Kertas Kerja Program Kecemerlangan Tahun Enam 2018

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROGRAM KECEMERLANGAN TAHUN ENAM 2018

1. Tajuk Program:

PROGRAM PECUTAN AKHIR PALING MANTAP SERTA BENGKEL TEKNIK


MENJAWAB SOALAN UPSR 2018 SK DATO’ SHAH BANDAR ABU BAKAR,
LABU HILIR.

2. Latar Belakang:

Program ini merupakan salah satu daripada program kecemerlangan untuk calon
UPSR 2018 yang telah dirancang oleh pihak sekolah dengan mendapat persetujuan
daripada ibu bapa. Walaupun sebahagian ibu bapa telah membayar sumbangan dana
sebanyak RM230.00 setahun namun masih belum mencukupi apatah lagi bagi menjemput
motivator luar yang menyediakan perkhidmatan motivasi dan bengkel teknik menjawab
yang akan disampaikan oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman luas di dalam
bidang dan matapelajaran masing-masing.
Oleh itu, sekolah telah membuat permohonan untuk mendapatkan sumbangan dan
sokongan daripada Kerajaan Negeri Sembilan. Hasilnya Kerajaan Negeri telah
menyumbangkan RM5000.00 untuk Program Kecemerlangan Tahun Enam 2018. Tujuan
kertas kerja ini adalah bagi mendapatkan kelulusan menggunakan sebahagian dari
sumbangan itu untuk digunakan di dalam PROGRAM PECUTAN AKHIR PALING
MANTAP SERTA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2018 SK
DATO’ SHAH BANDAR ABU BAKAR, LABU HILIR.

3. Justifikasi.:
Pihak sekolah mengambil keputusan menjemput Motivator Dr. Shah dan pasukannya
bagi memberikan motivasi dan bengkel di atas beberapa pertimbangan:
i. berdasarkan pengalaman pada tahun 2017, sekolah mendapati program
yang diberikan oleh Dr. Shah sangat memberikan impak kepada murid.
Namun oleh kerana program diadakan agak lewat, disebabkan oleh
kekangan masa, maka kesannya agak kurang memberangsangkan. Oleh
itu sekolah menjemput beliau dan pasukannya pada tahun ini iaitu pada
pertengahan bulan Julai
ii. Pasukan penceramah yang dibawa oleh Dr. Shah adalah pasukan yang
berpengalaman dan mantap, ada yang merupakan guru pakar, pemeriksa,
penggubal soalan dan ada juga yang menjadi penceramah tetap di ruangan
DIDIK Berita Harian, TUTOR di Utusan Malaysia dan TV Pendidikan
Astro TV.
iii. Program diadakan di sekolah maka banyak masa ditumpukan kepada
program bagi mendapatkan hasil yang optimum.
iv. Program Dr. Shah bersifat holistik kerana bukan sahaja merangkumi
bidang akademik, malah juga melibatkan aspek kerohanian, emosi dan
fizikal murid dan ini menepati Falsafah Pendidikan Negara.
v. Penekanan aspek KBAT yang merupakan elemen penting di dalam
pendidikan alaf ke 21turut dititkberatkan di dalam program ini.

4. Matlamat (Output/Outcome):

Sekolah menjangkakan dan mengharapkan program ini akan dapat menyokong


dan seterusnya melengkapi program kecemerlangan tahun enam bagi tahun 2018:
Output: menyuntik semangat dan motivasi kepada murid dan guru untuk berusaha
lebih jauh lagi ke hadapan.

Outcome: murid-murid tahun enam 6 2018, akan dapat merealisasikan pencapaian


sasaran sekolah iaitu 100% mencapai kompetenssi sekurang-kurangnya minimum. Dan
5- 6 orang atau lebih mendapat keputusan cemerlang iaitu 6A ( semua matapelajaran).

5. Tarikh : 14 - 15 JULAI 2018 (SABTU – AHAD)


Masa : 7.30 PAGI HINGGA 6.00 PETANG (HARI PERTAMA)
7.30 PAGI HINGGA 2.00 PETANG (HARI KEDUA)
Tempat : LAMAN PENDETA SDAB

6. Sasaran peserta (bilangan pelajar): 62 orang murid tahun 6 2018

7. Implikasi kewangan:
I. Sumber Kewangan: SUWA (Sumbangan Dari Kerajaan Negeri)
a. Kos Perbelanjaan makan minum

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH


1. Makan minum peserta bagi dua hari
14/7/18:
Minum pagi 62 orang X RM2 RM124.00
Kudapan pagi 62 orang X RM3 RM 186.00
Makan tengahari 62 orang X RM5 RM310.00
Minum petang 62 orang X RM2 RM124.00
15/7/18:
Minum pagi 62 orang X RM2 RM124.00
Kudapan pagi 62 orang X RM3 RM 186.00
Makan tengahari 62 orang X RM5 RM310.00
JUMLAH RM1364.00

b. Kos Perbelanjaan Proses PDPc:

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH


2. Buku Modul 4 subjek 62 orang X RM10.25 RM635.50
= RM10.25
JUMLAH RM635.50

JUMLAH KESELURUHAN RM1999.50


8. Tentatif program
14 JULAI 2018 (SABTU)

7.30 PAGI - SARAPAN PAGI

8.00 PAGI - TAKLIMAT

8.30 PAGI - BENGKEL BAHASA INGGERIS

10.30 PAGI - KUDAPAN PAGI

11.30 PAGI - BENGKEL SAINS

1.30 PETANG - MERARAU (MAKAN TENGAHARI)

SOLAT ZOHOR BERJEMAAH

2.30 PETANG - BENGKEL MATEMATIK

4.30 PETANG - KUDAPAN PETANG

SOLAT ASAR BERJEMAAH

5.00 PETANG - BERSURAI

15 JULAI 2018 (AHAD)

7.30 PAGI - SARAPAN PAGI

8.00 PAGI - SOLAT DHUHA BERJEMAAH

BACAAN SURAH ARRAHMAN

9.00 PAGI - BENGKEL BAHASA MALAYSIA

10.00 PAGI - KUDAPAN PAGI

10.30 PAGI - CERAMAH MOTIVASI DR. SHAH

12.30 TENGAHARI - MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

1.00 PETANG - MERARAU (MAKAN TENGAHARI)

SOLAT ZOHOR BERJEMAAH

- BERSURAI
9. Pelan kontigensi : Program ini akan ditangguhkan ke suatu masa yang lebih sesuai
sekiranya tidak dapat dijalankan.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disah dan diluluskan oleh

…………………… …………………. ……………………


(NOR HASHIMA HASSIM) (MUHAMAD BIN ISMAIL) MD. ARIS BIN YUSOF
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Penolong Kanan Akademik Guru Besar

SK Dato’ Shah Bandar Abu Bakar, Labu Hilir, 71900 Labu, Negeri Sembilan Darul Khusus

You might also like