Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

RESEPI KUIH SIPUT YANG RANGUP

Bahan yang diperlukan :


500 gram tepung gandum
150 gram majerin
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1 biji telur
5 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam
150 ml air

Cara Membuat :
1. Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak. Kemudian goreng udang kering juga di dalam
minyak yang sama. Selepas tu tumbuk halus kedua-dua bahan dan ketepikan.

2. Cairkan mentega dan sejukkan

3. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih
dan bahan tumbuk halus tadi

4. Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung..selepas tu gaulkan dengan tangan
sehingga menjadi serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung.

5. Pukul sedikit telur kemudian tuang ke dalam adunan tepung..selang selikan dengan air.. Gaul
sehingga menjadi doh yang lembut.. kalau rasa keras boleh tambah lagi air..lepas tu biarkan doh
seketika

6. Tabur sedikit tepung di atas dulang..Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih
siput..letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang tadi

7. Setelah itu, boleh lah digoreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di
dalam bekas kedap udara.

Kalau yang rajin atau nak membuat untuk jualan boleh la cuba resepi ini okay... =)

erikut resepi membuat Donut Apple Hijau

1 paket mauripan*
4sdb susu pekat*
4sdb gula*
Air secukupnya*
2sk garam

Campur bahan bertanda * bersama secawan air dan biarkan yis berbuih. Setelah berbuih masukkan garam
dan kacau sehingga larut. Setelah itu ketepikan.

Sediakan :
1kg tepung gandum
1 biji telor
4 sdb majerin
1sk softner powder*
1sk double action baking powder*
pati pandan dari 5 helai daun pandan
1penutup botol esen pandan
1 penutup botol pewarna ijau epal

Campur semua bahan dan gaul rata. Selepas itu masukan yis yangg telah berbuih tadi dan uli
sampai lembut. Tambah air jika perlu. Bila sudah lembut dan tak lekat pada tangan, rehatkan
seketika supaya doh kembang.

Setelah kembang tumbuk untuk buang angin dan bolehla mula bentukkan donut. Siap boleh
la mula menggoreng.

You might also like