancah
perlu di pasang dengan teratur dan kemas. Antara sebab perancah perlu di rekabentuk dan di
lukis oleh Jurutera Professional serta di periksa ialah untuk mengelakkan perancah daripada
bergoyang dan roboh.

Selain itu, Akta Kilang dan jentera 1967. Peraturan-Peraturan Kilang dan jentera (
Kendalian Bangunan dan Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan) ( Keselamatan) 1986, Bahagian X
(Perancah) Peraturan 75 (2) (3) menggariskan sebelum kerja membina perancah salinan
rekabentuk dan lukisan bagi struktur perancah perlu dimajukan kepada Ketua Pemeriksa bagi
tujuan rekod dan rujukannya. Pada perkara yang ketiga pula, rekabentuk dan lukisan perancah
yang di sahkan oleh Jurutera Professional perlu di letakkan atau di simpan di pejabat atau tempat
yang bersesuaian bagi tujuan di periksa oleh Pemeriksa jika di perlukan. Selain itu, jika salina ini
di letakkan di tapak projek atau tapak pembinaan ini memudahkan pihak majikan dan Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja yang di lantik oleh majikan untuk menyemak dari masa ke
semasa bagi tujuan pemantauan struktur perancah tersebut.

10
XBSM 2103

3.4 Cara Pemasangan Tiang atau Tiang-tegak, Belebas dan Putlog Pada Perancah.

Tiang atau tiang-tegak merupakan alat yang paling penting dalam pemasangan perancah.
Tiang tau tiang-tegak memainkan peranan yang penting bagi memastikan kestabilan dan
ketahanan sesebuah perancah. Antara syarat yang di letakkan dalam Akta Kilang dan jentera
1967. Peraturan-Peraturan Kilang dan jentera ( Kendalian Bangunan dan Kerja-kerja Binaan
Kejuruteraan) ( Keselamatan) 1986, Bahagian X (Perancah) Peraturan 76 (1) (a) (b) ialah setiap
tiang yang didirikan perlu tegak atau condong sedikit ke arah bangunan. Selain itu, tiang yang di
pasang perlu berdekatan atau pada jarak yang sesuai bagi memastikan perancah yang di bina
dalam keadaan stabil dan kukuh. Selain itu, menurut akta yang sama Peraturan 76 (2) (a) (b)
telah menerangkan cara mendirikan tiang. Jika perlu kaki tiang perlu di tanam atau di cucuk ke
dalam tanah atau di pasak ke bumi bagi menstabilkan dan mengukuhkan kaki perancah yang
akan di bina. Jika kaki perancah tersebut tidak boleh di tanam atau dipasak maka kaki perancah
perlu di letakan pelet tapak bagi mengelak dari kaki perancah dari tergelincir.

Dalam projek ini Perancah Frame merupakan perancah yang paling praktikal di gunakan.
Hal ini kerana perancah ini mudah di padang dan diperbuat daripada besi dan logam tahan karat.
Perancah ini menggunakan dua Belebas atau frame untuk mendirikan perancah. Dalam Peraturan
76 (3) dan (4) telah menetapkan belebas tau frame perlu di berdua secara selari. Hal ini bertujuan
perancah yang dibina berada dalam keadaan stabil dan kukuh. Selain itu, Belabas tersebut perlu
di kunci dengan menggunakan bolt, lock atau tali yang sesuai untuk mengikat perancah.
Peraturan 76 (5) dan (6) pula menerangkan cara memasang putlog. Putlog perlu dipasang untuk
memegang atau mengikat belebas atau frame. Putlog perlu berada pada keadaan lurus dan perlu
di pasang dengan kukus untuk menahan atau mengikat belebas atau frame.

3.5 Tumpang dan Kestabilan Perancah.

Kestabilan perancah merupakan aspek yang paling penting dalam membina dan mendirikan
perancah. Perancah perlu dalam keadaan stabil supaya perancah tersebut selamat untuk di
gunakan. Peraturan 77 (1) dan (2) Akta Kilang dan Jentera 1967 menerangkan kestabilan dan
cara atau kaedah yang perlu di gunakan untuk sebuah perancah tersebut stabil dengan membuat
11
XBSM 2103

tumpangan pada bangunan atau struktur yang sesuai. Perkara 1 menerangkan setiap perancah
yang di bina perlu di ikat atau di ampai dan di tumpang pada struktur yang sesuai atau bangunan
yang kukuh supaya perancah tersebut dalam keadaan stabil dan kukuh. Hal ini kerana, jika
perancah bebas bina dan tidak di tumpang atau di sokong oleh struktur yang kukuh ini
mengakibatkan perancah tersebut akan bergoyang dan tidak stabil.

Perkara yang ke dua pada peraturan yang sama pula menerangkan semua binaan perancah
termasuk platform, laluan titian atau laluan yang hendak dibina perlu dalam mempunyai tapak
yang kukuh dan kuat untuk memastikan kaki perancah kuat untuk menampung keseluruhan
perancah. Selain itu, perancah tersebut perlu diikat dan di pintal atau di kunci pada setiap
sambungan supaya perancah dalam keadaan yang betul-betul stabil dan kukuh. Perancah beroda
merupakan perancah yang sangat popular dan sering di gunakan dalam tapak pembinaan pada
zaman sekarang. Hal ini kerana perancah ini tidak terlalu tinggi dan mudah di alihan dari satu
tempat ke tempat yang lain.

Pada Peraturan 77 Perkara (3) pula menerangkan penggunaan perancah beroda. Perancah
beroda boleh di gerakan di atas roda atau alat luncur. Tetapi perlu diingatkan semasa pembinaan
perancah ini kestabilan perancah perlu di titik beratkan, dalam erti kata yang lain perancah ini
perlu kukuh dan stabil apa bila di bina. Selain itu, perancah ini perlu di gunakan pada permukaan
yang rata dan tidak terlalu curam untuk mengelakkan perancah ini menggeluncur dan tidak stabil
apa bila digunakan. Perancah beroda ini perlu mempunyai kunci pada roda atau alat kunci yang
sesuai di gunakan untuk mengelakkan perancah tersebut bergerak semasa kerja di lakukan. Yang
terakhir, perancah tersebut perlu bergerak hanya pada menggunakan tenaga pekerja yang
menolak. Tidak boleh menggunakan motor atau penarik yang lain. Hal ini untuk mengelakkan
perancah tersebut bergerak lebih laju dan mengakibatkan perancah tersebut tidak stabil.

12
XBSM 2103

3.6 Alat Mengampai Dan Mengikat Perancah.

Peraturan 78 Akta Kilang dan Jentera 1967 menerangkan cara dan bahan untuk mengikat
atau mengampai perancah. Antara bahan yang di benarkan untuk mengampai atau mengikat
perancah ialah rantai, tali atau alat yang baik dan sesuai untuk mengikat perancah. Jika alat yang
di gunakan seperti tali atau seakan-akan dengannya mestilah terdiri dari pada dawai. Tali yang
diperbuat dari pada dawai sangat sesuai di gunakan untuk mengampai atau mengikat perancah.
Tali tersebut perlu diikat dengan kuat dan kukuh untuk mengelak dari perancah tersebut
bergoyang semasa kerja di atas platform di lakukan. Selain dari tali dawai, tiub logam atau kunci
“lock” diperbuat dari logam yang kuat dan kukuh boleh di gunakan dalam mengampai dan
mengikat perancah. Hal ini kerana, bahan logam merupakan bahan yang kuat dan kukuh. Selain
itu, bahan ini tidak mudah lusuh dan rosak jika terdedah pada cuaca.

3.7 Ciri Platfrom Kerja.

Platfrom kerja merupakan laluan pejalan kaki yang dibina di atas perancah bagi tujuan
pekerja melakukan kerja di atas platform tersebut. Terdapat beberapa ciri yang perlu di patuhi
semasa perancah dan platform di bina. Menurut Peraturan 86 (a) (b) (c) dan (d) Akta Kilang dan
Jentera 1967 mengatakan setiap perancah yang di bina melebihi 3 meter yang mempunyai risiko
untuk terjatuh perlu menyusun rapat papan atau pelit tidak melebihi 3,870 milimeter persegi.
Untuk platform bagi tujuan tapak sekurang-kurangnya 635 milimeter lebar penyusunan platform.
Selain itu, pada platform yang di gunakan untuk meletak bahan pula minimum yang di tetapkan
oleh peraturan ialah 860 milimeter lebar keluasan celah palatfrom yang di benarkan. Yang
terakhir ialah 1.1 meter luas celah yang dibenarkan untuk paltfrom bagi tujuan tumpang atau
menumpang pada bangunan atau struktur lain.

13
XBSM 2103

3.8 Perancah Keluli atau Perancah Tiub.

Perancah besi atau perancah tiub merupakan perancah yang mudah di bina dan bahan untuk
membina perancah jenis ini mudah di dapati di pasaran. Perancah ini juga di kenalai sebagai
perancah frame. Dalam Akata Kilang dan Jentera 1967 telah menetapkan beberapa syarat khas
yang perlu di patuhi jika membina perancah ini. Dalam Peraturan 91 menetapkan jika membina
perancah tiub bahan keluli atau logam yang di gunakan perlu mematuhi BS 1139 “ Perancah
Logam”. BS 1139 merupakan panduan yang di gunakan oleh pelbagai negara maju dalam
membina perancah dalam sektor pembinaan.

Selain itu, Peraturan 92 dan 93 akta yang sama menetapkan sebarang kunci, pengikat atau
penyambung pada perancah tiub atau keluli perlu mendapat kelulusan dari pihak yang berkuasa
dan bahan tersebut tidak mudah terbuka dan tertanggal. Selain itu, bahan tersebut hendaklah
terdiri daripada keluli penempaan. Bermaksud bahan ini perlu bahan yang kuat dan proses
pembuatan alat ini perlu melalui proses penempaan. Hal ini kerana, kestabilan dan kukuhnya
sesebuah perancah tersebut terletak pada pengikat dan penyambung. Jika penyambung dan
pengikat pada perancah kuat dan kemas maka perancah akan lebih stabil dan kukuh.

Terdapat tiga jenis perancah tiub iaitu perancah tiub ringan, sederhana dan berat. Peraturan
94 (a) menerangkan perancah ringan, (b) menerangkan perancah sederhana dan (c) menerangkan
perancah berat. Perancah ringan menetapkan keluli tiub yang merintang perlu berukuran
50milimeter garis pusat dan jarak tiang ke tiang 1.5 meter kali 3 meter dan semua saiz perancah
perlu 50 milimeter garis pusat luar. Bagi perancah sederhana semua tiub merintang berukuran 50
milimeter dan penanggung 60 milimeter garis pusat luar dan jarak di antara tiang perlu 1.8 meter
kali 2.4 meter. Yang terakhir ialah perancah berat. Semua bahagian termasuk tiang dan tiub
berukuran 50 milimeter hingga 60 milimeter dan jarak antara kaki perancah 1.8 meter kali 2.4
meter. Antara sebab utama syarat ini di letakkan ialah untuk memastikan ukuran yang sesuai di
gunakan dan untuk memastikan keseragaman jenis, ukuran dan ketebalan bahan yang di gunakan
semasa membina perancah. Selain itu, faktor yang paling penting ialah untuk memastikan
perancah yang di bina dalam keadaan stabil dan kukuh.

14
XBSM 2103

4.0 Dokumen Pencegahan Kemalangan Di Tapak Bina ( Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja 1994)

4.1 Kewajipan Majikan

4.1.1 Polisi dan Dasar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja

Dasar atau Polisi boleh ditakrifkan sebagai satu matlamat yang telah ditetapkan oleh satu
organisasi atau satu syarikat bagi tujuan menerapkan matlamat dan arah tuju sesebuah syarikat.
Menurut Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1995, Seksyen 16 telah menetapkan
tanggungjawab majikan untuk menyediakan polisi atau dasar mengenai di dalam sesebuah
syarikat mengenai Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja. Selain syarikat orang yang bekerja
sendiri juga disyaratkan untuk menyediakan dasar atau polisi ini. Hal ini merujuk kepada peniaga
yang cukup syarat dan kepada sektor industri kecil dan sederhana. Selain itu, dasar atau polisi
tersebut perlu di kemaskini atau di ubah dari masa kesemasa mengikut kesesuaian keadaan dan
aktiviti kerja yang di lakukan.

Antara intipati yang perlu terkandung di dalam dasar dan polisi Keselamatan dan
Kesihatan Pekerja ialah perlu mempunyai dasar am mengenai Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja. Selain itu, perlu menerangkan dan merangka organisasi yang akan melaksanakan dasar
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di dalam organisasi tersebut. Intipati yang terakhir ialah
berkenaan perkiraan untuk pelaksanaan dasar tersebut. Ketiga-tiga elemen ini perlu wujud di
dalam dasar atau polisi yang akan di wujudkan oleh pihak pengurusan dan pihak majikan. Yang
paling penting dalam pembentukan dasar ini ialah dasar yang di wujudkan perlulah dalam bentuk
bahasa yang mudah dan padat untuk memudahkan semua pekerja memahami dasar tersebut.

Dasar am atau dasar utama Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja merupakan dasar yang
perlu di wujudkan terlebih dahulu untuk memastikan syarikat atau organisasi mempunyai
matlamat dalam melindungi dan memastikan semua pekerja selamat melakukan kerja. Dasar ini
perlu menceritakan atau menggariskan kunci atau tujuan dasar ini di wujudkan. Antara tujuan
utama dasar keselamatan di wujudkan ialah dasar mengenai latihan, dasar mengenai sistem kerja
15
XBSM 2103

selamat, dasar cara membuat penyiasatan kemalangan dan dasar undang-undang yang akan di
kuatkuasakan Hal ini sangat penting tekankan bagi memastikan semua pekerja memahami dasar
utama yang terdapat di dalam syarikat yang mereka bekerja. Selain itu, jika dasar ini di fahami
oleh semua pekerja ini memudahkan syarikat tersebut mencapai sasaran yang telah di tetapkan.

Menurut Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1995, Seksyen 15 (2) (c) menerangkan
majikan perlu menyediakan latihan atau dasar latihan bagi tujuan keselamatan pekerja semasa
melakukan kerja. Ini menujukan keselamatan pekerja di tempat kerja perlu di titik berat oleh
majikan dan perlu di pandang serius. Dasar mengenai latihan di dalam sesebuah syarikat sangat
penting. Hal ini kerana, latihan yang mencukupi dan baik merupakan salah satu faktor yang
mengelak kemalangan dari berlaku di tempat kerja. Antara kebaikan mengadakan dasar dan
latihan kepada pekerja ialah, peruntukan latihan mudah di perolehi dan jika terdapat sebarang
perubahan pada struktur pentadbiran organisasi atau syarikat keperluan latihan akan terus di
laksanakan. Hal ini kerana keperluan latihan telah di tetapkan atau digariskan di dalam dasar
syarikat. Antara kebaikan yang lain ialah, para pekerja akan berasa lebih selesa dan yakin untuk
melakukan aktiviti kerja berbanding dengan kerja yang tidak mendapat latihan yang cukup.
Selain itu, kerja yang di hasilkan lebih berkualiti dan produktiviti pekerja tersebut akan
meningkat. Yang paling penting jika pekerja tersebut mempunyai latihan yang secukupnya ini
akan melahirkan pekerja yang kompeten dan lebih berdaya harap.

Antara dasar lain yang perlu di wujudkan dalam sesebuah syarikat ialah Dasar Kerja
Selamat atau manual tatacara kerja selamat. Dasar ini merupakan dasar yang perlu di wujudkan
oleh pihak pengurusan dan majikan untuk memudahkan para pekerja mengikut dan mematuhi
cara kerja yang telah di tetapkan bagi memastikan aktiviti kerja yang di jalankan mengikut cara
yang betul dan selamat di lakukan. Hal ini sangat penting kerana, jika berlaku kemalangan kecil
atau besar pihak pengurusan dan penyiasat boleh mengenal pasti betul atau salah cara kerja yang
di lakukan oleh pekerja tersebut dengan merujuk Dasar Kerja Selamat yang telah di wujudkan
ini. Antara kebaikan yang lain ialah dapat menyeragamkan proses kerja yang dilakukan oleh para
pekerja. Hal ini memudahkan pemantauan di lakukan oleh organisasi Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja yang telah di lantik.

16
XBSM 2103

Dasar penguatkuasaan dan penyiasatan sesuatu kemalangan juga penting untuk


memastikan para pekerja mengikuti dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar
kemalangan di tempat kerja. Pihak pengurusan dengan bantuan unit Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerja yang telah di lantik perlu membangunkan undang-undang dan tindakan yang sewajarnya
jika seseorang pekerja tersebut melanggar dasar yang telah di tetapkan. Hal ini merupakan salah
satu langkah yang boleh di lakukan oleh pihak pengurusan dan majikan untuk memastikan
semua pekerja mematuhi dasar dan peraturan yang telah di tetapkan. Selain itu, jika berlaku
kemalangan proses penyiasatan perlu di lakukan. Pihak majikan perlu menubuhkan jawatan
kuasa keselamatan yang terdiri daripada orang yang bertauliah atau kompeten untuk melakukan
penyiasatan. Ini merupakan salah satu cara yang di gunakan untuk memastikan seseorang pekerja
tersebut melakukan kesalahan atau pun tidak.

4.2 Organisasi Keselamatan Dan Kesihatan.

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) di tempat kerja merupakan jawatan
kuasa yang wajib di wujudkan setelah syarat-syarat jawatan kuasa tersebut cukup. Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 Bahagian VII telah menerangkan syarat penubuhan,
komposisi jawatankuasa tersebut, pelantikan ahli, tugas jawatankuasa dan sebagainya. Antara
syarat penubuhan jawatankuasa ini ialah jika terdapat 100 orang wakil pekerja perlulah dua
orang dan wakil majikan juga perlu dua orang. Jika melebihi 100 pekerja tidak melebihi empat
orang wakil pekerja dan wakil majikan. Penubuhan jawatankuasa ini merupakan tanggungjawab
pihak majikan dan pihak pengurusan. Pihak pengurusan perlu menyediakan kemudahan yang
sewajarnya untuk membentuk jawatankuasa ini dengan di bantu oleh wakil pekerja

Langkah pertama penubuhan jawatankuasa ini ialah, majikan perlu mengeluarkan notis dan
memo kepada semua memberi tahu bahawa Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
(JKKP) telah di tubuhkan di syarikat tersebut. Semua pekerja perlu mengetahui mengenai
wujudnya jawatankuasa ini. Langkah kedua ialah setiap unit atau bahagian perlu mencalonkan
nama kepada jawatan kuasa ini untuk di lantik sebagai wakil unit atau bahagian tersebut. Jika
terdapat lebih dari satu nama, undi perlu di buat untuk memastikan wakil yang di pilih sahaja di
lantik menganggotai jawatan kuasa tersebut. Pihak pengurusan juga perlu melantik wakil pihak
17
XBSM 2103

pengurusan untuk menganggotai jawatankuasa ini. Selain itu, pengerusi jawatankuasa wajib di
sandang oleh pihak majikan yang mempunyai kuasa membuat keputusan. Selain itu, syarat yang
perlu di patuhi ialah wakil pihak majikan dan wakil pekerja perlu mempunyai bilangan yang
sama. Seterusnya pelantikan setiausaha perlu di lakukan. Pengerusi boleh melantik sesiapa
sahaja jika tidak terdapat Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di syarikat tersebut.

Setelah semua pelantikan ahli jawatankuasa di lakukan surat rasmi perlu di keluarkan oleh
jawatankuasa tersebut untuk memberi tahu pekerja bahawa jawatan kuasa tersebut sudah di
bentuk. Surat tersebut perlu di tandatangan oleh pengerusi iaitu wakil pihak majikan. Selain itu
penyingkiran ahli jawatan kuasa boleh di lakukan seperti tertakluk dalam Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerja 1994 Bahagian II, Peraturan 10. Dalam Hal ini, pelantikan baru perlu di
lakukan oleh jawatankuasa tersebut secepat mungkin. Pengerusi jawatankuasa perlu memastikan
pelantikan tersebut telus dan berjalan lancar. Hal ini kerana, jika pelantikan tersebut tidak
dilakukan atau tidak telus ini akan menyukarkan jawatan kuasa tersebut bergerak dan
menjalankan tugas-tugas yang telah di tetapkan.

Terdapat pelbagai fungsi dan tugas yang perlu di jalankan oleh jawatankuasa ini dengan di
bantu oleh pihak pengurusan dan di sokong oleh semua pekerja. Antara tugas yang perlu di
lakukan oleh jawatankuasa ini ialah, Membatu atau mengkaji kaedah keselamatan dan kesihatan
pekerja, mengkaji keberkesanan program keselamatan dan kesihatan, menjalankan kajian trend
kemalangan, mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan. Pihak Pengurusan perlu
mengeluarkan arahan atau pekeliling mengenai kaedah yang sesuai untuk membuat kajian
mengubah cara dan proses kerja. Hal ini, memudahkan jawatankuasa ini melakukan semakan dan
membuat perubahan pada proses kerja yang di perlukan.

Antara tanggungjawab lain ialah pihak majikan perlu menyediakan ruang dan memberi
sedikit kuasa kepada jawatankuasa ini untuk membuat kajian tren kepada kes kemalangan. Pihak
majikan perlu memberi latihan yang secukupnya kepada ahli jawatankuasa ini untuk mendapat
latihan dalam membuat kajian dan siasatan kemalangan dan tren kemalangan. Pihak majikan
boleh menghantar sebilangan dari ahli jawatankuasa untuk menghadiri kursus penyiasatan yang
bertauliah seperti NIOSH. Hal ini merupakan tanggungjawab majikan bagi memastikan ahli
18
XBSM 2103

jawatankuasa yang di bentuk dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan menjalankan
kerja yang di amanahkan dengan lancar.

4.3 Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya dan Keracunan.

Melaporkan kemalangan yang terjadi di tempat kerja merupakan tanggungjawab yang perlu
di lakukan oleh pihak majikan kepada pihak berkaitan. Sebaiknya perkara ini perlu di lakukan
oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerja syarikat tersebut. Pihak majikan perlu
mengeluarkan arahan kepada semua unit jika berlaku sebarang kemalangan laporan perlu di buat
kepada pihak berwajib yang berkaitan dengan kemalangan tersebut seperti DOSH dan ST.
Arahan tersebut perlu di warwarkan kepada semua pekerja supaya semua pekerja boleh membuat
aduan jika berlaku kemalangan. Jika pihak majikan tidak membuat aduan pada pihak yang
berkaitan pihak majikan telah melanggar Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994
Bahagian VIII Seksyen 32, 33 dan 34, yang mengarahkan jika berlaku kemalangan.

Antara tanggungjawab pihak pengurusan ialah, pihak majikan perlu melantik pegawai
perubatan yang bertauliah untuk membuat merawat pesakit yang mempunyai penyakit yang
terdapat dalam Jadual Akta Jentera dan Kilang. Pihak majikan perlu mengeluarkan arahan atau
pekeliling kepada semua pekerja mengenai perkara ini. Selain itu, penyenaraian penyakit
tersebut perlu di lakukan dan di tampal di semua papan kenyataan bagi memudahkan pekerja
memahami penyakit yang di senaraikan tersebut. Hal ini memudahkan para pekerja membuat
aduan jika terdapat penyakit yang di senaraikan tersebut berlaku di kalangan rakan sekerja
mereka. Selain itu, hal ini memudahkan rawatan di lakukan kepada pekerja dan dapat
mengelakkan penyakit ini terus menular dan berjangkit.

19
XBSM 2103

5.0 Perbezaan Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia.

Bil Peraturan-Peraturan Keselamatan & Peraturan-Peraturan Kilang & Jentera (Habuk


Kesihatan (Penggunaan dan Standard Galian) 1989
Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya
Kepada Kesihatan) 2000
1. Bahagian III Peraturan 7(1). Menerangkan Bahagian II Peraturan 6 (1) (2)(a)(b)(c). Menerangkan
secara khusus had bahan kimia yang boleh secara umum had pendedahan pekerja terhadap bahan
pekerja terdedah dalam tempoh 8jam dan kimia dalam tempoh 8jam dan menyenaraikan 4 bahan
menyenaraikan pelbagai jenis bahan kimia kimia sahaja.
seperti Jadual I.
2. Jadual I Peraturan 6 dan 7. Menerangkan Bahagian II Peraturan 6 (1). Pengukuran bahan kimia
dengan jelas mengenai bahan kimia dalam yang di senaraikan dalam bentuk peratusan dari nilai
bentuk ukuran miligram per meter isipadu keseluruhan berat bahan kimia dalam udara dan dalam
udara 250º tekanan atmosfera dan dalam bentuk miligram meter padu sahaja.
bentuk wap atau gas per isipadu.
3. Bahagian III Peraturan 7(2). Menerangkan Tidak menerangkan had atau pendedahan bahan kimia
mengenai pekerja yang bekerja shaft atau bagi pekerja shaft atau pekerja giliran.
giliran tidak boleh melebihi had pendedahan
bahan kimia yang telah di tetapkan dalam
(Jadual I) 1 minggu purata mengikut 8jam
kerja sehari.
4. Bahagian III Peraturan 8 (2). Tempoh alat Bahagian II Peraturan 7 Apabila alat pernafasan di
pernafasan di pakai di ambil kira mengikut pakai dan mematuhi peraturan yang telah di tetapkan
purata pekerja tersebut memakai alat pekerja tersebut dikira sudah memadai sebagai
pernafasan semasa menjalankan aktiviti kerja perlindungan dari hazad bahan kimia.

20
XBSM 2103

Peraturan yang terdapat dalam buku akta merupakan penerangan yang menguatkan dan
menerangkan cara atau kaedah yang perlu di lakukan atau di patuhi oleh individu, sekumpulan
orang atau organisasi, majikan mahupun negara. Selain itu, setiap akta dan peraturan mempunyai
perbezaan dari segi penerangan dan isi kandungan, tetapi secara amnya akta dan peraturan di
wujudkan bagi tujuan melindungi, mencegah dan menghukum. Peraturan-Peraturan Keselamatan
& Kesihatan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada
Kesihatan) 2000 dan Peraturan-Peraturan Kilang & Jentera (Habuk Galian) 1989 terdapat
beberapa perbezaan dalam melindungi pekerja dan orang awam dari terdedah kepada hazad
bahan kimia. Tetapi tujuan peraturan ini di tubuhkan tetap sama untuk melindungi dan mencegah
dari terdedah kepada hazad bahan kimia.

Peraturan-Peraturan Keselamatan & Kesihatan (Penggunaan dan Standard Pendedahan


Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 Bahagian III Peraturan 7(1) menerangkan
setiap majikan diwajibkan mematuhi Jadual I bagi seseorang pekerja untuk terdedah kepada
bahan kimia semasa kerja di lakukan dalam tempoh 8 jam. Jika kita melihat Jadual I terdapat
pelbagai jenis bahan kimia di senaraikan dalam jadual tersebut. Hal ini, sangat memudahkan
majikan dan pekerja untuk membuat rujukan mengenai bahan kimia yang terlibat atau bahan
kimia yang di gunakan. Terdapat lebih dari 100 bahan kimia di senaraikan di dalam jadual
tersebut. Jika dibandingkan dengan Peraturan-Peraturan Kilang & Jentera (Habuk Galian) 1989
Bahagian II Peraturan 6 (1) (2)(a)(b)(c) hanya terdapat empat bahan kimia yang disenaraikan
dalam peraturan ini. Hal ini, akan menyukarkan pihak majikan dan pekerja untuk membuat
rujukan jika terdapat bahan kimia lain yang tidak di senaraikan di dalam peraturan ini. Selain itu,
akan menimbulkan kekeliruan dan akan timbul pelbagai agakan dan andaian sendiri mengenai
peraturan ini jika terlibat dengan bahan kimia yang lain.

Antara kebaikan lain Peraturan-Peraturan Keselamatan & Kesihatan (Penggunaan dan


Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 ialah menetapkan secara
khusus dalam Jadual I had bahan kimia dalam bentuk ukuran miligram per meter isipadu udara
250º tekanan atmosfera dan dalam bentuk wap atau gas per isipadu yang membolehkan
seseorang itu terdedah dalam tempoh 8jam waktu bekerja. Dalam ertikata yang lain peraturan ini
mengkhususkan setiap bahan kimia dalam bentuk berat atau kuantiti dalam udara dan gas atau
21
XBSM 2103

wap. Selain itu, seperti sedia maklum bahan kimia terdapat dalam beberapa bentuk ada yang
dalam betuk pepejal, habuk yang mempunyai berat dan ada juga dalam bentuk gas atau wap.
Dalam Jadual I telah mengasingkan setiap jenis bahan kimia dalam bentuk habuk atau
mempunyai kuantiti berat dan gas atau wap. Hal ini sangat memudahkan rujukan mengenai
bahan kimia dilakukan. Jika dibandingkan dengan Peraturan-Peraturan Kilang & Jentera (Habuk
Galian) 1989 pengukuran tahap pendedahan di ukur dalam bentuk peratusan berat bahan kimia di
udara dan dalam bentuk miligram meter padu sahaja. Hal ini menyukarkan rujukan di lakukan
dan menyukarkan pengukuran di lakukan jika pencemaran di ukur dalam nilai peratusan
keseluruhan udara.

Peraturan-Peraturan Keselamatan & Kesihatan (Penggunaan dan Standard Pendedahan


Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 menerangkan mengenai peruntukan pekerja
yang bekerja secara giliran. Pekerja yang bekerja secara giliran tidak boleh terdedah kepada
bahan kimia melebihi had yang di tetapkan seperti Jadual I. Peraturan memperuntukan walaupun
seseorang pekerja tersebut bekerja secara giliran had pendedahan perlu sama dengan pekerja
normal iaitu 8 jam bekerja dan had pendedahan juga tetap sama. Peraturan ini merupakan
peraturan yang baik dan mengambil kira keadaan semasa situasi kerja pada zaman sekarang. Hal
ini kerana, pada zaman sekarang bekerja secara giliran merupakan perkara biasa dan kebanyakan
sektor kilang berat dan sederhana bayak beroperasi 24 jam 16 jam. dengan Peraturan-Peraturan
Kilang & Jentera (Habuk Galian) 1989 tidak menerangkan mengenai pekerja yang kerja secara
giliran. Peraturan ini hanya menerangkan bilangan jam berkerja seseorang pekerja itu iaitu 8jam
bekerja sehari dan tidak mengkhususkan kepada pekerja yang bekerja secara giliran. Hal ini
menyukarkan jika terdapat pendedahan yang lebih dari had yang telah di tetapkan sebarang
kepada pekerja yang bekerja secara giliran.

Peraturan-Peraturan Keselamatan & Kesihatan (Penggunaan dan Standard Pendedahan


Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 menerangkan purata pekerja yang memakai
alat pernafasan semasa kerja dijalankan. Selain itu, tahap perlindungan pernafasan daripada
terdedah kepada bahan kimia berbahaya perlu di ambil kira nisbah bahan tersebut di udara dan di
bahagian permukaan alat pernafasan tersebut juga di ambil kira sebagai kawasan yang terdedah.
Hal ini menujukan, peraturan ini mengambil kira keseluruhan bahagian atau kawasan bahan
22
XBSM 2103

kimia tersebut boleh di sedut atau di capai. Jika dibandingkan dengan Peraturan-Peraturan
Kilang & Jentera (Habuk Galian) 1989, jika seseorang pekerja memakai alat pernafasan dan
mematuhi syarat yang telah di tetapkan sudah memadai. Hal ini menujukan peraturan ini sangat
umum dan tidak mengambil kira keadaan keseluruhan kawasan yang terdedah pada bahan kimia
yang terdedah.

5.1 Pengurusan Hazad Habuk Silika.

Di dalam kawasan tapak pembinaan habuk silika atau bahan kimia merupakan pekkara yang
tidak dapat di elakkan. Untuk menghapuskan habuk silika atau bahan kimia merupakan perkara
yang sangat mustahil. Antara perkara yang boleh di lakukan ialah dengan mengawal atau
menguruskan Hazad kimia ini sebaik mungkin. Antara langkah mengurus dan mengawal habuk
silika di tapak pembinaan ialah dengan, majikan perlu menyediakan alat pernafasan yang
diluluskan kepada pekerja. Alat pernafasan yang telah di luluskan oleh pihak berwajib ialah N95
NIOSH. Alat pernafasan ini sesuai digunakan di semua sektor yang melibatkan hazad bahan
kimia yang memerlukan pekerja memakai alat pernafasan. Antara kebaikan memakai alat
pernafasan ialah dapat mengurangkan sedutan habuk silika atau bahan kimia yang berterbangan
di udara. Hal ini, dapat mengurangkan risiko pekerja tersebut terkena penyakit yang di sebabkan
habuk silika atau bahan kimia tersebut. Antara penyakit yang sering dihidapi ialah asma, radang
paru-paru, mesothelioma dan sebagainya.

Antara langkah pengurusan dan kawalan lain yang sesuai digunakan di tapak pembinaan
untuk mengawal habuk silika ialah, dengan kawalan kejuruteraan yang di lakukan ke atas alat
kelengkapan perlindungan diri yang melibatkan habuk silika atau bahan kimia. Antara kawalan
kejuruteraan yang boleh di lakukan oleh pihak majikan ialah, membuat pemeriksaan pada alat
pernafasan, mesin dan alat perlindungan diri yang melibatkan habuk silika atau bahan kimia oleh
orang kompeten atau pegawai yang bertauliah. Menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja 1994, Peraturan-peraturan Keselamatan kesihatan Pekerja ( Penggunaan dan Standard
Pendedahan bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan ) 2000 Peraturan 17 (1)(a) telah
menetapkan setiap alat atau kelengkapan kejuruteraan yang di gunakan untuk melindungi
23
XBSM 2103

pendedahan dari bahan kimia perlu di uji oleh Juruteknik Higien dan alat tersebut perlu di tukar
dan digantikan dalam tempoh dua belas bulan. Hal ini menujukan alat perlindungan diri dari
pendedahan bahan kimia perlu di selenggara dengan baik dan jika sampai pada tarikh atau jangka
hayat yang telah di tetapkan alat tersebut perlu di tukar. Selain itu, peraturan 17 (2) menerangkan
mesin atau alat kelengkapan mesin yang di gunakan untuk mengawal atau mengurangkan
pendedahan pada bahan kimia juga perlu di selenggara supaya alat tersebut dapat berfungsi
dengan baik pada bila-bila masa jika di perlukan.

Antara langkah kawalan dan pengurusan habuk silika di tapak pembinaan ialah, mereka
bentuk alat atau kelengkapan untuk mengawal habuk di tapak pembinaan. Antara rekaan atau
kelengkapan yang di bina untuk menghalang habuk silika dari berterbangan dan terdedah ialah
dengan memasang jaring yang sesuai sekeliling bangunan. Jaring ini di pasang bertujuan
mengurangkan habuk dari berterbangan. Selain itu, mengelakkan habuk terdedah kepada orang
awam. Jika habuk ini berterbangan secara meluas ini mengakibatkan pencemaran udara,
menjejaskan kesihatan orang awam dan tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan tersebut juga akan
terjejas dan terbantut dari segi tumbesaran. Antara kawalan lain yang boleh di lakukan ialah
memasang mesin penyedut habuk. Antara kebaikan mesin ini ialah dapat menyedut habuk pada
kerja atau aktiviti kerja yang menghasilkan habuk yang banyak. Jika mesin in di pasang sedikit
sebanyak akan mengurangkan habuk yang berterbangan di udara. Hal ini, akan mengurangkan
kesan habuk di sekitar tempat kerja dan tapak pembinaan.

Antara langkah pengurusan yang lain ialah dengan mengadakan kempen, program
kesedaran dan latihan mengenai pendedahan habuk silika dan bahan kimia di tapak kerja. Antara
latihan yang boleh di jalankan ialah cara pemakaian alat perlindungan diri atau alat pernafasan
dengan betul. Antara kesalahan yang sering di lakukan oleh pekerja ialah memakai alat
pernafasan menutupi separuh janggut atau misai. Hal ini, mengakibatkan bahan kimia atau silika
boleh masuk di ruang atau rongga terbuka pada alat pernafasan. Hal ini mengakibatkan pekerja
akan menyedut bahan kimia tersebut. Walaupun dari kaca mata kita hal tersebut nampak kecil
tetapi sedikit demi sedikit pekerja tersebut menyedut bahan kimia tersebut. Hal in
mengakibatkan kesan yang serius dalam jangka masa yang panjang pada pekerja tersebut. Selain
itu, kempen atau program kesedaran memakai alat pernafasan atau alat perlindungan diri juga
24
XBSM 2103

boleh dilakukan. Hal ini kerana, ada segelintir pekerja tidak memakai alat perlindungan diri atau
alat pernafasan dan mereka kurang kesedaran mengenai keselamatan atau hazad bahan kimia.
Antara aktiviti program kesedaran yang boleh di lakukan ialah mengadakan minggu kesedaran
hazad kimia atau habuk silika. Hal ini merupakan salah satu langkah yang baik dan berkesan
untuk menanam kesedaran dalam diri setiap pekerja mengenai bahaya hazad bahan kimia atau
habuk silika.

Antara langkah kawalan dan pengurusan lain yang boleh di jalankan ialah dengan
melantik penguat kuasa yang bertauliah seperti juruteknik higien untuk menguatkuasa peraturan
mengenai pemakaian alat pernafasan dan menggunakan mesin atau alat mengurangkan habuk
silika di kawasan tapak kerja. Antara tindakan yang boleh di ambil pada pekerja ialah memberi
teguran, memberi surat amaran dan memotong gaji jika mengikut kesalahan yang dilakukan. Jika
kesalahan tersebut berulang dan kesalahan yang serius dan boleh mengakibatkan kehilangan
nyawa tiadakan buang kerja boleh di lakukan jika perlu. Hal ini perlu di lakukan bertujuan
memberi peringatan dan kesedaran kepada para pekerja mengenai kepentingan memakai alat
perlindung diri dan kepentingan menjaga kesihatan diri semasa di tempat kerja. Pekerja perlu
memahami hazad bahan kimia kebiasaannya memberi kesan dalam jangka masa yang panjang
kepada kesihatan mereka. 7408

25

You might also like