Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Maksud Perpaduan

Kesepakatan yang terjalin tidak kira kaum, bangsa atau etnik


bagimembentuk kerjasama yang erat untuk sama-sama memajukan dan
mensejahterakan negara sendiri.

tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah
berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini”

‘Kita semua rakyat Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan kita. Marilah
kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai
rakyat dan sebagai sebuah negara.

Daripada Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj (Perdana Menteri Malaysia


pertama Pada 3 Jun 1957. Petikan ucapan ini disampaikan di hadapan
lebih 2 ribu orang yang berkumpul dengan penuh emosi bagi meraikan
kejayaan Tunku Abdul Rahman pulang dari Kota London untuk
mengumumkan tarikh kemerdekaan Malaya pada masa itu pada tarikh 31
Ogos 1957

PP/S : Kami berharapkan ia membantu anda membuat laporan kerja


kursus sejarah sejarah 2018.

Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk


menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga
dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara
pelbagai individu. Dari segi pelaksanaan, ia bermaksud sesuatu yang
dibuat - atau tidak dibuat - oleh kumpulan orang
itu. Masyarakat merupakan subjek utama dalam pengkajian sains sosial.
Oleh kerana sesebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan
ahli-ahli yang sanggup menolong antara satu sama lain, maka ia perlu
kepada nilai-nilai murni seperti kerakyatan, hak dan etika. Ini merupakan
perkara asas untuk mencapai keadilan. Jika nilai-nilai ini gagal dipatuhi,
orang akan mengatakan sesebuah masyarakat tersebut sebagai tidak adil
dan musibah akan berlaku.

Asal usul kamunting dan Taiping ada kaitannya dengan Long Jaafar bin
Long Abdul Latif (Datuk Paduka Setia).Pada zaman mudanya, Long Jaafar
telah pergi Ke Bukit Gantang yang ketika itu di bawah jajahan mentuanya,
Alang Alaiddin (Datuk Panglima Bukit Gantang).
Pada waktu itu Kamunting masih lagi hutan belantara.
Ketika beliau mandi di sebatang sungai, beliau melihat sungai di situ
bewarna hitam dan mendapati ada bijih timah di dalam sana. Long Jaafar
membuat keputusan untukmengusahakan perlombongan bijih timah secara
besar-besaran.Tempat yang mula-mula sekali dijumpai bijih timah itu
dinamakan Kelian Pauh(sekitar kawasan Penjara Taiping sekarang).Kelian
bermaksud lombong atau galian manakala Pauh ialah sejenis buah
mangga.Kelian Pauh merupakan nama lama bagi bandar Taiping.
Pada suatu hari, seekor gajah yang dipelihara oleh Long Jaafar bernama
Larut telah terlepas ke dalam hutan dan hilang selama 3 hari. Selepas
ditangkap didapati kaki dan badan gajah peliharaannya yang digunakan
untuk mengangkut bijih dipenuhi dengan lumpur berwarna hitam yang
mengandungi pasir bijih timah kerana pergi berkubang di dalam sebuah
paya,dalam rimba yang tidak berapa jauh dari kediaman Long Jaafar.
Akhirnya,Long Jaafar telah menemui sebuah lagi tempat baru yang kaya
dengan bijih timah.Tempat itu dinamakan Kelian Bahru yang bermaksud
lombong baru.Kelian Bahru ialah nama lama bagi Kamunting. Manakala
daerah yang terdapat Kelian Pauh dan Kelian Bahru serta kawasan-
kawasan sekitarnya dinamakan Larut,diambil sempena nama gajah yang
menjumpai lombong bijih timah itu.
Kelian Bahru ( Kamunting) dibuka setelah bijih timah ditemui di kawasan
ini. Pada ketika itu kebanyakan orang Melayu tinggal di kawasan Bukit
Gantang dan Trong. Pada tahun 1850-an,bilangan pelombong Cina di sini
berjumlah 5,000 orang dan meningkat kepada 35,000-40,000 orang
menjelang tahun 1870-an.Awal tahun 1860-an, Penduduk Cina di Kelian
Bahru berjumlah lebih kurang 2,200 orang. Mereka menempati antara 40
hingga 50 buah deretan rumah kongsi . 2000 orang penduduknya ialah
pelombong dan selebihnya ialah pekebun sayur.
Industri bijih timah merupakan satu industri yang tertua di Tanah Melayu
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bijih timah telah menarik minat
pedagang-pedagang asing dari Mediterranean, Arab, India dan China.
Timah yang dilombong daripada kawasan pedalaman telah dilebur dan
dijadikan timah jongkong lalu dibawa ke hilir sungai untuk diperniagakan.
Catatan J.F.A. McNair pula menunjukkan, bijih timah mula dilombong di
Perak pada tahun 1616 di Manjung dan Beruas.
Sehingga tahun 1820-an, perlombongan bijih timah merupakan
perusahaan orang Melayu. Lombong-lombong ini dikuasai oleh raja dan
pembesar. Mereka menggunakan cara melampan dan mendulang untuk
melombong. Hasilnya adalah terhad. Selain itu, sikap orang Melayu yang
menganggap perlombongan itu hanya merupakan pekerjaan sambilan
menyebabkan perkembangannya tidak pesat.
Atas inisiatif pembesar, mereka telah menggalakkan kemasukan orang
Cina sebagai buruh. Keadaan ini jelas dilihat mulai tahun 1820-an, apabila
orang Cina mula melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah. Selain
itu, akibat perubahan radikal di Eropah dari segi penggunaan bijih timah,
permintaan terhadapnya telah meningkat. Pengambilan buruh Cina juga
dipergiatkan lagi.
Pada tahun 1840-an, perusahaan ini mula bertukar corak dengan
penemuan kawasan baru, kemasukan modal Cina dan pengenalan cara-
cara perlombongan yang lebih efektif oleh orang Cina. Keadaan ini telah
membawa perubahan kekuasaan dan kaitan politik orang Cina di Tanah
Melayu secara keseluruhan. Keadaan ini telah memberi peluang kepada
British untuk campur tangan dalam hal-hal pentadbiran Tanah Melayu.
Selain itu, kerajaan British juga berusaha untuk mewujudkan suasana yang
menyenangkan kepada perkembangan perusahaan bijih timah swasta
kepunyaan orang Eropah. Mereka menggunakan kapal korek untuk
melombong. Penggunaan kapal korek dapat melombong dengan banyak
tetapi kaedah ini memerlukan belanja yang tinggi. Dengan itu, perusahaan
bijih timah oleh orang Cina mulai diambil alih oleh syarikat Eropah kerana
teknik kapal korek yang dapat melombong dengan cepat dan akhirnya
menjual perusahaan lombong bijih timah mereka kepada syarikat British.
Di Kamunting,sekitar tahun 1960-an,penggunaan kapal korek telah
berkembang pesat dan industri biji timah ini. menjadi pekerjaan penduduk
setempat selain ladang kelapa sawit dan penorehan getah yang majoritinya
kaum melayu.

Sumber :wikipedia
: Temuramah bersama Tuan Hj. Akhiruddin (Ketua Kampung Kg.
Expo)
Gitmo Malaysia
'Gitmo Malaysia' yang merujuk kepada Penjara Gitmo atau Guantanamo
Bay di Cuba adalah panggilan Kamunting suatu ketika dahulu. Ini kerana
wujudnya Kem Tahanan Kamunting (KEMTA) bagi mereka yang ditahan di
bawah ISA atau Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960. Kamunting juga sinonim dengan kawsan
tentera kerana pada tahun 1948 dan 1069 , ia menjadi kawasan
penting bagi askar British dan Komanwel ketika Darurat Tanah Melayu.

Sumber: Utusan Online

Asal-Usul Kamunting
Asal-usul Kamunting

Asal usul kamunting dan Taiping ada kaitannya dengan Long Jaafar bin
Long Abdul Latif (Datuk Paduka Setia).Pada zaman mudanya, Long Jaafar
telah pergi Ke Bukit Gantang yang ketika itu di bawah jajahan mentuanya,
Alang Alaiddin (Datuk Panglima Bukit Gantang). Pada waktu itu Kamunting
masih lagi hutan belantara.
Ketika beliau mandi di sebatang sungai, beliau melihat sungai di situ
bewarna hitam dan mendapati ada bijih timah di dalam sana. Long Jaafar
membuat keputusan untukmengusahakan perlombongan bijih timah secara
besar-besaran.Tempat yang mula-mula sekali dijumpai bijih timah itu
dinamakan Kelian Pauh(sekitar kawasan Penjara Taiping sekarang).Kelian
bermaksud lombong atau galian manakala Pauh ialah sejenis buah
mangga.Kelian Pauh merupakan nama lama bagi bandar Taiping.
Pada suatu hari, seekor gajah yang dipelihara oleh Long Jaafar bernama
Larut telah terlepas ke dalam hutan dan hilang selama 3 hari. Selepas
ditangkap didapati kaki dan badan gajah peliharaannya yang digunakan
untuk mengangkut bijih dipenuhi dengan lumpur berwarna hitam yang
mengandungi pasir bijih timah kerana pergi berkubang di dalam sebuah
paya,dalam rimba yang tidak berapa jauh dari kediaman Long Jaafar.
Akhirnya,Long Jaafar telah menemui sebuah lagi tempat baru yang kaya
dengan bijih timah.Tempat itu dinamakan Kelian Bahru yang bermaksud
lombong baru.Kelian Bahru ialah nama lama bagi Kamunting. Manakala
daerah yang terdapat Kelian Pauh dan Kelian Bahru serta kawasan-
kawasan sekitarnya dinamakan Larut,diambil sempena nama gajah yang
menjumpai lombong bijih timah itu.
Kelian Bahru ( Kamunting) dibuka setelah bijih timah ditemui di kawasan
ini. Pada ketika itu kebanyakan orang Melayu tinggal di kawasan Bukit
Gantang dan Trong. Pada tahun 1850-an,bilangan pelombong Cina di sini
berjumlah 5,000 orang dan meningkat kepada 35,000-40,000 orang
menjelang tahun 1870-an.Awal tahun 1860-an, Penduduk Cina di Kelian
Bahru berjumlah lebih kurang 2,200 orang. Mereka menempati antara 40
hingga 50 buah deretan rumah kongsi . 2000 orang penduduknya ialah
pelombong dan selebihnya ialah pekebun sayur.
Kamunting
Kamunting pada suatu ketika terkenal dengan nama "Gitmo Malaysia"
yang merujuk keada nama Teluk Guantanamo atau Gitmo, penjara
tahanan di Cuba yang dikendalikan oleh Amerika Syarikat.Selain itu
Kamunting juga merupakan bandar

industri terbesar di Taiping .Semasa Darurat Tanah Melayu antara tahun


1948 dan 1960, Kamunting merupakan tapak yang British / Komanwel
pangkalan tentera utama, ada yang pasukan pengawal yang besar untuk
28 Komanwel Briged Infantri

bebas dan juga salah satu daripada tiga Hospital Tentera British (BMHs) di
Tanah Melayu. Antara Taiping dan Kamunting adalah salah satu
Perkuburan utama tentera di Tanah Melayu. Selama bertahun-tahun
banyak konflik menentang pengganas
Komunis, beribu-ribu British, Australia, tentera New Zealand, Fiji dan
Gurkha hidup - dan meninggal dunia - di dalam dan sekitar Kamunting dan
Taiping.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

 Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting


 Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting Bakti
 Kolej Vokasional Taiping
 Sekolah Kebangsaan Kamunting
 Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kamunting
 Sekolah Kebangsaan All Saints, Perak
 Kolej Komuniti Taiping
 Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping
 Nesst Academy

Rumah Ibadat[sunting | sunting sumber]

 Masjid Jamek Kamunting


 Masjid Maimun
 Masjid Raja Muda Musa
 Kuil Sri Maha Mariamman Kamunting
 Kuil Durga Amman Bukit Mas
 Tokong Sam Wong Yah
 Gurdwara Sahib Kamunting

Hotel[sunting | sunting sumber]

 Taiping Golf & Country Club (sebelum ini dikenali sebagai Bukit
Jana Golf & Country Club) yang menyediakan 18 lubang, 5,972
meter, 72 par.
 SSL Traders Hotel
 Tune Hotel
 Beverly Hotel
 Kimal hotel

Beli-Belah[sunting | sunting sumber]


 ÆON Taiping
 The Store
 Tesco
 Taiping Sentral
 Pasaraya Besar Giant
 Econsave

Tarikan Pelancong[sunting | sunting sumber]

 Air Terjun Bukit Jana


 Taman Tasik Kamunting
 Pasar Minggu Kamunting Lama
 Kompleks Rakan Muda Bukit Jana
 Jeti Kelip-kelip Kampung Dew

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

 Rencana mengenai sejarah Kamunting


 Peta-peta berkaitan dengan Kamunting
 Berita terkini yang berkenaan dengan bandar Kamunting and
tempat berhampiran
 Laman web rasmi Taiping Resort

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

 Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting


 Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting Bakti
 Kolej Vokasional Taiping
 Sekolah Kebangsaan Kamunting
 Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kamunting
 Sekolah Kebangsaan All Saints, Perak
 Kolej Komuniti Taiping
 Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping
 Nesst Academy

Rumah Ibadat[sunting | sunting sumber]


 Masjid Jamek Kamunting
 Masjid Maimun
 Masjid Raja Muda Musa
 Kuil Sri Maha Mariamman Kamunting
 Kuil Durga Amman Bukit Mas
 Tokong Sam Wong Yah
 Gurdwara Sahib Kamunting

Hotel[sunting | sunting sumber]

 Taiping Golf & Country Club (sebelum ini dikenali sebagai Bukit
Jana Golf & Country Club) yang menyediakan 18 lubang, 5,972
meter, 72 par.
 SSL Traders Hotel
 Tune Hotel
 Beverly Hotel
 Kimal hotel

Beli-Belah[sunting | sunting sumber]

 ÆON Taiping
 The Store
 Tesco
 Taiping Sentral
 Pasaraya Besar Giant
 Econsave

Tarikan Pelancong[sunting | sunting sumber]

 Air Terjun Bukit Jana


 Taman Tasik Kamunting
 Pasar Minggu Kamunting Lama
 Kompleks Rakan Muda Bukit Jana
 Jeti Kelip-kelip Kampung Dew

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

 Rencana mengenai sejarah Kamunting


 Peta-peta berkaitan dengan Kamunting
 Berita terkini yang berkenaan dengan bandar Kamunting and
tempat berhampiran
 Laman web rasmi Taiping Resort

ASAL USUL KAMPUNG PINANG


 Perihal atau kisah di dalam filem ini sebenarnya tiada kena mengena
langsung dengan nama kampung yang bakal diceritakan, namun persamaan
namanya seringkali menjadi bualan orang ramai terutama yang pertama kali
berkunjung ke Kampung Pinang, sebuah kampung yang terletak di dalam
daerah Kamunting.
 Apa yang hendak diberi penekanan bukanlah semata-mata nama kampung
tersebut tetapi kewujudan perkampungan Melayu yang masih kekal hingga
kini. Malah, lebih membanggakan, penempatan yang dimaksudkan kini kian
pesat membangun.
 Diceritakan bahawa pokok pinang yang tumbuh melata di kawasan ini
menjadi pencetus kepada nama sebuah kampung yang mula dibuka sejak
tahun 1947 ini dan melekat hingga sekarang iaitu Kampung Pinang.
Terbahagi kepada lima kampung yang berlainan iaitu Kampung Pinang Baru,
Kampung Pinang Utara, Kampung Pinang Seberang, Taman Kamunting Permai,
Taman Palma A dan B, penduduknya kini mencecah 17,345 orang dan majoritinya
Suatu masa dahulu, kawasan kampung ini menjadi lokasi utama bagi aktiviti
perlombongan bijih timah. Oleh kerana terdapat banyak sumber itu, berlakulah
perpindahan beramai-ramai untuk mengusahakan industri perlombongan.
Terdapat juga masyarakat Siam yang `berkampung’ di beberapa kawasan di
perkampungan ini, antaranya di Jalan Watt Siam di mana mereka menjalankan
perniagaan sebagai sumber pendapatan utama dan tidak terkecuali yang bekerja
makan gaji di kilang-kilang berdekatan.
Seorang penduduk, Shufaidah Tajudin ,55, yang sudah lama bermastautin di
perkampungan ini memberitahu, dahulunya terdapat banyak rumah yang
disediakan khusus untuk disewakan kepada pekerja kilang Folex yang terletak di
kawasan perindustrian berhampiran kampung tersebut.
“Di Jalan Watt Siam, pada tahun 60-an sudah ada sebuah Watt Buddha untuk
masyarakat Cina dan tidak terkecuali masyarakat Siam yang tinggal di situ, tapi
lebih kurang tahun 90-an ia sudah tidak digunakan dan runtuh.
“Ramai juga masyarakat Siam yang ada di sini dahulu dan sesetengah dari mereka
telah berkahwin campur dengan orang tempatan, tapi ramai antara mereka
kemudian berhijrah ke tempat lain, yang tinggal cuma seorang dua sahaja itupun
sekarang sudah meninggal dunia,” kata Shufaidah.
Selain itu, kebanyakan komuniti di situ pada suatu ketika dahulu, menyewa rumah
yang berpenghadang dan disewa kepada beberapa buah keluarga yang kadang-kala
boleh mencecah hingga tiga atau empat buah keluarga.
Ditanya mengenai persamaan nama kampung ini dengan kisah di dalam filem
P.Ramlee, dia menjawab, ramai yang salah sangka dan memang ada yang
mengaitkannya dengan lokasi penggambaran filem tersebut.
“Bila saya kata saya tinggal di Kampung Pinang kepada orang luar,ramai yang
fikir tempat ini macam kampung yang dalam filem P.Ramlee.
“Rasa lucu pun ada sebab sebenarnya tiada kaitan langsung dengan cerita Pendekar
Bujang Lapok, mungkin namanya sahaja kebetulan sama,” katanya sambil
tersenyum.
Tambahnya, pokok pinang yang sinonim dengan kampung ini sudah tidak
kelihatan kerana hampir kesemuanya sudah habis ditebang bagi tujuan
pembangunan serta pembinaan rumah.
“Dulunya memanglah banyak pokok pinang tapi sekarang yang tinggal cuma
sebatang dua,” kata Shufaidah.
Menceritakan pengalaman masa mudanya, Shufaidah memberitahu, sewaktu
zaman persekolahan dahulu masih ada unsur-unsur British diguna pakai oleh
penduduk setempat, sebagai contoh `telefon kotak’ (pondok telefon yang tertutup
dan mempunyai pintu) yang cukup terkenal dan berasal dari negara itu.
“Seingat saya dalam tahun 1973 semasa di tingkatan dua, saya dan kawan-kawan
yang lain selalu beratur kalau nak guna telefon, bentuk telefon dulu bukan macam
sekarang sebab ciri rekaan macam zaman British dulu, semuanya bertutup dan
kena tunggu giliran di luar seorang demi seorang.
“Bentuk telefon itu lebih kurang dalam salah satu sedutan lakonan filem Nasib Do
Re Mi,” ujarnya lagi.
Kini terdapat kira-kira 2,500 rumah di kampung ini dan boleh
dikatakan penduduknya menjalankan kegiatan perniagaan secara kecil-kecilan dan
terdapat juga di antara mereka yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta.
Pembangunan yang kian pesat di kawasan Kamunting telah banyak mempengaruhi
kemajuan kawasan kampung tersebut dan antara yang menerima kesan positif itu
termasuklah Kampung Pinang.
Jika dahulu orang ramai khususnya pengunjung hanya menjadikan bandar Taiping
sebagai destinasi utama dalam senarai tempat wajib dikunjungi sekiranya
bertandang ke Perak, namun kini semuanya sudah berubah apabila Kamunting juga
mula menjadi sebuah kawasan yang menarik.
-Kemudahan disediakan di sini boleh dikatakan serba-serbi lengkap dengan dewan
komuniti, perpustakaan desa, bengkel kereta, klinik, bangunan kerajaan dan
pelbagai jenis restoran bagi kemudahan penduduk dan pengunjung.
Tidak dilupakan juga kemudahan teknologi terkini iaitu ‘WiFi’ percuma kepada
mereka yang berhampiran dengan pusat sumber kampung yang membolehkan para
pelajar dan masyarakat mengambil peluang menggunakan internet secara percuma.
Kemudahan homestay turut disediakan untuk para tetamu atau pengunjung luar
datang bertandang ke sini dengan harga yang ditawarkan adalah cukup berpatutan,
sesuai bagi mereka yang merancang percutian ke daerah ini.
 https://www.suaraperak.com/bukan-kampung-pinang-sebatang/

You might also like