Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Kursus Kejurulatihan & Pertandingan Hoki

KERTAS KERJA
KURSUS KEJURULATIHAN &
PERTANDINGAN HOKI

TARIKH:
12 & 13 MARCH 2018 (ISNIN &
SELASA)

TEMPAT:
BILIK MESYUARAT, BLOK BERINGIN
& PADANG
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PULAU PINANG

ANJURAN:
KELAB HOKI,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PULAU PINANG

1
Kursus Kejurulatihan & Pertandingan Hoki

1.0 PENGENALAN
Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan institut yang berasakan bidang
pendidikan. Kelab hoki di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP)
adalah salah satu kelab yang paling aktif. Kelab ini ingin menganjurkan satu program
iaitu kursus kejurulatihan dan pertandingan hoki di kampus ini. Program ini akan
diadakan antara pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru sahaja. Hoki merupakan
sejenis sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan teras negara.

Program ini adalah salah satu usaha yang diharapkan dapat menyumbang ke
arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial berdasarkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan guru pelatih yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkemahiran dan berkeupayaan menyesuaikan
diri dalam pelbagai keadaan serta lapangan kehidupan sekaligus melahirkan
generasi guru yang berkualiti tinggi pada masa akan datang.

2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini dirancang bagi memupuk kerjasama dan kemahiran awal
dalam kalangan mahasiswi guru untuk menguruskan pertandingan-pertandingan
kokurikulum di peringkat sekolah apabila keluar sebagai guru nanti. Di samping itu,
pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kalangan
pelajar guru institut ini dan mendedahkan mereka tentang sukan hoki. Pertandingan
ini juga menjadi satu peluang bagi pelajar guru untuk membina hubungan yang baik
dalam kalangan warga institut iaitu sesama pelajar guru.

3.0 RASIONAL
Bertujuan untuk melengkapkan diri guru pelatih wanita dan lelaki dengan kemahiran
dan pengetahuan dalam pelbagai permainan hoki. Di samping itu,memberi peluang
kepada guru pelatih mengetahui peranan seorang jurulatih di dalam pengurusan,
pengendalian aktiviti, pentadbiran pasukan sukan permainandan hoki melibatkan diri
dalam sesuatu kejohanan dengan cemerlang. Selain itu, kursus ini juga dapat
memupuk semangat kerjasama dalam kalangan guru pelatih serta
bertanggungjawab dalam pengendalian sesuatu program. Jesteru, dapat melahirkan
bakal guru yang berketerampilan dan mantap dalam bidang sukan.

2
Kursus Kejurulatihan & Pertandingan Hoki

4.0 OBJEKTIF
Objektif perlawanan ini diadakan adalah untuk mencapai objektif seperti berikut :

4.1 Membina hubungan yang baik dalam kalangan warga institut iaitu sesama
pelajar guru.
4.2 Mencungkil bakat pelajar guru dan mengembangkan potensi pelajar guru
dalam sukan
4.3 Melahirkan pelajar guru yang berdaya saing, semangat kesukanan dan
kerjasama yang tinggi sebagai sebuah pasukan dalam semua warga
institut.
4.4 Untuk melahirkan guru pelatih yang sihat dan cergas dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara.
4.5 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru pelatih untuk
menganjurkan sesuatu program.

5.0 MAKLUMAT PROGRAM


JENIS TARIKH MASA TEMPAT

Ceramah tentang permainan 12 March 2018 8.00a.m. – Bilik Mesyuarat,


Hoki (Isnin) 4.30p.m. Blok Beringin

Pertandingan Hoki 13 March 2018 8.00a.m. – Padang IPGKPP


(Selasa) 1.00p.m.

6.0 SASARAN PESERTA


Guru pelatih IPG Kampus Pulau Pinang
 Tempat yang terhad (40 peserta sahaja).
 Terdiri daripada 4 kumpulan.
 1 kumpulan terdiri daripada 10 orang peserta.

3
Kursus Kejurulatihan & Pertandingan Hoki

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM


7.1 Ahli Jawatankuasa Induk

Penaung
Puan Teresa Mary

Penasihat
Encik Nik Arif (Ketua)
Encik Sobri
Encik Mohanasundram

Pengerusi
Ambiga Chandran

Naib Pengerusi
Rohayu Binti Bacho

Setiausaha
Koshla Segaran

Bendahari
Sarimah Binti Saiful

7.2 Ahli Jawatankuasa Pelaksana

7.2.1 AJK Protokol


Ng Chia Yi (ketua)
Sharan Raj A/L Anbalagan

7.2.2 AJK Pendaftaran peserta


Norsheila Binti Abdul Rahman (ketua)
Dharsini A/P Mani

7.2.3 AJK Keselamatan


Loh Wei Tong (ketua)
Jennifer Jawahar

4
Kursus Kejurulatihan & Pertandingan Hoki

7.2.4 AJK Buku Program


Subamalar A/P Saktidevan (ketua)
Davittra A/P Ramalinggam

7.2.5 AJK Peralatan


Kamalnath Gobi (ketua)
Ruzana Binti Hamzah

7.2.6 AJK Cenderamata dan Sijil


Ariathy Fairuz Binti Ali (ketua)
Niraindera Shanmugam

7.2.7 AJK Makanan


Anggeshwary Krishnan (ketua)
Zarina Binti Abu

7.2.8 AJK Dokumentasi


Kazvini A/P Kumaran (ketua)
Hazim Hamdan Bin Anwar

7.2.9 AJK Kebersihan


Nanthakumar A/L Tamilselvan (ketua)
Nur Atikah Binti Azizul

7.2.10 AJK Jemputan


Jothemoney A/P Veenayager Das (ketua)
Nur Farah Syahidah

7.2.11 AJK Publisiti


Yeap Jo Wen (ketua)
Jessica Chang Pei Chia

5
Kursus Kejurulatihan & Pertandingan Hoki

8.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN

Bil. Nama Tugas


1. Encik Ainudin Bin Saad Ketua hakim

2. Encik Mohammad Hairy Bin Said Penjaga masa

3. Encik Anbalagan Penjaga masa

4. Encik Mohanasundram Jugde line

5. Cik Lao Judge line

9.0 BIDANG TUGAS

BIL. JAWATANKUASA TUGAS & TANGGUNGJAWAB


1. Pengerusi ~Bertanggungjawab dalam menguruskan
pentadbiran, kewangan dan aktiviti.
~Memastikan arahan daripada penasihat program
dapat dijalankan.
~Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada
jawatan kuasa dalam melaksanakan tugas atau
aktiviti.
~Menjadi orang tengah dalam mengemukakan
cadangan atau usul ahli kepada pihak yang
berkenaan.
~Bertanggungjawab menentukan hala tuju
kejohanan

2. Naib Pengerusi ~Membantu pengerusi dalam melicinkan


perlaksanaan aktiviti.
~Memangku tugas pengerusi semasa
ketiadaannya.

3. Setiausaha ~Bertanggungjawab kepada pengarah dalam


bidang pengurusan dan pentadbiran.
~Mengumpul semua maklumat seperti
merekodkan semua fail-fail untuk rujukan.
~Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat

6
Kursus Kejurulatihan & Pertandingan Hoki

dalam perlaksanaan program.


~Menguruskan urusan surat menyurat kepada
pihak yang berkenaan.
~Memanggil ahli jawatan kuasa untuk
bermesyuarat.
~Menyedia dan mengedarkan catatan minit
mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang
berkenaan.
~Bersama pengerusi menentukan tempat, masa,
tarikh dan agenda mesyuarat.
~Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja
berkelompok di kalangan ahli jawatan kuasa.
~Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh
program.
~Menyusun dan menyediakan tempat dan
kemudahan mesyuarat.

4. Bendahari ~Bertanggungjawab kepada pengarah dalam


bidang pengurusan pentadbiran kewangan.
~Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk
kejohanan.
~Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang
tunai milik kejohanan.
~Menyimpan semua resit-resit, baucar-baucar,
buku rekod wang keluar masuk dan lain-lain yang
berkaitan dengan pengurusan kewangan.
~Menjaga dan menguruskan harta benda bagi
kejohanan dengan baik.
~Menyediakan laporan wang masuk dan keluar
setiap kali mesyuarat.
~Memberi pandangan dalam usaha untuk
menyelesaikan masalah kewangan bagi
perlaksanaan kejohanan.
~Menandatangani cek-cek bersama pengarah
atau setiausaha atau keduaduanya sekali.

5. Jawatan kuasa Protocol ~Membentuk satu jawatan kuasa kecil.


~Memastikan para peserta telah bersedia lebih
awal ketika acara perasmian atau penutup.
~Menyenaraikan atau menentukan tetamu
jemputan atau VIP yang akan hadir.
~Menyediakan roset untuk jemputan yang
bersesuaian.

7
Kursus Kejurulatihan & Pertandingan Hoki

~Menyediakan dan menentukan jadual latihan


bagi upacara pembukaan dan upacara penutup.
~Menyediakan teks ucapan tetamu kehormat
untuk majlis perasmian atau penutup
~Menyediakan naskhah bacaan ikrar kejohanan.
~Melantik dan melatih pembaca ikrar kejohanan.
~Menyediakan teks bacaan doa.
~Melantik dan melatih pembaca doa.
~Menyediakan peralatan-peralatan yang
diperlukan untuk upacara pembukaan atau
penutup kejohanan.
~Menjaga kawalan peserta ketika upacara
perasmian dan penutup.
~Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk
dihantar dan dipertimbangkan kepada Jawatan
kuasa kewangan.
~Menyelia susun atur kerusi bagi jemputan atau
tetamu kehormat di dalam astaka.
~Menyediakan prosedur menyambut tetamu khas
dan jemputan.

6. Jawatan kuasa ~Memastikan keselamatan peserta terjaga


Keselamatan sepanjang program dijalankan
~Memastikan tempat pertandingan selamat dan
tidak mendatangkan bahaya
~Bekerjasama dengan pihak keselamatan untuk
menjaga keselamatan tempat pertandingan.

7. Jawatan kuasa ~Membentuk satu jawatan kuasa kecil.


Buku Program ~Mereka bentuk kulit luar buku program.
~Mendapatkan bahan dan perkara yang perlu di
masukkan atau di muatkan dalam buku program
daripada ahli jawatan kuasa kecil lain.
~Mencadangkan harga-harga iklan serta
bekerjasama dengan jawatan kuasa promosi
untuk mendapat iklan-iklan untuk di muatkan di
dalam buku program.
~Mendapatkan senarai nama ahli jawatan kuasa
serta para pegawai daripada ahli jawatan kuasa
yang terlibat untuk dimasukkan dalam
buku program.
~Mendapatkan atur cara majlis dari jawatan kuasa
atur cara yang terlibat untuk dimasukkan dalam

8
Kursus Kejurulatihan & Pertandingan Hoki

buku program.
~Mendapat jadual acara daripada jawatan kuasa
teknikal yang terlibat yang terlibat untuk
dimasukkan dalam buku program.
~Mendapatkan kata-kata aluan VIP rujuk kepada
jawatan kuasa protokol untuk di muatkan dalam
buku program.
~Menyusun buku program untuk dihantar untuk
dicetak dan memastikan buku siap dicetak tepat
pada masanya.
~Menyediakan dan mengedarkan buku program
sebelum dan semasa kejohanan.
~Menyediakan dan menghantar laporan
kewangan kepada jawatan kuasa kewangan.

8. Jawatan kuasa Peralatan/ ~Membentuk satu jawatan kuasa kecil.


Teknikal ~Menyediakan alatan dan membantu jawatan
kuasa pertandingan, memeriksa alatan dan
memastikan mengikut spesifikasi.
~Menyediakan tempat pertandingan padang dan
gelanggang.
~Menempah tempat pertandingan.
~Menyediakan segala keperluan berkaitan
teknikal bagi melicinkan perlaksanaan program.
~Mengemas kini alatan dan mengawal
pergerakan alatan.
~Bertanggungjawab terhadap peralatan yang
digunakan semasa sesuatu aktiviti atau projek
dilaksanakan.

9. Jawatan kuasa Kebersihan ~Memastikan keadaan padang yang akan


digunakan dalam keadaan bersih sebelum,
semasa dan sesudah kejohanan.
~Menghubungi pihak berkenaan untuk
peminjaman alat yang di perlukan.
~Menghubungi pihak berkenaan untuk
perkhidmatan memungut sampah.
~Melantik para petugas untuk menjaga
kebersihan padang sebelum, semasa dan selepas
kejohanan.

10. Jawatan kuasa Jemputan ~Merangka surat atau kad jemputan ke kejohanan
olahraga serta menghantar untuk dicetak.

9
Kursus Kejurulatihan & Pertandingan Hoki

~Menulis dan menghantar kad jemputan kepada


tetamu kehormat dan jemputan khas.
~Menjemput dan mendapatkan senarai tetamu
kehormat dan jemputan khas yang sepatutnya
hadir pada hari penyampaian hadiah.
~Mengedarkan senarai nama jemputan khas
kepada jawatan kuasa hadiah, buku program dan
sambutan.
~Menyedia dan menghantar anggaran
perbelanjaan.

11. Jawatan kuasa Publisiti ~Merancang bentuk dan konsep hebahan yang
boleh menarik minat peserta.
~Menghebahkan serta mempromosikan butiran
berkaitan dengan kejohanan melalui:
 Poster-poster
 Kain rentang
 Iklan-iklan
 Media cetak dan media elektronik
~Mendapatkan penaja bagi keperluan promosi,
pengiklanan dan hebahan mengenai sesuatu
kejohanan.
~Menyediakan maklumat mengenai kejohanan
secara ringkas untuk promosi, maklumat perlu
terdiri daripada:
 Jadual Pertandingan
 Atur cara kejohanan
 Peta tempat berlangsung

10
Kursus Kejurulatihan & Pertandingan Hoki

10.0 TENTATIF PROGRAM


Berikut adalah tentatif program untuk Kursus Kejurulatihan dan Pertandingan Hoki
pada hari Isnin dan Selasa, 12 & 13 March 2018 :

12 March 2018

Masa Perkara

8.00 – 8.30 pagi : Pendaftaran

8.30 – 9.00 pagi : Majlis perasmian

9.00 – 10.30 pagi : Ceramah : Teori Kejurulatihan

10.30 – 11.30 pagi : Rehat

11.30 – 1.30 tengah hari : Ceramah : Teori Kejurulatihan


1.30 – 2.30 tengah hari : Makan tengah hari

2.30 – 4.00 petang : Amali Kejurulatihan

4.00 – 4.30 petang : Majlis penutup


 Penyampaian sijil & Cenderamata
 Bersurai
___________________________________________________________________

13 March 2018

Masa Perkara

8.00 - 8.30 pagi : Pendaftaran peserta


 Talkimat pertandingan

8.30 – 9.30 pagi : Perlawanan pertama (Separuh akhir)

11
Kursus Kejurulatihan & Pertandingan Hoki

10.30 – 11.30 pagi : Perlawanan kedua (Peringkat akhir 1- Penentuan)

11.30 – 12.30 tengah hari : Perlawanan kedua (Peringkat akhir 2- Penentuan)

12.30 – 1.00 tengah hari : Majlis penutup


 Penyampaian hadiah
 Bersurai

11.0ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

BIL PERKARA BILANGAN/ JUMLAH


. PERBELANJAAN
1. Minuman & Makanan 70 × RM 5.00 RM 350.00

2. Bayaran (Penceramah) 2 × RM 100.00 RM 200.00

3. Sijil kejurulatihan & penyertaan 40 × RM 2.00 RM 80.00

4. Hamper RM 100.00 RM 100.00

5. Jersey Hoki 40 × RM 16.00 RM 640.00

6. Perbelanjaan Oleh Pentadbiran RM 70.00

Peralatan
-Ubatan
-Air mineral 4 Kotak
-Bahan seminar
 Kertas A4
 Marker pen
(merah,biru,hijau)
 Fail poket
 Pensel

12
Kursus Kejurulatihan & Pertandingan Hoki

JUMLAH RM 1440.00

 Bayaran sebanyak RM25.00 bagi setiap orang yang menyertai pertandingan


ini.
12.0 SISTEM PERTANDINGAN

(SISTEM LIGA KECIL)


PUSINGAN PERTAMA

KUMPULAN A
KUMPULAN A/B
KUMPULAN B

KUMPULAN C

KUMPULAN C/D
KUMPULAN D

PUSINGAN KEDUA

PEMENANG ANTARA
KUMPULAN A/B
PEMENANG
TEMPAT PERTAMA
PEMENANG ANTARA
KUMPULAN C/D

TEMPAT KE-2 ANTARA


KUMPULAN A & B
PEMENANG
SAGUHATI
TEMPAT KE-2 ANTARA
KUMPULAN C & D

13
Kursus Kejurulatihan & Pertandingan Hoki

13.0 PERATURAN PERTANDINGAN


Antara peraturan-peraturan asas yang perlu dititikberatkan ialah:

13.1 Komposisi pasukan


 Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap.
 Setiap pasukan mempunyai 11 orang ahli.
 Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang dalam suatu masa.
 Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan, dan sekiranya
tercedera perlulah digantikan dengan penjaga gol yang lain.Jika penjaga gol
diarah keluar oleh pengadil, maka salah seorang pemain di ataspadang
perlulah menggantikan penjaga gol tersebut dan pasukan tersebut
perlubermain dengan kekuatan 10 orang satu pasukan.

13.2 Mengganti pemain


 Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain berdasarkan 16
orangpemain yang telah didaftarkan.
 Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada sudut
penalty yang diambil.
 Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan sekiranya terdapat pemain yang
dihukum keluar.
 Selepas hukuman sementara, pemain tersebut boleh diganti tanpa
memasukipadang.
 Pemain boleh digantikan pada bila-bila masa tetapi permainan tidak akan
dihentikan untuk menggantikan pemain. Namun, permainan akan
diberhentikansekiranya ingin menggantikan penjaga gol.
 Pemain yang diganti hendaklah masuk atau keluar berhampiran garisan
tengahdan penjaga gol dibenarkan masuk atau keluar melalui garisan
belakang.

13.3 Ketua pasukan


 Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan atau kapten
dalam kalangan mereka.
 Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau dihukum, maka
pemainlain perlulah menggantikan tempatnya sebagai kapten.
 Tugas kapten ialah untuk menjaga kelakuan pemain dan memastikan gentian
pemain dibuat dengan betul.

13.4 Pakaian dan peralatan pemain

14
Kursus Kejurulatihan & Pertandingan Hoki

 Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam berlainan dengan


pasukan lawan.
 Pakaian penjaga gol perlulah berlainan daripada ahli pasukan sendiri dan
pasukan lawan.
 Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol kecuali apabila
menghadapi “penalty stroke”.
14.0 BORANG PENYERTAAN

BORANG PENYERTAAN

NAMA KUMPULAN: __________________________________________________________

PENGURUS PASUKAN: _______________________________________________________

KETUA PASUKAN: ___________________________________________________________

BIL. NAMA NO. KAD PENGENALAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

15
Kursus Kejurulatihan & Pertandingan Hoki

15.0 PENUTUP

Disediakan oleh : ...............................................................


( )
Setiausaha Kelab Hoki
IPG Kampus Pulau Pinang.

Disemak oleh : ..........................................................…

Penasihat Kelab
IPG Kampus Pulau Pinang.

Disokong oleh : ..........................................................…


ABDUL LATIB BIN ABD RAHMAN
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Pulau Pinang.

Diluluskan oleh : ...............................................................


KHALID BIN HJ. AHMAD
Pengarah,
IPG Kampus Pulau Pinang.

16
Kursus Kejurulatihan & Pertandingan Hoki

17

You might also like