Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MELUKIS POSTER SEMPENA HARI

KEMERDEKAAN 2017

❖ Pertandingan melukis poster ini terbuka kepada anak-anak kakitangan


Hospital Tuanku Ja’afar Seremban sahaja dan kakitangan perlulah
mendaftar sebagai Ahli Perpustakaan Perubatan HTJS.
❖ Dibuka untuk anak-anak sekolah menengah rendah (Tingkatan 1-3)dan
menengah atas (Tingkatan 4-5).
❖ Tema poster ialah “Sehati Sejiwa, Bangsa Membaca Bangsa Berjaya”.
❖ Peserta bebas menggunakan sebarang bahan mewarna.
❖ Lukisan grafik dan adaptasi menggunakan komputer tidak dibenarkan.
❖ Lukisan dan idea poster mestilah hasil ciptaan sendiri.
❖ Poster hendaklah dihasilkan atas kertas berukuran 37.5 cm x 27cm
(drawing block).
❖ Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang pertandingan yang
lengkap dan hendaklah dikepilkan bersama-sama poster semasa
penghantaran.
❖ Tarikh tutup penyertaan pada 15 September 2017.
❖ Hadiah berupa hamper untuk tempat pertama, kedua dan ketiga dan
4 hadiah saguhati.
❖ Keputusan pertandingan akan di umumkan pada 27 September 2017
melalui telefon kepada pemenang.
❖ Segala keputusan hakim adalah muktamad.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 2017

❖ Pertandingan mewarna terbuka kepada anak-anak kakitangan Hospital


Tuanku Ja’afar Seremban sahaja (berumur 4-12 tahun) dan kakitangan
perlulah mendaftar sebagai Ahli Perpustakaan Perubatan HTJS.
❖ Penggunaan warna pencil atau krayon sahaja dibenarkan.
❖ Borang penyertaan boleh didapati di kaunter Perpustakaan Perubatan HTJS
pada waktu bekerja kecuali waktu rehat.
❖ Tarikh tutup penyertaan pada 15 September 2017.
❖ Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang pertandingan yang
lengkap dan hendaklah dikepilkan bersama-sama poster semasa
penghantaran.
❖ Hadiah berupa hamper untuk tempat pertama, kedua dan ketiga dan 4
hadiah saguhati.
❖ Keputusan pertandingan akan di umumkan pada 27 September 2017
melalui telefon kepada pemenang.
❖ Segala keputusan hakim adalah muktamad.

You might also like