Nota Imbangan Duga 2018

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MODUL 6 : Imbangan Duga

Fungsi imbangan duga:


1. Menyemak ketepatan kemasukan catatan bergu
2. Menguji ketepatan pengiraan
3. Memudahkan penyediaan penyata kewangan (penyata pendapatan & kunci
kira-kira)

Penyediaan imbangan duga


- disediakan diakhir tahun setelah mengimbangkan semua akaun lejar
- semua akaun yang mempunyai baki debit akan direkodkan dibahagian
debit imbangan duga dan akaun yang mempunyai baki kredit akan di
rekodkan dibahagian kredit dalam imbangan duga

Rumusan Imbangan Duga


Butir / Akaun Debit Kredit
Akaun aset XX
Akaun liabiliti XX
Akaun belanja XX
Akaun hasil XX
Akaun modal XX

Bentuk imbangan duga


Bentuk lajur
Imbangan Duga bagi bulan berakhir 31 Disember 2017
Akaun Debit Kredit

Jumlah

Bentuk T
Imbangan Duga bagi bulan berakhir 31 Disember 2017
Butir Jumlah Butir Jumlah
Pembetulan Kesilapan
Jenis kesilapan:
Kesilapan Ketara - kesilapan yang menyebabkan imbangan duga tidak
seimbang
- jumlah sebelah debit berbeza dengan jumlah sebelah
kredit
1. Kesilapan menghitung
2. Kesilapan Ketinggalan satu catatan
3. kesilapan amaun
4. kesilapan perekodan disebelah yang salah
5. kesilapan lain dalam imbangan duga
Kesilapan Tidak Ketara - kesilapan yang tidak ditunjukkan dalam imbangan
duga dimana imbangan duga seimbang
1. Kesilapan ketinggalan satu urusniaga
2. Kesilapan terbalik / songsang
3. Kesilapan komisen
4. Kesilapan saling mengimbangi
5. kesilapan prinsip
6. Kesilapan amaun
Huraian dan contoh Kesilapan Ketara
Kesilapan menghitung - kesilapan mengira baki / jumlah pada jurnal dan
kemudiannya diposkan ke lejar dengan jumlah yang
salah
- contoh Jumlah Jurnal Jualan RM696 tetapi tersalah
kira diposkan ke Akaun Jualan sebagai RM796
Kesilapan Ketinggalan - hanya satu akaun sahaja dibuka untuk satu urusniaga /
Satu Catatan tidak mengikut system catatan bergu
- satu akaun telah didebitkan tanpa ada akaun lain yang
dikreditkan dengan jumlah yang sama
- contoh : Cek yang bernilai RM500 untuk dibayar gaji
telah dikreditkan dalam Buku Tunai tetapi tiada
catatan dalam akaun gaji
Kesilapan amaun - amaun disebelah debit tidak sama dengan amaun
disebelah kredit
- contoh : Belian barangniaga secara kredit daripada
Pemborong Dukalara RM450 telah didebitkan dalam
akaun belian tetapi dikreditkan RM540 dalam Akaun
Pemborong Dukalara
Kesilapan perekodan - perekodan satu urusniaga direkodkan sebelah debit
disebelah yang sama dalam kedua-dua akaun atau disebelah kredit
dikedua-dua akaun
- contoh jualan barangniaga secara tunai , dikredit
dalam akaun jualan dan dikreditkan juga dalam akaun
tunai
Kesilapan lain dalam - kesilapan menghitung
imbangan duga - kesilapan menyenaraikan baki samada debit atau
kredit
Huraian dan contoh Kesilapan Tidak Ketara
Kesilapan catatan satu - satu urusniaga yang berlaku langsung tidak direkod
urusniaga dalam mana-mana akaun
- tiada akaun didebit dan tiada akaun dikredit
- Contoh ; pemilik mengambil wang tunai RM500 tidak
direkodkan dalam mana-mana buku
Kesilapan terbalik atau - Catatan bergu diterbalikkan dalam akaun yang betul
songsang - Catatan sepatutnya sebelah debit tetapi dikreditkan
dan satu akaun lagi sepatutnya dicatat sebelah kredi
tetapi dikreditkan
- Contoh; bayar sewa dengan cek dikreditkan ke akaun
sewa dan didebitkan dalam akaun bank
Kesilapan komisen - Catatan bergu urusniaga sebelah debit dan kredit
adalah tepat tetapi dicatat dalam akaun yang salah
- Contoh : Beli barang niaga secara kredit daripada
Pembekal Johan RM5000 direkodkan dalam Akaun
Pembekal Mohan
Kesilapan saling - Kesilapan disebelah debit telah diimbangi oleh
mengimbangi kesilapan yang sama disebelah kredit dengan amaun
yang sama
- Melibatkan dua urusniaga berlainan yang saling
menampung kekurangan masing-masing
- Contoh ; akaun sewa yang dibayar terkurang rekod
RM100, begitu dengan Akaun Komisen Diterima juga
terkurang dengan jumlah yang sama
Kesilapan prinsip - Urusniaga dicatat dalam akaun yang salah
- Contoh : beli perabot secara kredit RM1000 telah
didebitkan dalam akaun belian
Kesilapan amaun - Amaun dalam Buku Catatan Pertama telah tersalah
rekod dan amaun yang salah itu diposkan pula ke lejar
- Contoh : belian kredit daripada RM560 daripada
Pembekal Muslim telah direkodkan dalam Jurnal
belian sebanyak RM650 dan direkod dalam akaun
Pembekal Muslim juga RM650
Pembetulan Kesilapan
- Jika kesilapan hanya melibatkan satu bahagian sahaja (samada
debit/kredit), pembetulan tidak melibatkan jurnal am
- Tetapi jika kesilapan melibatkan kedua-dua bahagian debit dan kredit, maka
catatan jurnal am perlu dibuat

Hubungan Antara Imbangan Duga dan Penyata Kewangan


- Imbangan dua memudahkan penyediaan penyata pendapatan dan kunci kira-
kira a) Penyata Pendapatan
- Disediakan untuk mengetahui prestasi perniagaan samada untung
rugi dalam satu tempoh perakaunan
- Perniagaan menjual barangan, penyediaan penyata
pendapatan melibatkan untung kasar dan untung bersih
- Perniagaan perkhidmatan, penyata pendapatan hanya melibatkan
untung kasar sahaja
- Untung kasar = jualan bersih – kos jualan
- Untung bersih = untung kasar + hasil – belanja

b) Kunci Kira-kira
- Menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan
- Menunjukkan jumlah asset, liability dan ekuiti pemilik perniagaan
- Asset disusun mengikut kecairan. Asset bukan semasa yang sukar
cair disenaraiakan terlebih dahulu
- Tujuan kunci kira-kira:
a) Menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan
b) Menunjukkan kecairan perniagaan (modal kerja)
c) Menunjukkan jumlah modal yang dilaburkan oleh
pemilik, keuntungan/kerugian dan ambilan
d) Menunjukkan kedudukan aset dan liabiliti peniagaan

Kesan Perekodan Sistem Inventori Terhadap Penyata Pendapatan


- Dua kaedah penilaian stok ialah system inventori berkala dan
system inventori
tidak terperinci
tepat berterusan
, nilai stok tidak tepat menyebabkan untung rugi kurang
- Melalui sistem inventori berterusan, rekod keluar masuk inventori
adalah terperinci, nilai inventori nya tepat dan untung rugi yang dikira
adalah tepat
-

You might also like