Tamadun Hwang Ho

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 40

Tamadun Hwang Ho

T
A
M
A
D
U
N

H
W
A
N
G
曰:知彼知己,百戰不殆;不知彼而知己,一勝一負;不知彼,不知己,每戰必殆。
t is said that if you know your enemies and know yourself,
can win a hundred battles without a single loss. H
u only know yourself, but not your opponent, you may win or may lose. O
u know neither yourself nor your enemy, you will always endanger yourself.
un Tzu LAMAN ILMU @ cikgu piena
Pengenalan
Tamadun awal China telah wujud kira-
kira 4500 tahun dahulu.Ia berlaku di
sekitar Sungai Kuning atau Hwang.
Tamadun ini berkembang pesat pada
zaman Dinasti Shang (1766 - 1122 SM
atau 1523 - 1027 SM).
Bandar utama yang muncul ialah Anyang ,
Changan dan Loyang.Anyang telah
 dijadikan ibu negeri Dinasti Shang.
LOKASI

 SungaiHwang Ho atau
Sungai Kuning
 Muncul kesan penemuan tengkorak Homo Sapien
(Peking Man).
• Membuktikan adanya kehidupan zaman Paleolitik

Peking Man
 Pada zaman Neolitik muncul aktiviti pertanian
dan penternakan.

 Tiga dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho ialah :


• Hsia
• Chou
• Shang
 Kesuburan
tanah telah menarik minat
orang nomad, menetap di tapak banpo
berdekatan bandar Sien.

 Kegiatanekonomi seperti pertanian,


penternakan dan mengumpul hasil hutan
telah melahirkan bandar seperti Anyang.

LAMAN ILMU @ cikgu piena


Sien

LAMAN ILMU @ cikgu piena


1. Negara kota

2. Organisasi Sosial

3. Pengkhususan pekerjaan

4. Sistem pemerintahan

5. Agama & Kepercayaan

6. Sistem tulisan

LAMAN ILMU @ cikgu piena


Negara kota

Anyang

 Pusat pemerintahan Dinasti Shang.

Tembok-tembok dibina di sekeliling kota – menghalang


pencerobohan musuh

Bandar dikelilingi oleh perkampungan petani.

Terdapat istana, kuil, pusat pentadbiran, kediaman raja,


golongan pembesar dan golongan agama.
LAMAN ILMU @ cikgu piena
Organisasi Sosial

LAMAN ILMU @ cikgu piena


Sistem sosial
Lapisan bawahan terdiri daripada:
a) Golongan petani
 – membentuk sebahagian besar penduduk
 – mendiami di kawasan luar bandar (di sekeliling negara kota)
b) Golongan artisan
 – Golongan ini mahir dalam teknologi gangsa yang muncul pada
zaman Dinasti Shang
 – Gangsa digunakan bagi menghasilkan senjata perisai dan hiasan
kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta alat untuk upacara
keagamaan.
Golongan pembesar dapat menundukkan golongan bawahan kerana
mereka mampu memiliki tentera dan senjata gangsa.
c) Hamba merupakan golongan yang paling bawah dalam masyrakat
Shang. Dalam Dinasti Shang, perhambaan merupakan ciri yang
paling penting.
Sistem sosial
 Golongan tentera membantu golongan pembesar
mempertahankan masyarakat. Golongan ini terdiri daripada:
◦ Tentera yang menggunakan kereta kuda.
◦ Tentera berjalan kaki.
 Golongan petani merupakan tonggak ekonomi dan
pentadbiran kerana mereka menghasilkan bahan makanan
dan memenuhi keperluan golongan atasan.
 Ada di kalangan golongan petani yang berkemahiran
khususnya dalam teknologi gangsa dan barangan tembikar
pula menjadi golongan artisan.
 Mereka menghasilkan pelbagai barangan tembaga seperti
senjata, barang tembikar dan bekas minuman serta makanan
 Hasil mereka biasanya hanya mampu dimiliki golongan
pembesar.
 Hamba pula berfungsi sebagai tentera paksaan, buruh paksa
dan bahan korban upacara penyembahan.
Pengkhususan
Pekerjaan

LAMAN ILMU @ cikgu piena


Kegiatan Ekonomi
Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama.
Tanaman utmanya ialah gandum , milet , sekoi ,
barli dan padi.
Ternakannya ialah khinzir , kambing dan
anjing.Kulit siput digunakan sebagai mata wang
dalam perdagangan tempatan.
Perusahaan yang dijalankan ialah pembuatan
tembikar , barangan ukiran daripada kayu ,
gangsa dan jed serta penenunan tekstil dan bulu.
Ciptaan golongan artisan :

Senjata gangsa

Perisai

Tembikar
Sistem
Pemerintahan

Pengganti daripada putera diraja.

 Berkuasa dalam politik, ekonomi,


sosial dan agama.

 Raja mendapat mandat dari tuhan.

 Raja dibantu oleh bangsawan dan


pegawai kerajaan.
Sistem Pemerintahan
 Kerajaan yang wujud adalah berbentuk dinasti dengan pemerintahan
beraja.
 Raja mempunyai kewibawaan politik, ekonomi,sosial,agama. Mereka
berkuasa mutlak dan menetap di pusat pentadbiran.
 Pengganti raja biasanya dilantik daripada kalangan anak atau saudara
lelaki raja.
 Raja tidak dianggap tuhan tetapi sebagai pemerintah yang mendapat
mandat (kuasa pemerintahan) daripada tuhan.
 Mengikut konsep ini, pemerintah yang adil akan mendapat mandat. Raja
yang memerintah dengan adil akan dapat mewujudkan kerajaan yang
makmur dan rakyat akan menikmati kesejahteraan hidup. Sebaliknya,
pemerintah yang kejam atau lemah akan kehilangan mandat. Contohnya,
pemerintahan Shang kehilangan mandat akibat kezaliman
mereka.Golongan bangsawan dan pegawai kerajaan membantu raja
dalam urrusan pentadbiran.
 - Golongan ini bertanggungjawab untuk mentadbir wilayah masing-
masing.
 - Mereka berhak mewujudkan sistem pentadbiran mereka sendiri.
Contohnya sistem pungutan cukai, undang-undang dan pertahanan.
Melindungi raja dan
Mentadbir wilayah
memberikan bantuan tentera

 Ketua agama semasa Mewujudkan sistem


menjalankan upacara pentadbirannya sendiri
pengorbanan
Sistem Pemerintahan
 Sistem yang sama dilaksanakan semasa zaman Dinasti Chou.
 - Raja dibantu oleh ketua menteri enam badan. Badan ini
menguruskan hal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama,
undang-undang dan hal ehwal monarki.
 - Pada peringkat wilayah, pentadbiran dikendalikan oleh pembesar-
pembesar feudal. Raja telah membahagikan pemilikan tanah kepada
pembesar ini.
 Raja-raja Dinasti Chou cuba mengikat pembesar mereka melalui :
 - Ikrar taat setia.
 - Memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba
dan binatang
 - Tanggungjawab melindungi raja dan memberi bantuan ketenteraan
semasa perang.
 Pembesar juga bertanggungjawab sebagai ketua agama untuk
melaksanakan upacara pengorbanan.
Agama dan
Kepercayaan
A
N
I
M
I Gunung
S
M Buki
t
E
Sunga
i
Agama dan Kepercayaan
Masyarakat China percaya bahawa tuhan
menguasai semua aspek kehidupan
manusia.
Mereka memuja tuhan alam seperi Tuhan
Angin , Tuhan Bulan dan Tuhan Matahari.
Orang Shang juga mengamalkan pemujaan
nenek moyang.Tulang nujum digunakan
untuk mendapatkan pertolongan daripada
nenek moyang.
1. Menyembah roh nenek moyang
2. Menyembah tuhan bumi (TU)
3. Menyembah tuhan syurga( SHANG-
TI )

Diketuai oleh bomoh


Permainan muzik, tarian
dan upacara korban

Agama dan Kepercayaan
Orang China percaya mengenai konsep
mandat dari syurga.
Dinasti Shang diganti oleh Dinasti Chou
melalui rampasan kuasa.Sistem feudal
diamalkan semasa pemerintahan Dinasti
Chou.
Agama dan Kepercayaan
Masyarakat Hwang Ho mengamalkan pelbagai
jenis kepercayaan. Antaranya ialah animisme dan
politeisme serta pemujaan roh nenek moyang.
Mereka juga menyembah tuhan syurga (shang-ti)
dan tuhan bumi (tu).
Mereka juga menyembah biasanya diketuai oleh
golongan bomoh dan melibatkan permainan
muzik, tarian atau upacara korban.
Masyarakat Shang juga mempercayai ramalan
menggunakan tulang oracle ( tulang binatang )
yang berfungsi meramalkan sesuatu keadaan.
Agama dan kepercayaan
 Bukti kepercayaan ini ialah jumpaan tulang binatang dan
kulit kura-kura di Anyang.
 - Tulang ini diletakkan di atas unggun api sehingga timbul
rekahan ini dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.
 Amalan penilikan tulang nujum ( oracle ) memainkan
peranan peranan mewujudkan sistem tulisan awal di
China. Rekahan pada tulang-tulang tersebut memberi
idea untuk mencipta tulisan.
 Bentuk tulisan yang disebut ideogram telah dicipta.
Sistem tulisan ini berbentuk simbol. Pada asalnya, tulisan
ini mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan,
matahari dan sungai. Lama-kelamaan tulisan ini berubah
menjadi lebih kompleks seperti hari ini.
Sistem Tulisan

Tulang Oracle
Sistem Tulisan
Bentuk tulisan tamadun ini dipanggil
ideogram.
Setiap gambar melambangkan satu
perkataan.
Terdapat lebih kurang 3000 simbol yang
kekal selama 3500 tahun.
Sumbangan Tamadun Hwangho
Kemajuan sains dan teknologi zaman
Shang ialah :
Penggunaan gangsa dalam pembuatan
senjata dan alat-alat pertanian 
Membuat alat-alat tembikar dan jed
Menghasilkan sutera
Memperkenalkan sistem perpuluhan
Memperkenalkan sistem kalender
Sumbangan Tamadun Hwangho
Sistem kalendar telah diperkenalkan pada
zaman pemerintahan Dinasti Shang :
 Terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360
hari dalam setahun.
Raja dapat menentukan musim menanam
dan menuai.
Kalendar ini digunakan untuk upacara
perkahwinan, pemburuan dan
pengkebumian.
Sumbangan Tamadun Hwangho
Kemajuan pada Zaman Chou termasuk :
Membuat wang daripada logam
Menerbitkan buku
Memperkenalkan alat tulisan
Sumbangan Tamadun Hwangho
 Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, pemimpin
mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian. Oleh itu,
terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain
menglakkan berlakunya banjir.
 Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih
Huang Ti ke kawasan barat daya China.
 Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan
kawasan pertanian di wilayah tersebut. Selain itu, pembangunan
dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam
teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit.
 Pada zaman ini juga petani juga mula menggunakan batas untuk
tujuan penanaman. Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila
petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat
daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.
Sumbangan Tamadun Hwangho
Falsafah perang yang diperkenalkan
Sun Tzu dalam karyanya yang
berjudul The Art of War,
mempengaruhi taktik peperangan
dan pemikiran strategik sehingga
kini.
Ia telah diterjemahkan ke dalam
pelbagai bahasa dan diaplikasikan
dalam pelbagai aspek kehidupan
dan urusan perniagaan.
http://www.youtube.com/watch?v=erZ2YidTZp4
QUIZ
1. Senarai berikut menunjukkan bandar dalam
tamadun Hwang Ho.
BANDAR X

Merupakan bandar awal di


China
 Menjadi pusat pentadbiran
Dinasti Shang
X merujuk kepada :
A. Canton

B. Loyang

C. Anyang

D. Szechwan
2. Senaraikan tiga dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho.

a.Hsia

b.Chou

c.Shang
3. Mengapakah Raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan
pengesahan politik untuk menjalankan pemerintahan?

A. Bersikap adil

B. Berkuasa mutlak

C. Berkebolehan memerintah

D. Berketurunan pemerintah agama


4. Mengapakah tembok dibina mengelilingi bandar
Anyang?

A. Menjadi sempadan

B. Memantapkan sistem pertahanan

C.Membuktikan kekayaan kerajaan

D. Menyeragamkan sistem pentadbiran


5. Apakah tugasan golongan hamba dalam
tamadun Hwang Ho?

A. Menghasilkan senjata

B. Menjadi tentera paksaan

C.Mengetuai upacara keagamaan

D. Mengumpul hasil hutan dan laut


Credit and resources
 VIDEO
 ANCIENT CHINA (MORE THAN 1 HOUR)
 http://www.youtube.com/watch?v=gZHU9jm2Wbg
 ANCIENT CHINESE ARCHITECTURE
http://www.youtube.com/watch?v=AgBA1veRlH0
 What the ancient chinese did for us
 http://www.youtube.com/watch?v=YHKELxJBqyc

TEXT AND TEMPLATE CREDIT


 http://sejarahpcghs.blogspot.com/p/tamadun-china.html
 http://cikgu-piena.blogspot.com/

You might also like