Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi klinik kesihatan terdekat.

TAHNIAH!
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
www.myhealth.gov.my
http://fh.moh.gov.my
PUAN DISAHKAN HAMIL
KKM/25,000/2011
Selamat Datang
ke Alam Kehamilan
Mengetahui bahawa puan hamil adalah saat yang amat menggembirakan
bagi puan, suami dan keluarga. Walau bagaimanapun, puan mungkin
mempunyai pengalaman dan masalah yang berbeza dengan wanita lain
semasa hamil. Jadi, pelbagai persoalan yang bermain di fikiran puan,
sama ada pertama kali atau sudah berpengalaman. Oleh sebab itulah,
nasihat dan petunjuk sentiasa diharapkan bagi melahirkan bayi yang sihat
dengan selamat.

Booklet-Hamil_648.indd B-1 7/27/2012 10:00:20 AM


Kalau saya mengalami tanda-tanda awal kehamilan,
apa yang patut saya buat?
Jika puan mengalami tanda-tanda awal kehamilan:
i. segera ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan
ii. sekiranya disahkan hamil, puan perlu menjalani pemeriksaan secara
berjadual di klinik kesihatan atau klinik/hospital swasta secepat
mungkin.

Tanda Awal Kehamilan Perubahan Fizikal


Adakah saya hamil? Boleh ke perubahan fizikal terjadi kepada saya?
Terdapat beberapa tanda awal yang menunjukkan puan hamil iaitu: Boleh. Perubahan fizikal yang mungkin boleh terjadi kepada puan ialah:
• Tidak datang haid • warna pada sekeliling puting payudara menjadi lebih gelap
• Loya dan muntah • timbul garisan tegak berwarna gelap pada perut (linea nigra)
• Sentiasa lapar • lain-lain seperti kulit kelihatan lebih gelap, jerawat dan rambut kelihatan
• Kerap buang air kecil lebat.
• Letih lesu Perubahan ini hanyalah sementara dan tidak membahayakan. Ia akan
• Sakit dan tegang pada payudara hilang selepas puan bersalin.
• Perubahan emosi
• Rasa hendak demam

2 3

Booklet-Hamil_648.indd 2-3 7/27/2012 10:00:34 AM


Pemeriksaan Kehamilan
Secara Berjadual (Antenatal)
1. Di mana saya boleh buat pemeriksaan kehamilan (antenatal)?
Puan boleh buat pemeriksaan kehamilan di klinik kesihatan, klinik
desa atau klinik/hospital swasta terdekat. Puan mesti hadir ke klinik
mengikut tarikh yang ditetapkan oleh anggota kesihatan.
2. Bila masa yang sesuai untuk saya mula pergi ke klinik bagi 5. Doktor beritahu ke setiap hasil pemeriksaan kehamilan kepada
pemeriksaan kehamilan? saya? Kenapa diterangkan kepada saya?
Puan perlu hadir ke klinik seawal mungkin. Setiap hasil pemeriksaan kehamilan akan diterangkan dengan jelas kepada
puan supaya puan mengetahui tahap kesihatan puan serta bayi. Sekiranya
3. Perlu ke saya pergi ke klinik?
tidak jelas puan perlu bertanya.
Puan perlu hadir ke klinik seawal mungkin sebelum usia kandungan mencapai
12 minggu untuk: 6. Berapa kerap saya perlu hadir ke klinik?
• menilai tahap kesihatan Secara lazimnya, jika puan tiada sebarang masalah kesihatan, puan perlu
• menjalankan ujian saringan penyakit yang boleh menjejaskan hadir ke klinik untuk pemeriksaan kehamilan seperti jadual di bawah:
pertumbuhan bayi • Awal kehamilan hingga usia kandungan 27 minggu (sebulan sekali)
• diberi suplemen yang sesuai atau vitamin • Usia kandungan 28 minggu hingga 35 minggu (2 minggu sekali)
• diberi pendidikan kesihatan • Usia kandungan 36 minggu hingga bersalin (seminggu sekali)
• pengesanan awal masalah kesihatan untuk membolehkan puan dirujuk
* Jika puan mengalami masalah kesihatan semasa hamil, puan perlu hadir
kepada pakar.
ke klinik dalam kadar segera.
4. Mengapa saya perlu jalani pemeriksaan kehamilan secara
7. Ada kesan sampingan tak kepada bayi kalau saya scan bayi
berjadual?
saya?
Pemeriksaan kehamilan perlu dilakukan secara berjadual untuk mengetahui
Imbasan ultrasound (ultrasound scan) tidak memberi sebarang kesan
tahap kesihatan ibu dan janin (bayi dalam kandungan).
sampingan terhadap bayi dalam kandungan.

4 5

Booklet-Hamil_648.indd 4-5 7/27/2012 10:00:42 AM


Tanda-tanda yang
memerlukan rawatan SEGERA
di klinik/hospital
Apa tanda-tanda yang memerlukan saya bertindak segera
semasa hamil?
• Demam yang tinggi
• Loya dan muntah yang teruk
• Sakit perut yang luar biasa
• Pucat
• Letih lesu
• Sesak nafas
• Sakit kepala
• Penglihatan kabur
• Sakit ulu hati
• Kaki bengkak
• Tiada peningkatan berat badan
• Peningkatan berat badan berlebihan
• Pembesaran rahim tidak sepadan dengan jangkamasa kehamilan
• Janin kurang bergerak atau tidak aktif
• Sakit bersalin sebelum masa
• Pecah mentuban sebelum cukup bulan
• Darah keluar dari faraj (tumpah darah)
• Jantung berdebar-debar
• Tidak berdaya untuk melakukan kerja rumah biasa/rutin harian.
Kalau saya hamil luar rahim, apa tanda-tandanya?
Puan mungkin merasa sakit di bahagian perut dan pinggul serta
pendarahan melalui faraj.

Hubungan Seks
Boleh ke saya lakukan hubungan seks semasa hamil?
Boleh. Tiada halangan untuk melakukan hubungan seks semasa hamil.
Walau bagaimanapun sekiranya puan mengalami tumpah darah dan
kedudukan uri di bawah, sila dapatkan nasihat doktor.

6 7

Booklet-Hamil_648.indd 6-7 7/27/2012 10:00:45 AM


4. Ada tak makanan yang perlu saya makan lebih semasa hamil?

Pemakanan i. Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti:


• Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang
soya)
1. Mengapa saya perlu makan secara sihat semasa hamil? • Vitamin A (hati, susu, telur)
Puan perlu amalkan pemakanan sihat untuk: • Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
• Vitamin C (jambu, betik dan limau)
• memastikan perkembangan bayi yang sihat
• Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang)
• mengekalkan kesihatan ibu
ii. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh doktor atau Pakar
• memenuhi keperluan nutrien dan memastikan pertambahan berat badan
Pemakanan.
yang bersesuaian semasa hamil.
5. Ada tak makanan yang perlu saya elak semasa hamil?
2. Jenis makanan macamana yang berkhasiat untuk saya?
Puan perlu elakkan makanan seperti berikut:
Puan perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang mengikut piramid
makanan semasa hamil. • Makanan mentah seperti sushi
• Daging mentah atau separa mentah
3. Berapa kerap saya perlu makan dalam sehari dan jumlah • Makanan yang tercemar dengan merkuri
makanan yang perlu diambil? • Makanan beralkohol
Puan perlu makan pada setiap kali waktu makan dengan mengambil • Makanan herba
makanan yang seimbang. • Minum berkafein
6. Boleh ke saya amalkan atau elakkan makanan mengikut
kepercayaan adat resam?
Boleh, tetapi jangan sampai membahayakan kesihatan puan dan bayi.

8 9

Booklet-Hamil_648.indd 8-9 7/27/2012 10:00:49 AM


Pakaian Kebersihan diri
Jenis pakaian dan kasut yang macamana sesuai untuk saya Perlu ke saya jaga kebersihan diri?
semasa hamil? Puan perlu menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan jangkitan terhadap
Pakaian yang longgar dan selesa amat sesuai untuk puan semasa hamil. ibu dan bayi dalam kandungan. Khususnya kebersihan di bahagian sulit.
Pastikan kasut juga selesa, elakkan kasut yang bertumit tinggi dan pastikan
tapak kasut yang mencengkam.
Penjagaan payudara
Ubat-ubatan Kenapa saya perlu menjaga payudara?
Puan perlu menjaga payudara sebagai persediaan untuk menyusu bayi
Boleh ke semua ubat saya ambil semasa hamil? puan kelak.
Tidak semua ubat boleh puan ambil semasa hamil. Puan perlu rujuk kepada
doktor sebelum mengambil sebarang ubat.
Macamana saya nak jaga payudara?
Cara terbaik untuk menjaga payudara ialah mencuci puting payudara
Ada tak vitamin yang bagus untuk saya ambil semasa hamil? dengan air bersih dan memakai coli yang sesuai dan selesa.
Memang ada seperti:
• Asid folik • B Complex
• Zat besi • Vitamin C Penjagaan emosi
Rehat Kenapa saya perlu jaga emosi saya?
Puan perlu jaga emosi supaya tidak menjejaskan kesihatan diri puan dan
bayi.
Perlu ke saya rehat secukupnya?
Ya. Puan perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan tahap kesihatan ibu Macamana saya nak jaga emosi saya semasa hamil?
dan bayi dalam kandungan. Puan perlu sentiasa berfikiran positif dan banyak membaca.

10 11

Booklet-Hamil_648.indd 10-11 7/27/2012 10:01:10 AM


Senaman Pergerakan Tangan

Senaman Kebaikan:
- Membantu melegakan pedih ulu hati,
meningkatkan pengaliran darah serta pernafasan
dan mengembangkan paru-paru.
Senaman Antenatal Posisi permulaan:
- Berdiri tegak
Senaman ringan yang macam mana boleh saya buat semasa
Langkah-langkah:
hamil?
- Berdiri tegak dengan mendepakan kaki. Tetapkan
Terdapat senaman ringan yang boleh puan lakukan seperti:- bahu ke belakang.
- Angkat kedua belah tangan secara lurus
• Senaman pernafasan ke belakang sejauh mungkin tanpa
membengkokkan siku.
• Senaman pergerakan tangan - Gerakkan tangan 180º ke hadapan. Hayun
• Senaman pergerakan pergelangan kaki tangan ke belakang semula dan ulang pergerakan
ini sebanyak 5 kali.
• Senaman untuk menguatkan otot pinggul

Senaman Pernafasan Senaman Pergerakan Pergelangan Kaki


Kebaikan:
- Meningkatkan pengaliran darah
- Mengekalkan gerakan pergelangan kaki
Posisi permulaan:
- Duduk di atas lantai dengan meluruskan kedua
belah kaki
- Duduk di atas kerusi dengan mengangkat atau
menopang kaki
Langkah-langkah:
- Angkat sebelah kaki dan gerakkan pergelangan
kaki dalam bentuk bulatan beberapa kali,mula
dengan satu hala kemudian ke hala berlainan.
Jangan gerakkan lutut, Ulang dengan kaki
yang sebelah lagi.

Pernafasan Diafragma Pernafasan Lateral Costal


Kebaikan: Posisi permulaan:
- Mengekalkan pengembangan paru-paru dan mengoptimakan - Duduk dalam posisi hampir baring atau posisi selesa.
kapasiti keperluan oksigen dalam aktiviti seharian ketika - Letakkan tangan anda di bahagian sisi tulang selangka.
hamil. - Tarik nafas panjang melalui hidung dan hembus keluar
- Membantu menenangkan dan melegakan kesakitan. menerusi mulut.
- Ulang proses ini sebanyak 5 kali.
Senaman Untuk Menguatkan Otot Pinggul
Posisi permulaan:
* Anda sepatutnya merasakan sedikit pergerakan di bawah tangan Kebaikan: Langkah-langkah:
- Duduk dalam posisi hampir baring atau posisi selesa. semasa melakukan senaman ini. - Menguatkan otot pelvis - Bayangkan anda sedang menahan diri daripada
- Letakkan tangan di bahagian atas perut.
- Mengelakkan masalah selepas bersalin seperti membuang air kecil dan ketatkan otot untuk
- Tarik nafas panjang melalui hidung dan hembus keluar
‘incontinence’ dan ‘prolapsed uterus’ mengelakkan kebocoran
menerusi mulut.
- Otot lebih fleksibel semasa bersalin - Kekalkan keadaan ini selama 5 saat. Bernafas
- Ulang proses ini sebanyak 5 kali.
seperti biasa
Posisi permulaan:
- Jangan ketatkan otot di bahagian punggung dan peha
- Duduk, berdiri atau baring dengan membengkokkan - Rehat selama 10 saat
kaki - Ulang sebanyak 10 kali

12 13

Booklet-Hamil_648.indd 12-13 7/27/2012 10:01:17 AM


Senaman Postnatal
Jenis senaman macamana yang boleh saya buat selepas bersalin?

a. Senaman Otot Pelvis


Senaman Postnatal harus dimulakan sejurus selepas bersalin. Ia dapat
mengurangkan kemungkinan tidak dapat mengawal kencing dan
memulihkan fungsi otot pelvis.
d. Senaman Pergerakan Tangan
• Membantu melegakan pedih ulu hati, meningkatkan pengaliran darah serta pernafasan dan mengembangkan
paru-paru.
Posisi permulaan
• Berdiri tegak.
Langkah-langkah
b. Senaman Abdomen
• Berdiri tegak dengan mendepakan kaki. Tetapkan bahu ke belakang.
• Untuk menguatkan otot abdomen. • Angkat kedua belah tangan secara lurus ke belakang
• Untuk memperbaiki keseimbangan di dalam aktiviti seharian. sejauh mungkin tanpa membengkokkan siku.
Posisi permulaan • Gerakkan 180° ke hadapan. Hayun tangan
ke belakang semula dan ulang pergerakan ini
• Baring di atas lantai atau katil, bengkokkan kaki dan angkat kepala.
sebanyak 5 kali.
Langkah-langkah
• Tarikh nafas kemudian hembuskan nafas.
• Pada masa yang sama, kempiskan perut dan rapatkan tulang belakang ke lantai.
• Tahan selama 5 saat dan rehat.
• Ulang sebanyak 5 kali.

c. Senaman Pergerakan Pergelangan Kaki


• Meningkatkan pengaliran darah.
• Mengekalkan gerakan pergelangan kaki.
Posisi permulaan
• Duduk di atas lantai dengan meluruskan kedua belah kaki.
• Duduk di atas kerusi dengan mengangkat atau
menopang kaki.
Langkah-langkah
• Angkat sebelah kaki dan gerakkan kaki dalam bentuk
bulatan beberapa kali, mula dengan satu hala kemudian
ke hala berlainan. Jangan gerakkan lutut, ulang dengan
kaki yang sebelah lagi.

14 15

Booklet-Hamil_648.indd 14-15 7/27/2012 10:02:08 AM


Penjagaan Kehamilan Penjagaan Kehamilan
pada Minggu 1 – 12 pada Minggu 13 – 24
(Trimester Pertama) (Trimester Kedua)
Alahan Masalah/Penyakit yang perlu Ada tak penyakit kronik lain
Macamana alahan semasa hamil Ada tak cara saya nak atasi diberi perhatian yang perlu diberikan perhatian
yang mungkin saya alami? alahan tersebut? Kenapa bila saya hamil saya semasa hamil?
Masalah dan alahan yang mungkin Puan boleh atasi dengan mengelakkan boleh menghidap hipertensi Ada, seperti penyakit jantung, asma,
puan alami ialah rasa loya dan punca alahan tersebut. Sekiranya, puan (tekanan darah tinggi) dan tiroid dan lain-lain.
muntah, tidak selesa dengan bau mengalami muntah yang teruk, puan diabetes (kencing manis)?
tertentu dan mengalami gatal-gatal perlu mendapatkan nasihat doktor. Apabila puan hamil, terjadinya
Pelalian semasa hamil
di bahagian kulit. Bagi mereka yang mendapat gatal- perubahan fisiologi dan hormon Apakah jenis pelalian yang diberi
gatal pada kulit, elakkan mengguna dalam badan. Ini akan meningkatkan semasa hamil? Apa tujuannya?
sabun yang ada pewangi dan risiko untuk mendapat penyakit
sekiranya semakin teruk sila dapatkan Pelalian yang diberikan semasa hamil
hipertensi dan diabetes semasa hamil. ialah anti-tetanus (ATT). Tujuannya
nasihat doktor.
Saya sentiasa pucat semasa adalah untuk mencegah puan dan
bayi dari jangkitan kuman tetanus
hamil. Kenapa?
mengakibatkan kejang otot dan boleh
Ini adalah kerana puan mungkin membawa maut.
kekurangan hemoglobin dalam sel
darah merah. Puan perlu dapatkan Berapa kerapkah saya akan
pengesahan daripada doktor kerana diberi pelalian?
kurang darah memberi kesan kepada Sekiranya puan pertama kali hamil,
puan dan pertumbuhan janin. puan akan diberi pelalian anti-tetanus
sebanyak 2 kali. Untuk kehamilan
seterusnya, puan hanya diberi pelalian
sekali sahaja.

16 17

Booklet-Hamil_648.indd 16-17 7/27/2012 10:03:01 AM


Pergerakan bayi dalam kandungan • Pernah mengalami kelahiran
pramatang Penjagaan Kehamilan
Perlukah saya beri perhatian
terhadap pergerakan bayi dalam
kandungan?


Kandungan lebih dari satu contoh
kembar 2 atau 3 dan seterusnya
Uterus dan serviks yang luar biasa
pada Minggu 25 - 40
Ya. Pergerakan bayi adalah salah satu • Kandungan yang mempunyai (Trimester Ketiga)
cara untuk memastikan bayi sihat. komplikasi contoh: tekanan darah
Sekiranya pergerakan bayi berubah tinggi semasa hamil dan uri Persediaan Untuk Bersalin yang terlatih, kemudahan yang lengkap,
dari biasa / kurang gerak / lemah, di bawah Tanda bersalin bersih dan selamat.
sila dapatkan pemeriksaan doktor. • Kurang sokongan sosial Macam mana tanda sakit yang
• Pengambilan alkohol, dadah dan Teknik Bersalin
menunjukkan sudah sampai
Pemeriksaan gigi merokok semasa hamil Macam mana cara untuk saya
• Jangkitan pada salur kencing masa untuk saya bersalin?
Perlu ke saya buat pemeriksaan • Lendir bercampur darah keluar dari bernafas semasa bersalin?
• Jangkitan dalam rahim
gigi semasa hamil? Boleh ke? • Kecacatan bayi dalam kandungan faraj Terdapat teknik pernafasan semasa
Ya. Pemeriksaan dan rawatan rutin • Sakit perut seperti hendak buang air bersalin yang merangkumi 3 langkah
gigi sangat digalakkan dan selamat. Ia Apa tanda-tanda kelahiran besar iaitu:
disyorkan kerana perubahan hormon pramatang? • Sakit pada bahagian pinggang a. Apabila terasa kontraksi akan berlaku,
semasa hamil boleh menyebabkan Sakit perut seperti hendak bersalin • Pecah air mentuban cuba bertenang dan rehatkan otot
masalah gigi dan gusi. Masalah yang dan pecah mentuban sebelum masa • Sakit semakin kerap dan tempoh pada bahu, muka dan tangan.
sesuai untuk rawatan gigi adalah bersalin. sakit semakin panjang.
b. Apabila kontraksi bermula, tarik
semasa minggu 13 hingga 24.
Macamana rawatan untuk bayi nafas melalui hidung sedalam
Tempat yang sesuai untuk mungkin secara perlahan-lahan
Risiko kelahiran pramatang pramatang? bersalin menggunakan otot perut dan
(tidak cukup bulan) Bayi pramatang akan diberi penjagaan lepaskan melalui mulut untuk
Di mana tempat yang paling
dan rawatan rapi di hospital bergantung mehilangkan rasa sakit.
Adakah saya berisiko untuk sesuai untuk saya bersalin
kepada tahap kesihatan bayi. Beri
melahirkan bayi pramatang? susu ibu agar pertumbuhan bayi akan dengan selamat? c. Apabila kontraksi memuncak, tarik
Ya, jika puan mengalami masalah Tempat yang paling sesuai untuk puan dan lepaskan nafas melalui mulut
lebih cepat.
seperti di bawah: bersalin dengan selamat adalah tempat secara pendek. (shallow breath)
yang mempunyai anggota kesihatan

18 19

Booklet-Hamil_648.indd 18-19 7/27/2012 10:03:22 AM


Penyusuan susu ibu Bayi Boleh ke suami saya temankan
• Sepasang baju saya semasa bersalin?
Penjagaan
Bila boleh saya mulakan penyusuan
• Lampin pakai buang
susu ibu selepas bersalin? • Stokin
Ini bergantung kepada peraturan yang Posnatal
Secepat mungkin. Sebaik-baiknya ditetapkan di fasiliti tersebut.
penyusuan dimulakan dalam masa
• Sarung tangan (Selepas Bersalin)
• Barut Saya seorang muslim. Boleh
sejam selepas bersalin. • Selimut bayi ke suami saya iqamat/azankan
• Tuala mandi
Penjagaan luka (episiotomi)
Berapa kerap saya perlu bayi dengan segera selepas
bayi dibersihkan dalam dewan Macamana cara untuk saya
menyusu bayi dengan susu ibu Bagaimanakah cara penggunaan
bersalin? menjaga kebersihan luka
dan berapa kuantiti susu? lampin dan penjagaannya?
(episiotomi)?
Puan perlu beri susu ibu kepada bayi Puan boleh menggunakan lampin kain Boleh, suami puan boleh iqamat/
azankan bayi selepas bayi dibersihkan. Luka episiotomi perlu dicuci
sekerap mungkin. atau lampin pakai buang yang ada
menggunakan ubat cecair yang
di pasaran. Ia hendaklah ditukar sebaik
dibekalkan oleh pihak hospital. Puan
Peralatan bayi dan ibu sahaja bayi membuang air kecil atau Bilik Penjagaan Bayi (Nurseri)
juga perlu menjaga kebersihan diri
besar untuk mengelakkan jangkitan
Apakah peralatan bayi dan ibu Bayi saya akan diletakkan bersama secara keseluruhan.
kuman atau masalah kulit pada bayi.
yang perlu saya sediakan? Puan boleh juga menggunakan krim
saya ke selepas bersalin?
Ibu untuk mencegah ruam lampin. Kebanyakan bayi akan diletakkan Penjagaan payudara
• Sehelai blaus bersama ibu melainkan bayi puan Kalau payudara saya bengkak,
• Sehelai kain sarung Dewan Bersalin mengalami masalah kesihatan yang apakah yang patut saya buat?
• Stokin memerlukan penjagaan khas.
Apa yang perlu saya buat sebelum Puan boleh menyusukan bayi
• Baju sejuk
masuk ke dewan bersalin? sekerap mungkin serta memerah susu
• Pakaian dalam
selebihnya untuk disimpan dengan
• Tuala wanita Puan perlu membersihkan diri dan
cara yang betul. Sekiranya payu dara
• Peralatan mandian memakai pakaian bersih yang disediakan.
puan masih bengkak atau semakin
• Tuala mandi
Apa yang perlu saya buat semasa teruk, puan hendaklah mendapatkan
berada di dewan bersalin? rawatan doktor.
Puan perlu tenangkan diri dan mengikut
arahan anggota kesihatan sepanjang
proses bersalin. Puan boleh bertanya
sekiranya ada sebarang soalan.

20 21

Booklet-Hamil_648.indd 20-21 7/27/2012 10:03:47 AM


Apa yang saya perlu lakukan Selepas bersalin, macam mana Pakaian Peralatan bayi
selepas bersalin dihospital? saya nak jaga emosi saya Selepas bersalin, apakah jenis Bagaimanakah cara untuk
Suami perlu melaporkan kelahiran di sebab banyak faktor yang akan pakaian yang sesuai untuk saya? menjaga kebersihan peralatan
klinik kesihatan berhampiran untuk mempengaruhi emosi saya? Puan boleh memakai pakaian yang bayi?
membolehkan jururawat membuat Puan perlu mendapatkan rehat longgar dan selesa serta coli yang Pastikan peralatan bayi disimpan di
perawatan di rumah. secukupnya serta sokongan daripada sesuai bagi memudahkan penyusuan tempat yang bersih.
suami dan keluarga serta melakukan susu ibu.
Pemakanan dan pantang larang Sesetengah peralatan bayi seperti
senaman postnatal.
bekas menyimpan susu perahan perlu
Perlu ke saya amalkan pantang Pemeriksaan postnatal didihkan atau direndam menggunakan
larang orang tua tentang makanan Rehat ubat steril peralatan bayi.
Bila saya perlu datang ke klinik
selepas bersalin? Perlu ke saya berehat secukupnya untuk pemeriksaan postnatal?
Puan perlu pastikan pemakanan selepas bersalin? Biasanya puan diminta hadir ke klinik Kad bayi
puan adalah seimbang dan minum air Ya, puan perlu berehat bagi menjamin selepas sebulan bersalin. Sekiranya Apakah kad bayi perlu sentiasa
secukupnya supaya tidak menjejaskan kesihatan yang optima. puan mengalami masalah kesihatan, dibawa ketika pemeriksaan oleh
kesihatan puan dan bayi. puan perlu segera ke klinik untuk
Macamana saya hendak berehat anggota kesihatan?
mendapatkan rawatan doktor.
Penggunaan Jamu sedangkan banyak perkara yang Ya, ianya perlu untuk merekodkan
perlu saya lakukan untuk menjaga Apakah tujuan pemeriksaan perkembangan bayi.
Boleh ke saya amalkan jamu
bayi? postnatal? Bilakah masa yang sesuai untuk
selepas bersalin?
Puan perlu cuba memperuntukkan masa Ia adalah bertujuan untuk memastikan saya mendaftar kelahiran bayi
Puan tidak digalakkan untuk tahap kesihatan puan berada dalam
untuk berehat dalam kesibukan dan selepas dilahirkan?
mengamalkan jamu kerana ia boleh keadaaan baik dan pemeriksaan pap
suami serta ahli keluarga lain perlu
meningkatkan risiko bayi mendapat smear biasanya dibuat pada masa yang Kelahiran bayi perlu didaftarkan secepat
membantu.
jaundis. sama. Puan juga akan dinasihatkan mungkin.

Saya pernah dengar yang jamu berkenaan dengan kaedah perancang Apakah keperluan untuk mendaftar
tidak digalakkan untuk diamalkan keluarga. kelahiran bayi saya?
sekiranya bayi mengalami jaundis. • Borang JPN LMO1
Betul ke? • Kad pengenalan ibu & bapa
Betul, puan perlu elakkan sekiranya • Kad pemeriksaan kehamilan
bayi jaundis. • Dokumen pengesahan kelahiran
• Sijil nikah

22 23

Booklet-Hamil_648.indd 22-23 7/27/2012 10:04:03 AM


Jadual Imunisasi Bayi Apa yang perlu saya lakukan jika
Apakah imunisasi yang akan bayi saya jaundis?
diberikan kepada bayi saya • Mendapatkan rawatan segera
selepas dilahirkan di hospital? ke hospital atau klinik yang
berdekatan jika terdapat tanda-
Bayi puan akan diberikan imunisasi
tanda jaundis.
BCG dan Hepatitis B.
• Elakkan daripada memberi/
* Adakah terdapat imunisasi lain mengambil ubat tradisional secara
yang perlu diberi kepada bayi mandian atau minum (contohnya
saya? Bila dan di mana? susu kambing, jamu, alkohol dan
lain-lain).
Ya, imunisasi bayi perlu diberi • Elakkan daripada menjemur bayi
sehingga bayi berumur 18 bulan. dibawah matahari kerana ia akan
Ia boleh didapati di klinik kerajaan menyebabkan kekeringan.
atau swasta mengikut jenis dan • Meneruskan penyusuan susu ibu
jadual yang telah ditetapkan. Amat dengan lebih kerap.
penting bagi puan membawa bayi
pada masa yang ditetapkan.
Penjagaan bayi
Jaundis (Penyakit kuning) Bagaimanakah cara untuk saya
mandikan bayi?
Apakah jaundis?
Puan hendaklah menggunakan air
Jaundis ialah masalah kekuningan
suam dan bersih. Pastikan suhu air
pada kulit dan mata bayi.
sesuai. Bersihkan muka dan rambut
Mengapa jaundis boleh berlaku bayi dahulu dan diikuti dengan
terhadap bayi saya? bahagian badan yang lain. Puan perlu
menggunakan sabun bayi yang sesuai.
Ia disebabkan oleh tahap ‘bilirubin’
(Bilirubin adalah sejenis pigmen yang Bagaimanakah cara untuk saya
dihasilkan dari pemecahan sel darah cuci pusat bayi?
merah) yang berlebihan dalam darah.
Pusat bayi perlu dicuci dengan ubat
Apakah tanda-tanda jaundis cucian pusat bayi yang diberikan oleh
pada bayi? pihak hospital dengan menggunakan
kapas bersih.
• Kekuningan di selaput mata dan
kulit bayi.
• Bayi kurang aktif dan enggan
menyusu.
• Najis bayi kelihatan pucat atau air
kencing menjadi pekat.

*Rujuk Jadual Imunisasi Bayi dalam buku rekod kesihatan kanak-kanak.

24

Booklet-Hamil_648.indd 24-25 7/27/2012 10:04:31 AM

You might also like