Assigment Tak Siap

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PENGENALAN HUBUNGAN MEDIA

Perhubungan media boleh ditakrifkan sebagai corak komunikasi antara sesebuah


organisasi dengan media (Ridgway,1996). Ia membentuk hubungan dengan personaliti media
dan sumber yang akan membantu organisasi mendapatkan liputan editorial yang meluas,baik dan
tepat pada masanya. Perhubungan media boleh dianggap sebagai satu proses yang berterusan
untuk membina,membangunkan dan mengekalkan hubungan yang baik dengan media bagi
maksud komunikasi. Kebanyakan hubungan media memerlukan kerjasama antara organisasi
dengan media untuk menyebarkan dan menyampaikan maklumat yang diingini sesebuah
organisasi. Perhubungan media adalah aktiviti teras bagi petugas perhubungan awam (Wilcox,
2005). Perhubungan yang baik dengan media boleh dianggap sebagai “lifeblood” mereka kerana
perhubungan media adalah aspek penting untuk mengekalkan tahap reputasi sesebuah organisasi.
Perhubungan media penting kerana beberapa sebab,antaranya ialah merupakan alat penting
untuk berkomunikasi bagi menyampaikan maklumat yang wajar mengenai organisasi,selain
merupakan alat pihak pengurusan mengukur kualiti perkhidmatan hasil maklum daripada
masyarakat terhadap isu yang di tularkan media. Tujuan utama perhubungan media adalah untuk
membolehkan sesebuah organisasi mencapai matlamat korporatnya selain dari meningkatkan
kesedaran awam tentang imej dan reputasi sesebuah organisasi.

Hubungan media (selain daripada pengiklanan) mesti disertakan dalam rancangan


pemasaran dan komunikasi sesebuah syarikat . Hubungan media memainkan peranan yang amat
penting dalam usaha untuk memperkukuhkan imej korporat dan juga kesedaran produk. Ia begitu
penting sehingga kesemua rancangan komunikasi anda perlu disertakan dengan kemungkinan
adanya peluang untuk menjalinkan hubungan dengan media. Hubungan Media merupakan alat
perantara yang paling mudah dan dapat menjimatkan kos untuk pengamal perhubungan awam
berkomunikasi dengan khalayak yang besar dan ramai serta berselerakan di serata dunia.
Tambahan pula, perkembangan teknologi kini telah memberikan cabaran yang hebat kepada
pengamal perhubungan dalam berurusan dengan petugas media (Cutlip, Center dan Broom
2000). Public Relations Society of America (PRSA) Foundation mengenal pasti 15 komponen
asas perhubungan awam dan salah satunya adalah perhubungan media. Baran (2002) pula
menggariskan salah satu daripada 14 perkhidmatan perhubungan awam yang ditawarkan oleh
firma perhubungan awam kepada pelanggan mereka adalah melalui perhubungan media.
Meletakkannya sebagai salah satu daripada komponen perhubungan awam jelas menunjukkan
perhubungan media begitu penting kepada organisasi yang mempunyai unit dan pengamal
perhubungan awam. Menurut Syed Arabi (2004) di sektor swasta Malaysia teras kepada aktiviti
perhubungan awam adalah melalui perhubungan media. Kepentingan perhubungan media dalam
sektor awam di negara ini pula disokong oleh kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan yang
menyenaraikan fungsi dan tanggungjawab perhubungan awam termasuklah mengadakan siaran
media.

Dari segi amalan perhubungan media, lazimnya setiap hari editor dan penerbit di media
massa menerima limpahan bahan perhubungan media daripada organisasi termasuk organisasi
kerajaan, swasta, perunding dan badan-badan bukan kerajaan. Limpahan bahan informasi
tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa memandangkan bertambahnya organisasi di
negara ini yang memerlukan publisiti dalam media massa untuk membuat pemasaran mengenai
produk atau keluaran sesebuah syarikat atau organisasi. Grossman berpendapat tidak ada alat lain
dalam perhubungan awam yang boleh menggantikan tempat kenyataan media dalam membuat
pengumuman dan promosi tentang sesuatu produk, polisi dan amalan sesebuah organisasi
(Dalam Seitel 2007). Hendrix (2001) pula mengakui bahawa ‘news release’ adalah bahan media
yang bukan kawalan yang paling popular dalam kalangan pengamal perhubungan awam. Bagi
pihak media massa, penerimaan bahan-bahan perhubungan media ini merupakan antara aktiviti
penting yang diberikan kepada sesebuah organisasi di negara ini. Pihak media menggunakan
kebanyakan bahan-bahan ini sama ada sebagai berita, isu-isu semasa atau bahan tugasan untuk
liputan harian mereka. Sementara, penggunaan bahan-bahan tersebut memberi manfaat kepada
organisasi pengirim dalam bentuk publisiti media.

LATAR BELAKANG ORGANISASI

Organisasi yang dipilih adalah sebuah Syarikat penerbangan tambang murah iaitu AirAsia
Berhad. Air Asia Berhad Malaysia adalah merupakan syarikat penerbangan tambang murah
tanpa“frill” dan tanpa tiket yang pertama di Asia. AirAsia ditubuhkan pada 20 Disember 1993
dan mula beroperasi pada 18 November 1996. Pada awalnya ia diasaskan oleh syarikat
kepunyaan kerajaan iaitu DRB-HICOM dan pada 2 Disember 2001, syarikat yang dibebani
dengan hutang yang amat banyak telah di ambil alih oleh Tony Fernandes. Sejak di ambil alih,
Air Asia telah berjaya merekod dan meraih pelbagai anugerah serta bersaing sengit dengan
syarikat-syarikat penerbangan yang lain termasuklah Malaysian Airline Sdn Bhd (MAS). Hanya
dalam masa satu tahun sahaja, Syarikat telah berjaya menyelesaikan masalah beban hutang
syarikat. AirAsia berpengkalan di Malaysia dan merupakan syarikat penerbangan tambang
murah yang pertama di Asia. Syarikat penerbangan gabungan AirAsia ialah Thai AirAsia,
AirAsia Philippines dan AirAsia Japan mempunyai hab masing-masing di Lapangan Terbang
Suvarnabhumi, Lapangan Terbang Antarabangsa Clark dan Lapangan Terbang Antarabangsa
Narita. Pejabat berdaftar AirAsia terletak di Petaling Jaya, Selangor, manakala, ibu pejabatnya di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Goh Thean Eu, 2013). ‘Kini sesiapapun boleh
terbang’, itulah slogan yang memperkenalkan AIRASIA BERHAD kepada penggunanya. Ia
merupakan penerbangan nasional kedua di Malaysia. Dengan berpaksikan tambang rendah yang
mampu bayar oleh sesiapapun, khidmat AIRASIA BERHAD mendapat permintaan yang tinggi.
Air Asia Sdn Bhd adalah sebuah syarikat berhad menurut syer dan sendirian yang telah
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

Tujuan utama AIRASIA BERHAD ditubuhkan ialah untuk menyediakan perkhidmatan


penerbangan yang mampu digunakan oleh semua lapisan pengguna. Justeru, kos yang murah,
kekerapan jadual penerbangan, lokasi yang menarik, dan perjalanan yang mudah, selesa dan
menyeronokkan menjadi landasan utama perniagaan AIRASIA BERHAD. Antara lokasi-lokasi
singgahan ialah lokasi-lokasi utama di Malaysia, Bangkok, Thailand, Singapura, Filipina dan
China (Macau dan Xiamen).

Dalam bulan Ogos 2003, Air Asia menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang
memperkenalkan penempahan melalui SMS yang membolehkan penumpang untuk menempah
tempat duduk, memeriksa jadual penerbangan dan mendapatkan berita promosi terkini AIRASIA
BERHAD dengan menggunakan telefon bimbit mereka. AIRASIA BERHAD juga telah
memperkenalkan GO Holiday, program online syarikat penerbangan ini yang membenarkan
penumpang untuk menempah pakej percutian online secara masa nyata. Kertas kerja ini akan
menyentuh beberapa aspek penting dalam membangun dan merancang projek-projek syarikat
seperti perancangan keseluruhan, organisasi, kepimpinan dan kawalan.

HUBUNGAN MEDIA YANG DIAMALKAN

Perhubungan media memainkan peranan penting dalam menyampaikan berita maklumat


berkaitan sesebuah organisasi kepada masyarakat. Oleh itu, membina perhubungan media yang
berkesan adalah sangat penting agar ia memenuhi tujuan penyebaran maklumat. Terdapat dua
alat perhubungan media yang biasa diamalkan secara meluas iaitu siaran akhbar dan sidang
akhbar. Perbezaan kedua-duanya ialah siaran akhbar merupakan kenyataan atau siaran media
didalam bentuk bertulis atau rakaman yang disasarkan kepada media bagi tujuan penyebaran
manakala sidang akhbar pula ialah acara yang dirancang dengan menjemput pihak media untuk
berkongsi cerita berkenaan isu semasa dan perkara baru dalam sesebuah organisasi. Terdapat dua
jenis media utama iaitu media Tradisional dan media baru. Jenis media tradisional seperti media
cetak dan media elektronik seperti stesen televisyen,radio,surat khabar,majalah popular manakala
media baru pula seperti blog,laman web,facebook,tweter,majalah online dan stesen tv dan radio
online. Didalam dunia pemasaran pengaruh media boleh menarik pengguna baru dengan
menjanjikan nilai produk dan perkhidmatan yang baik serta mengekalkan pengguna lama dengan
jaminan kualiti untuk kepuasan pangguna (Kolter dan Armstrong, 2000). Pengetahuan ilmu
pemasaran merangkumi pengetahuan tentang kajian pasaran, perancangan pasaran seperti
program promosi, perancangan jualan dan strategi perletakan harga. Pemasaran adalah aktiviti
yang membolehkan organisasi memperolehi apa yang mereka perlu dan kehendaki melalui
pembentukan dan pertukaran nilai antara satu sama lain. Ia bukan sahaja meliputi usaha jualan
dan promosi tetapi juga beberapa aktiviti lain.

MEDIA TRADISIONAL
Media Cetak
Media cetak merupakan media tradisional yang sering dikaitkan dengan akhbar,
majalah,buletin,surat berita dan buku. Sumbangan utama media cetak ialah menjadi sumber
maklumat kepada masyarakat kita. Saban hari, media cetak menyiarkan pelbagai maklumat
terkini yang berlaku di negara ini dan semua berita atau maklumat ini menjadikan masyarakat
mengetahui semua perkara yang berlaku. Media cetak merujuk kepada sebarang penerbitan yang
dihasilkan dan diedarkan dalam bentuk bercetak. Tanpa adanya media, rakyat sesebuah negara
tidak mendapat sebarang pengetahuan terutama tentang isu global dalam kehidupan mereka
umpama ‘katak di bawah tempurung’. Media boleh dijadikan alat yang berpengaruh dalam
bidang pendidikan, penyebaran ilmu pengetahuan dan ianya juga sebagai platform bagi
organisasi untuk mempromosikan jenamanya ke merata pelusuk dunia. Melalui media, orang
ramai memperoleh pengetahuan dan mengetahui apa-apa jua yang berlaku di dalam dan di luar
negara. Sebagai contoh, bagi seseorang ahli perniagaan, maklumat terkini tentang bidang
perniagaan akan dapat membantu ahli perniagaan tersebut untuk membuat perancangan syarikat
dan menyusun strategi serta dapat mengelakkan syarikat daripada mengalami kerugian. Ini dapat
dilihat bagaimana syarikat penerbangan tambang murah AirAsia menggunakan kewujudan
media tradisional seperti surat khabar dan majalah popular untuk mempromosikan jenamanya
sehingga menarik perhatian pelbagai latar belakang masyarakat untuk menyertai penerbangan
syarikat mereka. Well dan Spinks (1999) berpandangan media cetak harus digunakan secara
tetap kerana ia merupakan sumber paling asas yang cepat dan konsisten untuk berkomunikasi
dengan masyarakat.

Media Eletronik
Media eletronik seperti media penyiaran merupakan teknologi komunikasi dalam bentuk
suara, gambar atau suara atau yang berbentuk grafik samaada yang beersifat interaktif ataupun
tidak. Justeru itu, media penyiaran merupakan sebarang alat elektronik (visual dan audio) yang
dihasilkan dan diedarkan dalam bentuk elektronik seperti radio dan televisyen bagi tujuan
komersial dan sosial. Melalui alat komunikasi massa ini, segala maklumat akan dapat
disampaikan dengan lebih jelas kepada pengguna kerana mereka dapat melihat secara reliti
tentang keistimewaan produk tersebut melalui paparan iklan yang disiarkan. Media penyiaran
seperti radio merupakan antara alat media massa yang paling berpengaruh dan mampu
memainkan peranan yang sebaiknya untuk memberi informasi dan hiburan kepada para
pendengar. Menurut Warren, Phillip dan Edwin (dalam Kalaiselvi Shanmugam, 2012),
keupayaan berada di mana-mana sahaja seperti di rumah, kereta, tepi pantai dan di jalanan
menyebabkan radio digelar sebagai „penyebar berita yang agak berkesan‟. Selain itu, radio juga
merupakan salah satu media audio yang berupaya „memancing‟ para pendengar melalui
penggunaan bahasa tersirat dan tersurat yang yang indah dan menarik perhatian pendengar. Kita
juga sering mendengar iklan-iklan yang menarik disiarkan di corong-corong radio seperti Hot
FM, Sinar FM, ERA, dan RTM. Iklan radio yang disiarkan adalah pelbagai dan pengiklan begitu
kreatif dalam menghasilkan iklan yang berkaitan produk yang mereka hasilkan. Hal ini
diperkukuh lagi oleh pendapat Mohamed Mohd. Yusof (1980) yang menyatakan bahawa
pengiklanan merupakan satu bidang yang sangat kreatif, imaginatif, saintifik dan profesional.
Pengiklanan juga dapat mempengaruhi fikiran pengguna dalam memilih sesuatu barangan. Iklan
radio merupakan salah satu iklan yang digunakan oleh pengiklan bagi memasarkan produk
mereka, iaitu dengan menggunakan kaedah pendengaran. Pelbagai kaedah dan teknik
pengiklanan dalam promosi diperlukan untuk mencapai kejayaan di dalam perniagaan.
Perhubungan media dalam dunia pemasaran adalah aspek terpenting dalam usaha menarik minat
para pelanggan kerana tanpa pelanggan tidak wujudlah perniagaan. Sehubungan dengan itu,
organisasi perlu merancang strategi pengiklanan dan penggunaan media yang bersesuaian
dengan kehendak pasaran bagi menarik perhatian orang ramai terhadap produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan. Contoh dapat diperhatikan bagaimana syarikat penerbangan
airasia mengiklankan produk syarikatnya melalui penggunaan media eletronik seperti
pengiklanan melalui televisyen. Selain itu syarikat air asia juga memanfaat kemudahan media
lain seperti menggunakan radio dalam mempromosikan jualan murah tiket penerbangan
syarikatnya. Teknik pemasaran seperti ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kejayaan
aktiviti pemasaran sesebuah organisasi.

MEDIA BARU
Penggunaan media massa sebagai medium untuk mengiklankan produk komersial
sememangnya telah banyak dikaji (Ran et al. 2010; Maggie et al. 2010;Polonijo, et al. 2008).
Media massa memberikan impak yang positif terhadap pengiklanan kerana jangkauan dan akses
kepada media massa adalah meluas. Dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT), kedudukan media massa mulai dicabar. Walaupunmedium internet mempunyai ciri yang
berbeza dengan media massa, namun begitu pengiklanan pada masa kini sudah mula
menggunakan internet kerana jangkauannya yang merentasi sempadan negara dan mudah diakses
apabila diperlukan. Pyun dan James (2009) mengatakan bahawa dalam periklanan perihal yang
penting adalah mengenai perancangan promosi secara efektif yang dapat mendorong
keberhasilan suatu produk. Matlamat akhirnya adalah untuk mendapatkan keuntungan bagi suatu
produk yang diiklankan. Dengan itu, iklan mestilah mampu meningkatkan motivasi dan minat
bakal pelanggan untuk bertindak membeli sesuatu produk (Wang & Sun 2010; Dominanto,
2008). Apa yangdimaksudkan dengan perancangan promosi yang efektif adalah dengan
menyebarkan maklumat mengenai suatu produk yang bertujuan untuk menciptakan dan
memperkenalkan secara terperinci ciri-ciri produk yang diiklankan. Diharapkan iklan tersebut
dapat mempengaruhi sikap khalayak, sehingga khalayak dimotivasi untuk lebih berminat dan
mengetahui secara terperinci mengenai produk yang diiklankan. Prabu et. al. (2002) mengatakan
bahawa iklan bermutu adalah iklan yang jujur dan dapat dipercayai serta tidak menimbulkan
masalah bagi penggunanya.

Tidak dapat dinafikan teknologi boleh memperbaiki fungsi perniagaan sesebuah


organisasi. Pada abad yang lalu teknologi digunakan sebagai alat atau mesin untuk pembuatan
dan pengeluaran. Pada masa kini kecanggihan teknoligi telah berubah secara optimum untuk
memberi tumpuan kepada interaksi social di kalangan manusia. Dengan kemunculan platform
media baru seperti blog,facebook,twiter,wiki dan laman web perkongsian video pada masa
kini,banyak masaalah seperti pencarian, penyimpanan dan pengesanan maklumat menjadi mudah
untuk dicapai. Memang tidak dinafikan lagi penggunaan media baru seperti ini banyak
digunakan oleh syarikat penerbangan dalam memajukan perniagaan mereka dalam
mempromosikan jenamanya ke serata pelusuk dunia. Media baru dan rangkaian sosial menjadi
bahagian paling penting dalam pertumbuhan AirAsia. Kita sedar akan pengaruh besar rangkaian
sosial yang digunakan pada pengguna hari ini, yang menggunakan internet untuk mengumpulkan
maklumat, transaksi dan interaksi. Pemasaran dalam talian telah membolehkan AirAsia
mengatasi batasan konvensional pemasaran langsung untuk tujuan penjenamaan, pemasaran dan
komunikasi dan menjadi pemimpin dalam industri penerbangan bajet.

Laman website
Di zaman teknologi maklumat yang canggih, hampir setiap orang terlibat dengan
kemajuan internet. Masing-masing teruja dan menganggap sesiapa yang tidak arif tentang
penggunaan internet merupakan golongan yang tertinggal. Merebut peluang ini, Air Asia
mengambil langkah untuk menawarkan cara pembelian tiket penerbangan melalui internet secara
atas talian melalui laman sesawangnya iaitu https://www.airasia.com.my. Tindakan ini adalah
untuk mengurangkan kos operasi pengendalian kaunter tiket dan sebagainya. Dengan AirAsia,
pelanggan tidak perlu menelefon atau pergi ke kaunter tiket. Mereka boleh membuat tempahan
secara atas talian. Pelanggan juga sebenarnya tidak dibebani dengan kos-kos seperti kos
pengangkutan untuk ke kaunter tiket dan sebagainya. Oleh sebab itu, lebih ramai yang
menggemari sistem pembelian secara atas talian dan ini menambahkan jualan dan seterusnya
meningkatkan prestasi perniagaan Air Asia. Selain itu, AirAsia menggunakan ruang dalam talian
sebagai alat komunikasi dua hala untuk mendapatkan maklum balas, pertanyaan dan menerima
aduan. Ini membolehkan AirAsia menjalankan penyelidikan pasaran dengan mudah, membuat
penambahbaikan yang berterusan dan kekal relevan kepada pelanggan, sekaligus mengukuhkan
lagi kedudukan mereka sebagai peneraju pasaran. Terdapat beberapa lama web lain yang
disediakan syarikat AirAsia untuk kemudahan pelanggannya mendapatkan perkhidmatan yang
ditawarkan. Antaranya seperti:-
Perkhidmatan Penyewaan Kereta
Syarikat Air Asia menyediakan satu laman sesawang yang menjadi ejen untuk
menawarkan perkhidmatan penyewaan kereta. Perkhidmatan ini tidak mempunyai caj
tersembunyi, pembatalannya adalah percuma dan mempunyai 1000 pembekal kereta. Contoh
pembekal kereta ialah Europcar, AVIS, Mayflower Car Rental dan lain-lain. Setiap pembekal
kereta mempunyai syarat sewaan yang berlainan.
Laman Sesawang Airasia RedTix
Syarikat Airasia Berhad mempunyai satu laman sesawang Airasia RedTix yang
menawarkan perkhidmatan untuk pelanggan menemui, membincangkan, mengkaji semula dan
menempah tiket untuk barisan konsert antarabangsa, acara sukan, muzikal, persembahan teater
dan lain-lain. AirAsiaRedTix.com adalah satu pintu masuk utama di dunia untuk berita tentang
muzik dan hiburan yang terkini, tarikh persembahan dan kalendar acara. Pelanggan boleh
membuat tempahan dalam talian dan mempunyai tiket elektronik yang dikeluarkan dan dihantar
ke email pelanggan atau dihantar ke telefon mudah alih pelanggan. Oleh itu, pelanggan tidak
perlu menunggu dalam barisan di kaunter untuk membeli tiket.

Laman Sesawang AirAsiaGo.com


AirAsiaGo adalah salah satu portal pelancongan yang berkembang dengan paling pesat
dalam talian di Asia yang menawarkan pelancong dengan pilihan hotel yang luas, aktiviti dan
perkhidmatan pelancongan untuk memenuhi setiap bajet dan setiap jenis aktiviti pada kadar yang
kompetitif dan mempunyai lebih daripada 100,000 rakan kongsi hotel di seluruh dunia. Dengan
menggunakan laman sesawang ini, pelanggan dapat menempah hotel dan tiket pernerbangan
sekali gus serta menikmati diskaun yang diberikan. Laman sesawang ini dapat menjimatkan
masa dan wang pelanggan semasa melancong kerana pelanggan dapat membeli tiket
penerbangan dan menempah hotel dalam masa yang sama di lawan sesawang yang sama

Facebook dan Blog


Menurut statistik yang dikeluarkan pada pada tahun 2013, Malaysia berada di tangga ke-
18 paling ramai menggunakan Facebok dan ini bermakna, 70 peratus rakyat Malaysia memiliki
akaun Facebook. Purata rakyat Malaysia menghabiskan masa 3 jam melayari Facebook sehari.
Syarikat penerbangan AirAsia tidak ketinggalan mempromosikan produk dan perkhidmatannya
melalui Facebook Page AirAsia di https://www.facebook.com/AirAsia. Dengan adanya Page ini
masyarakat akan sentiasa mendapat tahu perkembangan dan segala informasi berkaiatan
perkhidmatan yang ditawarkan oleh AirAsia dengan lebih mudah memandangkan segala
maklumat sentiasa dikemaskini dan pengguna akan menerima pemberitahuan secara automatic
apabila pengguna lain berinteraksi dengan halaman profil dalam talian. Selain mempunyai
pengikut yang ramai di Facebook, AirAsia juga mempunyai ramai pengikut menerusi blognya
Just Plane Thoughts di http://blog.airasia.com/.

Intagram dan Twitter


Sejak diperkenalkan, Instagram kini telah menjadi trend dan sangat popular. Tambahan pula,
rakyat Malaysia adalah merupakan pengguna Instagram paling aktif dirantau Asia Pasifik.
Peratusan pengguna aktif Instagram di Malaysia meningkat dari 59 peratus pengguna tahun 2015
kepada 73 peratus pada tahun 2016 ( Malaymail, 2016). Instagram telah ditubuhkan pada tahun
2010. Ia adalah aplikasi mudah alih untuk telefon pintar yang boleh didapati secara percuma di
Apps Store dan Google Play (Bergstrom & Backman, 2013). Selain berfungsi sebagai aplikasi
perkongsian foto, Instagram telah maju sebagai alat komunikasi dan pemasaran yang berkesan
untuk memaparkan produk dengan penerangan visual. Oleh itu, ia menjadi platform rangkaian
media sosial yang berguna kepada individu dan masyarakat (Hochman & Schwartz, 2012)
Walaupun aplikasi tersebut baru dilancarkan pada tahun 2010, tetapi ianya telah berkembang
dengan mantap dan jayanya. Pada tahun 2013, Instagram telah dianggarkan mempunyai 100 juta
pengguna, dan kira-kira empat billion foto telah dimuat naik dan dipaparkan. (Abbott et al,
2013). Selain itu, dilaporkan bahawa kira-kira 75 juta orang menggunakan Instagram setiap hari,
dan kira-kira 16 billion foto telah dimuat naik dan dikongsikan dengan pengguna lain (Smith,
2014). Kebanyakan anak-anak muda masa kini lebih banyak menghabiskan masa di Instagram
daripada Facebook (Salomon, 2013). Instagram dikhaskan untuk pengalaman mudah alih, dan
sebahagian daripada perkembangannya dirangsang oleh penggunaan pesat telefon pintar dengan
kamera berfungsi tinggi. (Daniel, 2013). Instagram adalah rangkaian sosial yang digunakan
sebagai tempat menyebarkan dan berkongsi maklumat, berinteraksi dengan orang ramai, serta
dapat mengenal lebih dekat dengan sesama pengguna Instagram yang lain melalui foto-foto,
video yang dimuat naik (Puspitorini, D. A., Triyono, A., & Nieldya, N, 2016).

Youtube
AirAsia juga menggunakan media YouTube bagi mempromosikan syarikatnya. Dengan
perkongsian maklumat seperti video yang dipaparkan dalam aplikasi ini akan dapat menarik
minat pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertai AirAsia. Laman pengiklanan ini boleh dilihat
melalui laman sesawang https://www.youtube.com/user/airasia.

Email
Email adalah alat utama untuk bertukar-tukar mesej digital berasaskan teks. Ia
membolehkan pengguna menghantar,menerima,memanjangkan dan menyimpan segala pesanan
yang diterima. Ramai yang tidak tahu bahawa email boleh digunakan untuk memasarkan
perniagaan. Dalam sistem jual beli itu sendiri, jualan akan lebih banyak terhasil jika kita
berinteraksi terus dengan prospek pembeli dan pemasaran email adalah yang paling berkesan.
Dalam dunia perniagaan online, pemasaran email merupakan satu strategi terbaik dan pantas
dalam meningkatkan trafik ke website anda. Begitu juga didalam pengurusan syarikat
AirAsia,email menjadi alat berkomunikasi utama antara syarikat dan pelanggan dalam
mempromosikan dan menyampaikan maklumat berkaitan produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan. Hampir semua perniagaan online menggunakan pemasaran email sebagai strategi
utama mereka. Pemasaran email adalah teknik mempromosikan produk melalui email.
SIARAN AKHBAR

UNTUK SIARAN SEGERA

AirAsia tawar kempen tempat duduk percuma terbesar!

SEPANG, 10 SEPTEMBER 2017 – AirAsia kembali menawarkan kempen tempat duduk


percuma dengan tempat duduk promosi yang paling banyak.

Kini sehingga 5 juta tempat duduk promosi ditawarkan di airasia.com dan aplikasi mudah alih
AirAsia dari 11 September 2017 (0001h GMT +8) sehingga 17 September 2017 (2400 GMT
+8) untuk tempoh perjalanan dari 1 Mac 2018 sehingga 21 November 2018.

Nikmati tambang promosi dari serendah RM0* ke pelbagai destinasi dari Kuala Lumpur ke
Pulau Pinang, Johor Bahru, Brunei, Lombok, Shantou, Kolkata, Phnom Penh, Pattaya dan
banyak lagi melalui penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK), dan tambang dari RM199*
dari kuala Lumpur ke Taipei, Shanghai, Sydney dan lain-lain melalui penerbangan AirAsia X
(kod penerbangan D7). Para tetamu yang terbang dengan AirAsia X juga boleh menikmati
tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari RM699* untuk
penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth, Souel, Osaka, Taipei dan destinasi-destinasi lain.

AirAsia BIG pula akan menikmatia akses lebih awal untuk promosi ini dan boleh membuat
tempahan di airasia.com atau menebus penerbangan bermula dari 0 Mata Ganjaran BIG,
eksklusif melalui aplikasi mudah alih BIG dari 10 September 2017 (0001h GMT +8).
Pendaftaran keahlian adalah percuma di airasia.com, airasiabig.com atau aplikasi mudah alih
BIG untuk menebus penerbangan semasa promosi ini.

Rakan niaga juga boleh mengakses promosi ini 24 jam lebih awal. Pemegang BIG Prepaid
MasterCard akan menikmati diskaun sebanyak RM2 untuk pra-tempah hidangan dan bagasi,
manakala pemegang akaun Citibank dengan Kad Kredit AirAsia-Citi akan menerima Hidangan
Kombo Thai Green Curry percuma, terhad kepada 5,000 tetamu bagi penerbangan AirAsia (AK).

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata “AirAsia akan terus
menambah penerbangan ke lebih banyak destinasi, untuk menjadikan perjalanan lebih mudah.
Jadi, kami berbesar hati untuk menawarkan sehingga lima juta tempat duduk promosi menerusi
kempen Tempat Duduk Percuma terbesar supaya para tetamu kami dapat mengambil peluang ini
untuk menerokai pelbagai destinasi baharu yang menarik.”

Para tetamu juga boleh menikmati penerbangan penuh faedah dengan menempah Pek Nilai yang
kini disertakan dengan insurans perjalanan. Pek tersebut disertakan dengan 20kg bagasi
berdaftar, hidangan percuma, pilihan tempat duduk biasa, serta insurans perlindungan perjalanan
yang merangkumi Jaminan 1 Jam Tepat Masa dan Kelewatan Bagasi**.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter .com/AirAsia)
dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Tambang asas untuk perjalanan sehala tidak termasuk cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma
dan syarat.
**Perlindungan Perjalanan Tune – AirAsia boleh didapati dengan rakan insurans tempatan
bergangtung kepada Negara pelepasan pertama anda. Insurans perjalanan ini hanya boleh
didapati untuk penerbangan terpilih, merangkumi Jaminan 1 Jam Tepat Masa dan perlindungan
Kelewatan Bagasi.

*** TAMAT***
KESIMPULAN
Dapat disimpulkan bahawa perhubungan media merupakan satu situasi menag-menang
antara organisasi dengan badan media dimana hasil kerjasama yang baik akan berjaya memberi
manfaat kepada kedua-dua pihak. Oleh itu membina perhubungan media yang berkesan adalah
penting agar memenuhi tujuan penyebaran maklumat. Media amat berpengaruh dalam
masyarakat dalam apa jua keadaan termasuklah untuk melestarikan kehidupan masyarakat.
Media massa pada asalnya bersifat sekadar untuk menyebarkan maklumat dan komunikasi
semata-mata. Kemudian media massa turut menjadi sumber hiburan dan kini media terus
bergerak mengalami transformasi bukan sekadar sebagai peantara menyebarkan maklumat dan
hiburan, tetapi juga sumber pelbagai aktiviti lain. Daripada satu aspek, media sememangnya
merupakan agen perubahan masyarakat yang penting melebihi suara-suara lain. Jesteru, media
mempunyai potensi yang sangat besar dalam menyalurkan nilai-nilai yang positif dan murni
kepada semua golongan masyarakat. Ini kerana masyarakat kini menjadikan media massa
sebagai wadah untuk mencari maklumat, memahami apa yang tidak didapati di sekolah ataupun
rumah dan mencernakan maklumat tersebut menjadi fahaman dan pegangan diri mereka. Apa-
apa sahaja medium yang bergerak dalam masyarakat mempunyai tanggungjawab sosial yang
besar dalam membawa masyarakatnya kearah yang lebih bertamadun dan bukannya menjatuhkan
martabat atau merosakkan masyarakat. Dalam konteks semasa, pengaruh media massa akan
dipengaruhi dari sejauh mana pengguna media memiliki pengetahuan yang cukup dan
menghargai dengan baik media itu sendiri. Jesteru, media massa sama ada media cetak atau
elektronik sememangnya memainkan peranan dalam membentuk kehidupan masyarakat kini.

3000 Patah Perkataan

RUJUKAN

Assoc Prof Dr Zulhamri Abdullah, Dr Yuhanis Abdul Aziz. 2013. ABCR2103 Prinsip
Komunikasi Korporat.
Baran, S. J. 2002. Introduction to Mass Communication: Media Literacy and Culture 2nd. Ed.
Boston: McGraw Hill. Berkowitz, D. 1993. Work rules and news selection in local TV: E

Cutlip, S.M., Center, A.H. & Broom, G.M. 2000. Ef ective Public Relations 7th .ed. New Jersey:
Prentice Hall.

Hendrix, J.A. 2001. Public relation cases (5th. Ed). Belmont: Wadsworth.

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/10-cara-berkesan-promosikan-perniagaan/

http://anggur.my/adakah-pemasaran-online-di-malaysia-mati-sebelum-ia-bermula/

http://www.airasia.com.my

http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/pemasaran-produk-yang-lebih-efektif-di-internet.html/

https://idzulsyahril.wordpress.com/2013/04/03/penggunaan-teknologi-dalam-perniagaan/

http://amiza-asraf.blogspot.my/2015/12/kepentingan-media-sosial-dalam.html

http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/rahsia-kejayaan-air-asia.html/

http://radzihamid.blogspot.my/2012/01/airasia-berhad-kini-sesiapapun-boleh.html

http://muizzudinshah.blogspot.my/
Seitel, F.P. 2007. The practice of public relations. Edisi ke-10. New Jersey: Pearson Educations
Inc.

You might also like