PMI Tentang Implikasi Teori Behavior Is Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PMI TENTANG IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS TERHADAP PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

Sebelum kami menyediakan pembentangan kami tentang implikasi teori


behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran, kami perlu mengetahui
tentang tokoh-tokoh teori behavioris. Teori behavioris dibahagi kepada dua
jenis,iaitu pelaziman klasik dan pelaziman operan. Teori pelaziman klasik
dikemukakan oleh Ivan Pavlov dan J.B. Watson manakala teori pelaziman
operan pula dikemukakan oleh E.L. Thorndike dan B.F. Skinner.

Teori pelaziman klasik Ivan Pavlov membuat kajian tentang pengeluaran


air liur anjing. Pavlov berminat untuk menjalankan uji kaji mengukur lelehan air
liur anjing memandangkan setiap kali melihat pembantu makmal, mendengar
tapak kaki pembantu makmal atau melihat baju pembantu makmal yang
membawa makanan anjing, air liur anjing akan meleleh keluar. Teori pelaziman
klasik ini mengutamakan gerak balas atau respons yang dikenali sebagai gerak
balas terlazim. Ini ialah hasil pembelajaran melalui proses perkaitan antara dua
rangsangan, iaitu rangsangan semula jadi (daging) dan rangsangan terlazim
(cahaya lampu suluh).

Teori pelaziman klasik J.B. Watson pula mengaji tentang perkaitan


pelaziman dan kawalan emosi manusia, iaitu uji kaji tentang Albert. Kanak-kanak
Albert dibiarkan bermain tikus putih dan sementara itu Watson membunyikan
ketukan yang kuat. Albert terkejut dan terus takut kepada tikus tersebut. Selepas
itu, Albert menjadi takut kepada semua benda putih yang berbulu. Watson
membentuk teori bahawa kanak-kanak memiliki tiga tindak balas emosi yang
asas, iaitu takut, marah dan sayang. Tindak balas emosi ini dapat dilazimkan.

Seterusnya, teori pelaziman operan E.L. Thorndike menekankan bahawa


hubungan atau connection antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi
kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan. Kajian
Thorndike tentang bagaimana kucing belajar keluar dari kurungan menunjukkan
hubungan yang dimaksudkan. Thorndike mengemukakan tiga hukum atau

39
prinsip pembelajaran, iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan
hasil daripada kajian ini. Dalam kajian Thorndike, seekor kucing yang lapar
dimasukkan ke dalam sangkar. Makanan kucing diletakkan di luar sangkar dan
pintu sangkar dapat dibuka siranya selak dipijak. Kucing terpijak selak itu dan
dapat keluar untuk mendapatkan makanan. Tindakan rawak ini dikenali sebagai
teori cuba-jaya. Menurut Thorndike, hubungan antara rangsangan (makanan)
dengan gerak balas (menekan tuil selak) menjadi lebih kukuh apabila wujud
kesan yang positif. Sekiranya kesan tindakan adalah negatif, hubungan R-G
akan lemah dan tingkah laku tidak berulang.

Selain itu, teori pelaziman operan B.F Skinner menekan hasil kesan-
akibat membawa kepada tingkah laku baharu, tingkah laku diteruskan atau
diulangi dan sebaliknya. Kesan-akibat boleh berlaku dalam bentuk ganjaran
ataupun hukuman .Oleh itu, hukuman dan dendaan, ganjaran dan peneguhan
membawa kesan yang tertentu kepada kemungkinan wujudnya tingkah laku
baharu atau sebaliknya. Pelaziman operan B.F. Skinner boleh dirumuskan
seperti dalam bentuk rumus berikut:

A⟶B⟶C

C akan seterusnya menjadi A, iaitu peristiwa awal bagi tingkah laku seterusnya.

Skinner terkenal dengan teori peneguhan yang terbentuk hasil kajiannya


ke atas tingkah laku tikus yang ditempatkan di dalam “Peti Skinner”. Antara
kajian yang dibuat ialah tikus akan hanya mendapat makanan apabila tuil suis
ditekan. Oleh itu, tikus tersebut mengulangi menekan tuil suis untuk
mendapatkan makanan.

Dalam pembentangan, kami akan menggunakan jadual PMI untuk


menganalisiskan tentang implikasi teori behavioris terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Jadual PMI membahagikan kepada Plus, Minus dan Interesting.
Plus mewakili kebaikan manakala Minus mewakili kelemahan dan Interesting
pula mewakili yang isi yang menarik perhatian kami.

40
Dalam pembentangan kami, kebaikan implikasi teori behavioris telah
menyatakan guru dapat menetapkan matlamat yang spesifik. Matlamat akhir
proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas. Matlamat tersebut
hendaklah yang realistik dan boleh dicapai. Guru dapat menetapkan objektif bagi
setiap langkah pengajaran. Objektif tersebut hendaklah khusus dan eksplisit
serta satu objektif bagi satu langkah kecil.

Selain itu, guru juga perlu menyediakan langkah pengajaran secara


berperingkat. Guru hendaklah menentukan satu aktiviti khusus bagi satu langkah
pengajaran dan susunan langkah tersebut hendaklah secara progresif serta
ansur-maju. Penguasaan langkah awal perlu dipastikan sebelum berpindah
kepada langkah seterusnya.

Di samping itu, aplikasi teknik peneguhan yang sesuai juga amat penting
dalam teori behavioris. Peneguhan berterusan semasa proses pembentukan
tingkah laku dan peneguhan berkala selepas tingkah laku dikuasai hendaklah
berdasarkan masa (masa tetap dan masa berubah) dan juga kandungan (nisbah
tetap dan nisbah berubah).

Hukum kesediaan juga perlu dikaitkan dalam pembelajaran baharu


dengan pengetahuan sedia ada. Guru hendaklah menyediakan situasi yang
merangsang dan mencungkil rasa ingin tahu pelajar. Manakala hukum latihan
juga tidak dapat diabaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Hukum latihan dapat diperbanyakkan dengan pengulangan dan latih
tubi supaya murid-murid dapat menguasainya.

Tambahan pula, teori behavioris juga mengaplikasikan hukum kesan atau


akibat. Aktiviti pengukuhan dapat diadakan dan peneguhan yang sesuai dapat
dipilih dan diaplikasikan dalam tempoh masa yang kerap. Hukum kesan atau
akibat juga mementingkan pengalaman teknik hukuman dan ganjaran. Guru juga
dapat menyediakan amalan disiplin bilik darjah yang mesra dengan
mengamalkan rutin belajar, rutin keceriaan, peraturan bilik darjah yang positif
dan mengamalkan dinamika kumpulan serta menggalakkan pembelajaran

41
koperatif dan kolaboratif supaya murid dapat belajar dalam suasana bilik darjah
yang kondusif.

Sebaliknya, kelemahan teori behavioris adalah hanya guru yang berhak


menentukan apa yang harus dipelajari oleh murid. Oleh itu, murid hanya akan
belajar apa yang diajar oleh guru. Hal ini telah menyebabkan murid menjadi pasif
dalam pembelajaran dan hanya mendapat pengetahuan daripada guru dan tidak
mempunyai motivasi untuk mendapat pengetahuan lain dengan keupayaan
sendiri. Maksudnya pembelajaran ke arah kendiri tidak dapat dipupuk dalam
kalangan murid. Hal ini juga menyebabkan murid hanya mendengar dan
menghafal penjelasan daripada guru.

Selain kebaikan dan keburukan implikasi teori behavioris, terdapat juga


perkara yang menarik perhatian kami terhadap teori tersebut. Antara perkara
yang menarik minat kami adalah tiga hukum yang dikemukakan oleh E.L.
Thorndike, iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Dalam
hukum kesediaan, individu perlu ada kesediaan untuk memungkinkan tindakan
atau gerak balas berlaku. Hukum kesediaan mengarah kepada pencapaian
matlamat pembelajaran. Sekiranya murid sudah bersedia untuk belajar, maka
kesan pembelajarannya akan menjadi amat memuaskan.

Manakala dalam hukum latihan pula, hukum ini menegaskan manusia


belajar melalui proses membuat dan lupaan berlaku apabila perkara yang
dipelajari tidak digunakan atau dibuat lagi. Untuk menjamin kelangsungan
pembelajaran, latihan dalam pelbagai bentuk, pengulangan, latih tubi, aplikasi
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam situasi lain hendaklah dibuat
dengan lebih kerap.

Hukum kesan pula menunjukkan sesuatu gerak balas yang diikuti kesan
yang menyeronokkan dan memuaskan akan memungkinkan gerak balas itu
berulang. Guru hendaklah menyediakan suasana pembelajaran yang dapat
membawa kepada perasaan rasa berjaya. Sekiranya murid dapat menguasai
pembelajaran atau mendapat pujian, murid akan berasa puas hati dan gembira.

42
Situasi ini akan membuatkan murid akan berusaha dengan lebih gigih untuk
terus berjaya. Sebaliknya, jika murid tidak dapat menguasai pembelajaran,
dikritik, dimarahi atau dikecam, murid akan berasa kecewa dan hilang minat
untuk belajar.

Dalam penyediaan isi pembentangan kami, kami telah merujuk kepada


buku “Murid dan Alam Belajar” yang dituliskan oleh Noriati A. Rashid, Boon Poon
Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan diterbitkan oleh Oxford Fajar. Selain
itu, kami juga membuat rujukan di laman web seperti berikut:-

http://www.scribd.com/doc/18190519/teori-behavioris
http://www.scribd.com/doc/11640190/teori-behavioris
http://www.slideshare.net/syireen/teori-pembelajaran-behavioris
http://www.scribd.com/doc/13690813/teori-thorndike
Selepas membaca dan menganalisis semua maklumat, kami pun
menyediakan jadual PMI untuk menuliskan PMI implikasi teori behavioris dalam
pengajaran dan pembelajaran.

43

You might also like