Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) BUKIT LINTANG

KM 13, JALAN TAMBAK PAYA Kod sekolah : MBD 2084


75460 MELAKA No. Tel & Fax : 06 2687379
Rujukan Kami : STBL. 600-4/1
Tarikh : 13.7.2018

Kepada,
Semua Guru-Guru,
SJK (T) Bukit Lintang

Tuan/Puan
MESYUARAT PANITIA KESENIAN KALI KE-2

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan kepada semua guru-guru bahawa ada satu mesyuarat yang berkaitan di
adakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17.7.2018 ( Selasa)


Masa : 3.15 pm – 4.00pm
Tempat : Bilik Mesyuarat

3.Berikut adalah agenda mesyuarat :

 Perutusan Pengerusi
 Ucapan Guru Besar
 Pengesahan minit yang lalu
 Perkara Berbangkit
 Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018
 Tindakan Penambahbaikan
 Hal-hal lain
 Penutup

BIL NAMA GURU T/TANGAN BIL NAMA GURU T/TANGAN


1. Pn.R.Krishna Veni 7. Pn.T.Shanti
2. Pn.Khatijah Rahman 8. Pn.M.Bhavani
3. Pn.T.Kamala 9. Pn.G.Shanthi
4. Pn.K.S.Malar 10. Pn.K.Yoshini
5. Pn.Sivakami 11. Pn.R.Tearuselvi
6. En.R.Viknes 12. Pn.R.Vally

Sekian terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………………………
(PN.K.SHANMUGA MALAR)
Ketua Panitia Pendidikan Kesenian
BORANG KEHADIRAN GURU

MESYUARAT : ___________________________________________

TARIKH : _________________________________________

HARI : _________________________________________

MASA : _________________________________________

BIL NAMA GURU TANDATANGAN


SJK(T) BUKIT LINTANG

MINIT MESYUARAT PANITIA KESENIAAN KALI 2/2018

TARIKH : 17 JULAI 2018


TEMPAT : BILIK MESYUARAT
MASA : 3.15 - 4.00 PETANG

Kehadiran :
- En.R.Viknes (Tidak Hadir)

PERKARA:

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru ke Mesyuarat Panitia
Kesenian yang kedua bagi tahun 2018.
1.2 Pengerusi dalam ucapannya memaklumkan kerjasama antara AJK Panitia sangat
penting untuk menjayakan program yang dirancang.

2.0 UCAPAN GURU BESAR


2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat
Kali kedua ini.
2.2 Beliau mengharapkan semua guru menjalankan aktiviti yang berfokuskan kebakatan
murid.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


3.1 Pencadang : Pn.T.Kamala
3.2 Penyokong : Pn.R.Tearuselvi

4.0 PERKARA BERBANGKIT


4.1 Pengerusi memberitahu bahawa masih terdapat beberapa orang guru yang belum
menghantar `soft copy’ RPT untuk menyimpannya dalam fail panitia.
4.2 Pengerusi juga berharap minggu Panitia Kesenian akan dilaksanakan selepas
Peperiksaan UPSR kelak.
Tindakan : Semua Guru
5.0 Analisa Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018

Pendidikan Muzik

THN A B C D E % LULUS % GAGAL

1 3 5 4 - - 100 -

2 1 7 5 2 - 100 -

3 7 3 2 2 - 100 -

4 - 13 3 - - 100 -

5 4 13 5 - - 100 -

6 9 6 3 1 - 100 -

Pendidikan Seni

THN A B C D E % LULUS % GAGAL

1 9 2 - - - 100 -

2 4 5 4 2 - 100 -

3 6 3 5 - - 100 -

4 4 9 3 - - 100 -

5 11 4 7 - - 100 -

6 8 6 5 - - 100 -

Tahun 1

Kekuatan - Mengetahui cara memainkan alar perkusi.


- Murid dapat menjawab soalan dengan baik.
Kelemahan - Memastikan murid menyanyi dengan pic yang betul.
T.Susulan - Perlu memberikan penekanan pada detik tertentu.
Perlukan latihan dalam permainan alat muzik.
Tindakan : Pn.Khatijah dan Pn.Tearuselvi
Tahun 2

Kekuatan - Semua murid lulus dalam PPT


Kelemahan - Segelintir murid tidak membawa alatan semasa PPT.
- Segelintir murid tidak menyiapkan tugasan yang diberikan pada waktu
peperiksaan.
- Hadil murid kurang kemas dan memuaskan.
- Segelintir murid tidak menghafal lagu.
T.Susulan - Menitik beratkan kekemasan semasa menyiapkan tugasan.
Tindakan : Pn.Bhavani

Tahun 3 (Dunia Muzik)

Kekuatan - Semua murid dapat menguasai aspek-aspek asas kesenian.


Kelemahan - Segelintir murid yang tidak peka akan kepentingan subjek kesenian ini.
- Segelintir murid tidak membuat dan mengambil tahu akan kepentingannya.
T.Susulan - Menitik beratkan kepentingan asas kesenian kepada murid.
Tindakan : Pn.Sivakami

Tahun 3 (Dunia Seni Visual)

Kekuatan - Semua murid lulus dalam Peperiksaan ini.


Kelemahan - Segelintir murid tidak menghafal lagu yang diberi.
- Segelintir murid tidak mengenal cara meniup ‘rekorder’
T.Susulan - Memperbanyakan latihan penguasaan ‘rekorder’.
Tindakan : Pn.Bhavani
Tahun 4 (Pendidikan Muzik)

Kekuatan - Murid memahami elemen muzik dan notasi muzik.


- Menamakan dan menulis simbol muzik.
Kelemahan - Murid tidak mahir dalam memainkan alat perkusi.
- Tidak menghafal notasi muzik.
T.Susulan - Perlu perbanyakkan latihan notasi muzik.
- Perlukan latihan ton suara dan ekspresi yang sesuai.
Tindakan : Pn.Khatijah Rahman
Tahun 4 (Pendidikan Seni)

Kekuatan - 16/16 murid telah lulus dalam peperiksaan.


Kelemahan - Tidak dapat menguasai kemahiran melukis dan catan dalam bidang
menggambar.
T.Susulan - Memberi latihan dalam kemahiran melukis dan catan.
Tindakan : Pn.G.Shanthi

Tahun 5 (Pendidikan Muzik)

Kekuatan - Murid dapat memahami elemen muzik dan notasi muzik.


- Murid memahami kehendak soalan peperiksaan.
Kelemahan - Murid kurang kefahaman dalam peranan alat perkusi.
- Tidak mengenali nama dan symbol muzik.
T.Susulan - Elemen muzik dan notasi muzik perlu diberi lebih tumpuan.
Tindakan : Pn.Khatijah Rahman

Tahun 5 (Pendidikan Seni)

Kekuatan - Ramai murid membuat teknik melukis dan mewarna dengan kemas dan cantik.
- Sebilangan besar murid dapat A dalam kertas ini.
Kelemahan - Teknik warna dan kekemasan perlu dititik beratkan.
T.Susulan - Mendedahkan murid-murid kepada teknik warna yang betul dan kemas.
Tindakan : Pn.T.Shanti

Tahun 6 (Pendidikan Muzik)

Kekuatan - Semua murid dapat menguasai bidang kesenian dan menunjukkan minat
mereka dalam bidang ini.
Kelemahan - Beberapa murid yang tidak peka dan kurang memberikan tumpuan dalam
bidang kesenian ini.
- Sikap sambal leka ditunjukkan oleh mereka.
T.Susulan - Memupuk minat dalam bidang kesenian untuk mencungkil bakat yang
terlindung.
Tindakan : Pn.Sivakami
Tahun 6 (Pendidikan Seni)

Kekuatan - Ramai murid membuat teknik melukis dan mewarna dengan kemas dan cantik.
- Sebilangan besar murid dapat A dalam kertas ini.
Kelemahan - Teknik warna dan kekemasan perlu dititik beratkan.
T.Susulan - Mendedahkan murid-murid kepada teknik warna yang betul dan kemas.
Tindakan : Pn.T.Kamala

6.0 Tindakan Penambahbaikan

6.1 Guru perlu menggunakan alat-alat muzik yang sedia ada semasa PdPc.
6.2 Guru Tahun 1 dan Tahun 2 perlu menyediakan Kertas soalan Pendidikan Kesenian
bagi ujian akhir tahun.
Tindakan : Pn.Khatijah, Pn.Bhavani, Pn.Tearuselvi

7.0 Hal-hal Lain

7.1 Kekurangan alat-alat muzik di sekolah menyebabkan kekurangan penggunaan alat


muzik pada waktu PdPc.
7.2 Bagi matapelajaran Dunia Muzik murid-murid akan diberikan Gred berdasarkan tahap
penguasaan murid-murid.
Tindakan : Semua Guru

8.0 Penutup
8.1 Guru Besar meminta agar semua guru bekerjasama dan berusaha
untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam matapelajaran Kesenian.
8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada 4.00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh,

…………………………… ……………………………
( Pn.T.Shanti ) (Pn.K.Shanmuga Malar )
Setiausaha Panitia Kesenian Ketua Panitia Kesenian

You might also like