Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KALAI

JENIANG, 08700 GURUN, KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK

BILANGAN 1 TAHUN 2017

Tarikh : 24 Januari 2017 (Selasa)

Masa : 12.45 tengah hari

Tempat : Pusat Sumber SK. Kalai

Kehadiran

Bil Nama Jawatan

1. Pn. Shuhida binti Othman Setiausaha & Muzik Tahun 2

2. Pn. Sarimah binti Hj. Ahmad Guru PKS Thn 1 & Muzik Thn 3 & 4

3 En. Helmy Shahmi bin Abd Samad Guru Pendidikan Muzik Tahun 5

4. Pn. Hasni binti Hussin Guru Prasekolah

5. Pn. Roslina binti Hassan Guru Pemulihan

Turut Hadir

1. En. Asri bin Ahmad PKP SK. Kalai /

Guru Pendidikan Muzik Tahun 6

Tidak hadir

Tidak ada

Urus Setia Mesyuarat

1. Pn. Sarimah binti Hj. Ahmad Pengerusi

2. Pn. Shuhida binti Othman Setiausaha


1
I. PERUTUSAN PENGERUSI PANITIA

1. Pn. Sarimah selaku pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-
alukan kehadiran AJK Panitia Muzik ke mesyuarat kali pertama bagi tahun
2017

2. Beliau turut memaklumkan akan tujuan mesyuarat ini adalah bagi memantapkan
pengurusan jawatankuasa Panitia Muzik bagi tahun 2017.

3. Beliau juga berharap agar semua guru muzik dapat bekerjasama dan
memberikan cadangan yang sepatutnya agar Panitia Muzik berada sebaris
dengan pantia-panita akademik yang lain dalam menjayakan setiap program
yang dirancang bagi tahun 2017.

Tanggungjawab: semua AJK Status Tindakan: makluman

II. UCAPTAMA PENGERUSI JAWATANKUASA KURIKULUM

4. En. Asri bin Ahmad (PKP) mewakili Tuan Guru Besar mengucapkan ribuan
terima kasih kepada AJK Panitia kerana sudi menjemput beliau ke mesyuarat
Panitia Muzik Kali Pertama bagi tahun 2017.

5. En. Asri meminta semua guru Pendidikan Muzik memberi penekanan dalam
pembelajaran Muzik kerana mata pelajaran ini dapat memberi peluang kepada
murid-murid untuk meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi
terhadap estetika muzik.

6. Selain itu, beliau turut menyokong dan memberi galakan kepada guru-guru yang
melatih murid membuat sebarang persembahan di sekolah agar dapat memupuk
sikap yakin pada diri sendiri dan tidak malu apabila berhadapan dengan
khalayak.

7. Beliau turut meminta guru-guru Pendidikan Muzik merancang sebarang aktiviti


yang melibatkan ramai murid supaya dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam
diri mereka sejajar dengan hasrat dalam falsafah pendidikan negara iaitu
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi
dan jasmani.

Tanggungjawab: semua AJK Status Tindakan: Makluman/Pelaksanaan

III. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

8. Pn, Shuhida binti Othman selaku setiausaha membentangkan minit mesyuarat


kali ke- 4 /2016 untuk disemak, diterima seterusnya disahkan.

9. En. Helmy Shahmi mencadangkan agar minit mesyuarat ini diterima dan
disahkan. Pn. Hasni menyokong.

2
10. Pn. Sarimah memaklumkan bahawa minit mesyuarat kali ke-4 2016 diterima
sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

IV. PERKARA BERBANGKIT


11. Tidak ada perkara yang dibangkitkan dalam penelitian minit mesyuarat yang
lepas.

V. KSSR SEMAKAN 2017


12. Pn. Shuhida selaku setiausaha memaklumkan bahawa pada tahun 2017,
Pendidikan Muzik telah diubah menjadi subjek baru iaitu Pendidikan Kesenian.
Mengikut Pekeliling Semakan KSSR 2017, Pendidikan Kesenian ini adalah
gabungan Dunia Seni Visual (DSV) dan Muzik. Peruntukan masa yang diberikan
adalah 48 Jam setahun. Agihan waktu adalah sepeprti berikut:

12.1 1 jam 960 minit) bagi komponen Seni Visual. 30 minit bagi komponen
muzik.

12.2 Pelaksanaan hendaklah secara berturutan pada hari yang sama dalam
penyusunan jadual waktu mingguan.

12.3 Pihak sekolah boleh menyusun sama ada komponen seni visual dituruti
oleh komponen muzik atau komponen muzik dituruti oleh komponen seni
visual.

12.4 Pentaksiran juga perlu direkod sepanjang tahun. Templet pelaporan


boleh dimuat turun dalam laman sesawang.

13. Beliau juga memaklumkan Pendidikan Kesenian Sekolah Rendah bermatlamat


“untuk melahirkan murid berliterasi dan berkemahiran dalam bidang kesenian
bagi mengembangkan potensi diri sebagai insan yang harmonis, kritis, kreatif
dan inovatif, serta mempunyai kesedaran terhadap estetik kesenian dari
pelbagai budaya seterusnya meningkatkan rasa kesyukuran terhadap tuhan,
mnghargai keindahan alam persekitarann, keindahan seni dan warisan bangsa.

VI. PENULISAN RPH PENDIDIKAN KESENIAN (MUZIK) TAHUN SATU 2017

14. Pn. Shuhida memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa penulisan RPH
Pendidikan Muzik boleh ditulis mengikut format seperti di bawah:

3
VII. AKTIVITI TAHUNAN

15. Pn. Roslina mencadangkan agar guru-guru Muzik melatih murid-murid dalam
persembahan lebih awal agar murid-murid lebih bersedia dan yakin.

16. Pn. Sarimah mencadangkan agar guru opsyen muzik mengadakan taklimat atau
bengkel pdp muzik kepada guru-guru muzik yang bukan opsyen.

17. Pn. Shuhida bersetuju dengan cadangan Pn. Sarimah. Beliau meminta agar
cadangan tersebut dibincangkan dengan lebih detail lagi sebelum dilaksanakan.

18. Pn. Roslina mencadangkan beberapa aktiviti ko-akademik seperti:


15.1 Tarian (tradisional / bollywood / etnik Siam seperti rambong)
15.2 Persembahan sketsa
15.3 Nyanyian (solo / diet / koir)
15.4 Permainan alat muzik

19. AJK sebulat suara bersetuju agar guru –guru Pendidikan Muzik membimbing
murid dalam aktiviti tersebut agar dapat dipersembahkan dalam majlis anjuran
sekolah seperti dalam mesyuarat agung PIBG, Hari Anugerah Cemerlang,
Perkhemahan dan sebagainya.

4
VIII. PERBELANJAAN PANITIA

20. Pn. Sarimah memaklumkan bahawa kedudukan kewangan sekolah berakhir


pada 01/02/2017 (Kumpulan Wang Kerajaan) bagi subjek wajib di bawah
Pendidikan Seni sebanyal RM 679.57 sahaja.

21. Pn. Sarimah memaklumkan bahawa jumlah wang tersebut perlu dibahagi
dengan peruntukan bagi subjek PSV dengan masing masing Panitia mendapat
peruntukan bersih sebanyak (RM339.79) sahaja.

22. Pn. Shuhida mencadangkan agar peruntukan kewangan pada tahun ini dapat
digunakan untuk baik pulih alat-alat perkusi yang telah rosak seperti kastanet,
kompang, tamborin dan sebagainya. Kos membaik pulih alat tersebut agak
mahal terutamanya kompang.

IX. HAL-HAL LAIN

23. En. Asri meminta semua guru Muzik menguasai DSKP subjek tersebut agar
PDP lebih berkesan. Guru-guru juga boleh membuat lesson study bersama
untuk memantapkan PDPc. Guru Muzik yang opsyen diharapkan dapat
membimbing guru-guru yang bukan opsyen dalam PDPc.

24. Pn. Sarimah berharap agar semua guru muzik dapat berganding bahu dan
memberikan komitmen sebaiknya dalam membantu sekolah menjayakan setiap
program yang berkaitan dengan muzik.

25. En. Asri juga memaklumkan agar Panitia cuba membaik pulih peralatan muzik
yang rosak dengan kadar segera agar tidak menjejaskan PDP guru.

26. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-`As dan tasbih kaffarah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.55 tengah hari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………... ……………………………………
(SHUHIDA BINTI OTHMAN)
Setiausaha
Panitia
Pendidikan Muzik

You might also like