Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PENGENALAN

Pada masa kini, organisasi dan syarikat dilihat begitu pesat membangun dan berkembang dari
segi bilangan pekerja bertambah, pelbagai jenis jabatan ditubuhkan dan juga pelbagai jenis
pekerjaan yang diwujudkan. Dalam memenuhi keperluan dan matlamat seperti ini, mereka
memerlukan sistem pengkomputeran awan atau storan awan. Hal ini kerana, storan awan
adalah salah satu alat teknologi yang sangat berguna dalam sesebuah perniagaan. Storan awan
dapat membantu sesebuah organisasi untuk membangunkan aplikasi perniagaan yang akan
membawa kepada nilai perniagaan yang sebenar. Namun begitu, terdapat beberapa kriteria
dalam pemilihan dan penggunaan storan awan yang sesuai (Staten, 2008).

Laporan ini akan membincangkan tentang jenis-jenis dan kesan pembangunan


teknologi terkini storan awan dalam sebuah organisasi. Selain itu, laporan ini turut
membincangkan beberapa kriteria dalam pemilihan sesebuah jenis storan awan yang sesuai
digunakan dalam organisasi. Jenis-jenis storan awan dan perbezaan antara mereka juga akan
turut dinyatakan dalam laporan ini. Di samping, membincangkan manfaat dan cabaran
penggunaan storan awan dalam sesebuah organisasi.

Definisi

Storan awan sehingga kini masih menjadi topik hangat dalam perbincangan. Namun begitu,
terdapat beberapa perdebatan mengenai definisi sistem ini.

Menurut Haag dan Cumming (2010), pengkomputeran awan merupakan salah satu
model teknologi di mana semua perisian, dan pelbagai jenis data dihantar atau dipindahkan
sebagai satu set perkhidmatan melalui rangkaian Internet.

Secara umumnya, storan awan merupakan satu bentuk perkhidmatan di mana para
pengguna boleh menyimpan dan memindahkan pelbagai bentuk maklumat seperti foto,
muzik, dokumen, video, atau apa sahaja yang berfungsi seperti fail. Maklumat yang telah
disimpan pula, boleh didapati semula dengan mudah daripada komputer, telefon, televisyen
atau peranti lain dengan rangkaian Internet. Storan bermaksud tempat penyimpanan,
manakala awan pula merujuk sebagai satu metafora bagi Internet. Perkhidmatan komputeran
awan biasanya lebih banyak kepada penggunaan dalam perniagaan.
Perkhidmatan-perkhidmatan ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu
Perisian sebagai sebuah perkhidmatan (SaaS), Pengkomputeran Utiliti, Perkhidmatan Web,
Pelantar sebagai sebuah Perkhidmatan (PaaS), Pembekal Khidmat terurus (MSP),
Perdagangan Perkhidmatan, dan Intergrasi Internet. Antara storan awan yang popular adalah
seperti Dropbox, iCloud, SkyDrive, dan Google Drive. Namun begitu, sesetangah storan awan
akan mengenakan bayaran kepada para pengguna untuk mendaftar.

LIMA CIRI-CIRI PENTING DALAM PROSES PEMILIHAN STORAN AWAN


YANG SESUAI

Penyimpanan awan adalah suatu trend masa kini yang amat penting dalam sesebuah
organisasi. Namun begitu, pemilihan storan awan yang hendak digunakan juga adalah sangat
penting. Ini kerana, storan ini adalah cukup penting kerana fail yang berisi maklumat dan data
perniagaan boleh terjejas ke tangan orang luar.

1. Jumlah Pengguna

Terdapat lima elemen yang perlu dititikberatkan semasa memilih jenis storan awan yang
hendak digunakan. Antaranya ialah jumlah pengguna. Jumlah pengguna bermaksud bilangan
pengguna yang menggunakan storan awan sesebuah jenis. Bilangan pengguna ini dapat
mengambarkan kesedaran dan populariti storan awan tersebut. Hal ini kerana, storan awan
yang baik dan mempunyai sistem yang baik akan dapat menarik ramai penggunanya.
Pengguna akan tertarik dengan storan awan yang mereka senang untuk faham dan mudah
untuk diakses. Antara storan awan yang popular di kalangan pengguna adalah seperti
OneDrive, iCloud dan DropBox.

2. Harga

Harga juga merupakan salah satu kriteria dalam pemilihan storan awan. Harga adalah aspek
penting dalam pemilihan ini kerana setiap pengguna atau organisasi sangat menitikberatkan
hal ini. Mereka mahu harga yang ditawarkan adalah setimpal dengan kemahuan mereka.
Sebagai contoh, storan yang mempunyai harga yang mahal akan menyediakan lebih banyak
perkhidmatan untuk para pengguna seperti ruang simpanan yang besar. Namun, jika saiz atau
ruang simpanan yang menjadi keutamaan, pengguna boleh memilih perkhidmatan yang
memberikan harga terendah atau berpatutan.

3. Tahap Keselamatan

Seterusnya, dari segi keselamatan. Aspek keselamatan adalah aspek yang paling penting
dalam hal ini. Hal ini demikian, tanpa sistem keselamatan yang baik, storan awan tidak dapat
memberikan perkhidmatan yang baik kepada penggunanya. Tanpa sistem keselamatan yang
tinggi juga boleh mengakibatkan pelanggan boleh kehilangan data-data berharga mereka yang
telah disimpan dalam storan awan. Oleh itu, para pengguna hendaklah memahami setiap dasar
privasi dan ciri-cirinya tawaran sebelum membuat pilihan yang tepat. Ciri-ciri yang
dimaksudkan adalah seperti perlindungan kata laluan bagi setiap fail, Penyulitan fail, dan
juga pengesahan fail sebelum membukanya. Perkhidmatan storan awan juga mestilah
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap data semasa pergerakan dan penyimpanan.

4. Ruang penyimpanan

Selain itu, ruang penyimpanan yang fleksibel amatlah penting dalam aspek pemilihan ini.
Terdapat banyak perkhidmatan storan awan yang mula menawarkan kapasiti storan yang
besar dan fleksibel. Hal ini akan memberikan para pengguna dapat memilih storan yang
mereka mahu mengikut saiz fail yang hendak disimpan dan diakses untuk masa ini dan masa
hadapan. Oleh itu, para pengguna hendaklah mengetahui berapa banyak ruang dalam storan
awan tersebut sebelum menggunakannya. Perkhidmatan storan awan yang terbaik juga adalah
yang menyediakan ruang simpanan tanpa had dan yuran bulanan yang tetap. Ini bagi
membolehkan para pengguna dapat menyimpan sebanyak mana fail yang dikehendaki tanpa
had masa dan ruang simpanan.

5. Bantuan dan Sokongan

Kriteria yang terakhir ialah bantuan dan sokongan. Pengguna hendaklah memilih
perkhidmatan storan awan yang mesra pengguna. Mesra pengguna dapat didefinisikan sebagi
storan awan yang mempunyai bahagian bantuan dan sokongan yang tinggi terhadap para
penggunanya. Sebagai contoh, sumber teknikal yang sentiasa bersedia untuk membantu dan
sentiasa menyediakan tutorial dan maklumat yang komprehensif agar pengguna dapat
mengikuti dengan senang dan mudah. Bantuan kepada pelanggan secara berterusan juga akan
memberikan keyakinan kepada pengguna.

KEBAIKAN-KEBAIKAN PENGGUNAAN STORAN AWAN DALAM ORGANISASI

1. Kegunaan

Perkhidmatan storan awan membolehkan para penggunanya untuk memindahkan,


menghantar, menguruskan maklumat atau data dalam bentuk fail di antara storan awan dan
storan mereka yang lain. Mereka boleh memindahkan seberapa banyak dan berat fail tersebut
ke dalam storan awan. Fail-fail yang telah dihantar atau disimpan dalam storan awan juga
boleh dikongsi dengan orang lain atau jadikannya sebagai peribadi atau persendirian.

2. Jalur Lebar

Dari segi jalur lebar, storan awan dapat mengelakkan pengguna daripada menghantar e-mel
kepada individu tetapi sebaliknya menghantar pautan laman web kepada penerima menerusi
e-mel anda. Storan awan juga membolehkan maklumat dan fail yang disimpan untuk dikongsi
dengan pengguna lain hanya dengan beberapa klik dengan bantuan rangkaian Internet. Storan
awan juga merupakan satu keadaan yang tidak dapat dilihat dan tidak mengambil sebarang
ruang di pejabat ataupun di rumah.

3. Kebolehcapaian

Segala maklumat dan data dalam fail yang disimpan pengguna boleh diakses dan dibaca dari
mana-mana tempat melalui sambungan Internet. Kini, para pengguna tidak perlu lagi bimbang
sekiranya mereka hendak memindah atau menyimpan maklumat penting organisasi mereka.
Ianya juga mudah diakses walaupun ketika itu kita bukan berada di tempat kerja mahupun di
rumah. Kini, pengguna hanya perlu menggunakan pelbagai jenis peranti seperti tablet, telefon
pintar, dan computer untuk mengakseskannya.
4. Sekuriti Data

Pemulihan bencana amat digalakkan kepada pengguna terutamanya bagi golongan peniaga
agar perniagaan mereka mempunyai pelan cadangan yang lengkap dan sesuai. Storan awan
boleh digunakan sebagai pelan cadangan oleh perniagaan dengan menyediakan salinan kedua
ke dalam sistem penyimnpanan ini. Fail-fail ini kemudiannya boleh disimpan dalam lokasi
yang tertentu dan oleh diakses di mana-mana sahaja menerusi sambungan Internet. Storan
awan juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk menyimpan “backup file” sementara
menunggu computer atau laptop kita diformat. Pengguna juga tidak perlu risau tentang
kehilangan fail di dalam storan awan kerana majoriti storan awan tidak akan memadam fail
yang disimpan walaupun pengguna tidak membuka storan tersebut.

PERBANDINGAN JENIS-JENIS STORAN AWAN SERTA CADANGAN JENIS


STORAN YANG TERBAIK UNTUK ORGANISASI

1. Awan awam (Public Cloud)


Public Cloud merupakan storan awan yang digunakan oleh sesiapa sahaja individu
mahupun pelbagai pihak organisasi dalam menyimpan data tertentu. Perkhidmatan ini
dijual kepada awam melalui internet. Pembekal sumber bagi storan jenis ini lebih
menumpukan perhatian kepada kalangan pengguna awam yang menjadikan storan
awan jenis awam ini mudah diperoleh di sumber utama iaitu internet.

2. Awan Persendirian (Private Cloud)


Private Cloud merupakan storan awan yang hanya digunakan oleh individu dan
organisasi tertentu untuk tujuan kegunaan persendirian ataupun untuk kegunaan
organisasi. Storan awan jenis ini memudahkan pihak-pihak tertentu menyimpan data-
data penting ke dalam storan awan tanpa boleh diakses oleh pihak luar. Menurut Noor
Aslamiah (2013), perkhidmatan storan jenis ini merupakan satu rangkaian data pusat
yang membekalkan perkhidmatan kepada beberapa orang dalam kuantiti yang terhad.
Sebagai contoh, dalam sesebuah syarikat ataupun organisasi data yang wujud dalam
storan ini hanya boles diakses oleh sesiapa sahaja dalam organisasi tersebut sahaja.
Sistem tersebut akan dikawal oleh pekerja IT organisasi tersebut untuk mengelakkan
data penting dan sulit keluar tanpa kawalan.

3. Awan Hibrid (Hybrid Cloud)


Hybrid Cloud merupakan gabungan antara public cloud dan private cloud. Individu
ataupun organisasi yang menggunakan public cloud boleh mendapatkan maklumat
yang dibenarkan oleh mana-mana organisasi dalam cloud mereka. Selain itu, storan
jenis ini membolehkan organisasi menyimpan data mereka ke dalam private cloud dan
selebihnya boleh disimpan ke dalam public cloud.

Rajah 1: Perbandingan jenis-jenis storan awan


Mohd Ashraf dan Thoyyib Mohamed (2016) menjelaskan bahawa storan awan persendirian
ataupun private cloud adalah jenis storan awan yang terbaik untuk sesebuah organisasi. Hal
ini demikian kerana storan awan jenis persendirian ini berupaya untuk berkongsi data atau fail
kepada semua pengguna yang wujud dalam sesebuah organisasi. Contoh terbaik adalah
Dropbox.

Dropbox bukan sahaja boleh menguruskan maklumat projek namun demikian storan
ini sangat penting untuk pekerja dalam organisasi untuk menyimpan data mereka dengan
selamat tanpa ada gangguan daripada pihak luar. Tambahan dari itu, penggunaan aplikasi
storan awan jenis persendirian ini telah lebih memudahkan perkongsian data organisasi antara
pekerja dengan pihak atasan organisasi di samping telah memudahkan dan meningkatkan
kualiti komunikasi antara pekerja.

JENIS STORAN AWAN DAN PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

1. Storan Awan Awam (Public Cloud Storage)


Storan awan jenis awam adalah merupakan storan yang sering digunakan oleh ramai
pengguna. Storan awam boleh diakses dengan menggunakan internet. Perkhidmatan
ini dijual kepada awam melalui internet. Pembekal sumber bagi storan jenis ini lebih
menumpukan perhatian kepada kalangan pengguna awam yang menjadikan storan
awan jenis awam ini mudah diperoleh di sumber utama iaitu internet. Sebagai contoh
Google Drive. Ia merupakan satu storan yang berfungsi dengan Drive, Gmail dan
Google Foto yang membolehkan pengguna menyimpan fail, lampiran e-mel dan
membuat sandaran gambar-gambar terus ke dalam Drive. Selain itu, walaupun fail
yang wujud dalam Google Drive bersifat peribadi namun pengguna boleh berkongsi
data yang ada dengan pengguna lain seperti pengguna lain boleh melihat, mengulas
dan mengedit apa-apa fail folder yang dipilih.

2. Storan Awan Persendirian (Private Cloud Storage)


Bagi storan jenis ini ia adalah storan awan yang hanya digunakan oleh pelanggan
tertentu. Menurut Nur Solehah Othman (2015), storan jenis ini boleh diurus secara
dalaman oleh internet ataupun boleh diurus oleh pihak ketiga. Sebagai contoh
Dropbox. Dropbox merupakan salah satu storan awan yang terbaik yang mampu
memberikan kepuasan kepada penggunanya. Storan ini memiliki sistem pengaksesan
yang lebih fleksibel di mana pengguna boleh mengakses Dropbox dengan
menggunakan komputer ataupun telefon pintar. Kewujudan storan ini telah
menyebabkan pengguna lebih memilihnya berbanding menggunakan external hardisk
kerana pengguna beranggapan bahawa Dropbox lebih memudahkan kerana hanya
memerlukan internet sahaja untuk menggunakannya.

3. Storan Awan Hibrid (Hybrid Cloud Storage)


Storan awan jenis hibrid adalah terdiri daripada penyedia dalaman dan pembekal
pihak ketiga yang mana sebahagian besar storan awan adalah bersifat peribadi yang
hanya boleh digunakan secara dalaman dan bahagian yang lain pula adalah jenis awam
yang boleh digunakan atau diakses secara luaran (Alghali, Alwi dan Ismail, 2013).
Sebagai contoh adalah IBM Cloud Computing. Storan jenis ini merupakan contoh
terbaik bagi Hybrid Cloud Storage kerana ia bukan sahaja diaplikasikan dalam storan
persendirian malahan turut digunakan dalam awam. Terdapat pelbagai jenis produk
yang ditawarkan oleh storan jenis ini dengan tujuan untuk memudahkan pengguna
mengakses walau di mana saja.

CABARAN DALAM MENGGUNAKAN STORAN AWAN DALAM ORGANISASI

Noor Aslamiah (2013) menjelaskan bahawa walaupun dilihat perkhidmatan pengkomputeran


awan ini dilihat mempunyai banyak manfaat kepada organisasi atau koperasi tetapi wujud
juga cabaran atau kekangan yang pasti dihadapi dalam konteks penggunaan storan awan ini.
Terdapat empat cabaran yang akan dibincangkan dalam penulisan esei ini. Antaranya adalah,
cabaran dari segi kegunaan, jalur lebar, kebolehcapaian dan sekuriti data ataupun keselamatan
data.

Cabaran yang pertama adalah kegunaan. Umum mengetahui bahawa storan awan
mudah digunakan oleh umum terutamanya organisasi yang terbabit. Namun demikian di
sebalik kebaikan yang ada ini sebenarnya terselit satu cabaran yang bakal dihadapi terutama
organisasi yang baru saja menjinakkan diri dalam penggunaan storan awan ini. Hal ini
demikian kerana, bagi organisasi yang masih baru akan berhadapan dengan cabaran untuk
mengaplikasikan kaedah ini dalam organisasi mereka. Pihak organisasi akan mengambil masa
untuk mengajar kakitangan organisasi untuk mahir menggunakan aplikasi ini. Keadaan ini
akan melibatkan masa dan kos penyelenggaraan.

Cabaran yang kedua adalah dari segi keselamatan data yang disimpan di dalam storan
awan berkenaan. Isu keselamatan data sering kali dikaitkan dengan kegagalan pelbagai jenis
storan awan ini untuk menjaga data yang terkandung di dalamnya daripada dicuri atau
digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Namun demikian tidak dinafikan bahawa
jika organisasi mematuhi prosedur-prosedur keselamatan semasa membuat urusan di internet,
data-data peribadi milik organisasi selamat daripada kecurian (Rosidah Rashid, 2013).

Cabaran yang seterusnya adalah dari segi jalur lebar. Jalur lebar adalah aspek yang
paling penting bagi keberlangsungan kegunaan storan awan ini. Bagi organisasi yang
lokasinya jauh terpencil dari pusat akses utama internet akan menghadapi kesukaran dari segi
mendapatkan dan menyampaikan maklumat. Keadaan ini akan menyebabkan perbelanjaan
perkakasan dan perisian serta penyelenggaraan akan meningkat bagi menampung
keberkesanan jalur lebar yang sedia ada di lokasi yang terpencil tersebut walaupun
perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) sudah menjadi satu projek perdana
negara.

Cabaran yang keempat adalah kebolehcapaian. Isu kebolehcapaian dalam konteks


pengkomputeran awan ni adalah merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh pengguna
khususnya organisasi untuk mencapai maklumat yang ada dalam storan awan. Kebiasaannya
masalah kebolehcapaian ini berkait dengan kelajuan rangkaian yang kurang memuaskan
terutama di negara-negara yang sedang membangun memandangkan untuk mengakses data
adalah memerlukan kelajuan rangkaian yang tinggi (Indu Arora and Anu Gupta, 2012).
Negara membangun khususnya sangat memerlukan kelajuan internet yang tinggi agar
kebolehcapaian data dalam storan awan dalam mana-mana organisasi mudah dan cepat
diperoleh.
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa storan awan telah banyak memberikan
sumbangan positif kepada pengguna terutama dalam kalangan organisasi besar khususnya.
Jika dilihat tentang kelebihan perkhidmatan storan awan ini adalah seiring dengan kemajuan
dan perkembangan pesat sesebuah negara yang mana pelbagai perubahan dari segi kaedah
yang digunakan oleh setiap organisasi.

Penulisan esei ini menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis storan awan yang disediakan
oleh pembekal storan terkemuka antaranya awam, persendirian dan hibrid. Ketiga-tiga jenis
storan ini sedikit sebanyak telah banyak menyumbang kepada perubahan positif organisasi
yang wujud di Malaysia khususnya dari segi pencapaian kualiti produktiviti kerja. Storan
awan jenis persendirian merupakan storan awan yang sangat digalakkan buat organisasi bagi
tujuan menyimpankan maklumat atau data kepada individu yang wujud di dalam organisasi
tersebut.

Kebaikan yang diperoleh daripada penggunaan storan awan ini sebenarnya telah
membuka mata ramai pihak untuk mengaplikasikan storan awan sebagai satu medium untuk
perkongsian data projek organisasi serta digunakan atas dasar meningkatkan komunikasi
sesama mereka. Namun demikian, di sebalik kebaikan yang wujud ini tersirat beberapa
kelemahan ataupun cabaran yang bakal dihadapi oleh pengguna khususnya. Cabaran utama
adalah keselamatan data yang disimpan dalam storan awan tersebut. Kelekaan pengguna
khususnya organisasi besar dalam aspek pengendalian data projek akan membuka peluang
dan ruang kepada individu yang berniat jahat untuk mencuri dan menggodam maklumat
penting dan seterusnya menjatuhkan reputasi dan kredibiliti organisasi terbabit.

Oleh yang demikian, sebagai pengguna yang bijak adalah penting untuk kita menilai
dan mahir dalam menggunakan teknologi yang semakin maju ini agar tidak wujud masalah
sampingan yang boleh merugikan pengguna khususnya. Setiap organisasi yang menjadikan
storan awan sebagai medium untuk kelancaran organisasi perlu menilai keupayaan storan
awan dalam menjadikan sistem mereka lebih sistematik iaitu dengan menitikberatkan soal
kualiti storan awan yang digunakan.

You might also like