Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKPT

BIL 1/2018
TARIKH:

MASA: 1.30 – 3.00 petang

TEMPAT:Tok Bagus Centre SKPT

KEHADIRAN:

1. En Ahmad Zifni Bin Adeli


2. Pn Jismani Bt Mustafa
3. En. Mohd Nizam Bin Ishak
4. En Suhairul Bin Saad
5. Mohd Nadhir Syahir Bin Mohamad Zaini
6. Mohd Fakhrul Radzi Bin Hamzah
7. Shahrul Nizam Bin Mohd Noh
8. Mohd Subri Bin Said
9. Asma Alhusna Binti Rameli
10. Ahmad Nasrul Bin Majid
11. Hasnulhad Bin Ibrahin
12. Faridatul Azna Bin Marzuki
13. Mohd Azwan Bin Mohd Arham
14. Khalilah Binti Khalid
15. Mohd Rizal Bin Osman
16. Hasmuny Bin Hashim
17. Husna Bt Md Jamid
18. Rosmayanti Bt Zainol

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Tuan guru besar mengalu alukan kehadiran semua guru ajk unit bembingan
dan kaunseling ke mesyurat.
1.2 Guru besar mengucapkan tahniah kepada unit PPDa yang mendapat
anugerah cemerlang ketika pemantauan tahun lalu dan juga kepada semua
guru atas kejayaan menganjurkan rombongan pasca UPSR pada tahun lalu
2.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYURAT YANG LALU

2.1 En Nadhir selaku setiausaha Unit Bimbingan dan kaunseling


membentangkan minit mesyurat bil 3/2017 . Minit disahkan oleh Puan
Khalilah dan disahkan oleh En Mohd Rizal

Tindakan: Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Rombongan Pasca Upsr


- Rombongan telah berjaya dilakukan walaupun terdapat pelbagai cabaaran
dan halangan sepanjang pengajuran. En Nadhir mengucapkan terima
kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menjayakan program.
- Wang hasil sumbangan ketika program tahun 2017 masih berbaki
sebanyak RM2000 dan telah dibelanjakan sebanyak RM200 bagi tujuan
kem kokurikulum dan juga majlis graduasi tahun 6.

Tindakan: Makluman, AJK lawatan

4.0 PERANCANGAN AKTIVITI 2018

4.1 Pembentangan perancangan unit disampaikan oleh En Nadhir dan dipersutuji


oleh EnMohd Nizam dan Tuan Guru besar. En Nizam meminta AJK yang
terlibat merancang dan melaksanakan aktiviti dengan baik dan mengikut
takwim.

4.2 Watikah Perlantikan Pengawas Dan Kem Kepimpinan Pengawas


- En Ahmad nasrul memaklumkan bahawa surat perlantikan bagi pengawas
sekolah telah diserah kepada murid yang telibat pada hujung sesi
persekolahlan 2017. Namum surat bagi perlantikan PRS dan PPS masih
belum diserahkan kepada pelajar terlibat dan akan diserahkan selewat
lewatnya minggu ke dua persekolahan.
- Kem kepimpinan akan dilaksanakan pada Februari dan diharapkan guru
yang terlibat dapat member komitmen yang sepatutnya.

Tindakan: Guru kaunseling, Guru Disiplin, Guru Pusat Sumber


4.3 Kecermelangan Upsr
- Perjumpaan waris tahun 6 akan diadakan dalam bulan Januari. Guru
tahun 6 yang berkaitan diminta menyediakan headcount bagi murid murid
tahun 6.
- Kem motivasi waris dan murid akan diadakan sekitar julai namun masih
tiada cadangan tentang penceramah. Kekangan peruntukan dan masa
perlu diambil kira dalam membuat perancangan. Tuan guru besar
meminta Pn Jismani untuk berbincang dan memuat perancangan lanjut.

Tindakan : Guru Tahun 6

4.4 Psikometrik Dan Aptitut


- Tarikh bagi perlaksanaan ujian psikometrik dan Aptitud bagin tahun ini
masih belum diterima daripada lembaga peperiksaan. En Nadhir akan
memaklumkan semula perkara ini sebaik sahaja mendapat maklumat
lanjut.

Tindakan : En. Nadhir

4.5 Program Selepas Upsr


- Rombongan akan diteruskan pada tahun tapi tetapi berkemungkinan
besar akan menukar lokasi. Proses kertas kerja dan surat menyurat akan
dimulakan selewat lewatnya Mac.
- Program program lain seperti kem akil baligh dan juga aktiviti akademik
selepas UPSR akan dijalankan seperti biasa.

Tindakan :AJK Lawatan, Guru UBK

5.0 HAL HAL LAIN

5.1 En Azwan mencadangkan agar kutipan wang murid bagi tujuan rombongan
dimulakan awal sebagaimana tahun lepas bagi kelancaran program.

Tindakan: En Nadhir

5.2 Guru besar meminta Setiausaha program sekolah penyayang menyediakan


kain rentang dan kata-kata hikmat yang bersesuaian untuk digantung di
sekitar sekolah

Tindakan : En Subri
5.3 En. Mohd Nizam meminta semua guru agar mendokumentasikan semua
program yang dilaksanakan selewat lewatnya dua minggu selepas program
tamat. Guru juga diminta menyediakan laporan menggunakan format yang
telah diedarkan

Tindakan:Makluman

Mesyurat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh

__________________

(Mohd Nadhir Syahir Bin Mohamad Zaini)

Setiausaha, Unit Bimbingan Dan Kaunseling,

SK Pulau Tuba

Disemak oleh

__________________

(Ahmad Zifni Bin Adeli)

Guru Besar

SK Pulau Tuba

You might also like