Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Proses Penubuhan Kelab Teater Muzikal

1.0 Penubuhan Jawatankuasa Penaja Kelab

Langkah pertama proses penubuhan kelab ialah melantik ahli jawatankuasa


penaja untuk memastikan proses penubuhan kelab berjalan dengan lancar. Antara
jawatankuasa yang akan dilantik ialah:

 Pengerusi
 Naib pengerusi
 Setiausaha
 Naib setiausaha
 Bendahari
 Naib bendahari
 Dan jawatankuasa yang lain

Dengan pelantikan ahli jawatankuasa penaja, setiap ahli jawatankuasa sedar akan
tanggungjawab mereka yang hendak dilaksanakan.

2.0 Proses Penyediaan Kertas Kerja

Sebelum sesebuah kelab atau persatuan ditubuhkan, kertas kerja cadangan


penubuhan kelab atau persatuan haruslah disediakan. Kertas kerja tersebut haruslah
meliputi perkara-perkara seperti berikut:

 Pendahuluan: Sebab-sebab penubuhan kelab akan diceritakan dalam bahagian


ini.
 Rasional: Rasional penubuhan kelab tersebut juga harulah disertakan dalam
kertas kerja bagi menyakinkan pembaca tentang kepentingan penubuhan kelab
tersebut.
 Matlamat: Matlamat penubuhan kelab merupakan hasrat jangka masa penubuhan
kelab yang hendak dicapai. Matlamat tersebut kurang berstruktur, kasar dan tidak
jelas. Matlamat tersebut akan mengambil masa yang panjang untuk dicapai.
Contohnya, memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan
potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelek tidak dapat diukur atau ditunjukkan melalui penyertaan pelajar dalam
satu kelab sahaja.
 Objektif: Objektif merupakan pencapai konkrit yang mampu dicapai dengan
mengikuti langkah-langkah tertentu dalam jangka masa yang lebih pendak.
Objektif juga lebih berstruktur dan konkrit serta boleh diukur. Oleh itu, sudah boleh
diketahui dengan yakin bahawa objektif yang telah disenaraikan akan dicapai.
 Tentafit pelaksanaan: Tentafit pelaksanan merupakan senarai aktiviti yang
hendak dijalankan dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan. Aktiviti-aktiviti
sepanjang tahun tersebut telah dirancang dan haruslah dijalankan dalam satu
tempoh masa yang telah ditetapkan.
 Jawatankuasa penaja: Jawatankuasa penaja merupakan satu senarai
jawatankuasa yang telah dilantik untuk menjalankan bidang tugas masing-masing.
Penubuhan jawatankuasa penaja adalah bertujuan untuk mengagihkan tugas
kepada ahli jawatankuasa untuk melancarkan proses penubuhan kelab tersebut.
 Kumpulan sasaran: Dalam bahagian ini, sasaran kumpulan pelajar yang boleh
menyertai kelab tersebut akan disenarikan.
 Syarat keahlian: Syarat-syarat keahilan disenarikan dalam kertas kerja supaya
pengambilan ahli akan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. tindakan ini
dapat memastikan pelajar dapat mengikut aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan.
 Perlembangan: Perlembangan disertakan dalam kertas kerja supaya ahli sedar
kelab tersebut juga mepunyai peraturan-perturan yang mesti diikuti oleh ahli kelab.
Antara perkara yang tersenarai dalam perlembangan ini adalah tanggungjawab
ahli jawatankuasa, kewangan, kehadiran atau penyertaan dan sebagainya.
 Sumber kewangan: Sumber kewangan tersebut boleh datang daripada
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan juga yuran ahli. Wang diterima akan
dikreditkan ke dalam akaun kelab tersebut dan akan dikeluarkan apabila
diperlukan.
 Penutup: Pada akhir kertas kerja ini, penutup akan ditulis. Harapan terhadap
penubuhan kelab tersebut akan ditulis dalam bahagian ini. Tandatangan pihak
tertentu seperti setiausaha jawatankuasa penaja dan guru besar akan disertakan
pada akhir kertas kerja. Dengan berbuat demikian, kertas kerja dianggap sah dan
lengkap.

3.0 Mesyuarat Jawatankuasa Penaja

Selepas siap menghasilkan kertas kerja penubuhan oleh setiausaha jawatankuasa


penaja penubuhan, kertas kerja tersebut haruslah dibentangkan dan dibincangkan dalam
mesyuarat jawatankuasa penaja. Perkara-perkara yang tersenarai dalam kertas kerja
tersebut akan disemak dan diubah sehingga mendapat persetujuan daripada setiap ahli
jawatankuasa. Perlembagaan dan undang-undang kecil yang bakal ditubuhkan juga akan
dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Tindakan seperti ini dapat memastikan kertas
kerja yang dihasilkan dalam yang terbaik dan akan mendapat kebenaran daripada guru
besar untuk menubuhkan kelab tersebut.

4.0 Kelulusan Guru Besar dan Marancang Penubuhan Kelab

Selepas kertas kerja lulus dalam mesyuarat jawatankuasa penaja, kertas kerja
tersebut akan dibentangkan kepada guru besar. Satu mesyuarat penubuhan kelab akan
diadakan selepas mendapat kelulusan daripada guru besar bagi menubuhkan kelab
tersebut.

5.0 Notis penubuhan kepada Bakal Ahli yang Berminat

Pada langkah yang seterusnya, jawatankuasa penaja boleh bermula untuk


mendapatkan ahli-ahli dalam kalangan pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar yang berminat
bolehlah menyertai kelab tersebut. Para pelajar mempunyai kebebasan unutk memilih
sama ada menyertai kelab tersebut mengikut minat mereka. Para pelajar haruslah
memberi nama kepada jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam satu tempoh yang
telah ditetapkan.

6.0 Mesyuarat Penubuhan

Pengerusi jawatankuasa penaja akan mengendalikan mesyuarat pada permulaan


mesyuarat tersebut. Perlembangaan yang bakal ditubuhkan juga akan dibentangkan
kepada bakal ahli. Satu sesi soal jawab juga akan dibuka kepada semua bakal ahli. Satu
pengerusi sementara majlis akan dilantik dan jawatankuasa penaja akan dibubarkan.
Agenda utama dalam mesyuarat tersebut adalah untuk melantik jawatankuasa yang baru
bagi mengendalikan kelab tersebut. Dalam mesyuarat tersebut, usul-usul dari ahli
mesyuarat juga akan dibincangkan. Penubuhan kelab boleh dikatakan berjaya dan
selesai apabila jawatankuasa tersebut dilantikkan. Semua ahli jawatankuasa bermula
menjalankan tugas mengikut bidang tugas masing-masing.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PERLIS
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)
Nama: LING FANG QING NO. MARTIK : 0614/3355

Tajuk Tugasan:
Berdasarkan penyataan yang diberikan, anda dikehendaki menganalisis pernyataan dan
berikan pendapat dan hujah-hujah untuk menjustifikasi pendapat anda
Pensyarah : Kursus/Mata Pelajaran:
EN RIZAM BIN ZAMRI MPU3081 KURIKULUM PERSATUAN

Tarikh hantar : 15 MAC 2017 Tarikh diterima : 15 MAC 2017

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang sediap satunya saya jelaskan sumbernya

Tandatangan :
Tarikh :
......................................................

Perincian Maklumat Tugasan:


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: ......................... Tandatangan: .........................


Tarikh: .................. Tarikh: ..................

Pengesahan pelajar terhadap maklum balas yang diberikan pensyarah.


Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tandatangan pelajar: ................................. Tarikh : ..........................


Penghargaan

Kejayaan saya dalam menyiapkan tugusan ini kerana bantuan daripada pelbagai
pihak. Pertamanya, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya,
iaitu En Rizam bin Zamri. Beliau telah banyak memberi bimbingan kepada saya semasa
saya sedang menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada ahli keluarga saya terutamanya ibu bapa saya. Mereka telah
memberi sokongan dari segi mental terutamanya semasa saya ingin beputus asa.
Sokongan ini telah membolehkan saya menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masanya.
Terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas saya yang sudi berkongsi ilmu
pengetahuan yang dimiliki. Akhirnya, saya juga ingin memohon maaf kepada sesiapa
yang saya lupa untuk menyenaraikan di sini. Saya amat menghargai pertolongan yang
anda berikan kepada saya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sekali
lagi dan kerana bantuan yang anda berikan telah membolehkan saya menyiapkan kerja
kursus pada masanya.

You might also like