Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 71

MANHAJ TARBIAH IKRAM 2014

MUHIB (01)

BUKU PANDUAN MURABBI


ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN
BAB 1 –CIRI-CIRI MARHALAH
Definisi Marhalah 2
Syarat Marhalah 2
Objektif Marhalah 2
Objektif Khusus 3
Ciri-Ciri Marhalah Muayyid (Bahasa Arab) 6

BAB 2 - ISI KANDUNGAN (MUHTAWA)


JADUAL 1: ISI KANDUNGAN KESELURUHAN MODUL 02
JADUAL 2: TUGASAN AMAL
1. Al Quran 9
2. Tajwid 21
3. Sirah Nabi 23
4. Hadis 25
5. Akidah 28
6. Fiqh 30
7. Kisah Para Rasul 34
8. Sahabat 37
9. Akhlak 41
10. Tazkiyah 44
11. Suhbah Solehah Dan Usrah 46
12. Fikrah 47
13. Jamaah 51
14. Baitul Muslim 52
15. Dakwah 53
16. Keakhawatan 55
17. Kesihatan Dan Pemakanan 58
18. Kemahiran 59
19. Bahasa Arab 61

Bab 3 – WASAIL TARBIYAH


JADUAL 3: PANDUAN PELAKSANAAN MANHAJ MELALUI 63
WASAIL TARBIYAH
JADUAL 4: PANDUAN PELAKSANAAN WASAIL TARBIYAH 64

BAB 4 – PENILAIAN
Penilaian 65
Tauthiq 68
Muwasofat 10 69

1
Peringkat : MUHIB (MODUL 01)
Tempoh :TERBUKA
(Tempoh minima untuk melalui bahan muhtawa adalah dijangkakan 1-1.5 tahun.
Proses peningkatan boleh diawalkan menjadi 6 bulan bagi kes-kes tertentu seperti
mutarabbi yang berlatar belakang pelajaran agama atau mempunyai pendedahan
terhadap tarbiyah sebelum berada di peringkat ini . Tempoh yang terbuka bukan
bermaksud tidak ada jangka masa yang perlu dilalui, tetapi bermaksud mereka tidak
ditinggalkan jika kurang menunjukkan komitmen).

Definisi Marhalah

n Marhalah membangkitkan iman dan menyemarakkan sifat Rabbani.

Syarat Marhalah
n Tidak melakukan maksiat secara terang-terangan dan tidak dikenali dengan perkara buruk.
n Boleh dipercayai di sudut kesejahteraan

OBJEKTIF UMUM

1. Mengikatkan dirinya dengan al-Quran al-Karim; tilawah, hafazan, tafsir dan tadabbur.
2. Mencintai Rasulullah saw, para sahabat dan orang-orang soleh.
3. Mengetahui prinsip-prinsip, rukun Islam dan kewajipan beragama serta melaksanakannya.
4. Mengikat iman dengan kemuliaan akhlak.
5. Mengenalpasti keaiban diri dan mula memperbaiki tingkahlaku.
6. Merasakan pentingnya berkawan dengan orang-orang soleh dan menanam rasa kasih sayang
kerana Allah swt.
7. Faham dan menguasai dasar Islam melalui Usul 20 serta mengetahui matlamat manusia
dijadikan
8. Mengetahui suasana tertubuhnya Jamaah dan keperibadian pengasasnya.
9. Menerima betapa pentingnya sebuah rumahtangga beriltizam dengan ajaran Islam dan
akhlaknya
10. Meyakini kewajipan berdakwah kepada Allah dan mempraktikkannya di peringkat awal.

2
OBJEKTIF KHUSUS

1.1 Mengikatkan dirinya dengan al-Quran al-Karim; tilawah, hafazan, tafsir dan tadabbur.

Tilawah
1.1.1 Beribadah kepada Allah swt dengan membaca sekurang-kurangnya tiga mukasurat sehari.
1.1.2 Mempelajari cara tilawah al-Quran yang sahih dengan mengikut hukum tajwid yang asas.

Hafazan
1.1.3 Menghafaz ayat-ayat yang telah dipelajari.

Tafsir
1.1.4 Mempelajari tafsir juzuk 30 dengan tafsiran yang ringkas.
1.1.5 Mengaitkan ayat-ayat yang dipelajari dengan realiti kehidupan.
1.1.6 Mengambil pengajaran dari ayat-ayat dan merumuskan bentuk-bentuk aktiviti secara
bersama.

Tadabbur dan Tatbiq


1.1.7 Memahami dan mengamalkan pengajaran utama yang terdapat daripada ayat-ayat yang
dipelajari dengan kadar yang sesuai dengan marhalah.

2.1 Mencintai Rasulullah saw, para sahabat dan orang-orang soleh.

2.1.1 Memahami kepentingan mengenali peribadi Nabi, sunnah dan sirahnya untuk melahirkan
rasa cinta kepadanya.
2.1.2 Memahami Hadis yang dipelajari dalam sukatan.
2.1.3 Berusaha menghafaz Hadis yang dipelajari.
2.1.4 Mengaitkan Hadis yang dipelajari dengan realiti kehidupan.
2.1.5 Mengambil pengajaran dari Hadis dan merumuskan bentuk-bentuk aktiviti secara
bersama.
2.1.6 Mempelajari dan mengambil pengajaran dari sirah Rasulullah saw pada fasa Makkah dan
Madinah secara umum.
2.1.7 Mengetahui kelebihan para sahabat Nabi.
2.1.8 Mengetahui keistimewaan 10 sahabat yang dijamin syurga.
2.1.9 Mempelajari kisah-kisah beberapa Rasul pilihan dari aspek akidah, akhlak dan
penyampaian risalah.

3.1 Mengetahui prinsip-prinsip, rukun Islam dan kewajipan beragama serta


melaksanakannya

Akidah

3.1.1 Memahami kepentingan iman dalam kehidupan.


3.1.2 Menguasai tuntutan dua kalimah syahadah.
3.1.3 Menjauhi perkara yang membatalkan syahadah.
3.1.4 Mendalami rukun iman
3.1.5 Memahami pentingnya pengutusan para Rasul.
3.1.6 Memahami konsep mukjizat para Nabi dan menyebut sebahagian daripadanya.

3
3.1.7 Menanam dan memurnikan akidah dari segala perkara bid’ah dan khurafat (Usul 20).

Fiqh

3.1.8. Menjelaskan definisi Islam dan ciri-cirinya.


3.1.9 Beribadat kepada Allah swt dengan mengikut ketetapan syarak.
3.1.10 Mengetahui dan melaksanakan hukum fiqh taharah dan solat.
3.1.11 Mengetahui hujah syarak berkaitan hukum taharah dan solat.
3.1.12 Merasai kepentingan iltizam dengan hukum hakam Islam di dalam diri dan keluarga.
3.1.13 Mempelajari perkembangan sejarah fiqh Islami secara ringkas.

4.1 Mengikat iman dengan kemuliaan akhlak

4.1.1. Menyedari kepentingan akhlak dalam kehidupan secara umum.


4.1.2. Menghubungkaitkan kefahaman Islam dengan akhlak mulia.
4.1.3. Mengetahui dan berusaha untuk melaksanakan akhlak yang ditetapkan bagi marhalah ini.

5.1 Mengenalpasti keaiban diri dan mula memperbaiki tingkahlaku

5.1.1 Menyedari secara umum bahawa manusia berpotensi untuk menjadi baik atau sebaliknya.
5.1.2 Menyedari kepentingan tazkiyah nafs.
5.1.3 Mengenalpasti keaiban diri dan cara memperbaikinya.
5.1.4 Berusaha memperbaiki keaiban diri.

6.1 Merasakan pentingnya berkawan dengan orang-orang soleh dan menanam rasa kasih
sayang kerana Allah swt
6.1.1. Menguasai konsep persaudaraan dalam Islam.
6.1.2. Menyedari kepentingan memilih teman yang soleh.
6.1.3. Mengenali ciri-ciri orang yang soleh.
6.1.4. Mengambil berat untuk berada dalam lingkungan orang-orang yang membantunya
mentaati Allah swt.

7.1 Faham dan menguasai dasar Islam melalui Usul 20 serta mengetahui matlamat manusia
dijadikan

7.1.1 Menyedari matlamat manusia dicipta serta melaksanakannya.


7.1.2 Memahami konsep kesyumulan ibadah dalam Islam.
7.1.3. Meyakini kesyumulan Islam.
7.1.4 Memahami kesyumulan Islam berdasarkan Usul 20.

8.1 Mengetahui suasana tertubuhnya Jamaah dan keperibadian pengasasnya


8.1.1 Mengetahui keadaan politik, ekonomi dan masyarakat sebelum tertubuhnya Jamaah.
8.1.2 Mengetahui suasana kehidupan beragama dan pendidikan sebelum tertubuhnya Jamaah.
8.1.3 Mengetahui sejarah hidup Hasan al Banna dan fasa-fasa kehidupannya.

4
9.1 Menerima betapa pentingnya sebuah rumahtangga beriltizam dengan ajaran Islam dan
akhlaknya
9.1.1 Memahami bahawa mendirikan BM merupakan tuntutan Islam.
9.1.2 Mengetahui asas-asas syariat dalam membina BM.
9.1.3 Mengetahui ciri-ciri khusus BM.

10.1 Meyakini kewajipan berdakwah kepada Allah swt dan mempraktikkannya di peringkat
awal
10.1.1Mampu menjelaskan makna dakwah kepada Allah swt.
10.1.2Mengetahui hujah syara’ berkaitan dakwah kepada Allah swt.
10.1.3Mampu menjelaskan kepentingan dakwah dan keperluannya.
10.1.4Berinteraksi dengan orang lain serta berusaha memberi kesan kepada mereka.

5
‫ﻣﺴﺘﻮﻯى ﺍاﻟﻤﺮﺣﻠﺔ‬
‫ﺍاﻷﻭوﻟــــــــــــــــــــﻰ‬
‫ﺍاﺳﻢ ﺍاﻟﻤﺮﺣﻠﺔ‬
‫ﺍاﻟﻤﺤـــــــــــــــــﺐ‬

‫ﺗﻌﺮﻳﯾﻒ ﺍاﻟﻤﺮﺣﻠﺔ‬
‫ﻫﮬﮪھﻲ ﻣﺮﺣﻠﺔ ﺍاﻳﯾﻘﺎﻅظ ﺍاﻻﻳﯾﻤﺎﻥن ﻭوﺍاﺫذﻛﺎء ﺍاﻟﺮﺑﺎﻧﻴﯿﺔ‬

‫ﺷﺮﻭوﻁط ﺍاﻟﻤﺮﺣﻠﺔ‬
‫• ﻻ ﻳﯾﺠﺎﻫﮬﮪھﺮ ﺑﻤﻌﺼﻴﯿﺔ ﻭوﻻ ﻳﯾﺸﺘﻬﮭﺮ ﺑﺴﻮء‬
‫• ﺃأﻥن ﻳﯾﻜﻮﻥن ﻣﺄﻣﻮﻥن ﺍاﻟﺠﺎﻧﺐ‬

‫ﺃأﻫﮬﮪھﺪﺍاﻑف ﺍاﻟﻤﺮﺣﻠﺔ‬
‫‪ 1‬ﺍاﻟﺮﺑﻂ ﺑﺎﻟﻘﺮﺁآﻥن ﺍاﻟﻜﺮﻳﯾﻢ ﺗﻼﻭوﺓة ﻭوﺣﻔﻈﺎ ً ﻭوﺗﻔﺴﻴﯿﺮﺍاً ﻭو ﺗﺪﺑﺮﺍاً‬
‫‪ 2‬ﻏﺮﺱس ﻣﺤﺒﺔ ﺭرﺳﻮﻝل ﷲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﯿﻪﮫ ﻭوﺳﻠﻢ ﻭوﺻﺤﺎﺑﺘﻪﮫ ﺭرﺿﻮﺍاﻥن ﷲ ﻋﻠﻴﯿﻬﮭﻢ ﻭوﺍاﻟﺼﺎﻟﺤﻴﯿﻦ‬
‫‪ 3‬ﺍاﻟﺘﻌ ّﺮﻑف ﺇإﻟﻰ ﻣﺒﺎﺩدﺉئ ﻭو ﺃأﺭرﻛﺎﻥن ﻭو ﻓﺮﺍاﺋﺾ ﺍاﻟﺪﻳﯾﻦ ﺍاﻹﺳﻼﻣﻲ ﻭو ﻣﻤﺎﺭرﺳﺘﻬﮭﺎ‬
‫‪ 4‬ﺭرﺑﻂ ﺍاﻹﻳﯾﻤﺎﻥن ﺑﺤﺴﻦ ﺍاﻟﺨﻠﻖ‬
‫‪ 5‬ﺍاﻟﺘﻌ ّﺮﻑف ﺇإﻟﻰ ﻋﻴﯿﻮﺏب ﻧﻔﺴﻪﮫ ﻭوﺍاﻟﺸﺮﻭوﻉع ﻓﻲ ﺗﻌﺪﻳﯾﻞ ﺍاﻟﺴﻠﻮﻙك‬
‫‪ 6‬ﺍاﺳﺘﺸﻌﺎﺭر ﺃأﻫﮬﮪھﻤﻴﯿﺔ ﺍاﻟﺼﺤﺒﺔ ﺍاﻟﺼﺎﻟﺤﺔ ﻭوﻏﺮﺱس ﻋﺎﻁطﻔﺔ ﺍاﻟﻤﺤﺒﺔ ﻓﻲ ﷲ‬
‫‪ 7‬ﻓﻬﮭﻢ ﻭوﺍاﺳﺘﻴﯿﻌﺎﺏب ﺃأﺻﻮﻝل ﺍاﻹﺳﻼﻡم ﺍاﻟﻌﺸﺮﻳﯾﻦ ﻭوﺍاﻟﺘﻌﺮﻳﯾﻒ ﺑﺎﻟﻐﺎﻳﯾﺔ ﺍاﻟﺘﻲ ﺧﻠﻖ ﻟﻬﮭﺎ ﺍاﻹﻧﺴﺎﻥن‬
‫‪ 8‬ﺍاﻟﺘﻌ ّﺮﻑف ﺇإﻟﻰ ﻅظﺮﻭوﻑف ﻧﺸﺄﺓة ﺍاﻟﺠﻤﺎﻋﺔ ﻭو ﺷﺨﺼﻴﯿﺔ ﻣﺆﺳﺴﻬﮭﺎ‬
‫‪ 9‬ﺍاﻻﻗﺘﻨﺎﻉع ﺑﻀﺮﻭوﺭرﺓة ﺍاﻟﺘﺰﺍاﻡم ﺍاﻟﺒﻴﯿﺖ ﺑﺘﻌﺎﻟﻴﯿﻢ ﺍاﻹﺳﻼﻡم ﻭو ﺃأﺧﻼﻗﻴﯿﺎﺗﻪﮫ‬
‫‪ 10‬ﺍاﻹﻳﯾﻤﺎﻥن ﺑﻮﺟﻮﺏب ﺍاﻟﺪﻋﻮﺓة ﺇإﻟﻲ ﷲ ﻭو ﻣﻤﺎﺭرﺳﺘﻬﮭﺎ ﺑﺸﻜﻞ ﻣﺒﻜﺮ‬

‫ﻣﺪﺓة ﺍاﻟﻤﺮﺣﻠﺔ‬
‫ﻣﻔﺘﻮﺣﺔ‬

‫‪6‬‬
BAB 2: ISI KANDUNGAN (MUHTAWA)

JADUAL 1: ISI KANDUNGAN KESELURUHAN MODUL 01

7
JADUAL 2: TUGASAN AMALI
• Aktiviti ini diperlukan dalam membina syakhsiyah Muslim yang beramal
• Murabbi menggalakan dan membantu pelaksanaannya
• Aktiviti dipantau oleh murabbi dalam halaqah untuk membina tarbiyah dzatiyah

Bil Amalan Kekerapan Catatan


Membaca tiga
1 Tilawah al Quran Harian
mukasurat (minima)
Menghafaz dan mengulang ayat Al Mengikut Memenuhi sukatan
2
Quran keperluan marhalah
Solat berjamaah di
Memelihara Solat Fardhu berjemaah &
3 Harian Masjid terutama Subuh
digalakkan berwirid selepas solat
dan Isya’
4 Solat sunat witir Harian Mengikut kemampuan
5 Membaca Ma’thurat Sughra Mingguan 3x seminggu
6 Beristighfar (70x sehari) Harian
7 Memelihara solat sunat rawatib Harian
Membaca buku sekurang-kurangnya ½
8 Harian Setiap hari
jam
9 Riadhah (15 min sehari) Harian 3 kali seminggu
Minima sekali
10 Berinteraksi dengan jiran -
seminggu
11 Qiamullail Mingguan Sekali
12 Berpuasa Sunat Bulanan 3 kali sebulan
Minima sekali
13 Berinteraksi dengan ibu-bapa -
seminggu
Terlibat dengan aktiviti Aktiviti surau, ziarah,
14 Mingguan
kemasyarakatan aktiviti setempat

8
AL QURAN

Objektif Umum

Mengikatkan dirinya dengan al-Quran al-Karim; tilawah, hafazan, tafsir dan tadabbur.

Objektif Khusus

Tilawah
1. Beribadah kepada Allah swt dengan membaca sekurang-kurangnya 3 mukasurat sehari
2. Mempelajari cara tilawah al-Quran yang sahih dengan mengikut hukum tajwid yang asas

Hafazan
Menghafaz ayat-ayat yang telah dipelajari

Tafsir
1. Mempelajari tafsir juzuk 30 dengan tafsiran yang ringkas
2. Mengaitkan ayat-ayat yang dipelajari dengan realiti kehidupan
3. Mengambil pengajaran dari ayat-ayat dan merumuskan bentuk-bentuk aktiviti secara
bersama

Tadabbur dan Tatbiq


Memahami dan mengamalkan pengajaran utama yang terdapat daripada ayat-ayat yang dipelajari
dengan kadar yang sesuai dengan marhalah
*Pengajaran diharapkan dapat dikaitkan dengan tiga mihwar utama iaitu mihwar imani dan taabbudi,
mihwar akhlaqi dan suluki, serta mihwar daawi dan haraki.

Cara perlaksanaan

TILAWAH
• Melatih membaca Al Quran dengan betul, beransur-ansur dan mengenalpasti hukum tilawah
dalam setiap surah
Murabbi sentiasa berusaha untuk memperbaiki bacaan mutarabbi dan memantau kelas khas yang
dihadiri oleh mutarabbi. Murabbi juga menggalakkan mutarabbi untuk mendengar rakaman bacaan
al Quran.

HAFAZAN

1. Murabbi hendaklah mengutamakan bacaan Al Quran yang betul sebelum memulakan


hafazan.
2. Murabbi hendaklah mengulang dan mendengar berulangkali.
3. Mengenalpasti potensi setiap mutarabbi dalam hafazan. Bagi yang cepat, maka murabbi
menggalakkannya untuk menambah. Murabbi memberi motivasi dan meminta ahli lain untuk
membantu ahli yang lambat menghafaz.
4. Meminta mutarabbi mengulangi hafazan dalam solat sehingga yakin dan tidak terlupa.
5. Tasmi’ disemak oleh murabbi dalam halaqah atau berpasangan
6. Murabbi memastikan salah satu dari wirid harian adalah mengulangi hafazan.

9
TAFSIR

Objektif mempelajari tafsir Al Quran ialah:


1. Fahaman yang benar terhadap Al Quran
2. Ketundukan akal kepada makna Al Quran dan menyetujui Isi Kandungannya sebagai
panduan hidup untuk setiap zaman dan tempat. Keimanan dengan hati, penerimaan yang total
terhadap Isi Kandungannya.
3. Mempelajari tilawah Al Quran dan menjadikannya sebagai ibadah
4. Menjadikan hati khusyuk dan jiwa tenang.
5. Mengaitkan Islam dengan realiti semasa dan menerimanya sebagai satu-satunya penyelesaian
6. Menghafaz ayat-ayat Al Quran yang telah ditafsirkan
7. Melaksanakan perintah dan menjauhi larangannya
Pendekatan pengendalian sesi TAFSIR
1. Menerangkan maksud perkataan yang susah
2. Menyebutkan asbab nuzul (jika ada)
3. Memberikan fokus terhadap Objektif Khusus surah
4. Menyampaikan tafsiran ringkas
5. Mengeluarkan pelajaran tarbawi dan hukum syarie (jika ada)
6. Mengaitkan Al Quran dengan realiti kehidupan serta mentadabburinya
7. Berhenti sejenak (tidak terlalu panjang) di hadapan beberapa mukjizat al-Quran berkaitan
fakta sains serta hakikat diri dan lain-lain yang diisyaratkan oleh nas al-Quran
8. Memberikan tugasan-tugasan di lapangan
9. Membuat mutarabbi rasa tenang dalam melaksanakan tugasan yang diberi (tugasan untuk
menggalakkan bukan menyusahkan)
Contoh Perlaksanaan Tafsir

Kemahiran Tajuk (surah al Kafirun)


Wasilah Murabbi menunjukkan kepada mutarabbi rajah yang mengandungi
objektif terperinci dan makna istilah. Melalui rajah ini, pelajar dapat
menentukan setiap objektif dengan memperhatikannya. Dan
mengetahui bahawa objektif pertama adalah bahan yang lepas dan
disempurnakan dalam pembukaan. Objektif lain
1. Mutarabbi menyebutkan apa saja persoalan tentang ayat al
Quran dan jawapan
2. Mutarabbi berusaha membentuk sifat yang tegas berkaitan
masalah ketuhanan
3. Mutarabbi menyebutkan contoh-contoh ketegasan ini dalam
berbagai bidang (terhadap keluarga yang belum Islam, amal-
amal yang bercanggah dengan agama, terhadap musuh-musuh
Islam dll)
4. Mutarabbi menyebutkan persiapan yang diperlukan dalam
menghadapinya
5. Mutarabbi menyebutkan bahagian yang boleh ditoleransi
dalam agama
6. Mutarabbi menyedari akibat kepada sesiapa yang terlampau
mudah bertoleransi dalam urusan agama
Pendahuluan Murabbi mengingatkan kembali apa yang telah dipelajari dalam sesi

10
lepas. “sesungguhnya saya telah terangkan dalam surah sebelum ini
bahawa perlunya ada interaksi jiwa dengan agama akidah, dengan
sebenar-benarnya tanpa berpaling meskipun sedikit atau banyak.
Kemarahan Allah pasti bagi sesiapa yang berpaling meskipun ia
adalah Rasulullah. Urusan agama lebih utama dari selainnya. Kerana
kebenaran itu datang dari Allah”.
Murabbi menulis perkataan-perkataan berkaitan dengan surah di atas
satu kertas, dan meminta mutarabbi membincang hal berkaitan.
Contoh : nama surah al Kafirun – mutarabbi menjawab “dari sudut
lafaz sangat terkesan kepada perasaan dengan membawa maksud…”.
Ada yang menjawab “di antara ciri-ciri orang kafir yang suka
mengajak mangajak bertoleransi dalam masalah agama ” dan
mutarabbi jawab ayat al Quran yang berkaitannya.
Murabbi menyebut situasi dan mutarabbi memberikan ayat yang
berkaitan.

Pembentangan Terangkan asbab nuzul dan kepentingan surah al Kafirun dan tiada
dan perbincangan toleransi dalam akidah; pada sudut kepercayaan dan pengabdian
(membuat soalan (bermula dari ayat 1-6)
dan Murabbi tunjukkan perkataan dan meminta mutarabbi menyebutkan
memberikannya makna istilahnya
kepada Apa makna umum bagi ayat tersebut (soalan dibuka kepada semua
mutarabbi) dan kemudian menentukan siapa yang akan jawab)
Ayat-ayat dalam surah ini membincangkan tentang penolak terhadap
tawaran orang kafir untuk bertoleransi dalam masalah agama yang
dibuat secara berulang-ulang dengan uslub yang berbagai.
Pengulangan ini menunjukkan keseriusan masalah bertoleransi dalam
Islam yang berkaitan perkara asas. Surah ini berakhirnya dengan
tidak mungkin ada pertemuan antara Islam dan kafir dari segi
penyembahan.

Cara berinteraksi Murabbi menjalankan sesi dialog untuk pastikan jawapan yang lebih
dengan jawapan detail dan merealisasikan objektif ijraie.
mutarabbi
S: Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan al kafirun
J: Al kafirun bermaksud orang-orang yang menolak kewujudan Allah

S: Aapakah yang anda fahami dengan “a’budu”


J: “Aku menyembah” berasal daripada perkataan ‘ibadah’ yang
bermaksud menyembah, mentaati, mengagungkan

S: Apakah maksud dengan kalimah “ta’budun”


J: “Apa yang engkau sembah”, iaitu khusus bagi sembahan orang
kafir, yang menyembah/mengagungkan berhala, batu, ruh nenek-
moyang, pokok dll

S: Jelaskan apa yang anda faham dengan “lakum diinukum


waliyadiin”
J: ‘Untuk mu agamamu dan untukku agamaku’..bermaksud agama
adalah cara hidup: cara hidup orang Islam berbeza dengan orang kafir

11
dalam banyak bidang, terutama berkaitan penyembahan/pengibadatan

S: Dalam ayat pertama, mengapakah ada ungkapan “qul ya ayyuhal


kaafirun”
J: Ia merupakan seruan yang tegas yang ditujukan kepada orang-
orang kafir

S: Berikan contoh bagi ayat 4


J: Dari sejarah dahulu, kita lihat bagaimana para sahabat jelas dengan
perbezaan anutan. Sikap Asma binti Abu Bakar, Mushab Bin Umair
Dan Saad Bin Abi Waqqas dengan ibu mereka.
Contoh pada zaman ini pula, golongan “revert” perlu berbuat baik
kepada ibubapa yang belum Islam
Orang Islam juga dilarang daripada menghadiri upacara pengibadatan
mereka seperti upacara keagamaan agama-agama lain atau
melakukan apa-apa perkara yang diharamkan oleh Islam

S: Disebalik itu, ada juga toleransi yang dibenarkan dalam Islam,


berikan contoh tersebut
J: Menziarahi ibu-bapa yang masih belum Islam, menziarahi kawan-
kawan yang sakit, membantu mereka apabila mereka susah, dll

S: Apakah perasaan kamu ketika mendengar ayat-ayat ini? Dan


apakah kesan hakikat keimanan dalam diri?
J: Lebih berhati-hati agar tidak termasuk dalam golongan yang
dimurkai Allah. Juga berusaha untuk meningkat ilmu dalam urusan
agama. Di samping itu, orang kafir berhak untuk disampaikan Islam
demi menyelamatkan mereka daripada kemurkaan Allah.

S: Nyatakan uslub yang digunakan dalam surah ini?


J: Surah ini menggunakan uslub ‘tikrar’ bermaksud berulang-ulang.
Ini menunjukkan keseriusan masalah yang berkaitan dengan akidah

Penutup Murabbi membuat kesimpulan dengan cara mengemukakan soalan,


yang berkaitan dengan penyampaian dan memastikan setiap orang
terlibat untuk memberi jawapan, dan memberikan tugasan amal

PERINCIAN SILIBUS

AN NAAS
Objektif
1. Merasakan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada orang-orang yang menyembahnya
serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya.
2. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah.
3. Sentiasa memohon perlindungan Allah swt daripada kejahatan jin dan manusia
4. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya.

12
AL FALAQ
Objektif
1. Merasakan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada orang-orang yang menyembahnya
serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya.
2. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah
3. Meminta perlindungan Allah swt dari kejahatan makhluk, sihir dan hasad (dengki)
4. Sentiasa memohon perlindungan Allah swt daripada kejahatan jin dan manusia
5. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya.

AL IKHLAS
Objektif
1. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah.
2. Memantapkan diri dengan nilai-nilai rabbaniyyah (ketuhanan) serta memerangi nilai-nilai
maddiyyah (kebendaan).

3. Sentiasa mentauhidkan Allah swt


4. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya

Aktiviti Iringan (Surah Annaas – Ikhlas)

• Membedah filem (tv, wayang,) yang mempunyai unsur khurafat


• Menulis kepada pihak JAKIM dan stesen tv untuk memberhenti dan tidak menayangkannya
• Berbincang mengenai keratan akhbar dan buku-buku berunsur khurafat
• Kempen untuk menghindari tayangan berkaitan cerita dan dongeng (khusus kanak-kanak)

AL MASAD

Objektif

1. Menyedari bahawa kemusnahan adalah tempat kembali musuh-musuh Allah swt dan
Rasulullah saw walau siapa pun mereka.

2. Mengetahui pengkhabaran Allah swt terhadap kematian Abu Lahab dan isterinya dalam
kekafiran.

Aktiviti Iringan

• Menyampaikan kepada kanak-kanak tentang kisah Abu Lahab dan isterinya


• Mengetahui ciri-ciri penghuni neraka
• Membanding golongan manusia ingkar dengan Abu Lahab
• Menginsafi dan memperbaiki diri

13
AN NASR
Objektif

1. Memberi jaminan bahawa pertolongan Allah pasti akan datang dan Islam akan mendapat
kemenangan.
2. Memerintahkan agar manusia bertasbih memuji Allah
3. Hendaklah memohon ampun kepada Allah apabila terjadi peristiwa yang menggembirakan
Aktiviti Iringan

• Video Fathu Makkah: memberi kupasan mengenai akhlak Rasulullah saw ketika Fathu
Mekah.
• Memperbanyakkan tasbih atas nikmat dan bertaubat atas dosa
• Mengambil pengajaran daripada kisah yang berlaku pada individu/organisasi yang mendapat
pertolongan Allah swt.

SAL KAFIRUN
Objektif

1. Menyatakan dengan tegas bahawa Tuhan yang disembah oleh Nabi Muhammad saw dan
pengikut-pengikutnya bukanlah sama dengan apa yang disembah oleh orang-orang kafir
2. Menerangkan Nabi Muhammad saw tidak akan mengikuti agama orang-orang kafir

Aktiviti Iringan

• Menonton video Ahmad Deedat tentang keagamaan


• Treasure hunt dan explorace berteraskan “agama-agama” di Malaysia
• Mengetahui budaya masyarakat majmuk di Malaysia
• Menerangkan kepada kanak-kanak tempat pengibadatan agama-agama lain
• Mengumpul fatwa JAKIM tentang perayaan kongsi-raya
• Ziarah HIDAYAH CENTRE dan mendengar taklimat mereka

AL KAUTSAR
Objektif

1. Menyatakan betapa banyaknya limpah kurnia Allah swt, kerana itu manusia hendaklah
melakukan ibadat solat dan korban
2. Menerangkan Nabi Muhammad saw akan mempunyai pengikut yang ramai sampai ke hari
kiamat dan mempunyai nama yang baik di dunia dan di akhirat
3. Menafikan tuduhan yang dibuat oleh golongan-golongan yang membenci baginda

Aktiviti Iringan

• Games : senaraikan kelebihan berbagai nikmat Allah swt

14
• Menyenaraikan kelebihan ibadah qurban
• Mengedarkan risalah ibadah kurban
• Mengedarkan daging kurban
• Menyertai ibadah qurban (bagi yang mampu)
• Menggalakkan ibubapa dan jiran untuk berkurban

AL MA’UN
Objektif
1. Sentiasa mengikhlaskan niat kepada Allah swt dalam semua perkara.
2. Menghormati dan membantu anak-anak yatim serta orang miskin
3. Menjauhi diri dari sifat riya’
4. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt.

Aktiviti Iringan
• Menziarahi rumah anak yatim dan fakir miskin serta memberikan bantuan
• Memberi tazkirah tentang cara perlaksanaan solat secara betul
• Mengadakan kem solat untuk kanak-kanak masa cuti sekolah
• Melukiskan kartun cara perlaksanaan solat
• Mengedar poster cara perlaksanaan solat kepada tadika-tadika
• Menampal gambar/foto perlaksanaan solat yang betul di dinding-dinding surau

QURAISY

Objektif

1. Merasakan kelebihan Allah swt ke atas orang Quraisy atas khidmat mereka terhadap rumah
Allah swt, Kaabah.
2. Mengetahui bahawa nikmat agung keamanan jiwa dan makanan, wajib bersyukur kepada
Pemberi Nikmat, yang menjadi tempat pergantungan pertama untuk kedua-dua nikmat
tersebut

Aktiviti Iringan
• Bincangkan hikmah perbezaan musim di dunia
• Membaca doa apabila bermusafir
• Melaksanakan adab-adab musafir
• Membincang Hadis yang berkaitan surah ini (orang yang sesat di padang pasir kerana
untanya hilang)

AL FIIL
Objektif
1. Memperbetulkan kefahaman-kefahaman salah yang tersibar di dalam masyarakat
2. Sentiasa merasa gerun dan takut azab Allah swt.

15
3. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya
4. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt.
Aktiviti Iringan
• Mengumpul video tentang peristiwa ini
• Mengumpul ayat-ayat al Quran yang menyentuh tentang binatang
• Mengadakan lawatan ke zoo (untuk kanak-kanak)

AL ASR
Objektif
1. Menggunakan nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya
untuk tujuan ketaatan dan jihad pada jalanNya.
2. Sentiasa memelihara waktu, kerana waktu adalah kehidupan.
3. Sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran supaya tidak tergolong di
kalangan orang-orang yang rugi
4. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt kerana kelalaian dalam penggunaan masa
Aktiviti Iringan

• Mengupas Hadis tentang mengawasi lima perkara sebelum lima yang lain. Temubual orang
tua , orang yang muflis/kerugian dalam bisnes dan orang sakit tenat
• Bergotong royong membersihkan surau atau kawasan
• Menampal kad “etika memberi nasihat” di tempat yang sesuai

AL ALAQ
Objektif
1. Menjelaskan kedudukan surah dalam al Quran
2. Menerangkan asas gambaran iman yang disemai dalam surah ini
3. Mengetahui kedudukan ilmu dalam Islam
4. Menjelaskan sikap manusia yang mengingkari nikmat Tuhannya
5. Menyebut asbab nuzul ayat 9, hingga akhir surah, dan menjelaskan petunjuknya

Aktiviti Iringan
• Lawatan ke kedai buku/pameran buku dan muhasabah aktiviti tersebut (MPH & Kinokuniya)
• Mengumpul video tentang asal kejadian manusia (Harun Yahya)
• Menayangkan video tentang perkembangan janin

ASY SYARH
Objektif
1. Mengagung dan memuliakan Nabi saw dengan berselawat setiap kali namanya disebut.
2. Mengingati kebaikan-kebaikan yang telah dikurniakan oleh Allah swt kepada kita ketika
berada dalam kesempitan atau kesusahan.

16
3. Menjauhi rasa lemah dan berputus asa, sebaliknya hendaklah meyakini bahawa pelepasan
dan kemudahan dari Allah swt adalah hampir dan pasti.
4. Dalam setiap keadaan kita ikhlaskan niat dan amal semata-mata kepada Allah swt.

Aktiviti Iringan
• Menyenaraikan nikmat-nikmat Allah swt
• Menyenaraikan makanan halal dan haram
• Bersyukur di atas segala nikmat Allah dengan menggunakannya pada tempat yang
sepatutnya
• Sentiasa membaca surah ini untuk menenangkan hati

ADH DHUHAA
Objektif
1. Menjelaskan kandungan surah ini yang dapat melapangkan dada dan menghibur Rasulullah
2. Menyebutkan arahan Allah kepada RasulNya dan umatnya di akhir surah.

Aktiviti Iringan

• Mengerjakan Solat Dhuha


• Mengumpul Hadis tentang kelebihan Solat Dhuha
• Menjadikan ia sebagai agenda dalam setiap program berkaitan
• Menghafal doa Solat Dhuha
• Melekatkan doa Solat Dhuha di surau-surau
• Mengajarkan nasyid Solat Dhuha kepada anak-anak

AL BURUJ
Objektif
1. Menggambarkan hukuman yang diterima oleh pelampau batas setelah mereka membunuh
orang-orang beriman, dengan contoh seperti di dalam ayat (AsHABul Ukhdud, Firaun dan
Tsamud)
2. menghubungkaitkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam kehidupan manusia dengan
kehendak, kudrat dan keadilan Allah swt.

Aktiviti Iringan

• Menikmati alam cakrawala


• Menyenaraikan penyiksaan pemerintah zalim kepada mereka yang beriman
• Mengkaji sejarah pemerintah yang zalim (kontemporari) dan menyenaraikan penyiksaan
mereka terhadap rakyat jelata
• Mengkaji undang-undang ISA (akta hasutan)
• Membaca sejarah orang-orang yang pernah ditahan di bawah akta ISA

ABASA
Objektif

17
Ayat (1-16)
1. Menyebut sebab nuzul surah ini.
2. Menetapkan neraca langit yang digunakan dalam menilai manusia.
3. Menerangkan kecaman Allah swt terhadap Rasulullah s.a.w. seperti yang terkandung dalam
ayat
4. Menceritakan peristiwa-peristiwa daripada sirah di mana Rasulullah s.a.w. melaksanakan
neraca langit dalam menilai manusia
Ayat (17-32)
1. Menerangkan mengapa manusia patut dibinasakan oleh Tuhannya.
2. Menerangkan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia, pada diri, makanan dan
minumnanya.
3. Menerangkan bagaimana Allah Taala membekalkan manusia dengan makanan dan minuman
Ayat (33-42)
1. Menggambarkan pemandangan hari gempita seperti yang terkandung dalam ayat.
2. Mengungkap perasaannya tentang suasana hari gempita.
3. Menetapkan tindakan yang mahu dilaksanakannya selepas mendengar ayat-ayat ini.

Aktiviti Iringan

• Membaca tentang kisah hidup Abdullah bin Ummi Maktum


• Mengambil iktibar daripada kisahnya
• Menziarah orang sakit tenat (di hospital)
• Menziarahi orang mati
• Mengikuti kursus urus jenazah.

ANNAZIAAT
Objektif
Ayat (1-14)
1. Menyebut pelbagai interpretasi (takwil) bagi ayat-ayat di atas.
2. Menyebut perasaan yang menyelubungi individu apabila membaca ayat ini.
3. Menerangkan pemandangan hari kiamat seperti yang digambarkan oleh ayat.
4. Menyebut perbualan antara orang-orang yang sesat sesama mereka seperti yang terkandung
di dalam ayat ini
5. Menyebut hakikat yang berlaku di dalam pemandangan hari kiamat itu sebagai jawapan
segera kepada persoalan pendusta-pendusta.
Ayat (15-26)
1. Menyebut kisah Nabi Musa dengan Firaun di dalam ayat di atas
2. Menghubungkaitkan antara kisah ini dengan topik surah
Ayat (27-46)
1. Menerangkan tanda-tanda kekuasaan Allah swt di dalam alam ini seperti yang terkandung
dalam ayat.
2. Menghubungkaitkan antara potongan ayat ini dengan topik surah.
3. Menerangkan pemandangan Malapetaka Besar seperti yang diterangkan oleh potongan ayat
ini.

18
4. Menerangkan kesudahan setiap insan berdasarkan hasil usahanya seperti yang terkandung
dalam ayat
5. Menerangkan jawapan Tuhan Yang Maha Mulia terhadap soalan orang-orang musyrik
kepada Rasulullah s.a.w. tentang hari Kiamat
Aktiviti Iringan

• Menyenaraikan nama dan tugas-tugas malaikat


• Mengumpul ayat-ayat yang berkaitan dengan malaikat
• Menyaksikan video bencana alam dan mengambil iktibar darinya
• Membaca buku-buku tentang kengerian hari kiamat dan menyampaikannya

AN NABAA’
Objektif
Ayat (1-16)
1. Menerangkan ciri umum ayat-ayat di atas.
2. Menerangkan tujuan soalan pada permulaan surah ini.
3. Menghitung nikmat-nikmat yang Allah swt kurniakan kepada manusia di dalam ayat-ayat di
atas.
4. Membuat kesimpulan daripada peringatan Allah kepada manusia tentang nikmat-nikmat
yang tersebut di dalam ayat-ayat di atas.
Ayat (17-30)
1. Menyebut jawapan kepada soalan di awal surah ini seperti yang terkandung di dalam ayat-
ayat ini.
2. Memperincikan peristiwa-peristiwa Hari Pengadilan.
3. Menggambarkan pemandangan azab seperti yang diterangkan di dalam ayat-ayat ini
4. Menerangkan sebab mengapa azab itu dikatakan sebagai pembalasan yang setimpal
Ayat (31-40)
1. Menggambarkan pemandangan nikmat di syurga sebagaimana yang diperincikan oleh ayat-
ayat di atas.
2. Menceritakan pemandangan hari kiamat sebagaimana yang diperincikan oleh ayat-ayat di
atas.
3. Menjelaskan amaran-amaran Allah swt kepada orang-orang yang ragu dan mempersoalkan
kebenaran Hari Pengadilan.
4. Menetapkan topik yang disentuh dalam surah ini
Aktiviti Iringan

• Mengumpul gambar dan video tentang kemusnahan alam dan mengetahui punca kerosakan
• Mengetahui hubungan manusia dengan alam serta menghargainya dengan menjaganya
daripada kerosakan (bukit, sungai dll)
• Mengetahui fakta sains tentang pertukaran malam dan siang dan kebaikannya
• Mencari ayat-ayat al Quran tentang pertukaran siang dan malam
• Meneliti perbezaan musim-musim di berbagai pelusuk dunia
• Mengumpul video tentang keindahan setiap tempat ini (mengikut musim)

19
Isi Kandungan

1. Juz 30 (Keutamaan diberikan kepada surah-surah tertentu, setelah selesai surah-surah ini,
teruskan dengan penyempurnaan juzuk 30)
2. Teknik menghafal al Quran
3. Cara untuk mentadabbur secara berkesan

Aktiviti Tambahan

1. Mempelajari surah-surah dan memantapkan hafazan.


2. Merakam filem yang membicarakan tentang mukjizat al-Quran dari aspek saintifik.
3. Membuat kesimpulan tentang sasaran sesuatu surah dan menulisnya di akhbar dinding.
4. Mengadakan rehlah khalwiyyah di mana ia berfikir mengenai sesuatu yang telah disentuh
oleh ayat-ayat.
5. Membentuk halaqah masjidiyyah (halaqah-halaqah di masjid) untuk mempelajari tilawah,
tajwid dan tafsir bagi pemuda-pemuda masjid.
6. Menyediakan satu kajian tentang rahsia-rahsia makanan yang dinyatakan Allah swt dalam
sumpahnya dari surah-surah tertentu.
7. Menyediakan buku-buku, video dan kaset-kaset yang mengandungi tafsir surah-surah
untuk disebarkan.
8. Menyediakan kaset-kaset pengajaran al-Quran di kutub khanah masjid seperti mushaf
muallim oleh shikh al-Husari dan lain-lain.
9. Ziarah kubur untuk mendapat peringatan dan iktibar.
10. Menyampaikan ceramah tentang tabiat jiwa manusia yang kosong daripada keimanan.
11. Melakukan muhasabah diri setiap hari terhadap setiap dosa, sama ada besar ataupun kecil.
12. Menulis satu maqalah mengenai “akhlak selepas mendapat sesuatu kemenangan dalam
Islam”
13. Menjelaskan hubungan ilmu modern dengan al-Quran al-Karim.

Penilaian

1. Mendengar penjelasan ayat dan surah yang telah dihafaz.


2. Menguji individu tentang hukum-hukum tajwid secara ilmu dan amal (teori dan praktikal)
3. Menanyakan tentang sejauh manakah ia iltizam dengan adab-adab tilawah.
4. Menguji kemampuan menafsir ayat, serta kemampuan menghubungkan ayat itu dengan
realiti.
5. Meneliti tingkahlaku individu dan sejauhmana iltizamnya dengan adab-adab al-Quran
melalui saranan dari surah-surah yang telah dipelajari dan dihafaz.
6. Memantau sejauhmana penglibatan dalam aktiviti seiringan, melalui borang kaji selidik.

Rujukan

1. Tafsir Al Wadhih – Taufik Al Wa’yi


2. Tafsir Fi Dzilalul Quran
3. Tafsir Ibd Kathir.
4. Al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh Imam al-Nawawi.

20
TAJWID

Objektif Umum
Mengikatkan dirinya dengan al-Quran al-Karim; tilawah, hafazan, tafsir dan tadabbur.

Objektif Khusus
Tilawah: Mempelajari cara tilawah al-Quran yang sahih dengan mengikut hukum tajwid yang asas

Isi Kandungan

1. Takrif tajwid dari segi bahasa dan istilah dan hukum mempelajarinya
2. Kelebihan dan kemuliaan ilmu ini.
3. Adab-adab tilawah
4. Hukum menyentuh dan memegang al Quran
5. Al-Lahn (kesilapan) dari segi bahasa dan istilah.
6. Maratib al-Qiraah (peringkat-peringkat bacaan) dan mengenali setiap daripadanya.
7. Al-Istiazah dan al-Basmalah.
8. Waqf dan Ibtida ketika tilawah .
9. Makhraj-makhraj huruf dan sifat-sifatnya.
10. Nun mati dan tanwiin.
11. Mim mati.
12. Tanda-tanda dalam al Quran

Aktiviti Iringan

1. Membaca al-Quran kepada qari yang sempurna bacaan (sekiranya).


2. Mendengar kaset-kaset qari-qari yang diiktiraf dan sempurna bacaan.
3. Menggunakan komputer untuk mengetahui makhraj huruf (tempat keluar huruf) dan cara
menyebutnya.
4. Melatih lidah untuk bacaan yang betul.
5. Menjadikan bacaan harian sebagai wirid untuk dirinya.
6. Membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam qiamullail.
7. Membiasakan membaca al-Quran dengan bertajwid.
2. Hadir dalam daurah (kursus intensif) ilmu Tajwid.
3. Menyediakan nota Tajwid yang mengandungi ringkasan hukum-hukumnya.
4. Mewujudkan waktu membaca al-Quran untuk isteri dan anak-anaknya (mingguan)

Hasil Pembelajaran

1. Menghargai ilmu Tajwid dan kelebihannya.


2. Melafazkan huruf dari makhrajnya yang sahih.
3. Memenuhi sifat-sifat huruf yang khas.
4. Mempraktikkan hukum-hukum tajwid ketika tilawah.
5. Menjauhi al-Lahn (kesilapan sebutan) pada kalam Allah swt
6. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.
7. Memberi kesan kepada orang yang mendengarnya ketika ia membaca al-Quran.
8. Mempunyai respon (tindak balas) terhadap makna ayat-ayat ketika tilawah.
9. Menjaga adab-adab tilawah.

21
Penilaian

1. Meneliti dan membetulkan bacaan satu persatu ketika tilawah al-Quran.


2. Membincangkan hukum-hakam tajwid semasa tilawah.
3. Mengeluarkan hukum-hukum tilawah yang terkandung di dalam sesetengah ayat.
4. Mengadakan musabaqah tilawah.
5. Sediakan daftar pemantauan untuk setiap pembaca untuk memantau tahap pembaikkan
tilawah.

Rujukan

1. Kursus Qari Dan Qariah – Abdullah Al Qari Bin Hj Salleh


2. Tajwid Al Quran (Asas) – Abu Mardhiyah

22
SIRAH NABI

Objektif Umum

Mencintai Rasulullah saw, para sahabat dan orang-orang soleh.

Objektif Khusus

1. Memahami kepentingan mengenali peribadi Nabi, sunnah dan sirahnya untuk melahirkan
rasa cinta kepadanya
2. Memahami Hadis yang dipelajari dalam sukatan
3. Mempelajari dan mengambil pengajaran dari sirah Rasulullah saw pada fasa Makkah dan
Madinah secara umum

Isi Kandungan

A. Sirah Nabi
1. Muqaddimah sirah
2. Kehidupan sebelum diutuskan sebagai Rasul saw
3. Permulaan wahyu sehingga hijrah ke Habsyah
4. Selepas hijrah ke Habsyah hingga hijrah ke Madinah
5. Hijrah sehingga Nabi saw stabil di Madinah
6. Peperangan Rasulullah saw
7. Peristiwa penting selepas pembukaan Mekah sehingga kewafatan Rasulullah saw

Cara perlaksanaan
1. Menerangkan kepentingan mempelajari sirah Nabi, objektif, dan kepedulian salaf soleh
terhadapnya
2. Memberikan tumpuan kepada Objektif Khusus dan suluki,
3. Menerangkan peristiwa yang berkaitan dengan pelajaran (dialog dan perbincangan)
4. Menyebutkan ayat Al Quran dan Hadis yang berkaitan dengan peristiwa
5. Menerangkan tabiat marhalah zaman itu
6. Menghubungkaitkan peristiwa dengan realiti semasa (di sudut tarbawi)
7. Menerangkan pelajaran daripada peristiwa (tugasan amali)
8. Memberi tumpuan kepada cara penyampaian supaya mendatangkan kesan kepada perasaan
9. Penutup:
Ulang dengan ringkas dan cepat melalui pertanyaan.
Memberikan tugasan amali yang melibatkan semua ahli
Cadangan tugasan amali – contoh: menahan lidah daripada terlibat dalam perkara yang
ragu-ragu (tidak pasti)

Aktiviti Iringan

1. Peta dan gambar Mekah serta persekitarannya bagi menjelaskan suasana persekitaran
tanah air Rasul saw
2. Sediakan peta serta gambar tentang suasana (Bi’ah) yang telah mendidik Rasul s.a.w

23
3. Guna kemudahan semua alat media massa Islam yang berkaiatan dengan tajuk.
4. Sediakan nasyid-nasyid bagi melatih mengasihi Rasul saw
5. Galakkan ahli mengerjakan umrah bagi tujuan melawat kawasan-kawasan sejarah
yang berkaitan dengan sirah Rasul.
6. Sediakan filem atau kesah-kesah yang menceritakan sifat Rasul saw serta pengalaman
dakwahnya.
7. Buat rakaman atau vcd yang berkaitan dengan tajuk
8. Pilih beberapa kisah yang baik untuk dilakunkan semula (pentomen)

Hasil Pembelajaran

1. Berminat dengan sirah Rasulullah saw dan para sahabat ra.


2. Menghormati sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah saw.
3. Menimbang di antara budi pekerti Rasulullah saw dan orang lain dalam situasi yang
sama.
4. Menghargai sahabat-sahabat yang mulia yang telah membantu Rasulullah saw.
5. Merasa sempit di dalam setiap situasi yang menyakiti Rasulullah saw dan juga
sahabatnya.
6. Bahagia dan lega apabila membaca sirah Rasulullah saw dan para sahabatnya.
7. Bahagia apabila ia membaca situasi kecintaan dari sirah Rasulullah saw.
8. Rindu untuk mendengar Hadis Rasulullah saw.
9. Menolak perbuatan mengganggu orang lain samada dengan perkataan maupun perbuatan
seperti memperolok-olokan saudaranya yang beriman.
10. Mencontohi Rasulullah saw dalam mencintai manusia, menasihati dan berdakwah agar
mereka mendapat petunjuk.
11. Menyeru saudaranya agar mencontohi Rasulullah saw.
12. Menggabungkan diri ke dalam jamaah yang menyeru kepada Allah swt yang sebenar
demi mencontohi Rasulullah saw.
13. Mempertahankan golongan yang lemah lagi dizalimi.

Penilaian:
1. Memberikan soalan untuk mengetahui kadar kefahaman
2. Mutabaah tugasan amali
3. Memperhatikan sejauh mana dia berinteraksi dengan sirah dalam kehidupannya
4. Memperhatikan sejauh mana pelajaran ini dapat meningkatkan kecintaannya kepada
Rasulullah saw

Rujukan
1. Sirah Nabi Muhammad – pengajaran dan pedoman (Dr Mustafa sibaie)
2. Syamail Nabi - Lampiran
3. Hadis Riyadhus Solihin - Lampiran

24
HADIS

Objektif Umum
Mencintai Rasulullah saw, para sahabat dan orang-orang soleh.

Objektif Khusus

1. Memahami Hadis yang dipelajari dalam sukatan


2. Berusaha menghafaz Hadis yang dipelajari
3. Mengaitkan Hadis yang dipelajari dengan realiti kehidupan
4. Mengambil pengajaran dari Hadis dan merumuskan bentuk-bentuk aktiviti secara bersama

Isi Kandungan
A. Hadis Adab
1. Berbuat baik dan menjaga hubungan silaturahim
2. Berjihad hanya selepas mendapat keizinan ibu-bapa
3. Haram mencerca ibu-bapa
4. Penerimaan doa bagi orang yang berbuat baik kepada ibu-bapa
5. Menderhakai ibu-bapa antara dosa-dosa besar

B. Hadis Riyadhus Solihin (rujuk subjek Akhlak)


Cara perlaksanaan Hadis
1. Murabbi membaca Hadis dalam Bahasa Arab
2. Setiap mutarabbi mengikuti bacaan
3. Murabbi menerangkan perkataan dan makna ringkas bagi Hadis
4. Menghafal setiap Hadis yang dipelajar dan tasmi’ Hadis
5. Mengulangi hafalan bagi setiap Hadis
6. Menyatakan Munasabah Hadis
7. Mengaitkan Hadis dengan realiti kehidupan (sebutkan reality yang sesuai dan yang
bercanggah dengannya)
8. Mengetahui hukum-hukum fiqh (jika ada)
9. Mengeluarkan pelajaran amali daripada Hadis (perbincangan)
10. Memberikan tugasan untuk dilaksanakan

C. Hadis Syamail Rasulullah saw

Objektif Umum:
Memberi maklumat tentang sifat-sifat susuk tubuh Baginda saw, sifat-sifat akhlaqiyah dan
keberkatan fudhuliyat Baginda saw.

25
Objektif Khusus:
1. Menjelaskan kesempurnaan kejadian Baginda saw dan faham kesempurnaan seperti itu tidak
berlaku kepada selain Baginda saw
2. Menjelaskan kesempurnaan akhlak Baginda saw di samping berusaha meningkatkan nilai-
nilai akhlak tersebut dalam diri
3. Membina sikap yang betul dalam menanggapi hadis-hadis berkaitan fudhalat Baginda saw;
tidak menolak atau menerimanya bulat-bulat, malah meletakkannya dalam neraca penilaian
ulamak hadis dengan mempastikannya melalui takhrij hadis dan menekuni pandangan ulama
mengenainya
4. Menanamkan keyakinan bahawa isu fudhalat dan kesannya hanya terbatas kepada Rasulullah
saw, ia tidak berlaku kepada individu lain seperti yang diyakini sesetengah pihak dalam
masyarakat, di samping menimbulkan kepekaan terhadap isu seperti ini akan membawa
kepada perbuatan khurafat, bid`ah dan fanatik kepada seseorang

Isi Kandungan
Subjek Tajuk-tajuk Wasilah Rujukan
1 Hadis Syamail 1. Sifat2 Susuk Rasulullah saw Halaqah/d 1. Bukhari dan Muslim
Rasulullah saw 2. Sifat2 Akhlak Rasulullah saw aurah 2. Syamail Rasulullah
3. Fudhalat Rasulullah saw saw
3. Bahan mauthuq
daripada internet

Aktiviti Iringan
1. Menunaikan solat fardhu pada waktunya (terutama solat Subuh)
2. Meminta kawan supaya menggerakannya untuk solat Subuh melalui telefon atau lainnya, atau
menggunakan jam penggera ( jam atau telefon bimbit)
3. Membiasakann ahli keluarga menunaikan solat pada waktunya
4. Sentiasa menunaikan keinginan ibu-bapa selagi mampu, selama keinginan mereka tidak
mengandungi dosa
5. Mengembirakan ibu-bapa
6. Berdoa dan beristighfar untuk ibu-bapa, bersedakah atas nama keduanya dan melakukan haji
selepas kematian keduanya
7. Melakukan riadhah setiap pagi walau untuk beberapa minit
8. Memakan makanan yang sederhana
9. Tidur di atas benda keras sekali dalam seminggu atau dalam sebulan
10. Membiasakan berjalan kaki jika masa mengizinkan

Hasil Pembelajaran
1. Menggalakkan supaya memelihara silaturahim dan memberi ancaman daripada memutuskannya
2. Menghubungi orang yang memutuskan hubungan dan memaafkan kesalahan orang yang
melakukan kezaliman

26
3. Bersifat belas kepada kanak-kanak
4. Saling mengasihani antara sesama Muslim
5. Berusaha menolong para janda dan bersimpati kepada anak-anak yatim
6. Memelihara hubungan baik dengan suami atau isteri selepas kematian
7. Memuliakan hak-hak kaum Muslimin
8. Bebuat baik dengan jiran
9. Besedekah dengan harta benda
10. Menjauhi kata-kata keji
11. Bergaul dengan baik dengan golongan bukan Islam selama mereka bebuat baik dengan kita
12. Mentaati ibu-bapa
13. Meminta bantuan golongan berkuasa untuk menghilangkan kesusahan orang ramai
14. Menunaikan solat pada waktunya, terutama sekali solat Subuh
15. Ikhlaskan niat dalam melakukan amal
16. Memberikan hak kepada yang empunya
17. Ketua keluarga hendaklah bersikap tawadhu’ terhadap keluarga dan membantu mereka
18. Menghormati orang lain dan tidak menghina-hina mereka.
Penilaian
1. Soalan perbincangan untuk mengetahui tahap kefahaman mutarabbi
2. Pertandingan hafalan dan memahami maknanya
3. Mutabaah tugasan amali setiap individu bagi setiap satu Hadis
4. Memerhati kadar perubahan sikap individu setelah selesai mempelajari satu Hadis

Rujukan
1. Al Muntakhab Minas Sunnah – Hadis Adab
2. Riyadhus Solihin Imam An Nawawi
3. Sahih Bukhari
4. Sahih Muslim

27
AKIDAH

Objektif Umum.

Mengetahui prinsip-prinsip, rukun Islam dan kewajipan beragama serta melaksanakannya.

Objektif Khusus

1. Memahami kepentingan iman dalam kehidupan


2. Menguasai tuntutan dua kalimah syahadah
3. Menjauhi perkara yang membatalkan syahadah
4. Mendalami rukun-rukun iman
5. Memahami pentingnya pengutusan para Rasul
6. Memahami konsep mukjizat para Nabi dan menyebut sebahagian daripadanya
7. Menanam dan memurnikan akidah dari segala perkara bid’ah dan khurafat (usul 20)

Isi Kandungan
• Rukun iman
• Kepentingan iman dalam kehidupan
• Konsep Syahadatain dan perkara yang membatalkannya

Panduan untuk memastikan manhaj akidah dilaksanakan dengan baik


1. Murabbi cuba menanamkan dalam diri mutarabbi untuk cinta kepada Allah swt.
Menanamkan cinta sebelum menakutkan, memberi galakan sebelum ancaman, mendidik
untuk mengenal Allah swt, memperkenalkan khitab rahmat sebelum azab, kerana jiwa
manusia secara fitrahnya cenderung kepada apa yang ia suka.
2. Murabbi menjadi qudwah kepada mutarabbi di mana akidah terpancar dalam akhlak,
muamalah dan pemikiran
3. Memberi tumpuan kepada manhaj al Quran dan Rasul dalam menanamkan akidah ke dalam
diri melalui ayat Quran dan peristiwa sirah

Aktiviti Iringan

1. Mengadakan jaulah untuk taammul dan tafakkur tentang makhluk ciptaan Allah swt
sehingga ia dapat membuktikan wujud pencipta melalui akalnya.
2. Mengumpulkan sebahagian ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan aktiviti al-Tafakkur
3. Mengumpulkan ayat-ayat dan Hadis-Hadis menunjukkan al-Wahdaniyyah (keesaan)
4. Menulis makalah yang mengandungi dalil-dalil al-Wahdaniyyah.
5. Menghimpunkan kata-kata Muslimin yang prihatin juga non-Muslim yang menunjukkan
al-Wahdaniyyah.
6. Mengambil tahu kesan peninggalan umat Islam tentang al-Wahdaniyyah (keesaan).
7. Menyampaikan pengajian yang dapat menjelaskkan kewajipan beriman serta menjelaskan
tingkahlaku dan penonjolan yang menunjukkan demikian (keimanan).
8. Memberi tugasan kepada penuntut, tajuk-tajuk untuk diperbincangkan semasa pengajian.
9. Memberi tugasan kepada pengkhutbah dan penceramah agar menyediakan tajuk-tajuk
serta latihan-latihan menyampaikanya, dengan tujuan memperbaiki kekurangan dari
aspek kefahaman dan menjawab persoalan-persoalan.
10. Mengadakan" rehlah khalwiyyah" waktu malam dan siang ke pantai atau ke sungai.

28
11. Menyebut contoh-contoh daripada golongan al-salaf al-soleh dalam beriman dengan al-
qadr (qadha' dan qadar)

Penilaian

1. Menggunakan uslub pemerhatian untuk pastikan objektif tercapai


2. Memerhatikan kesan dan respon individu dalam mentaati Allah, iltizam dengan fardhu dan
memperbanyakkan perkara sunat
3. Iltizam dengan tugasan amali yang diberikan

Rujukan

1. Al-‘Aqaid al-Islamiyyah oleh Syed Sabiq.


2. Iman dan kehidupan , Yusul Al Qardhawi
3. ‘Akidah al-Tauhid oleh al-Qardhawi.
4. Ta’rif al-‘Aam bi Deen al-Islam oleh ‘Ali al-Tantawi.
5. ‘Akidah al-Islam oleh al-Ghazaliy.
6. Iman – Na’im Yasin
7. Uluhiyah dan Rububiyah – Ustaz Alias Othman

29
FIQH

Objektif Umum

Mengetahui prinsip-prinsip, rukun Islam dan kewajipan beragama serta melaksanakannya

Objektif Khusus

1. Menjelaskan definasi Islam dan ciri-cirinya


2. Beribadat kepada Allah swt dengan mengikut ketetapan syarak
3. Mengetahui dan melaksanakan hukum fiqh taharah dan solat
4. Mengetahui hujah syarak berkaitan hukum taharah dan solat
5. Merasai kepentingan iltizam dengan hukum-hakam Islam di dalam diri dan keluarga
6. Mempelajari perkembangan sejarah fiqh Islami secara ringkas

Isi Kandungan
1. Muqaddimah Fiqh Islami
2. Taharah
3. Solat

A. Muqaddimah Fiqh Islami

1. Pengertian Fiqh
2. Hukum-hukum Taklifi
3. Hubungan Fiqh Dengan Syariah
4. Ciri-ciri Keistimewaan Fiqh Islam
5. Sistem Pembahagian Hukum Islam
6. Mazhab-mazhab Fiqh Terbesar
7. Sejarah Pembinaan Hukum Islam
a. Zaman Rasulullah saw
b. Zaman Khulafa’ al-Rasyidin
c. Peringkat ketiga
d. Peringkat keempat
e. Peringkat kelima

B. Taharah
1. Menyebut definisi taharah
2. Menyebut dalil pensyariatan taharah
3. Menyebut cara-cara melaksanakan taharah
4. Menyebutkan hukum-hakam yang berkaitan taharah
5. Menyenaraikan hikmah pensyariatan taharah
6. Menentukan air-air yang suci dan pembahagiannya.
7. Mengenali najis dengan menjelaskan jenis-jenisnya serta cara menghilangkannya
8. Mengetahui pengertian haidh, nifas dan janabah dengan menentukan sebab-sebab yang
mewajibkan mandi.

30
9. Membezakan di antara mandi wajib dan sunat.
10. Mengetahui wudhuk, dengan menghitung fardhu-fardhunya (rukun-rukunnya), sunat-
sunatnya, cara melakukannya dengan menunjukkan dalilnya sekali.
11. Menghitung perkara-perkara yang membatalkan wudhuk, dan bilakah ia diwajibkan dan bila
pula ia disunatkan.
12. Mengetahui tayammum dengan memberikan dalil dari segi syarak, juga menjelaskan
perkara-perara yang membatalkannya

C. Solat
1. Menjelaskan hukum solat, kelebihannya serta hukum meninggalkannya dengan memberikan
dalilnya.
2. Menjelaskan hukum, waktu solat, azan dan qamat.
3. Memperincikan syarat-syarat solat serta menghitung kefardhuannya (rukun-rukun) dan sunat-
sunatnya.
4. Menghitung perkara-perkara makruh, perkara-perkara yang membatalkan dan perkara-
perkara yang harus berkaitan solat.
5. Menghitung solat-solat fardhu dan solat-solat sunat.
6. Menyebutkan kelebihan solat berjemaah serta Hadis-Hadis yang berkaitan.
7. Menjelaskan secara ringkas perbahasan mengenai perkara berikut:
a. Jamak dan qasar
b. Solat orang sakit.
c. Solat qadha.
d. Sujud sahwi.
e. Sujud tilawah.
8. Hukum-hukum berkaitan masjid
9. Mempelajari perkara-perkara yang berkaitan dengan solat berjemaah
10. Mengetahui solat-solat sunat yang bersempena (gerhana, khusuf, jenazah dll)

Cara perlaksanaan Untuk Murabbi Ketika Melaksanakan Ilmu Fiqh

1. Menggunakan pendekatan dailog dengan mutarabbi

2. Mengajar kefahaman makna setiap ibadah dan hakikatnya (rohnya) serta perkara-perkara
yang berkaitan yang terdiri daripada perkataan dan amalan. Seterusnya mendorong untuk
sentiasa bergantungan dengannya.

3. Memberi tumpuan kepada syarat-syarat penerimaan sesuatu ibadah iaitu ikhlas dan
mengikut sunnah.

4. Mengembangkan fikiran pelajar terhadap kesan-kesan positif daripada ibadat terhadap


individu dan juga masyarakat.

5. Mendorongnya untuk melakukan ibadat kerana perasaan cinta kepada Allah swt di dalam
hati mereka.

6. Murabbi mestilah menjadi qudwah

31
7. Mempengaruhi pemikiran dan memperjelas hukum-hukum dengan memberi contoh
teladan tentang kehidupan para sahabat dan para solihin.

8. Melaksanakan latihan amali


9. Membawa dalil-dalil dari al-Quran dan Hadis yang bersesuaian
10. Menggunakan kitab yang ditentukan dengan mengambil faedah sebaik-baiknya serta
menggunakannya dengan efektif.

Hasil Pembelajaran

1. Bangun awal untuk menunaikan solat fajr (subuh).


2. Berusaha untuk melaungkan azan untuk mendapatkan ganjaran.
3. Berusaha bersungguh untuk menunaikan solat di masjid.
4. Menjauhi perkara-perkara makruh berkaitan solat.
5. Berusaha untuk melakukan qiamullail sekurang-kurangnya sekali seminggu.
6. Khusyuk ketika membaca al-Quran.
7. Berusaha menghafaz semampu mungkin sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran.
8. Memohon doa khususnya pada waktu-waktu yang afdhal dan mustajab
9. Menutupkan harinya dengan taubat dan istighfar.
10. Sentiasa mengiringi setiap amalan yang dilakukan dengan niat.
11. Menjaga zikir-zikir pagi dan petang.
12. Mengingati Allah swt setiap waktu.
13. Menggunakan siwak (kayu sugi).
14. Sentiasa berwudhuk sedaya mungkin.
15. Berusaha melawan nafsu dalam menjauhi perkara-perkara yang di haramkan serta
menjauhi tempat-tempat maksiat.

Aktiviti Iringan

1. Mengajar mandi wajib serta berwudhuk dengan sempurna.


2. Menyapu di atas khuffain, jaurabain dan jabirah dengan sempurna.
3. Menunaikan solat dengan betul lagi sempurna.
1. Menugaskan mutarabbi agar menyediakan pengajaran secara praktikal tentang wudhuk,
mandi, tayammum dan menyapu di atas khuffain.
2. Membuat lakonan simulasi untuk memantapkan perlaksanaan ibadat serta
memperbaikinya dalam kehidupan Muslim.
3. Menggunakan gambar-gambar dinding yang mengajar cara-cara berwudhuk dan
tayammum.
4. Menulis kalimah-kalimah azan dan qamat serta menggantungnya di masjid untuk dihafaz.
5. Mengendalikan perbincangan tentang kesan-kesan solat keatas individu dan masyarakat.
6. Melatih mutarabbi (secara praktikal) melakukan azan, qamat dan solat.
7. Pembelajaran secara praktikal cara menunaikan solat dengan betul
8. Menggantung gambar-gambar yang pelbagai yang menjelaskan cara-cara solat.
9. Mutarabbi melatih anak-anak mereka ataupun orang lain menunaikan solat dengan betul

32
Penilaian

1. Ujian praktikal berwudhuk.


2. Meminta mutarabbi menyediakan artikel satu mukasurat yang menjelaskan padanya
rukun-rukun solat dan sunat-sunatnya.
3. Meminta mutarabbi menyediakan artikel satu mukasurat yang menjelaskan dan
menyenaraikan jenis-jenis najis.
4. Menyusun ayat-ayat kaligrafi yang menunjukkan kewajipan solat.
5. Ingat Hadis-Hadis yang menjelaskan perlakuan solat.
6. Pelaksanaan Wirid harian

Rujukan
1. Muqaddimah Fiqh Islami-Lampiran
2. Fiqh Manhaji – Dr Mustafa Al Khin, Dr Mustafa Al Bugho, Ali Asy Syarbaji
3. Fiqh al-Sunnah oleh Syed Sabiq.- al-Ta’allum al-Dzati

33
KISAH PARA RASUL

Objektif Umum

Mencintai Rasulullah saw, para sahabat dan orang-orang soleh

Objektif Khusus

Mempelajari kisah-kisah beberapa Rasul pilihan dari aspek akidah, akhlak dan penyampaian risalah

Isi Kandungan
1. Nabi Adam
2. Nabi Idris
3. Nabi Nuh
4. Nabi Hud
5. Nabi Soleh

Nabi Adam:
1. Asas penamaan Adam as.
2. Menyebutkan kekerapan kata “Adam” dalam Al-Qur'an.
3. Menyebutkan dalil bahwa Nabi Adam as. dicipta dari tanah.
4. Menerangkan karakteristik Adam as.
5. Menjelaskan risalah Nabi Adam as.
6. Menyebutkan perjanjian yang telah diambil Allah swt. daripada anak-anak Nabi Adam as
di alam arwah.
7. Menerangkan kejahatan pertama yang terjadi di muka bumi.

Nabi Idris:
1. Menyebut keturunan Nabi Idris
2. Menjelaskan usaha yang dijalankan oleh Nabi Idris bagi memulihkan Mesir
3. Mengesahkan keNabian Muhammad saw melalui perkHABaran Nabi Idris
4. Mengupas beberapa nilai yang diperolehi daripada kisah Nabi Idris
5. Mengikuti jejak Nabi Idris yang mempunyai ilmu, kebijaksanaan dan kemahiran mengurus
bumi

Nabi Nuh:
1. Menjelaskan peringkat-peringkat yang dilalui oleh dakwah Nabi Nuh
2. Menjelaskan sebab Nabi Nuh mendoakan kemusnahan kaumnya
3. Menjelaskan pendekatan dakwah Nabi Nuh
4. Membandingkan sikap kaum Nuh dengan sikap arab Quriasy terhadap Rasulullah
5. Mengetahui pengajaran yang diambil Nabi Nuh terhadap anak dan isterinya

Nabi Hud:
1. Memetik isi penting dalam dakwah Nabi Hud
2. Menjelaskan peringkat yang dilalui oleh dakwah Nabi Hud

34
3. Memahami pendekatan yang pelbagai yang digunakan oleh para Nabi mengikut umat yang
diutus
4. Menyenaraikan azab yang diterima oleh orang yang mengingkari perintah Allah swt
5. Menjelaskan keberanian Nabi Hud ketika berdepan dengan kaumnya

Nabi Soleh:
1. Menyatakan nasihat yang disampaikan oleh Nabi Soleh kepada kaumnya
2. Memahami cara Nabi Soleh menyampaikan dakwah kepada kaumnya
3. Membandingkan cara Nabi Soleh dengan Nabi yang sebelumnya
4. Menyebut tindak balas kaumnya ke atas dakwahnya
5. Menerangkan usaha-usaha yang diaksanakan oleh Nabi Soleh dalam menyebarkan agama
Allah swt.

Cara perlaksanaan
1. Boleh memulakan penyampaian dengan pertanyaan
2. Menerangkan kepentingan mempelajari kisah-kisah para Rasul dan objektifnya
3. Memberikan fokus kepada Objektif Khusus dan suluki
4. Menerangkan peristiwa yang berkaitan dengan pelajaran (dialog dan perbincangan)
5. Menyebutkan ayat Al Quran dan Hadis yang berkaitan setiap Rasul
6. Menerangkan tabiat marhalah dakwah mereka dan ujian yang mereka lalui
7. Mengaitkan peristiwa dengan realiti semasa (pada sudut tarbawi)
8. Menerangkan pelajaran daripada kisah hidup mereka
9. Memfokus kepada cara menyampaikan supaya mendatangkan kesan kepada perasaan
10. Penutup – ulang kembali objektif dan menyebutkan peristiwa penting (kesimpulan)

Aktiviti Iringan
1. Menceritakan kisah-kisah Nabi dalam majlis ilmu di atas mimbar dan muhadharah
2. Menyebarkan buku-buku kecil yang mengandungi kisah-kisah Nabi dan Rasul
3. Memperkenalkan anak-anak kecil dengan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul melalui buku-buku kecil,
kaset dan video
4. Membetulkan kefahaman yang salah mengenai para Nabi terutama yang disebarkan oleh Yahudi
dalam Israiliyat dll
5. Menyebutkan nama-nama Nabi pada berbagai aktiviti dan perhimpunan
6. Menyusun kisah-kisah Nabi dalam bentuk syair supaya menjadi warisan kepada masyarakat
umum
7. Mencadangkan diadakan kisah Nabi bersiri di televisyen sebagai ganti daripada menyiarkan
cerita-cerita yang merosakkan.

35
Penilaian
1. Mengadakan ujian di sekitar Isi Kandungan ilmu
2. Mutabaah sejauh mana penyertaan individu dalam Aktiviti Iringan
3. Pemerhatian usahanya dalam membantu orang-orang yang membetulkan pemikiran tentang Nabi
dan ahli kitab
4. Pemerhatian sejauh mana tindakannya sesuai dengan pembelajaran terhadap kisah Nabi.
5. Ujian oral untuk mengetahui sejauh mana faedah diperolehi daripada mempelajari kisah-kisah
Nabi
6. Mengadakan borang soalselidik untuk mengetahui sejauh mana penerimaan dan pelaksanaan
melalui kaedah yang telah ditetapkan.
Rujukan
Kitab Para Rasul - Dr Taufiq Al Wa’ie

36
SAHABAT

Objektif Umum

Mencintai Rasulullah saw, para sahabat dan orang-orang soleh

Objektif Khusus

1. Mengetahui kelebihan para sahabat Nabi


2. Mengetahui keistimewaan 10 sahabat yang dijamin syurga

Isi Kandungan

1. Kelebihan Para Sahabat Nabi


2. Sahabat Yang Dijamin Syurga

Perincian Tajuk

Abu Bakar As Siddiq


1. Menyenaraikan sifat dan keistimewaan Abu Bakar ra
2. Menyebutkan kisah keIslaman Abu Bakar ra
3. Menjelaskan beberapa kelebihannya
4. Menyenaraikan pengajaran yang dapat daripada kisah hidup beliau
5. Menjelaskan sejauh mana manfaat yang dapat diambil daripada kajian kisah kepribadiannya

Umar Bin Al Khathab


1. Menyebutkan ringkasan sejarah hidup Umar al Khattab ra
2. Menyatakan nama, gelaran dan sifat-sifatnya
3. Menjelaskan keistimewaannya
4. Merumuskan pengajaran dan iktibar yang diperoleh daripada kajian biografinya
5. Menjelasakn sifat dan keistimewaan Umar ra yang memberi kesan terhadap pembaca
6. Menjelaskan ucapan-ucapannya yang mempengaruhi pembaca

Uthman Bin Affan


1. Menceritakan secara ringkas biografi Uthman Bin Affan ra
2. Menyatakan nama, tahun kelahiran dan sifatnya
3. Menyebutkan bagaimana Uthman ra memeluk Islam
4. Menjelaskan beberapa peristiwa yang dilalui bersama Rasulullah saw. dan ketika
pemerintahan Abu Bakar dan Umar. Rumuskan pengajarannya
5. Menjelaskan aspek kehebatan Uthman ra yang paling menonjol
6. Menyebutkan pengajaran daripada sejarah hidup Uthman ra dan bagaimanakah
melaksanakan pengajaran ini ke dalam kehidupan peribadi pelajar

37
Ali bin Abi Tholib ra
1. Meringkaskan sejarah hidup Ali bin Abi Tholib
2. Menyebutkan nama, gelaran, kelahiran, perkembangan usia, sifat dan keIslamannya
3. Menjelaskan keadaan pemerintahan Ali ra sebagai khalifah, peristiwa fitnah yang berlaku
dan faktor pembunuhannya
4. Menyatakan pengajaran yang disaring daripada pembunuhan Ali ra
5. Menjelaskan aspek keagungan Ali ra yang paling menyerlah
6. Menjelaskan jasa dan sifat utama Ali ra yang memberi kesan kepada diri anda

Abu Ubaidah Bin Al Jarrah ra


1. Menyebutkan siapakah pemegang amanah umat
2. Menyatakan sifat mulia Abu Ubaidah ra yang menonjol
3. Menyatakan wasiatnya kepada tenteranya ketika kematiannya
4. Menyenaraikan pengajaran yang dapat diambil daripada kajian biografi Abu Ubaidah ra

Saad Bin Abi Waqqas ra


1. Menyebuntukan tokoh Islam pertama yang menumpahkan darah dalam menghadapi musuh
Islam
2. Menyebutkan kedudukan dan martabat Saad bin Abi Waqqas
3. Menyatakan pendiriannya terhadap ibunya yang cuba berkompromi dengan akidahnya
4. Menjelaskan sifat kepahlawanan Saad dalam Peperangan Al Qadisiah dan Al Madain
5. Merumuskan pengajaran daripada kisah hidup Saad

Thalhah Bin Ubaidillah


1. Menyebut sifat Thalhah bin Ubaidillah
2. Menjelaskan pendiriannya dalam Peperangan Uhud
3. Menyebutkan perkara yang berlaku pada kesudahan hidupnya
4. Menyebutkan beberapa pengajaran berfaedah yang dapat dipetik daripada riwayat hidupnya

Zubair Bin Awwam


1. Menerangkan kedudukan Zubair bin Awwam di sisi Rasulullah saw dan keutamaannya
2. Menjelaskan sifat mulianya yang paling menonjol
3. Menyebutkan perihal pembunuhan Zubair
4. Menjelaskan pengajaran yang dapat dipetik daripada kisah hidupnya

Abdurrahman Bin Auf

1. Menceritakan gelaran Abdurrahman dan bagaimana beliau mendapat gelaran tersebut


2. Menjelaskan sifat kedermawanan beliau kepada kaum Muslimin dan infak di jalan Allah swt
3. Menceritakan peristiwa taakhi (mempersaudarakan) antara beliau dan Saad bin Rabi’ (al-
Hasyr:8)
4. Menceritakan kisah kehebatannya dalam peristiwa Perang Uhud
5. Menceritakan hubung kait Abdurrahman dengan dalil Al-Quran: an Nisa’: 97-100
6. Menyatakan dalil beliau mendapat jaminan syurga

38
Said Bin Zaid

1. Menceritakan gelaran Said dan bagaimana beliau mendapat gelaran tersebut


2. Menerangkan peranan Said dalam peristiwa keIslaman Umar
3. Menceritakan kehebatan beliau dalam Perang Yarmuk ketika mengobarkan semangat tentera
Islam
4. Menerangkan peristiwa difitnah oleh seorang wanita sehingga beliau didoakan oleh Nabi
5. Menyatakan dalil beliau mendapat jaminan syurga

Cara perlaksanaan

1. Pendahuluan – menyebut tentang keistimewaan para sahabat, khususnya 10 sahabat dijamin


syurga
2. Menyebut ayat-ayat al Quran dan Hadis yang berkaitan dengan mereka
3. Boleh memulakan sesi dengan pertanyaan dan meneruskan dengan perbincangan
4. Menyebut kelebihan mereka sehingga dijamin dengan syurga
5. Menjelaskan pengorbanan yang telah mereka tunjukkan untuk tertegaknya agama
6. Memberikan pengajaran yang didapati daripada perjuangan mereka
7. Penutup – ulang kembali objektif dan menyebutkan peristiwa penting (kesimpulan)

Fakta penting pada setiap sahabat

1. Keadaannya sebelum Islam


2. Peristiwa masuk Islam
3. Keadaannya selepas Islam
4. Kepribadiannya – akhirat lebih diutamakan, hikmah dalam berdakwah, tsabat di jalan
dakwah, kecintaan kepada syahid
5. Ujian yang dihadapi
6. Hijrah dan peranannya dalam perjuangan
7. Dakwah yang dijalankan dan hasilnya
8. Kematian atau syahid

Hasil Pembelajaran

1. Mencintai Rasulullah saw dan para sahabat r.a. dengan sebenar-benar cinta
2. Merasa mulia kerana menganut agama yang mana para sahabat beriltizam dengannya
3. Menjauhkan diri dari orang yang memburukkan para sahabat samada dengan percakapan atau
perbuatan
4. Berbicara tentang sahabat di masjid-masjid, universiti-universiti dan di perhimpunan umum
5. Membaca kisah-kisah dan rencana-rencana yang mendukung sikap para sahabat
6. Menonjolkan aspek-aspek qudwah yang boleh dicontohi dalam kehidupan para sahabat
7. Memuji orang-orang yang menyanjung sahabat
8. Menjelaskan pengaruh al-Quran dalam merubah kehidupan sahabat dari kekufuran kepada
keimanan
9. Membandingkan antara keadaan hidup para sahabat sebelum dan selepas memeluk Islam

39
10. Memberikan galakan kepada mereka yang mempunyai bakat untuk menulis cerita atau rencana
mengenai sahabat dengan persembahan yang menarik
Aktiviti Iringan

1. Mengumpulkan Hadis dan ayat tentang keutamaan sahabat dan peninggalan mereka.
2. Menyenaraikan peninggalan para sahabat yang paling berharga
3. Menyiapkan (Membuat) pertandingan sekitar sahabat yang telah dipelajari sirah mereka atau
menampilkan ketauladanan dari kehidupan mereka.
4. Menyaksikan kaset video atau tape tentang para sahabat
5. Mengetahui hukum mencaci para sahabat dan kurang sopan kepada mereka
6. Menyiapkan penampilan drama akan sikap amali dari kehidupan para sahabat
7. Memotivasi untuk meneladani kepribadian para sahabat dan menamakan anak-anak dengan
nama mereka

Penilaian
1. Pertandingan kuiz tentang kisah sahabat dan kehidupan mereka
2. Memperhatikan bagaimana interaksi para peserta tarbiyah melalui keteladanan yang ditampilkan
3. Membuat kajiselidik untuk melihat sejauhmana pengaruhnya para peserta tarbiyah dengan kisah
para sahabat.

Rujukan
65 Kisah Sahabat – Abdul Rahman Ra’fat Basya
Min Mabadi’ Islam – Ust Ali Laban

40
AKHLAK

Objektif Umum

Mengikat iman dengan kemuliaan akhlak

Objektif Khusus

1. Menyedari kepentingan akhlak dalam kehidupan secara umum


2. Menghubungkaitkan kefahaman Islam dengan akhlak mulia
3. Mengetahui dan berusaha untuk melaksanakan akhlak yang ditetapkan bagi marhalah ini

Isi Kandungan

1. Asas akhlak
2. Jujur/sidq
3. Taubah
4. Ikhlas
5. Cinta kerana Allah
6. Rahmah

Asas akhlak
1. Mengetahui dan menjelaskan asas-asas akhlak dan berusaha untuk memilikinya
2. Menjelaskan beberapa aspek akhlak mulia, tanda-tanda dan cara untuk mencapainya
3. Menjelaskan bahawa akhlak mulia merupakan antara implikasi iman
4. Menerangkan beberapa aspek akhlak Rasulullah sebagai contoh teladan umat manusia

Jujur
1. Menjelaskan maksud jujur dan natijah daripadanya
2. Menyatakan bentuk-bentuk jujur
3. Menerangkan cara yang membantu untuk mendapatkan sifat jujur

Taubah
1. Mengetahui bahawa manusia mempunyai persediaan untuk melakukan kebaikan dan
kejahatan
2. Menerangkan kepentingan dan kewajipan untuk merubah diri kepada yang lebih baik
3. Mejelaskan sifat-sifat jiwa manusia dan aspek kekurangannya
4. Menerangkan kewajipan bertaubah kepada Allah swt serta kelebihannya
5. Menilai perubahan diri sejauh mana kesan taubat yang dilakukan

Ikhlas
1. Mengetahui maksud ikhlas
2. Menyebut dalil berkaitan dengan ikhlas
3. Menyebut contoh-contoh dari sirah Nabi dan kisah sahabat mengenai ikhlas

41
4. Menyebutkan kesan ikhlas di dalam diri
5. Menyenaraikan langkah-langkah untuk menerapkan sifat ikhlas
6. Mengetahui perkara-perkara yang menghalang daripada terbentuknya sifat ikhlas dalam diri
7. Mengetahui bahawa ikhlas merupakan syarat bagi penerimaan amal

Cinta Kerana Allah swt


1. Mengaitkan iman dengan sifat cinta kerana Allah swt
2. Menyenaraikan dalil-dalil Quran dan Hadis mengenai cinta kerana Allah swt
3. Mengetahui kelebihan cinta kerana Allah swt
4. Menyenaraikan cara-cara untuk membina sifat cinta kerana Allah swt
5. Membaca kisah-kisah mereka yang bercinta kerana Allah swt
6. Menjelaskan ciri-ciri mereka yang bercinta kerana Allah swt
7. Mengetahui kepentingan hak dan tanggung jawab sesama manusia
8. Mengetahui perkara-perkara yang boleh merosakkan cinta kerana Allah swt

Rahmah
1. Memberikan maksud rahmah
2. Menyebutkan dalil al Quran dan Hadis berkaitan sifat rahmah
3. Menyebutkan bentuk-bentuk rahmah
4. Menyenaraikan cara-cara untuk mendapatkan rahmah
5. Menyedari bahawa sifat rahmah merupakan anugerah dari Allah swt

Cara perlaksanaan
1. Murabbi menjadi qudwah
2. Murabbi perlu membantu mutarabbi bermujahadah dalam mencapai akhlak yang baik
3. Mencela akhlak yang buruk dan hukumannya di dunia dan akhirat membentuk sifat suka
kepada akhlak baik, dan menakut-nakutkan kepada akhlak buruk melalui halaqah, rehlah,
pertandingan, penerangan,dan riyadhah
4. Memohon pertolongan daripada Allah
5. Muayasyah dengan orang yang baik akhlaknya
6. Menggalakkan mutarabbi meminta nasihat daripada saudaranya yang lain dalam
memperbaiki kelemahannya

Aktiviti Iringan

1. Mengisi borang muhasabah diri


2. Membentuk kumpulan-kumpulan yang boleh memantau antara satu sama lain untuk
menjauhi perkara-perkara yang diharamkan.
3. Berusaha menyediakan stiker yang menggalakkan akhlak-akhlak mulia.
4. Menyediakan masa yang khusus untuknya mengingati ketika itu akan (riqabat Allah)
penelitian Allah swt ke atasnya.
5. Berpuasa sunat dengan kadar kemampuan.
6. Menulis satu kajian tentang penyucian jiwa dan galakkan kepada akhlak yang mulia.
7. Ia mesti mempunyai aktiviti yang jelas di kampungnya dalam memelihara kebersihan dan
kemuliaan akhlak.

42
Penilaian

1. Soalan-soalan untuk perbincangan dan dailog


2. Kaji selidik untuk menilai diri mereka sendiri
3. Kad pemerhatian daripada murabbi
4. Memberikan tanggung jawab sehingga jelas kelihatan akhlak baik

Rujukan

1. Akhlak Muslim: Muhammad al-Ghazali.


2. Nuzhat al-Muttaqin Syarh Riadh al-Solihin: Mustafa al-Bugho
3. Al-Suluk al-Ijtima’iyy: Hasan Ayyub.
4. Ihya’ ‘Uluum al-Din: Abu Hamid al-Ghazali.

43
TAZKIYAH

Objektif umum

Mengenalpasti keaiban diri dan mula memperbaiki tingkahlaku

Objektif Khusus

1. Menyedari secara umum bahawa manusia berpotensi untuk menjadi baik atau sebaliknya
2. Menyedari kepentingan tazkiyah nafs
3. Mengenalpasti keaiban diri dan cara memperbaikinya
4. Berusaha memperbaiki keaiban diri

Isi Kandungan

1. Jenis jiwa manusia


2. Kepentingan tazkiyatun nafs
3. Keaiban diri dan cara memperbaikinya
4. Risalah Munajat dan Mathurat

Jenis-jenis jiwa manusia


• Menjelaskan beberapa jenis jiwa yang disebutkan di dalam Al-Quran
• Menjelaskan beberapa sifat jiwa manusia

Penyucian jiwa
1. Mengetahui bahawa manusia secara fitrahnya mempunyai kesediaan untuk melakukan
kebaikan dan kejahatan.
2. Menjelaskan tentang kepentingan dan kewajipan untuk berubah ke arah yang lebih baik.
3. Menjelaskan tentang sifat-sifat jiwa manusia dan aspek kekurangannya.
4. Menjelaskan tentang cara-cara penyucian jiwa

Mengenali keaiban diri dan berusaha untuk mengatasinya


1. Menjelaskan maksud keaiban diri.
2. Mengenalpasti keaiban diri
3. Menjelaskan kesediaan untuk melakukan kebaikan dan kejahatan.
4. Menjelaskan kumpulan manusia berkenaan interaksi mereka dengan diri sendiri

Aktiviti Iringan
1. Wirid muhasabah harian
2. Wirid istighfar sebanyak 70 kali sehari
3. Berkongsi dan berbincang dengan kawan-kawan tentang keaiban diri
4. Menziarahi kawan-kawan yang soleh dan mencontohi kebaikan mereka
5. Mengumpul buku-buku tentang Tazkiyah Nafs
6. Menghadiri kuliyah di masjid berkaitan Tazkiyatun Nafs
7. Berjalan di tepi pantai atau di tepi sungai dan merenung penciptaan alam

44
Penilaian

1. Borang kaji selidik


2. Menjawab soalan mengenai tajuk Tazkiyatun Nafs
3. Pemerhatian

Rujukan

Min Mabadi’ Islam: Ust Ali Laban


Ihya Ulumuddin : Imam al Ghazali

45
SUHBAH SOLEHAH DAN USRAH

Objektif umum
Merasakan pentingya berkawan dengan orang-orang soleh dan menanam rasa kasih sayang kerana
Allah swt

Objektif Khusus

1. Menguasai konsep persaudaraan dalam Islam


2. Menyedari kepentingan memilih teman yang soleh
3. Mengenali ciri-ciri orang yang soleh
4. Mengambil berat untuk berada dalam lingkungan orang-orang yang membantunya mentaati
Allah swt

Isi Kandungan

1. Konsep persaudaraan dalam Islam


2. Ciri-ciri orang soleh
3. Kepentingan memilih teman yang soleh
4. Sentiasa bersama dengan orang-orang soleh

Penilaian

1. Soal selidik
2. Kad pemerhatian
3. Pemerhatian terhadap interaksi sesama anggota pada program umum
4. Pemerhatian ke atas amal jamaie

Rujukan

Min Mabadi’ Islam: Ust Ali Laban


Ukhuwwah fillah: Ali Abdul Halim Mahmud
Rukun Ukhuwwah, Risalah ta’lim: Hasan al Banna

46
FIKRAH

Objektif Umum
Faham dan menguasai dasar Islam melalui Usul 20 serta mengetahui matlamat manusia dijadikan

Objektif Khusus

1. Menyedari matlamat manusia dicipta serta melaksanakannya.


2. Memahami konsep kesyumulan ibadah dalam Islam.
3. Meyakini kesyumulan Islam.
4. Memahami kesyumulan Islam berdasarkan Usul 20
5. Menyedari adanya golongan yang sentiasa menentang kebenaran Islam

Isi Kandungan

1. Usul Isyrin (Usul 1-4)


2. Ila al-Syabab
3. Islam dan kaum penentang
4. Manusia dan kebenaran

A. USUL ISYRIN
Objektif
1. Menyedari matlamat manusia dicipta serta melaksanakannya
2. Memahami konsep kesyumulan ibadah dalam Islam
3. Meyakini kesyumulan Islam
4. Memahami kesyumulan Islam berdasarkan Usul 20
5. Menjelaskan fikrah Islam dengan kefahaman yang sahih adalah syarat kepada kesejahteraan
amalan. Kefahaman yang melencung boleh menjadi punca kesesatan biarpun beserta ibadat
yang banyak.
6. Usul ini bertujuan menyatukan kefahaman yang sebenar terhadap Islam.
7. Usul ini ditujukan kepada Umat Islam, sebagai piagam yang berfungsi untuk menyatukan
kefahaman.
8. Usul ini bertujuan untuk menyatukan umat, atau untuk merapatkan jurang perbezaan di
antara mereka
9. Usul ini adalah satu himpunan pemikiran yang tulin terhadap Islam yang perlu difahami oleh
sesaorang Muslim untuk mengelakkan dirinya dari penyelewengan dan kesesatan khususnya
pada hari ini.
10. Usul ini bukan sekadar untuk difahami tetapi sebenarnya untuk diamalkan.

Cara perlaksanaan
1. Memastikan kejelasan maksud bagi setiap usul di kalangan mutarabbi
2. Jika terdapat kefahaman baru, bagi setiap satu usul, yang belum dipelajari, kewajipan
murabbi untuk menjelaskannya

47
3. Menentukan hubungan antara fakta-fakta (mafahim) dalam setiap usul
4. Menyempurnakan kepastian melalui hafalan, matan usul 20 dan tasmi dalam halaqah
5. Menerangkan usul syarie bagi setiap usul
6. Ditegaskan bahawa maksud hafalan usul atau rukun bukan bermaksud secara zahir saja,
tetapi mempraktikkannya dan meletakkan tarbiyah dalam setiap sudut dan kemudian diakhiri
dengan tugasan bagi setiap usul, jika mampu.

B. ILA Al-SYABAB

Objektif
1. Menjelaskan kaedah-kaedah dasar kemenangan sebuah fikrah, iaitu semangat, kerja keras,
keikhlasaan, dan keimanan
2. Menjelaskan hal yang harus dilakukan oleh pemuda Islam, di antaranya menjelaskan Islam
secara kaffah dan mengajak umat manusia untuk menerapkan segala aturan Islam sebagai
sendi kehidupan
3. Menjelaskan kepentingan pembentukan peribadi Muslim, keluarga Muslim masyarakat
Muslim, pemerintahan Islam, kemudian ustaziyatul alam. Tujuan yang perlu dicapai satu per
satu secara berurutan, dimana salah satunya tidak boleh diabaikan untuk mencapai tujuan
berikutnya.
C. ISLAM DAN KAUM PENENTANG

Objektif Umum

1. Memberi kesedaran kepada Muslim mengenai keadaan dan kedudukan kuasa besar dunia
dengan segala bentuk strategi mereka,
2. Menjelaskan kesan-kesan negatif dari semua strateji tersebut terhadap umat Islam,
3. Menjelaskan cara-cara yang berkesan untuk menghadapi bahaya (musuh) dan segala
kegiatannya
4. Menentukan manhaj Islam yang tepat untuk berdepan dengan musuh-musuh Islam

Objektif Khusus

1. Memberi gambaran umum mengenai kaum penentang (muqaddimah)


2. Menyenaraikan usaha mereka untuk menjatuhkan Islam
3. Menjelaskan ikatan dan kebersamaan mereka yang bersekongkol untuk meruntuhkan
bangunan Islam
4. Merupakan musuh yang sentiasa memerangi Islam sehingga ke akhir zaman

Aktiviti Iringan
1. Membaca buku mengenai musuh-musuh Islam
2. Menyeru kepada masyarakat supaya sentiasa berwaspada terhadap tipu daya mereka

Penilaian
1. Ujian penilaian untuk mengetahui kefahamananya
2. Kaji selidik untuk menilai diri mereka sendiri

48
3. Kad pemerhatian daripada murabbi

Rujukan
Lampiran – nota WAMY

D. MANUSIA DAN KEBENARAN

Objektif Umum
Mengenal kebenaran dan merealisasikan keimanan dengan kebenaran serta mencintainya, komitmen
terhadapnya, dan menolongnya.

Objektif Khusus
1. Mengetahui definisi kebenaran
2. Menyebutkan cara-cara yang dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan.
3. Mengenal tabiat hubungan antara fitrah manusia dan kebenaran.
4. Menyebutkan hubungan antara wahyu dan akal.
5. Mengenal cara-cara wahyu Allah diturunkan
6. Menyebutkan keunggulan Al-Qur’an Al-Karim.
7. Menjelaskan sikap manusia terhadap kebenaran.
8. Menyebutkan sebab-sebab manusia tidak menerima kebenaran.
9. Menjelaskan kesesatan sebahagian orang dalam mencari kebenaran.
10. Menjelaskan kewajipan dan tanggung jawab manusia terhadap kebenaran.
11. Menilai kebudayaan sekarang ini dengan kaca mata kebenaran.
Cara perlaksanaan
1. Pembentangan sebahagian dari buku Manusia dan Kebenaran
2. Pada sebelah petang, mengadakan bengkel, dibahagikan kepala beberapa kumpulan. Berbincang
dan kemudian membentangkan hasil.

Aktiviti Iringan
1. Mengumpulkan ayat dan Hadis tentang dasar-dasar kebenaran.
2. Menyiapkan kajian dan data yang menjelaskan keadaani manusia terhadap kebenaran untuk
mengetahui sejauh mana mereka mengenal hakikat wujud dan tujuan mereka diciptakan.
3. Menyiapkan kajian tentang faktor-faktor yang membuat orang-orang berpaling dari kebenaran,
baik secara pemahaman atau pengamalan.
4. Menyiapkan kajian tentang hal-hal penting yang boleh memisahkan antara kebenaran dan
kebatilan.
5. Menyiapkan kajian untuk menjelaskan kebatilan-kebatilan yang ada pada agama-agama
terdahulu.
6. Menyiapkan kajian yang menjelaskan hubungan antara kebenaran dan ketepatan dari satu sudut,
antara antara kebatilan dan kesalahan dari sudut yang lain. Adakah kebenaran itu hanya
mempunyai satu sudut atau banyak suduti dalam satu perkara.

49
Penilaian

1. Pertanyaan dan dialog untuk meyakinkan pemahaman peserta.


2. Borang penilaian untuk mengukur sejauh mana tujuan tercapai.
3. Catatan dan penilaian terhadap aktiviti untuk mengukur perhatian dan komitmen peserta
terhadap kebenaran.

Rujukan

Manusia Dan Kebenaran: DR. Yusuf Qardhawi

50
JAMAAH
Objektif Umum
Mengetahui suasana tertubuhnya Jamaah dan keperibadian pengasasnya

Objektif Khusus

1. Mengetahui keadaan politik, ekonomi dan masyarakat sebelum tertubuhnya Jamaah


2. Mengetahui suasana kehidupan beragama dan pendidikan sebelum tertubuhnya Jamaah
3. Mengetahui sejarah hidup HAB dan fasa-fasa kehidupannya

Isi Kandungan
1. Keadaan politik, sosial dan ekonomi Mesir sebelum tertubuhnya jamaah
2. Sejarah ringkas kehidupan Hasan al Banna

Cara perlaksanaan
Bahan boleh disampaikan sebagai muqaddimah Usul Isyrin (1-4)
Aktiviti Iringan
1. Membaca tentang Ikhwanul Muslimin dan gerak kerja mereka sebagai sebuah NGO
2. Menonton video dari you-tube tentang syahidnya Hasan al Banna
3. Membaca buku sejarah Islam tentang kejatuhan Khilafah Uthmaniyah
4. Membaca buku berkaitan tipu daya musuh dalam memecahbelahkan kesatuan negara Islam
setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyah

Penilaian
1. Soalan kaji selidik
2. Kad pemerhatian
3. Pemerhatian

Rujukan
Lampiran

51
BAITUL MUSLIM

Objektif Umum

Menerima betapa pentingnya sebuah rumahtangga beriltizam dengan ajaran Islam dan akhlaknya

Objektif Khusus

1. Memahami bahawa mendirikan Baitul Muslim merupakan tuntutan Islam


2. Mengetahui asas-asas syariat dalam membina Baitul Muslim
3. Mengetahui ciri-ciri khusus Baitul Muslim

Isi Kandungan

1. Baitul Muslim merupakan tuntutan Islam


2. Pensyariatan Baitul Muslim
3. Ciri-ciri khusus Baitul Muslim

Objektif Terperinci
1. Mengetahui bahawa berpasangan merupakan fitrah alam termasuk manusia
2. Menyenaraikan dalil al Quran dan Hadis berkenaan dengan Baitul Muslim
3. Mengetahui hukum-hakam yang berkaitan dengan pembinaan Baitul Muslim
4. Menyedari kepentingan pembinaan Baitul Muslim untuk melahirkan masyarakat yang
baik
5. Mengaitkan Baitul Muslim dengan ketenangan jiwa dan ketenteraman ruh
6. Menyebutkan beberapa ciri khusus sebuah Baitul Muslim

Aktiviti Iringan

1. Mendengar ceramah tentang perkara yang berkaitan dengan BM


2. Menghadiri kursus perkahwinan
3. Membantu mereka yang melaksanakan walimah
4. Menziarahi mereka yang telah berumah tangga
5. Memperhatikan bagaimana sahabat-sahabat yang berkahwin menguruskan rumah tangga

Penilaian
1. Soal selidik
2. Murabbi mengumpulkan kad penilaian pemerhatian, membuat analisa dan laporan
3. Berdasarkan laporan, kenalpasti titik kelemahan dan buatkan bengkel serta menjemput
mereka yang berpengalaman untuk berbincang
Rujukan
1. Lampiran
2. Fiqh Manhaji, Jilid 4, Bab Undang-undang Kekeluargaan - Dr Mustafa Al Khin, Dr Mustafa
Al Bugho, Ali Asy Syarbaji
3. Risalah Usrah Abu Urwah; Baitul Muslim: Saari Sungib

52
DAKWAH

Objektif Umum

Meyakini kewajipan berdakwah kepada Allah swt dan mempraktikkannya di peringkat awal.

Objektif Khusus

1. Mampu menjelaskan makna dakwah kepada Allah swt


2. Mengetahui hujah syarak berkaitan dakwah kepada Allah swt
3. Mampu menjelaskan kepentingan dakwah dan keperluannya
4. Berinteraksi dengan orang lain serta berusaha memberi kesan kepada mereka

Isi Kandungan

1. Makna dakwah kepada Allah swt


2. Dalil syarak berkenaan dakwah kepada Allah swt
3. Kepentingan dakwah kepada Allah swt
4. Bagaimana aku mendapat hidayah

Cara perlaksanaan:
• Melakarkan objektif dalam bentuk peta-minda (memasukkan fakta penting)
• Pembukaan – “pada pertemuan lepas, kita telah membincangkan maksud dakwah dan
pensyariatannya, apakah maksud dakwah kepada Allah? Sebutkan beberapa dalil
mengenainya daripada Al Quran dan Sunnah. Hari ini kita akan mempelajari
“Kepentingan dakwah kepada Allah”.
• Berpandu kepada lakaran awal, wujudkan soalan untuk mencapainya (“terangkan”,
“jelaskan”, “bagaimana”, “apa” dll)
• Penutup – murabbi mengingatkan kembali objektif umum dan khusus beserta fakta
penting daripada setiap objektif beserta dalil

Aktiviti Iringan

a. Melakukan daurah pelatihan dakwah.


b. Mengumpulkan buku tentang dakwah umum dan yang lainnya tentang dakwah fardiyah.
c. Menulis cerita pendek (cerpen) yang berkaitan dengan hambatan dan rintangan yang
dihadapi para da'i dalam kehidupan dan dakwahnya.
d. Mengumpulkan perjalanan dan pengalaman para dai dalam perjalanan sejarah.
e. Latihan dakwah bersifat umum dan peribadi.

Rujukan

• Lampiran - Fi Rihab Al Islam, Husam Hamidah


• Usul Dakwah – Abdul Karim Zaidan

53
BAGAIMANA AKU MENDAPAT HIDAYAT

Objektif Khusus

1. Allah swt sentiasa menerima taubat hambaNya yang melaksanakan taubat nasoha.
2. Manusia wajiblah menghargai nikmat iman dan Islam yang telah dikurniakan oleh Allah swt.
3. Manusia mestilah berusaha dan bermujahadah untuk mencari kebenaran kerana ia sebahagian
dari fitrah manusia.
4. Manusia memahami asas-asas iman dan Islam.
5. Manusia menjaga iman dan Islam yang dianuti dan melawan nafsu untuk meninggalkan nilai-
nilai jahiliah dalam kehidupan.

Aktiviti Iringan

1. Membaca kisah-kisah mereka yang mendapat hidayah


2. Melibatkan diri dalam aktiviti Hidayah Centre samada dalam membina kemahiran
berdakwah kepada non-Muslim atau menyantuni mereka yang revert
3. Mengumpul dana untuk membantu mereka yang muallaf, yang mungkin telah kehilangan
sumber kebergantungan

Penilaian

1. Pemerhatian dan kaji selidik


2. Memerhatikan perubahan dalam diri mereka pada aspek-aspek tertentu
3. Memantau tugasan yang telah diberikan dalam aktiviti
4. Melihat sejauh mana keinginan mereka untuk berdakwah kepada non-Muslim

Rujukan

Bahan- bahan dalam folder, internet, buku-buku yang mengisahkan mereka yang meninggalkan
kekufuran untuk bersama Islam

54
KEAKHAWATAN

Objektif Umum

Muslimah merupakan sebahagian daripada masyarakat yang berperanan untuk membentuk generasi
dan peradaban

Objektif Khusus

1. Mengetahui pandangan Islam terhadap wanita


2. Mengetahui tanggung jawab Muslim dalam membina peradaban manusia (Allah, diri,
keluarga dan masyarakat)

Isi Kandungan

1. Kedudukan Wanita Dalam Islam


2. Akhlak Wanita Muslimah
3. Perempuan Bekerjaya
4. Persiapan Kemahiran Dalam Rumahtangga

KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM

1. Mengetahui pandangan Islam terhadap wanita


2. Mengetahui perbezaan hak antara wanita dan lelaki dan menjaga batas-batasnya
3. Mengetahui usaha-usaha Barat dalam menghancurkan kedudukan wanita Muslimah
4. Menyedari batas-batas dan hak yang benar bagi seorang Muslimah.
5. Menyedari dan mensyukuri kelebihan diri sebagai seorang wanita Islam.
6. Tidak terpengaruh dengan godaan dunia dan budaya Barat.
7. Sentiasa menjaga diri dan kehormatannya

Aktiviti Iringan

1. Menemu ramah wakil NGO-NGO wanita dengan pelbagai latar belakang pemikiran
2. Mencari keratan-keratan akhbar dan majalah berkenaan kedudukan wanita zaman kini
3. Forum mengenai Serangan Pemikiran mengenai kedudukan wanita
4. Pertandingan esei mengenai kedudukan wanita
5. Kajian dan modul mengenai gerakan-gerakan wanita yang menyeleweng

AKHLAK WANITA MUSLIMAH

1. Mengetahui ciri-ciri akhlak wanita Muslimah


2. Menghiaskan diri dengan ciri-ciri tersebut
3. Mengetahui ciri-ciri buruk yang wajib dihindari
4. Mengetahui betapa pentingnya sifat malu bagi wanita Muslimah
5. Menyedari keindahan adab-adab seorang Muslimah

55
6. Bersungguh-sungguh dalam mengamalkan akhlak mulia.
7. Memastikan perilakunya sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Aktiviti Iringan

1. Bedah iklan, drama, atau filem yang mengetengahkan wanita Muslimah dan kaitkan dengan
akhlak
2. Membuat role play Do’s Don’ts akhlak Muslimah dan divideokan
3. Menyusun kisah-kisah saHABiah dengan mencatat akhlak-akhlak mereka
4. Perbincangan mengenai media social dan pengaruh terhadap akhlak Muslimah

PEREMPUAN BERKERJAYA

1. Mengetahui pandangan Islam tentang wanita berkerjaya.


2. Menjaga etika Islam dalam berkerjaya.
3. Memilih kerja yang sesuai dengan jiwa dan fizik wanita
4. Mengetahui batas-batas syarak dalam kerjayanya
5. Memilih pekerjaan yang sesuai dan diredhai Allah.
6. Tidak terlarut dengan suasana kerja yang tidak Islamik.

Aktiviti Iringan

1. Membahaskan kedudukan wanita bekerjaya dari sudut fiqh


2. Forum mengenai batas-batas wanita berkerjaya
3. Menemuramah beberapa wanita bekerjaya Muslimah dan mengetahui cabarannya dan cara
mereka menjaga etika
4. Menulis satu artikel berkenaan wanita bekerjaya dalam Islam di media sosial atau di majalah

PERSIAPAN KEMAHIRAN DALAM RUMAHTANGGA

1. Mengetahui asas kemahiran rumah tangga


2. Mengetahui bahawa persiapan ini dapat membantu penglibatannya dalam dakwah
3. Memperlengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan peranan
sebagai isteri dan ibu
Contoh kemahiran asas:

-­‐ Kemahiran mengatur rumah


-­‐ Kemahiran memasak
-­‐ Kemahiran menjahit
-­‐ Kemahiran mendidik anak
-­‐ Kemahiran mengurus kewangan
-­‐ Kemahiran memandu kenderaan

56
-­‐Menyedari kepentingan memperlengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran
keakhwatan.
-­‐ Mengamalkan hidup yang sistematik dengan perlaksanaan kemahiran asas yang perlu ada
dalam diri seorang wanita.
4. Tidak menangguhkan urusan dakwah dan tarbiyah kerana masalah dalam pengurusan diri,
rumahtangga dan kerjaya.

Aktiviti Iringan

1. Mengadakan kelas kemahiran pengurusan rumah tangga


2. Menziarahi salah satu rumah tokoh dakwah dan melihat bagaimana beliau mengurus rumah
tangga dengan cekap
3. Membukukan masakan/resipi ringkas untuk para wanita Muslimah daiyah sebagai rujukan
4. Menjalankan halaqah di rumah ahli halaqah dan mengajarnya menguruskan rumah serta
membantunya
5. Membuat trip ke pasaraya dan mengajarkan cara pembelian yang betul, jimat dan pantas

Penilaian

1. Mengadakan ujian di sekitar isi kandugan ilmu


2. Mutabaah sejauh mana penyertaan individu dalam Aktiviti Iringan
3. Pemerhatian sejauh mana tindakannya sesuai dengan pembelajaran.
4. Mengadakan borang kajiselidik untuk mengetahui sejauh mana pencapaian objektif

Rujukan

1. Kebebasan Wanita: Abdul Halim Abu Syuqqah


2. Keakhawatan: Cahyadi Takariawan E
3. Jalan Dakwah Muslimah: Ali Abdul Halim Mahmud
4. Jati Diri Wanita Muslimah: Dr Muhammad Ali Al Hasyimi
5. Fiqh Dakwah Muslimah: Ali Abdul Halim Mahmud

57
KESIHATAN DAN PEMAKANAN

Objektif Umum

‘Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu mampu” Al Anfal: 60
Di antara faktor kekuatan adalah kekuatan badan kerana badan yang kuat akan membantu
pemiliknya dalam menunaikan tugas yang berat, melanjutkan perjalanan di jalan dakwah, memikul
tanggung jawab dan mencurahkan semua tenaga untuk memastikan kelancaran perjalanan dakwah.
Islam mengajak umatnya menjaga tubuh badan supaya sentiasa sihat.

Objektif Khusus:

1. Menjelaskan konsep sihat dan sakit menurut Islam


2. Menghuraikan asas dan prinsip kewajipan berubat dan menjaga kesihatan tubuh
3. Menjelaskan konsep redha, ikhtiar, tawakal dan kafarat dosa semasa menanggung sakit
4. Menjelaskan aspek gaya hidup sihat dan pencegahan penyakit
5. Mempelajari penyakit-penyakit yang biasa dihidapi oleh masyarakat

Isi Kandungan

1. Kepentingan kebersihan dalam Islam dan kesihatan


2. Kepentingan senaman dan cara yang betul
3. Penyakit kronik dan cara mengelaknya serta rawatan
4. Penjagaan kesihatan dan pemakanan sehat
5. Nutrisi pemakanan harian

Aktiviti Iringan

1. Mendengar ceramah-ceramah berkaitan penjagaan kesihatan dan cara pemakanan


2. Mengumpul makalah-makalah tentang berbagai jenis penyakit
3. Membuat edaran tentang penyakit yang sering datang pada usia umur berbeza
4. Menyampaikan ceramah ringkas tetapi padat kepada masyarakat setempat tentang
kepentingan kesihatan
5. Menyusun masa untuk bersenam pada hujung minggu bersama kawan-kawan atau keluarga
6. Melakukan saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali

Penilaian

1. Menyediakan soalan tentang penjagaan kesihatan dan perbincangan mengenainya


2. Menyediakan soal kaji selidik sejauh mana telah mengamalkan pola hidup sihat
3. Membuat pemerhatian pada aspek diri, rumah dan keluarga sejauh mana penghayatan
kebersihan dan penjagaan kesihatan

58
KEMAHIRAN

Objektif Umum

1. Meningkatkan kecekapan peserta dalam melaksanakan manhaj


2. Meningkatkan kemampuan amali perserta dalam melaksanakan gerak kerja dakwaah
3. Meningkatkan produktiviti gerak kerja dakwah
4. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan peserta terhadap kandungan manhaj

Objektif Khusus

1. Dapat menguasai asas kemahiran IT


2. Menjadikan IT sebagai wasilah penyebaran maklumat
3. Memahami dan menguasai teknik kemahiran mendengar dan berkomunikasi yang baik
4. Mempelajari teknik belajar dan speed reading
5. Memahami konsep amal jamaie

Isi Kandungan

1. Kemahiran Wasilah IT
2. Kemahiran Mendengar
3. Kemahiran Komunikasi
4. Kemahiran Belajar
5. Speed Reading
6. Amal Jamaie
7. Teknik Menghafal Quran

Objektif Khusus

Kemahiran Wasilah IT

1. Meningkatkan pengetahuan mengenai pelbagai manfaat teknologi komunikasi terkini untuk


kebaikan dakwah.
2. Mempercepatkan proses gerak kerja dakwah dengan aplikasi-aplikasi terkini
3. Memperkayakan nilai profesionalisme melalui penguasaan teknologi terkini
4. Mempelbagai metod dakwah yang sesuai dengan pelbagai latar belakang masyarakat masa
kini.

Kemahiran Mendengar

1. Meningkatkan kemampuan memahami bahan yang disampaikan secara lisan


2. Memperdalam kemahiran mengenal pasti isi-isi penting daripada bahan yang disampaikan.
3. Menguatkan daya tumpuan terhadap kepentingan bahan yang disampaikan.
4. Mengetahui teknik-teknik mendengar secara efektif

59
Kemahiran Komunikasi

1. Menguasai teknik-teknik komunikasi berkesan melalui pelbagai cara sesuai dengan


perkembangan semasa.
2. Membolehkan bahan komunikasi difahami dan dilaksanakan oleh pihak yang menerima.
3. Mengetahui halangan-halangan komunikasi dan cara mengatasinya.

Kemahiran Belajar

1. Menguasai teknik-teknik pembelajaran yang efektif sesuai dengan perkembangan semasa.


2. Meningkatkan kemahiran peserta memanfaatkan waktu-waktu yang sesuai dan mencukupi
dalam memahami pembelajaran.
3. Menekankan aspek keseimbangan (tawazun) dalam komitmen pembelajaran, dakwah dan
ibadah.

Speed Reading

1. Mengusai teknik membaca secara cepat dan berkesan


2. Meningkatkan kemampuan dalam mengenalpasti isi-isi penting yang perlu dibaca
3. Menjimatkan masa membaca dan dapat memperbanyakkan lagi bacaan.

Amal Jamaie/ Team Building

1. Mengetahui kepentingan dan manfaat bekerjasama dalam perkara kebaikan


2. Mengukuhkan ikatan kebersamaan peserta dalam gerak kerja berpasukan
3. Mengetahui kaedah-kaedah amal jamei dan cara mengekalkannya melalui pelbagai
teknologi semasa.

60
BAHASA ARAB

Kepentingan Bahasa Arab

Bahasa Arab juga adalah salah satu bahasa utama di dunia. Ia menjadi bahasa perantara utama di
kalangan umat Islam seluruh dunia. Bahasa Arab merupakan sumber dakwah, fikrah, komunikasi
antarabangsa, mendapat kepercayaan umum dan dapat meningkatkan kualiti ibadah.

Objektif

• Membudayakan pembelajaran Bahasa Arab di dalam IKRAM


• Setiap ahli merasai kepentingan belajar Bahasa Arab
• Setiap ahli berusaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Arabnya.
• Setiap individu mempunyai sasaran munasabah bagi tahap yang ingin dicapainya di dalam
tempoh tertentu.
• Setiap individu mempunyai perancangan pelaksanaan wasilah yang sesuai untuk dirinya.
• Setiap ahli merasai peningkatan penguasaan Bahasa Arabnya setiap tahun.

Tahap-tahap pembelajaran

Tahap-tahap ini bolehlah digunakan sebagai penanda aras untuk peningkatan penguasaan bahasa.
1. Mengenal huruf-huruf Bahasa Arab.
2. Boleh membaca jika diletakkan baris.
3. Memahami dan boleh menggunakan perkataan dan ayat yang mudah.
4. Tahu gantinama dan perbezaan katakerja bagi setiap gantinama yang berbeza.
5. Memahami tatabahasa asas (basic grammar & morphology – nahu & sarf)
6. Memahami tulisan ilmiah yang mudah.
7. Memahami Bahasa Arab moden di dalam majalah, surat khabar dan berita.
8. Boleh berbual dengan baik dan betul tatabahasa
9. Boleh menterjemah tulisan dan ceramah dengan baik.
10. Boleh menulis dengan baik.
11. Boleh berceramah dengan baik.
12. Mampu menguasai sastera Arab klasik atau moden (contohnya: memahami syair dan mampu
membuat syair)

Setiap satu tahap di atas boleh dibahagikan kepada skalai dari satu hingga 10 bagi tujuan mengukur
peningkatan penguasaan diri terhadap tahap tersebut. Perlu diingat bahawa tahap-tahap ini
diletakkan hanya sebagai pemudah sahaja dan tidak bertujuan utnuk menjadi piawaian yang baku
bagi setiap individu. Adalah diakui bahawa beberapa tahap terakhir di atas adalah agak sukar untuk
dicapai. Oleh itu adalah normal jika secara relatifnya tidak ramai yang berjaya mencapai tahap-
tahap terakhir di atas.

61
Wasilah

1. Mengikuti kelas khas Bahasa Arab yang berbayar


2. Belajar melalui membaca buku atau apa-apa tulisan di dalam Bahasa Arab,
3. Menulis di dalam Bahasa Arab,
4. Berbual menggunakan Bahasa Arab dengan orang yang lebih menguasainya,
5. Berlatih bercakap sendirian atau berceramah di hadapan khalayak,
6. Mendengar audio atau video di dalam Bahasa Arab,
7. Dll

Cara pelaksanaan

Wasilah pembelajaran adalah dilakukan oleh ahli sendiri dan dengan inisiatifnya secara peribadi.
Murabbi atau naqib pula berperanan memantau dan melaporkan pelaksanaan setiap ahli usrah atau
halaqahnya.
Walaupun pelaksanaan wasilah pembelajaran adalah tanggungjawab individu sendiri, pihak-pihak
berkenaan di peringkat daerah, negeri atau pusat adalah digalakkan untuk membantu dan
menganjurkan apa-apa aktiviti yang dirasakan sesuai untuk pelaksanaan subjek ini.

Tempoh

Tempoh pembelajaran ialah sepanjang hayat dan tiada tempoh tamat tertentu. Pembelajaran bermula
dari waktu seseorang itu mula mengikuti modul tarbiah IKRAM dan berakhir dengan kematiannya
atau dia keluar dari sistem tarbiah IKRAM.

Waktu minima di dalam setahun

Seseorang ahli di semua peringkat tarbiah dituntut untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya 25


jam setahun (atau secara purata hampir setengah jam seminggu) untuk meningkatkan penguasaan
Bahasa Arabnya, dengan melakukan mana-mana wasilah yang dirasakan sesuai untuknya

Penilaian

1. Soalan ujian
2. Kaji selidik
3. Menghafal surah
4. Kemampuan menghafal istilah-istilah tertentu (pembukaan majlis, doa, dll)
5. Tugasan dalam Bahasa arab pada sesi tazkirah
6. Kemampuan untuk menterjemah

62
BAB 3: WASAIL TARBIYAH
JADUAL 3: PANDUAN PERLAKSANAAN MANHAJ MELALUI WASAIL TARBIYAH

WASAIL KEKERAPAN PENGISIAN (BERDASARKAN SUBJEK)


PERTEMUAN/
TAHUN

1 Halaqah/Usrah 40 Al Quran, Hadis, Sirah Nabi


Kisah Para Rasul, Sahabat, Tazkiyah, Akhlak,
Fikrah, Suhbah Solehah dan Usrah, Jamaah

2 Qiyamullail 10 Tazkiyah, Akhlak, Kisah Sahabat, Dakwah


(Bagaimana Aku Mendapat Hidayah)

3 Daurah 4 Fiqh, Baitul Muslim, Keakhawatan, Pengetahuan


Kesihatan Dan Pemakanan, Kemahiran, Fikrah,
Jamaah

4 Nadwah 3 Dakwah (Islam Dan Kaum Penentang), Baitul


Muslim, Jamaah, Akidah, Fikrah

5 Rehlah 2 Kisah Sahabat, Suhbah Solehah dan Usrah

6 Mukhayyam 1 Kisah Sahabat, Kisah Para Rasul, Suhbah Solehah


dan Usrah, Fikrah

7 Muktamar 1 Dakwah (Islam Dan Kaum Penentang), Baitul


Muslim, Fikrah

8 Kelas khas Bebas Tajwid, Bahasa Arab, Fiqh


9 Taallum dzati Bebas Tajwid, Bahasa Arab, Kisah Para Rasul, Sahabat

Tajuk adalah mengikut subjek. Sila rujuk pendetailan di bawah Bahagian Subjek
Jadual Ini hanya sebagai panduan. Pelaksana boleh menyesuaikan tajuk dan perlaksanaan mengikut
keperluan, objektif, kemudahan dll

63
JADUAL 4: PANDUAN PERLAKSANAAN WASAIL TARBIYAH

64
BAB 4: PENILAIAN

Penilaian terbahagi kepada tiga peringkat, Penilaian awal, Penilaian berperingkat dan
Penilaian akhir

1. PENILAIAN AWAL
Masa
Dilaksanakan sebelum perlaksanaan manhaj atau salah satu dari bahagiannya.

Tujuan
• Untuk menentukan kesesuaian bahan dalam manhaj dengan tahap penguasaan mutarabbi
• Mengklasifikasikan peringkat mutarabbi kepada permulaan, pertengahan dan terkehadapan.

2. PENILAIAN BERPERINGKAT (bersifat takwin atau pembentukan)


Masa
Dilaksanakan beberapa kali sepanjang melaksanakan manhaj dalam sesuatu marhalah

Tujuan
1. Membantu memantapkan proses takwin
2. Menjuruskan usaha-usaha untuk mencapai objektif marhalah bagi penilaian akhir

3. PENILAIAN AKHIR (penamat): Masa


Dilaksanakan apabila selesai melaksanakan manhaj atau salah satu dari bahagian-bahagiannya

Tujuan
1. Memastikan tercapainya objektif-objektif yang diharapkan apabila selesainya objektif-
objektif bagi paksi-paksi tertentu.
2. Memastikan tercapainya objektif-objektif yang diharapkan dari manhaj secara
keseluruhannya

65
TEKNIK-TEKNIK PENILAIAN
1. Ujian kefahaman
Tujuan ujian kefahaman adalah untuk mengukur sejauh manakah tercapainya objektif berkaitan
pengetahuan pada mutarabbi.
Nota: Murabbi menyediakan ujian dan mutarabbi menjawabnya.
Contoh:

Soalan Penilaian
1. Sebutkan pengertian silaturrahim.
2. Jelaskan kedudukan silaturrahim menurut syariat.
3. Jelaskan kepentingan silaturrahim.
4. Sebut hasil kebaikan silaturrahim.
5. Senaraikan manifestasi silaturrahim.
6. Buatkan penilaian sejauh mana anda telah beramal dengan sifat ini.

2.Kad-Kad Penilaian
Tujuan kad-kad penilaian adalah untuk mengukur sejauh mana tercapainya objektif- objektif
berikut:
1. Aspek psikomotor (tingkah laku). Pemerhatian secara langsung (observation).
2. Aspek afektif (perasaan). Pemerhatian secara tidak langsung.
Nota: Murabbi sahaja yang menggunakan kad-kad pemerhatian
Contoh:
Kad pemerhatian untuk menilai kadar usaha dalam menundukkan pandangan
(diisi oleh murabbi)

No: Ciri Selalu Jarang Kadang- Jarang


kadang sekali
1 Menyakini hikmah dalam
menundukkan pandangan
2 Beriltizam dengan menundukkan
pandangan
3 Mampu menyebut dalil al Quran
dan Hadis berkaitan memandang
perkara yang diharamkan
4 Beriltizam dengan adab-adab
menundukkan pandangan
5 Melaksanakan faktor-faktor yang
dapat membantu untuk
menundukkan pandangan
6 Iltizam dengan ibadah puasa sunnah
isnin dan Khamis
7 Sentiasa menjauhi perkara yang

66
merangsangkan nafsu
8 Sentiasa membuat penilaian sejauh
mana telah menundukkan
pandangan

3.Borang penilaian kendiri


Borang disediakan oleh murabbi dan diisi oleh mutarabbi untuk mengetahui sejauh mana
pencapaian objektif berkaitan emosi dan perasaan (hala tuju– kepercayaan – kecenderungan hati)
Contoh:
Menilai sifat takutkan Allah dan muraqabahNya:
a. Di manakah kedudukan kamu dalam sifat takutkan Allah.
b. Adakah kamu sedar dan ingat sebelum kamu melakukan perbuatan bahawa suatu perbuatan
yang kamu lakukan itu diperhatikan dan akan diperhitungkan Allah.
Pilih kolum yang bertepatan dengan penghayatan kamu

Petunjuk: A=Sentiasa (4 markah), B=kerap (3 markah), C=kadang-kadang (2 markah), D=


jarang-jarang (1 markah).

MANIFESTASI A B C D

Ketika sendirian saya dapat rasakan Allah swt


sentiasa memerhatikan saya

Dalam perbuatan saya, saya ketahui yang mana


untuk Allah swt dan yang mana untuk diri saya
sendiri

Saya sedar bahawa segala tindakan saya sentiasa


diperhatikan dan saya malu dengan malaikat yang
sentiasa mengawasi saya

Saya memperkemas dan memperelokkan perbuatan


saya tatkala saya sedar bahawa Allah swt sedang
memerhatikan saya

Saya menjelaskan kepada orang lain pengertian


muraqabah dan takutkan Allah swt

Jumlahkan markah, jika mendapati markah baik, puji dan bersyukur kepada Allah. Jika
sebaliknya, periksalah diri dalam keadaan takutkan Allah

67
TAUTHIQ

Pengakuan dan pemeringkatan merupakan persaksian di hadapan Allah swt

Definisi Tauthiq
Apabila beberapa individu atau lajnah mengakui bahawa individu tertentu sudah pun memenuhi
objektif marhalah atau beriltizam dengannya, dia berhak untuk dipertingkatkan ke marhalah
seterusnya. Tauthiq merupakan satu bentuk persaksian di hadapan Allah swt, maka hendaklah
sesiapa yang melaksanakannya, takut kepada Allah swt

Tauthiq dilaksanakan apabila:

1. Berpindah seseorang individu dari suatu marhalah kepada marhalah seterusnya.

2. Tauthiq bertujuan untuk menyerahkan tanggungjawab tertentu kepada seseorang akh. Setiap
akh yang dipertanggungjawabkan itu hendaklah mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri khusus yang
melayakkannya untuk menjadi calon

Tauthiq dilaksanakan oleh satu jawatankuasa khas (lujnah) yang menilai pencapaian objektif,
kemahiran, dan perasaan. Proses ini hendaklah dilaksanakan berdasarkan marhalah. Lujnah yang
bertanggungjawab hendaklah mengadakan beberapa pertemuan secara berkala. Mereka juga perlu
hadir dalam aktiviti-aktiviti amali, samada bersendirian atau berkumpulan bersama para masul usrah
(murabbi).

Anggota lujnah tauthiq di peringkat negeri terdiri daripada:

1. Masul secara langsung (murabbi)


2. Masul tarbiah daerah.
3. Masul tarbiah negeri atau wakilnya (masul lujnah keanggotaan di peringkat negeri)

Cara pelaksanaan

1. Murabbi halaqah melapor prestasi mutarabbi secara berkala (bulanan). Mutarabbi dikategorikan
seperti berikut:

• Cemerlang dan aspek kecemerlangan (secara berasingan).

• Lemah dan aspek-aspek kecuaian dan kelemahan.

• Cara merawat kelemahan

2. Penilaian berperingkat dilakukan secara berkala (tiga bulan) berkaitan manhaj yang telah
dilalui, untuk mengukur tahap pencapaian objektif pada aspek Pengetahuan, Perasaan dan
Kemahiran). Penilaian ini merangkumi:

• Ujian Pencapaian (terhadap pencapaian objektif )


• Kad Pemerhatian (mengukur aspek perasaan dan perlaksanaan amali)
• Mentaklifkan individu dengan tugasan dan amal-amal tertentu
Setelah mutarabbi didapati memenuhi syarat-syarat di atas, murabbi bolehlah mencalonkan mereka
untuk ditingkatkan ke marhalah seterusnya

68
MUWASOFAT 10 SEBAGAI PANDUAN PENCAPAIAN TARBIYAH MARHALAH MUHIB

SALIMUL AQIDAH 1. Terima dan patuh semua perintah Allah dan menolak
selain dariNya
2. Mentauhidkan Allah pada sudut Uluhiyyah , Rububiyyah
Dan asma’ wa Sifat

3. Mengimani rukun iman

4. Tidak melakukan perkara yang boleh menyebabkan


syirik seperti:
a. Meminta bantuan daripada jin dan orang yg
menggunakan khidmat jin
b. Menjampi dengan mantera-mantera selain Al-Quran
c. Minta bantuan daripada orang yang telah mati (Para
kiyai/syeikh dll)
d. Menilik / meramal nasib

SAHIHUL IBADAH 1. Mengamalkan rukun Islam


2. Bersuci dengan sempurna daripada hadas besar dan kecil
3. Melakukan solat fardhu dan memperbaiki mutunya dari
masa ke semasa
4. Berusaha solat berjemaah
5. Qiamullail 1x seminggu dan solat sunat rawatib qabliah
dan ba’diyah
6. Berpuasa sunat 3x sebulan
7. Memberi sedekah
8. Niat menunaikan haji
9. Zikrullah, istighfar dan berselawat pagi dan petang

MATINUL KHULUQ 1. Menghiasi diri dengan sifat mahmudah seperti : benar


dan jujur, ikhlas, cinta kerana Allah, dan rahmah
2. Menghormati yang tua, menyayangi yang muda
3. Menyebarkan salam
4. Menjaga penampilan diri yang sesuai dengan akhlak
Muslim

QADIRUN ALAL 1. Mencari sumber pendapatan halal


KASBI 2. Menjauhi sumber haram seperti riba, judi, rasuah
3. Tidak boros
4. Menabung sekalipun sedikit
 
MUTSAQQAFUL 1. Membina budaya membaca
FIKRI 2. Mengetahui ilmu-ilmu dan fikrah Islam yang asas
3. Menyedari adanya penyelewengan dan penentangan

69
terhadap kebenaran Islam

QAWIYYUL JISMI 1. Menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal


2. Mengamalkan gaya hidup yang sihat
3. Iltizam dengan riyadhah 3 kali seminggu
4. Menghindari tabiat merokok

MUJAHIDUN LI 1. Meninggalkan segala yang haram dan melalaikan


NAFSIHI 2. Menjauhi tempat maksiat
3. Menjauhi sifat mazmumah seperti : khianat, hasad,
takabbur, riya’, buruk sangka
4. Mengambil berat tentang pemilihan teman yang baik

MUNAZHOMUN FI
SYU’UNIHI 1. Teratur dalam pengurusan diri, rumah tangga dan kerjaya
2. Memelihara harta peribadi dan harta awam

HARISON ALA 1. Berusaha menjaga masa


WAQTIHI 2. Mengkhususkan waktu untuk belajar (pelajar)
3. Tidak membuang masa dalam perkara yang melalaikan

NAFI’UN 1. Berbakti kepada ibubapa


LIGHOIRIHI 2. Membantu orang yang memerlukan dan yang susah
3. Menyertai aktiviti masyarakat

70

You might also like