Bahasa Melayu t5 Uk1 '17

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Bahagian A

[30 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah penganjuran sambutan perayaan di


sekolah. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

SAMBUTAN PERAYAAN DI SEKOLAH

Memahami Budaya Kaum Lain Mengeratkan Hubungan

Mengenali Makanan Kaum Lain

2
Soalan 2(a)-Petikan Drama

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

MASNAH: Apa yang dua beranak ini bincangkan? Dari tadi mummy dengar macam hangat
saja?

KHIR GHAZALI: Anak awak ini, dah besar panjang pun asyik nak bermanja saja. Cuba awak
ajar supaya dia tahu berdikari. Buat malu saja kalau anak lelaki macam ini.

MASNAH: Apa masalahnya?

AIMAN: Aiman terpilih untuk penempatan pelatih PLKN nanti. Aiman minta daddy dapatkan
pengecualian tapi daddy tak mahu tolong.

MASNAH: Hah abang, bukankah itu masalah kecil sahaja? Abang boleh gunakan kedudukan
dan pengaruh abang untuk dapatkan pengecualian untuk Aiman ini. Abang tak
sayangkan Aiman? Sanggup abang biarkan dia masuk kem latihan?

KHIR GHAZALI: Sebab saya sayang akan Aimanlah saya nak dia terlibat dengan PLKN.

MASNAH: Bahayakan nyawa anak kita nanti.

KHIR GHAZALI: Apa yang awak merepek? Daripada dia terlibat dengan perkara yang tak
berfaedah pada masa cuti sekolah nanti, ada baiknya dia terlibat dengan PLKN.
Bukan lama pun, tiga bulan saja. Sudahlah, hari ini saya bercadang untuk berehat
di rumah dengan aman tenteram. Kalau macam ini baik saya berehat di kelab golf.

Dipetik daripada drama “Berkhidmat untuk Negara”


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Masnah agar Aiman dikecualikan daripada
menyertai PLKN?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang patut dilakukan oleh pihak kerajaan bagi
meningkatkan pemahaman rakyat Malaysia berkaitan dengan kelebihan menyertai
Program Latihan Khidmat Negara?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan
satu nilai kemanusiaan lain yang terkandung dalam keseluruhan drama.
[4 markah]

3
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

( 30 markah )

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) berbangga
(ii) membanggakan
(iii) kebanggaan
(iv) pembekal
(v) bekalan
(vi) membekalkan
[6 markah]

(b) Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN
+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN +FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

(i) Mereka ke sawah setiap pagi.

(ii) Kegiatan kejiranan dapat memupuk hubungan akrab.

(iii) Bapa kami memperindah serambi rumah.

(iv) Warna pinang masak ialah warna rasmi bas sekolah di seluruh negara kita.

(v) Kain hasil tenunan tangan itu sungguh halus.

(vi) Encik Johan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris di SMK Seri Murni.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pembangunan keindahan lanskap di kawasan bandar dapat tingkatkan nilai


hartanah di sesebuah kawasan.

(ii) Tahap kesihatan seseorang akan bertambah baik jika mengamalkan bersenam
sekurang-kurangnya 30 minit setiap sessi , empat kali seminggu.

(iii) Pengambilan gula secara lebih dikenal pasti sebagai punca utama diabetis yang
mendatangkan pelbagai kesan sampingan.
[6 markah]
4
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Gabungan persatuan-persatuan peniaga kecil perlu mengedarkan dana yang


diterima kepada pihak berkenaan dengan adil.

(ii) Taman rekreasi dan kemudahan riadah telah pihak berkuasa sediakan untuk
kemudahan penghuni di taman perumahan itu.

(iii) Isu yang berkaitan dengan hidup gaya sihat tidak pernah lekang di mulut
masyarakat kerana kesihatan menjamin kesejahteraan.

[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan situasi tersebut.

Fahrin merupakan anak tunggal Pak Hassan. Walaupun ibunya telah meninggal dunia,
Pak Hassan menjaga dan mendidik Fahrin dengan penuh kasih sayang. Tidak pernah
sekalipun Pak Hassan memarahi Fahrin. Segala kehendak Fahrin dipenuhi oleh Pak
Hassan. Setelah berjaya, Fahrin langsung tidak mengenang jasa ayahnya itu, sebaliknya
dia sanggup menghantar Pak Hassan ke rumah orang-orang tua. Kini Pak Hassan hidup
keseorangan tanpa kasih sayang seorang anak.

[6 markah]

You might also like