Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEC2303

CURRICULUM DEVELOPMENT : THE MALAYSIAN PERSPECTIVE

NAMA :

NOMBOR MATRIK :

NO KAD PENGENALAN :

NOMBOR TELEFON :

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

MAY 2018

1
ISI KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN PENTING 4


KURIKULUM PRASEKOLAH MALAYSIA SELEPAS
MERDEKA
3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DALAM 8
MENINGKATKAN KUALITI PRASEKOLAH DAN
ENROLMEN UNIVERSAL MENJELANG
2020
4.0 KESIMPULAN 11
RUJUKAN 11

2
1.0 PENGENALAN

Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari lepas
lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut The National Association for The Education
of Young Children (NAEYC, 2011) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan
Kanak-Kanak Muda, Pendidikan awal kanak-kanak (early childhood education) merujuk
kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada
kanak-kanak sejak lahir hingga ke umur lapan tahun.

Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia merujuk kepada program-program yang


disediakan untuk kanak-kanak yang berumur sejak lahir sehingga lapan tahun ermasuk
jagaan di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah atau sekolah rendah. Program
seumpama itu dikendalikan oleh pelbagai institusi yang berbeza-beza.

Morrison (2011), mentakrifkan pendidikan awal kanak-kanak sebagai program yang


menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak dari usia sejak lahir hingga ke usia lapan
tahun samada program secara separuh atau sepenuh masa di pusat, rumah, institusi, tadika
dan sekolah rendah. Pendidikan Awal Kanak-kanak pada masa kini, memberi penekanan
kepada kepelbagaian kanak-kanak, amalan bersesuaian perkembangan, perhatian kepada
kanak-kanak berkeperluan khas di samping keperluan memenuhi standard pencapaian seperti
yang digariskan oleh NAEYC.

Perkembangan sistem pendidikan prasekolah telah wujud sejak sekian lama di Malaysia.
Kebanyakannya lebih menjurus kepada pendidikan agama yang di laksanakan secara tidak
formal di kampung-kampung. Pengajian Al-Quran dan agama ini di ajar kepada kanak-kanak
yang berumur 4 tahun ke atas oleh guru-guru agama. Selalunya kanak-kanak ini belajar
mengaji Al Quran di rumah tok guru. Masa yang di tetapkan untuk mereka belajar mengaji Al
Quran adalah mengikut kehendak tok guru.

Kebiasaannya ia di lakukan pada waktu selepas asar atau pada waktu malam. Kanak-kanak
ini di ajar membaca muqaddam dan Al Quran sehinggalah mereka boleh membaca Al-Quran
dengan bacaan yang lancar dan betul. Kebiasaannya kanak-kanak ini akan qatam Al Quran
sebanyak tiga kali. Setelah qatam Al Quran, ahli keluarga kanak-kanak yang telah qatam Al
Quran membuat kenduri pulut kuning sebagai tanda bahawa anak mereka telah tamat mengaji
Al Quran dan sebagai ucapan terima kasih kepada tok guru yang telah mengajar mereka.
Pendidikan agama yang di jalankan secara tidak formal ini masih lagi berlaku sekarang.

3
Tetapi kebanyakan daripada keluarga kanak-kanak sekarang menghantar anak mereka kepada
guru mengaji Al Quran yang di lantik di sesuatu kawasan atau sekolah agama. Biasanya
mereka yang mengajar Al Quran ini di panggil ustaz dan ustazah. Kanak-kanak ini mengaji
Al Quran seperti biasa dan hadiah kepada guru mengaji Al Quran ini adalah berupa
pembayaran wang atau yuran setiap bulan.

Sistem pendidikan prasekolah secara tidak formal ini terus berkembang seiringan dengan
tertubuhnya pusat-pusat asuhan kanak-kanak secara formal. Perkembangan pusat-pusat
asuhan dan institusi prasekolah secara formal di Malaysia berkait rapat dengan faktor
permintaan sosial, sama ada yang di akibatkan oleh desakan keperluan ekonomi ataupun
perubahan nilai masyarakat yang di akibatkan oleh perbandaran dan permodenan. Pusat-pusat
jagaan dan asuhan telah wujud bersama-sama dengan penubahan ladang-ladang getah dan
kawasan perlombongan semasa pemerintahan kolonial Inggeris. Pusat-pusat ini ditubuhkan
bagi menjaga anak-anak pekerja, yang kedua-dua ibu dan bapa bekerja bagi mencari nafkah.
Akan tetapi pusat-pusat jagaan dan asuhan ini semata-mata memberi tumpuan terhadap
penjagaan kebajikan dan kesihatan kanak-kanak, hanya sedikit tumpuan diberikan kepada
aspek keperluan pendidikan (educational needs).

Perkembangan bandar berserta dengan kepelbagaian kegiatan ekonomi bagi tujuan


pembangunan telah mendorong kepada komersialisasi pusat-pusat jagaan dan asuhan secara
meluas. Pusat-pusat jagaan dan asuhan ditubuhkan oleh pihak swasta bagi menampung
permintaan ibu bapa yang bekerja untuk menjaga kebajikan anak-anak mereka. Pusat-pusat
ini mengambil kanak-kanak dari umur beberapa bulan hingga 4 tahun atau 5 tahun.

Namun, prasekolah telah berkembang terutamanya dalam kurikulum yang dibentuk dan di
aplikasikan selepas kemerdekaan. Dalam tugasan ini akan menghuraikan dan
membincangkan tentang perkembangan ini dan juga cadangan-cadangan penambahbaikan
kurikulum dalam meningkatkan kualiti dan menggalakkan enrolmen universal menjelang
2020.

2.0 PERKEMBANGAN KURIKULUM PRASEKOLAH MALAYSIA SELEPAS


MERDEKA
Bermulanya selepas perang dunia ke-2 iaitu pada era 1950-an, maka bermulalah juga sejarah
Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Sekitar pada tahun 1900-an, pendidikan awal kanak-kanak
mula ditubuhkan di negara luar seperti Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala

4
perkembangan pendidikan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia pula telah bermula pada
tahun 1940 an.

Tambahan lagi, berkembangnya pendidikan awal kanak-kanak sekitar pada tahun 1940-an
telah dibuka oleh missionari Kristian yang mengamalkan pendidikan berpengaruhkan British
iaitu sistem pendidikan British. Sistem ini telah mengenakan yuran yang sangat mahal dan
pada ketika itu hanya anak-anak orang berada sahaja yang belajar. Sistem ini dibantu oleh
para guru yang terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan
pengalaman.

Di Malaysia, bermula tahun 1950 hingga 1960, sosiolis kristian yang dikenali sebagai tenaga
kerja yang membuat kerja-kerja kebajikan gereja telah membuka tadika. Kebanyakan tadika
dipunyai oleh individu atau agensi persendirian yang bertapak di kawasan bandar dan
berperanan menyediakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak hanya untuk ibu bapa yang mampu
membayar yuran sahaja. Implikasi daripada itu, hanya sebahagian kanak-kanak yang berumur
4 hingga 6 tahun berpeluang mengikuti kelas tadika. Dengan itu, malangnya ramai kanak-
kanak yang berasal daripada keluarga yang miskin dan luar bandar tidak dapat menerima
pendidikan awal di tadika.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang secara umum pada sekitar tahun 1960-an
berikutan kesedaran beberapa golongan untuk mendapatkan pendidikan terutamanya dalam
kalangan golongan kurang berkemampuan selepas merdeka mula memuncak. Satu revolusi
telah berlaku pada tahun 1969 di mana Yayasan Asia telah menyumbangkan sejumlah wang
kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia (Worker Society of Malaysia) bertujuan untuk
mendirikan tadika yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Syarikat. Contoh
tadika yang ditubuhkan berada di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis
dan Kg. Sentosa. Sasaran kumpulan bagi projek ini terdiri daripada kanak-kanak yang kurang
bernasib baik dan miskin di mana mereka ini juga terdiri dari beberapa bangsa iaitu Melayu,
Cina dan India.

Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-
Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di
Amerika Syarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung

5
Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak
yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau dikenali sebagai KEMAS telah membuka Taman Asuhan
Kanak-Kanak iaitu (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar
Bandar di mana program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar
dan pinggir bandar terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Pada tahun
1970, KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali
Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar .Diikuti dengan penubuhan
prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada
tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan
Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia.Tahun
1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah
rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah.

KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan
Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada
masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan
miskin.

Dengan adanya pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berfokuskan kepada program
"Pembasmian Buta Huruf", Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penyatuan
dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
(RISDA), Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah
Persekutuan dan Kementerian Kerajaan Tempatan serta Perumahan Sabah telah mengambil
keputusan untuk menubuhkan beberapa Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau
Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) di Malaysia ini untuk penjagaan dan juga
pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur empat hingga enam tahun.

Mengikut fakta yang sahih, pada tahun 1972 pula, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah membina akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan dinamakan Akta
Pelajaran 1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ SekolahAsuhan)
(Pendaftaran). Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula menawarkan kursus untuk melatih
para guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sekitar tahun 1972 sehinggalah 1976.

6
Usaha MPIK ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan telah diteruskan melalui
projek-projek perintis Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab
Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab
Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) dimana dibiayai penuh oleh UNICEF (Bernard Van
Leer Foundation 2009).

Tahun 1981, Yayasan Asia telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat
Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya.
Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan
mengenai program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah.
Kesan daripada mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai
pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta
pendidikan prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk
program peluasan prasekolah.

Justeru, pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun
1984. Maka dengan itu, terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa
pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di usia empat tahun lagi.

Kajian di Malaysia mendapati kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah ada dari
keluarga yang mempunyai latarbelakang sosio-ekonomi tinggi atau rendah memperolehi
pencapaian yang tinggi semasa di darjah 1 dan darjah 2 (Halim, 1989). Kajian-kajian di atas
menunjukkan betapa pentingnya pendidikan prasekolah sebagai asas kesinambungan
pendidikan sekolah rendah. Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah bagi
perkembangan diri kanak-kanak dan bertambahnya pusat-pusat pendidikan prasekolah di
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menggubal Piagam (1994) tidak lupa
memasukkan isu prasekolah. Piagam ini menyebut:-
o Menyepadukan pendidikan prasekolah yang dikendalikan oleh agensi-agensi
kerajaan yang lain di bawah Kementerian Pendidikan.
o Memastikan semua kanak-kanak mengikuti pendidikan prasekolah.
o Menyelaraskan dan memastikan kurikulum prasekolah di semua institusi
prasekolah dilaksanakan. (Utusan Malaysia, 4 Januari 1994).

7
Banyak perubahan yang telah di lakukan ke atas isi kandungan kurikulum prasekolah di
Malaysia. Perubahan ini di laksanakan sesuai dengan keperluan pendidikan semasa.
Walaupun dunia pendidikan di lihat semakin mencabar hari demi hari, namun Kementerian
Pendidikan Malaysia haruslah komited dalam memastikan kanak-kanak di Malaysia
mendapat pendidikan kelas pertama.

3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DALAM MENINGKATKAN KUALITI


PRASEKOLAH DAN ENROLMEN UNIVERSAL MENJELANG 2020

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan pendidikan awal
dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia menjadi
tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh
sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan
prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran
pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan
pendidikan prasekolah.

Penambahbaikan dalam kurikulum dan aktiviti yang dilaksanakan di sekolah adalah amat
penting bagi memastikan kanak-kanak mendapat ilmu sewajarnya. Antaranya ialah

Aktiviti Berpusatkan Murid

Cadangan pertama yang dapat diperkatakan ialah guru perlu menjalankan aktiviti
berpusatkan murid. Melalui cara ini, kanak-kanak akan melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas. Selain
itu guru prasekolah juga perlulah menceriakan keadaan persekitaran di prasekolah. Guru
hendaklah sentiasa memperbaharui dan membuat perubahan persekitaran kelas prasekolah
agar kanak-kanak sentiasa tertarik dan gembira ketika hadir ke prasekolah.

Perbanyakkan Aktiviti

Guru juga perlu mengambil inisiatif untuk memperbanyakkan aktiviti-aktiviti dan


permainan di dalam prasekolah dengan menggunakan alat bantu mengajar yang dapat
menarik perhatian murid prasekolah untuk mengikuti pembelajaran. Murid prasekolah
mempunyai potensi diri yang tersendiri dan menjadi tugas guru untuk mencungkilnya.

8
Ubah perancangan pembelajaran

Untuk melahirkan insan yang berpotensi, guru parasekolah seharusnya mempelbagaikan lagi
aktiviti-aktiviti dan menguba perancangan pembelajaran supaya menjadi lebih efektif. Dari
situ kanak-kanak prasekolah dapat mengaut pengalaman dan pengalaman itu akan dibawa ke
tahun satu.

Kerjasama antara guru prasekolah dan guru tahun satu

Seterusnya, kerjasama antara guru prasekolah dan guru di tahun satu harus ada. Mereka
seharusnya sering berhubung antara satu sama lain. Ini membolehkan kedua-dua belah pihak
dapat melaksanakan aktiviti yang berkaitan dan sesuai untuk kanak-kanak ketika di
prasekolah mahupun apabila mereka melangkah ke alam sekolah rendah.

Semua organisasi memainkan peranan

Seharusnya semua organisasi memainkan peranan penting untuk menjadikan kanak-kanak ini
seorang yang berjaya dan berdikari sendiri. Apa yang boleh dibuat ialah guru di sekolah
rendah seharusnya masih menerapkan nilai-nilai murni ketika pengajaran di dalam
kelas. Pemantauan guru ketika waktu rehat boleh membentuk sahsiah murid-murid. Ini
kerana mereka akan takut untuk melanggar peraturan.

Tidak mengajar pengajaran formal secara mendadak

Dari segi pengajaran pula guru di tahun satu tidak boleh memberi pengajaran formal secara
tiba-tiba, mereka masih perlu menitikberatkan pengajaran secara kreatif di awal kemasukan
mereka di tahun satu. Dengan ini murid-murid akan rasa gembira belajar dan makin hari
makin berminat untuk belajar.

Didikan dari rumah

Didikan dari rumah adalah penting. Ibubapa seharusnya turut serta bersama-sama dengan
guru membantu untuk memastikan anak-anak selesa berada di rumah dan dapat belajar
dengan baik. Ibubapa dan guru juga perlu duduk berbincang dan berkongsi idea bagaimana
untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada.

9
Kemudahan Teknologi Maklumat yang Lengkap

Kementerian Pelajaran juga perlulah membantu dengan menyediakan kemudahan teknologi


maklumat yang lengkap seperti komputer riba (laptop) bagi setiap guru prasekolah. Ini
mampu mengurangkan beban kerja guru prasekolah. Komputer riba boleh digunakan oleh
guru prasekolah untuk mengaplikasikan pembelajaran dalam mata pelajaran teknologi
maklumat kepada kanak-kanak prasekolah.

Menambah Bilangan Kelas

Selain itu, penambahan bilangan kelas prasekolah juga perlu dilakukan. Ia akan memberi
peluang kepada lebih ramai kanak-kanak untuk belajar di prasekolah. Pertambahan kelas
prasekolah ini dapat membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah
sejak awal lagi.

Program Transisi Kelas Penyayang

Program Transisi Kelas Penyayang yang dibuat untuk kanak-kanak prasekolah yang baru
melangkah ke Tahun Satu juga perlu diteruskan. Ia telah terbukti dapat membantu murid
menyesuaikan diri dengan persekitaran dan pembelajaran di Tahun Satu di sekolah. Oleh itu,
mereka tidak akan mengalami kejutan budaya dalam diri. Ujian bagi mengenalpasti potensi
murid juga hendaklah diadakan bagi membantu guru – guru mengenalpasti tahap pencapaian
murid sejak awal lagi. Oleh itu, guru dapat menemui cara yang berkesan dalam pembelajaran
mengikut potensi diri mereka.

Interaksi dengan ibubapa murid

Selain itu, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil tahu hal berkenaan perkembangan anak-
anak mereka. Hubungan dua hala antara ibu bapa perlulah diwujudkan. Dengan ini guru
dapat menceritakan permasalahan anak mereka kepada ibu bapa dan mereka dapat memantau
serta membantu anak-anak mereka. Terdapat ibu bapa yang mengambil ringan pembelajaran
anak-anak mereka di prasekolah dan meletakkan 100 peratus tanggungjawab mendidik anak
mereka di bahu guru Oleh itu, kerjasama daripada pelbagai pihak diperlukan untuk
memangkin kemantapan dan kematangan kanak-kanak untuk belajar dan menyesuaikan diri
untuk transisi dari satu tahap ke satu tahap. Kesimpulannya guru perlu merancang satu
strategi yang berkesan dan bersesuaian dengan muridnya untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran. Peranan guru juga perlu seiring dengan strategi tersebut. Secara tidak

10
langsung, ia sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak prasekolah menyesuaikan
diri untuk ke tahun satu. Guru juga harus sentiasa peka dengan sebarang cadangan
penambahbaikan yang dibuat supaya dapat memberikan yang terbaik untuk pembelajaran
kanak – kanak prasekolah.

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya pihak Kementerian Pendidikan perlu merancang satu strategi yang berkesan
dan bersesuaian dengan muridnya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
Peranan guru juga perlu seiring dengan strategi tersebut. Secara tidak langsung, ia sedikit
sebanyak dapat membantu kanak-kanak prasekolah menyesuaikan diri untuk ke tahun satu.
Guru juga harus sentiasa peka dengan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat
supaya dapat memberikan yang terbaik untuk pembelajaran kanak-kanak pra sekolah.
Berdasarkan kajian-kajian tersebut membuktikan pelbagai masalah yang wujud dalam taska
dan perlu di ambil tindakan segera untuk meningkatkan lagi perkembangan kanak-kanak agar
dapat melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan konsep ‘1 Malaysia
rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan’, pendidikan awal kanak-kanak perlu
dititikberatkan agar matlamat utama pembangunan keluarga dan masyarakat untuk
melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif tercapai.

RUJUKAN

Jabatan Perdana Menteri, Laporan dan Kertaskerja Seminar Kebangsaan Ke Arah


Pembentukan Pendidikan Pra-sekolah, Port Dickson, 1987.

Kementerian Pelajaran Malaysia, Garispanduan Kurikulum Pra-sekolab Malaysia. Kuala


Lumpur, 1986.

Kementerian Pelajaran Malaysia, Laporan Seminar Kebangsaan Pendidikan Pra-sekolah,


Pulau Pinang, 1986.

Montessori, M. Spontaneous Activity in Education. Stocken Books Inc., 1965.

Muharyani Othman, "Helping a Child to Learn Faster", NST, November 27, 1986

Rousseau, JJ., Emile or Concerning Education, New York: Dutton, 1938.

11

You might also like