Teks MC Nisfu Syaaban

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Bagi memberkati majlis, marilah kita membaca ummul kitab al-Fatihah

Hadirin membaca fatihah bersama-sama.

Selawat dan salam keatas junjungan nabi, sahabat.

Ucapan aluan

Yang Berusaha Tn Hj Norhaimi Bin Hj Abdullah

Yang Diraikan Ustaz Muhamad Pairus Bin Ali Akhbar

Yang dihormati Pn Hjh Faridah Bt Bujang,


Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seri Pinang

Yang Dihormati Puan Hjh Najmah Bt Yusof


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seri Pinang

Yang Dihormati En Sadali Bin Bostam


Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru kanan mata pelajaran, kaunselor-kaunselor, guru-guru cemerlang, guru-guru dan pelajar yang
dikasihi sekelian.

Kita bersyukur pada hari ini, pihak sekolah telah menjemput seorang tetamu yang amat dikenali iaitu al-
Fadhil Ustaz Muhammad Pairus Bin Ali Akhbar untuk menyampaikan ceramah sempena nisfuy sya’aban.

Sidang hadirin sekelian,


Tirai majlis dibuka dengan bacaan doa. Untuk itu, majlis menjemput…………………………………….
Untuk bacaan doa.

………………………………..
Terima kasih diucapkan kepada………………..atasa bacaan doa.

Hadirin, di dalam sebuah hadis, riwayat Imam Termizi, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Yang bermaksud: “ Barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, sama seperti orang yang berjuang di
jalan Allah sehingga mereka kembali semula ke rumah mereka”. Maka, bersyukurlah kita kerana telah
diberi peluang olehNya untuk bersama-sama dalam majlis ilmu pada hari ini
Tanpa melengah-lengahkan masa, suka untuk saya bacakan serba sedikit biodata penceramah kita pada
hari ini.
Untuk pengetahuan semua, Ustaz Muhamad Pairus Bin Ali Akbar berasal dari Kota Tinggi Johor dan telah
melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah di Universiti Al Azhar, Mesir. Kini, beliau berkhidmat
sebagai Mudir di Pondok Al-Bushro, Sedili. Justeru, majlis seterusnya menjemput Ustaz Muhamad
Pairus Bin Ali Akhbar, untuk menyampaikan ceramahnya. Dengan segala hormatnya,dipersilakan

Penutup majlis

Terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Muhamad Pairus Bin Ali Akbar di atas panduan, nasihat serta
teguran itu tadi.

Sebagai tanda penghargaan, majlis seterusnya mempersilakan Tn hJ Norhaimi bin Hj Abdullah dengan
diiringi Pn Hjh Faridah Bt BUjang untuk menyampaiakn cenderamata kepada penceramah kita pada hari
ini.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Norhaimi dan Pn Hjh Faridah Bt Bujang

Marilah kita sama-sama menutup majlis kita ini dengan tasbih kaffarah dan surah al-asri.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

You might also like