Kata Kerja Dan Kata Adjektif

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1

KATA KERJA

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan.Dalam sesebuah
ayat,kata kerja berfungsi sebagai predikat. Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa
kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan
sebagainya.

Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif (
Perbuatan tidak Melampau ). Menurut (Nik Safiah Karim et al. 2009), kata kerja sebagai satu
golongan kata boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu, kata kerja transitif dan kata
kerja tak transitif.

Kata Kerja Transitif


Kata Kerja Transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.
Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek).

Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan 'me-' sama ada sebagai awalan atau sebahagian
daripada imbuhan seperti mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Contoh ayat: Ali menyepak bola.


Mereka memancing ikan.

Berdasarkan contoh di atas, jelas perbuatan menyepak, memancing tersebut terkena kepada orang
atau benda lain.

Contoh: Kucing itu menangkap seekor burung.\


Perempuan itu menjual sayur.
Bapa itu sedang menulis surat.

Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang
terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contoh:

Subjek Kata Kerja Transitif Objek


1. Kakak memasak kari ayam.
2. Farid menendang bola.
3. Sabri menulis surat.

Jenis-jenis Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif boleh dibahagikan kepada dua jenis:


a) Kata kerja transitif aktif- berfungsi dalam ayat aktif
Anisah mencuci pakaian di tepi sungai.
b) Kata kerja transitif pasif- berfungsi dalam ayat pasif
Pakaian dicuci oleh Anisah di tepi sungai.
2

Kata Kerja Tak Transitif


Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek.
Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan
penyambut atau objek sesudahnya.

Jenis-jenis Kata Kerja Tak Transitif

a) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap


Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et al. 2009) . Contoh:

Subjek Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Pelengkap


1.Adik bermain di padang.
2.Alias tinggal di Kedah.

b) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap


KAta Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau
penyambut. Contoh:
Subjek Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Keterangan
1.Mereka makan di sawah.
2.Mereka membeli-belah di Ipoh.

Tatabahasa : Kata Kerja

KATA KERJA

Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu
perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua:

· Kata kerja transitif

· Kata kerja tak transitif

KATA KERJA TRANSITIF (KKT)

Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk
melengkapkan maksud ayat.

KKT boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:

(minum, makan) – tiada imbuhan

meN-... - (mencangkul, menebang, memukul)

meN-...-i - (menjalani, menghadiahi, menghadapi)

meN-...-kan - (melarikan, memasukkan, menjalankan)


3

memper-... - (memperbesar, mempercantik, mempersuami, memperisteri)

memper-...-kan - (mempertingkatkan, mempertunjukkan)

memper-...-i - (memperdengari, memperingati)

KKT boleh dipasifkan. Contoh:

Ayat Aktif Ayat Pasif

Ah Moi sedang membasuh kain di dalam bilik Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di dalam bilik
air. air.

Pekerja-pekerja sedang memperlebarjalan raya. Jalan raya sedang diperlebar oleh pekerja-
pekerja.

Ibu menidurkan adik di dalam kamar. Adik ditidurkan oleh ibu di dalam kamar.

Kami makan kentang goreng itu. Kentang goreng itu kami makan.

Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah itu Pengedar dadah itu dijatuhi hukuman mati
hukuman mati mandatori. mandatori oleh Tuan Hakim.

KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)

Kata kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri
sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan
maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan.

KKTT boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang di bawah ini.

· Tanpa imbuhan (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik)

· meN-... (mengalir, meletup, menangis, membisu)

· ber-... (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)

· ter-... (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)

· ber-...-an (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)

· ber-...-kan (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)

KKTT terbahagi kepada dua iaitu;

i. KKTT tanpa pelengkap

ii. KKTT berpelengkap

KKTT Tanpa Pelengkap

Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.

Contoh:
4

Gadis itu asyik termenung.

Ayah dan ibu sedang berbicara.

Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.

KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan keterangan lanjut
tentang ayat tersebut.

Contoh:

1. Si Dara itu asyik termenung di dalam kamar.

2. Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.

3. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.

KKTT Berpelengkap

Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata sendi
nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek atau
penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh mengalami
proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.

Contoh:

1. Keadaan banjir sudah beransur surut.

2. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.

3. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.

4. Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.

5. Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.

6. Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa KKTT dan KKT mempunyai fungsi
yang berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui frasa kerja tak transitif dan frasa
kerja transitif.

Struktur Frasa Kerja Tak Transitif


5

Kata bantu KKTT Kata Sendi /adjektif Kata Nama

sedang bekerja di pejabat

ingin berbincang tentang perkara

telah terlupa akan nama rakannya

sudah bertambah kukuh -

sudah beransur sembuh -

telah bersuamikan - orang kaya

telah berpayungkan - daun pisang

Struktur Frasa Kerja Transitif

Kata Bantu KKT Objek atau Penyambut

telah membincangkan perkara

akan memperbesar rumah

sedang menggilap kasut

hendak menunggang motosikal

Kesalahan-kesalahan Kata Kerja.

1. Penggunaan KKT tanpa imbuhan.

Contoh ayat:

Haji Naseer sedang pandang lukisan itu (X)

Haji Naseer sedang memandang lukisan itu. (√)

2. Penggunaan kata sendi nama selepas KKT.

Contoh ayat:

Sharifah memahami akan kehendak adiknya. (X)

Sharifah memahami kehendak adiknya. (√)

3. Penggunaan Kata Adjektif selepas KKT.


6

Contoh ayat:

Ahmad telah menendang kuat-kuat bola itu. (X)

Ahmad telah menendang bola itu kuat-kuat. (√)

4. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT

Contoh ayat:

Cik Min akan berjumpa Cikgu Zue. (X)

Cik Min akan berjumpa dengan Cikgu Zue. (√)

5. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-...-kan

Contoh ayat:

Penculik itu bersenjatakan dengan sebilah pisau. (X)

Penculik itu bersenjatakan sebilah pisau. (√)

6. Tidak meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan.

Contoh ayat:

Ayah tidak akan pulang rumah tengah hari ini. (X)

Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini. (√)

KATA ADJEKTIF

- Kata adjektif atau kata sifat (sifat nama) ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sifat
sesuatu kata nama.

- Secara umumnya sesuatu kata yang dapat disertai kata-kata seperti amat, angat atau paling
adalah tergolong sebagai kata adjektif.

Jenis-jenis Kata Adjektif

Jenis Contoh Kata Adjektif Contoh Ayat


7

sifatan / berani, buas, cergas, pandai, rajin, - Budak itu sangat cergas
keadaan sihat
- Pelajar itu rajin sekali

warna merah, biru, hijau, kuning, jingga, - Dia suka memakai kasut yang hitam
ungu, putih
itu

- Warna kegemaran saya ialah merah

ukuran besar, kecil, kerdil, panjang, - Rumah itu besar


rendah, tebal
- Kamus yang tebal itu diterbitkan oleh

Dewan Bahasa dan Pustaka.

bentuk bujur, bulat, bundar, buncit, - Bentuk meja itu bulat.


kempis, leper
- Perut orang gemuk itu buncit.

pancaindera harum, lazat, lici, merdu, nyaring, - Masakan itu lazat rasanya
molek, manis, masam
- Suara budak itu sungguh nyaring.

waktu baru, lama, segera - Dia baru sahaja bekerja di sini.

jarak dekat, hampir, jauh - Rumah saya dekat dengan masjid

perasaan benci, marah, rindu, sayang, malu - Dia rindu akan keluarganya

kekerapan Acap kali, jarang, kerapkali, selelu, - Mereka selalu pergi bersama-sama
sering

DARJAH PERBANDINGAN KATA ADJEKTIF

Kata Adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan iaitu :-

i. Darjah biasa

ii. Darjah bandingan

iii. Darjah penghabisan

A) Darjah Biasa

- Dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa

Contoh - Bayi itu comel

- Perangai budak itu baik


8

- Badan olahragawan itu tegap

B) Darjah Bandingan

- Ada dua bentuk darjah bandingan dalam bahasa Melayu iaitu :-

* Bandingan yang sama

* Bandingan yang berbeza

Darjah Bandingan Contoh Contoh Ayat

sama Sebesar, seantik, sama - Wajah puteri itu secantik bidadari.


padan dengan, sama
- Siti sama tinggi dengan abang
tinggi dengan.
sepupunya.

berbeza Lebih besar daripada, - Negeri Sembilan lebih besar daripada


lebih tinggi daripada, negeri Melaka.
kurang kuat daripada,
- Ahmad kurang kuat daripada Ali
kurang pintar daripada

PERINGATAN :

Oleh sebab sebesar sudah membawa maksud sama besar dengan, maka kata
adjektif ini tidak perlu diikuti oleh kata sendi nama dengan.

Contoh Kesalahan Pembetulan

- Negeri Pahang tidak sebesar dengan - Negeri Pahang tidak sebesar negeri
negeri Sarawak Sarawak

- En Naufal sekaya dengan Encik - Encik Naufal sekaya Encik Halim

Halim

C) Darjah Penghabisan
9

- Darjah penghabisan dalam bahasa Melayu dapat dinyatakan dengan menggunakan kata-kata
seperti paling, teramat, terangat, sekali dan sebagainya.

Bentuk Darjah Contoh Contoh Ayat


Perbandingan

se- + kata adjektif + seberat-berat, - Setinggi-tinggi terbang bangau,


gandaan sepandai-pandai, hinggap di belakang kerbau juga.
setinggi-tinggi

yang + teR- + kata yang terbesar, yang - Gunung Kinabalu ialah gunung yang
adjektif terpandai, yang tertingi di Malaysia.
tertinggi

paling + kata adjektif paling baik, paling - Musifah muncul sebagi pelajar yang
cepat, paling pandai paling baik di sekolah kami bagi tahun ini.

kata adjektif + sekali kaya sekali, luas sekali, - Padang permainan itu luas sekali
muda sekali

yang + teR- + amat / Yang teramat besar, - Ustaz Naufal ialah orang yang
sangat yang teramat mulia, teramat mulia di Kampung Sentosa
yang tersangat tinggi

PERINGATAN :-

Kata adjektif yang berimbuhan teR- / paling tidak perlu dikuti oleh kata sekali dalam bahasa Melayu
baku.

Contoh Kesalahan Pembetulan

 Rusia ialah negara yang terbesar sekali  Rusia ialah negara yang terbesar di
di dunia dunia

 Negari yang terkecil sekali di Malaysia  Negeri yang terkecil di Malaysia ialah
ialah Perlis Perlis
10

You might also like