Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

1.

0 PENDAHULUAN

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ini telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 di London yang
diwakili oleh George Canning, wakil pihak British dan Charles W.Wymn yang merupakan wakil
pihak Belanda. Mereka telah melakukan rundingan bagi menyelesaikan masalah persaingan
antara mereka yang berkaitan dengan soal Singapura. Akhirnya British dan Belanda bersetuju
untuk menamatkan persaingan dan pergeseran antara mereka demi kepentingan politik dan
ekonomi masing-masing di Kepulauan Melayu dengan menandatangani Perjanjian London 1824.
Tambahan pula, British dan Belanda mendapati ketegangan di antara mereka tidak
memberi sebarang faedah malah merugikan mereka. Selain itu, Perjanjian Inggeris-Belanda
1824 ini dilakukan tanpa merujuk kepada raja-raja Melayu. Hal ini jelas memberi kesan kepada
negara Malaysia. Justeru, ini bermakna perkembangan kuasa politik dan ekonomi dapat dilihat
sebaik sahaja termeterainya perjanjian ini dalam masa yang singkat. Lantaran itu,terdapat
pelbagai perkara yang berlaku dalam perkembangan negeri melayu sebelum tahun 1850. Oleh
itu, memang tidak dapat dinafikan lagi melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ini telah
membawa kepada pelbagai kesan sama ada dalam aspek politik mahupun ekonomi terhadap
perkembangan negara Malaysia.1

1
Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, hlm
101.

1
2.0 PERKEMBANGAN ANTARABANGSA YANG MEMBAWA KEPADA ‘PERJAJIAN
LONDON 1824’.

2.1 MELAKA (1795 – 1824)

Dengan peperangan yang berlaku di Eropah telah menyebabkan Belanda kalah di tangan
Perancis. Berikutan daripada ini , Raja Belanda iaitu William ke-5 terpaksa melarikan diri ke
England yang dimana beliau tinggal dalam buangan. Kesan daripada ini sudah semestinya akan
menimbulkan tanda tanya adalah kawasan jajahan milik Belanda yang berada di Asia Tenggara
boleh diambil oleh kuasa imperialis? Oleh itu, bimbang dengan isu tersebut Raja Belanda telah
menghasilkan surat-surat kew yang dimana kawasan jajahan takluk Belanda di nusantara alam
Melayu tidak dapat diambil oleh kerajaan Perancis.2 Pada masa yang sama juga, melalui surat
tersebut, pihak British dapat mengambil Melaka tanpa pertumparan darah. Hal ini kerana,
dalam surat itu telah dinyatakan bahawa kuasa British dapat menjaga kawasan jajahan takluk
Belanda sehinggalah perang tamat. Namun, setelah perang di Eropah telah tamat, kawasan
tersebut harus dikembalikan semula kepada Belanda. Tegasnya disini, dapatlah dilihat bahawa
Belanda hanya meminjamkan kawasan jajahannya secara semestara sahaja, bukan
memberikannya.3

Dengan ini, secara tidak rasminya British sudah bertapak di Tanah Melayu. Semasa
British menakluk Melaka secara sementara, pelbagai perubahan yang dilakukan antaranya ialah
mengalihkan pedagang luar ke Pulau Pinang. Tujuan mereka melakukan sedemikian adalah
supaya apabila Belanda kembali ke nusantara alam Melayu, kawasan mereka tidak lagi maju
dan ini sudah semestinya akan membawa keuntungan kepada British. Kemudian, perubahan
seterusnya ialah menghapuskan kubu pertahanan serta bangunan milik Belanda.4 Dengan
perubahan yang dilakukan ini, diharapkan agar melemahkan kekuasaan Belanda yang berada di
Melaka. Apabila Belanda kembali secara rasmi pada tahun 1818, tanah jajahan terpaksa
dikembalikan. Implikasi daripada ini telah menyebabkan kawasan pelabuhan di Melaka jatuh
semula kepada Belanda. Disinilah pihak British mula menyedari kesilapan mereka betapa
pentingnya ada pelabuhan di Selat Melaka. Hal ini kerana, pelabuhan utama mereka yang

2 S. Abdul Majeed, History of Malaya, Kuala Lumpur: Percetakan Sooriya, 1993, hlm 84 – 89.
3 Ibid.
4 Ibid.

2
berada di Pulau Pinang terlalu jauh ke utara dan barat untuk menarik pedagang dari Jawa.
Justeru itu, mereka terpaksa mencari pelabuhan baru dan antarannya pulau Singapura.5

2.2 SINGAPURA (1819 – 1824)

Pada mulanya, pilihan utama British ialah Riau yang terdapat di Pulau Bintang. Namun,
kawasan itu merupakan taklukan Belanda. Oleh itu, mereka terpaksa mencari kawasan yang
berdekatan untuk menggantikan pilihan pertama mereka. Raffles dan Farquhar sampai ke
Singapura pada tahun 1819. Disitu mereka mendapati terdapat komuniti Melayu yang
diperintah oleh Temenggung Johor. Disini mereka telah menandatangan satu perjanjian yang
dimana membenarkan British membina kilang di kawasan tersebut. Akan tetapi, perjanjian
tersebut tidak akan sah selagi bukan sultan mahupun raja yang menyetujuinya. Oleh itu, pihak
British telah menimbulkan isu permasalahan takhta antara Tengku Hussain dan Sultan Abdul
Rahman agar masalah tersebut selesai. Dengan ini, pihak British telah mengiktiraf Tengku
Hussain menjadi Sultan di Singapura manakala Sultan Abdul Rahman pula pengaruhnya hanya
di Riau-Lingga sahaja.6

Pada 6 Februari, perjanjian kali kedua telah ditantangani antara British, Temenggung
dan Sultan Hussain yang dimana ketiga-tiga pihak mendapat keuntungan masing-masing
melalui perjanjian tersebut. Walaubagaimana pun, ini tidak dipersetujui oleh Belanda kerana
mengatakan Singapura berada di bawah pengaruhnya. Keadaan ini telah merumitkan
persahabatan antara Inggeris dengan Belanda yang dimana ia semakin berlanjutan sehingga
menyebabkan gabenor general di Culcutta marah kerana meletakkan pihak British di posisi yang
rapuh kerana hal tersebut boleh menggugat persahabatan yang sudah terjalin walaupun dalam
keadaan goyah. Justeru itu, bagi mengelakkan daripada masalah ini terus menjadi lebih parah,
terhasillah ‘Perjanjian Inggeris-Belanda 1824’. Tujuannya adalah untuk menghapuskan
persengketaan yang berlaku antara dua kuasa tersebut yang dimana dalam perjanjian itu boleh
terbahagi kepada dua.7

5 Ibid.
6 Ibid, hlm 92.
7 Ibid, hlm 99.

3
2.3 SYARAT-SYARAT PERJANJIAN

Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 di London. Pihak British
yang diwakili oleh George Canning dan pihak Belanda pula diwakili oleh Charles W. Wymn.
Kandungan perjanjiannya ialah:

1. Syarat-syarat kewilayahan

a. Belanda menarik balik bantahannya terhadap pendudukan British di Singapura. British


bersetuju tidak membuat sebarang pelabuhan di Pulau-pulai Karimon, Bantam, Bintang, Lingga
atau di pulau-pulau yang terletak di selatan Selat Singapura. British juga bersetuju tidak akan
membuat perjanjian dengan ketua-ketua di pulau-pulau tersebut.

b. British menarik semula bantahannya terhadap pendudukan Belanda di Pulau Belitong dan
lain-lain kawasan.

c. Bandar dan pelabuhan Melaka serta tanah jajahannya diserahkan kepada British. Belanda
bersetuju tidak akan membuat sebarang perjanjian atau pelabuhan di kawasan tersebut.

d. Bangkahulu di Sumatera diserahkan kepada Belanda. British bersetuju tidak akan membuat
tempat persinggahan atau perjanjian dengan ketua-ketua di Sumatera.

e. Belanda menyerahkan semua lojinya di India serta hak istimewanya yang ada kepada British.
Belanda juga akan membayar sebanyak £100000 kepada Britsh sebagai penyelesaian hutang-
piutangnya.

f. Wilayah-wilayah tersebut tidak boleh diberikan kepada kuasa-kuasa lain. Jika salah satu
kuasa itu meninggalkannya, wilayah itu mestilah diserahkan kepada kuasa yang satu lagi.

g. Semua penduduk di wilayah jajahan yang telah ditukarkan diberi tempoh selama 6 bulan
untuk menguruskan harta mereka sekiranya mereka hendak berpindah ke negeri-negeri yang
mereka pilih.

h. Perpindahan hak-hak kedua-dua pihak hendaklah mula dijalankan pada 1 Mac 1825.8

8 Ibid, hlm 99 – 102.

4
2. Syarat-Syarat Perdagangan.

a. Kedua-dua pihak bersetuju membenarkan saudagar mereka menjalankan perniagaan di


Kepulauan Timur, India dan Ceylon dengan hak masing-masing. Kedua-dua pihak hendaklah
mengikuti peraturan-peraturan perdagangan di tiap-tiap kawasan.

b. Rakyat dari satu negeri mestilah membayar cukai tidak lebih daripada bayaran yang
dikenakan kepada rakyat dari negeri yang mempunyai pelabuhan.

c. Kedua-dua pihak mestilah mengarahkan rakyat, pihak yang berkuasa tentera dan awam
supaya menghormati kebebasan perdagangan.

d. Kedua-dua pihak mestilah menghapuskan lanun-lanun di laut sebelah timur dan jangan
membenarkan lanun-lanun menjual barang-barang dagangan mereka di kawasan atau daerah
kepunyaan mereka.

e. Pelabuhan-pelabuhan yang baru tidak dibenarkan ditubuhkan di Kepulauan Timur tanpa


mendapat pengesahan terlebih dahulu dari kerajaan mereka di Eropah.

f. British mengakui monopoli Belanda terhadap perdagangan rempah di Kepulauan Maluku.9

9
Ibid.

5
3.0 KESAN PERJANJIAN TERHADAP MALAYSIA.

Jelas perjanjian ini dibuat menyentuh Kepulauan Melayu tetapi keputusannya tidak
dirundingkan dengan pemerintah tempatan. Perjanjian ini meninggalkan kesan politik yang
mendalam. Perjanjian tersebut telah menetapkan kawasan daerah pengaruh Belanda-Inggeris
yang dimana Selat Melaka dijadikan sempadan. Hal ini menjadi asas kepada pembentukan
negara moden Tanah Melayu (kemudian Malaysia) dan Indonesia.10

3.1 PEMBAHAGIAN KEPULAUAN MELAYU KEPADA DUA LINGKUNGAN


PENGARUH (POLITIK).
Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh merupakan kesan daripada
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.11 Tujuan pembahagian kawasan ini dibuat adalah untuk
menamatkan masalah perebutan kuasa antara British dan Belanda. Apabila masalah ini dapat
diselesaikan, maka politik di Tanah Melayu akan berada dalam keadaan stabil dan secara tidak
langsung akan menyakinkan pihak pelabur atau pemodal untuk melabur di Tanah Melayu dan
seterusnya akan berlaku perkembangan ekonomi. Sememangnya, Perang Napoleon asas
kepada Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Setelah tamatnya perang, Belanda kembali semula
keAsia Tenggara dan mendapati British telah menjalankan aktiviti perdagangan di Betawi tanpa
kebenaran Belanda.
Betawi sebenarnya merupakan tanah jajahan Belanda dan keadaan ini telah
menimbulkan keadaan kurang senang Belanda dengan petempatan British di Betawi. Dengan
keadaan ini telah menyebabkan Belanda berasa risau akan petempatan British di Betawi kerana
Belanda takut kedudukan atau pengaruh Belanda tergugat. Selain itu, pihak Syarikat Hindia
Timur Inggeris (SHTI) di London juga berang dengan tindakan Stamford Raffles yang
menjalankan aktiviti perdagangan di Singapura tanpa persetujuan mereka.12 Akhirnya, bagi
menjaga hubungan baik British dan Belanda di Eropah, di samping mahu memelihara
kepentingan masing-masing di Timur, mereka bersetuju menjalankan rundingan dengan

10 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800 – 1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd,
2002, hlm 11.
11 Graham Irwin, Borneo Abad Kesembilan Belas, Selangor: Malindo Printer Sdn Bhd, 1986, 1975, hlm 80-81.
12 Tan Ding Eing, Oxford Progressive History: A Potrait of Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur: Oxford University
Press, hlm 47.

6
menandatangani Perjanjian Inggeris Belanda 1824.13 Perjanjian ini telah membawa kesan yang
amat ketara sehingga menyebabkan gugusan Melayu dipisahkan kepada dua kawasan di bawah
pengaruh British dan Belanda. Hal ini jelas menunjukkan pembahagian kawasan tersebut
mengikut syarat yang telah dipersetujui iaitu Belanda menyerahkan Melaka dan kawasan
takluknya serta logi di India kepada British. Manakala British mengundur diri dari Hindia Timur
dan menyerahkan Sumatera serta Bengkahulu. Perjanjian ini jelas menunjukkan titik permulaan
pembentukan entiti geopolitik baharu yang dikenali sebagai Tanah Melayu.14 Tegasnya, Tanah
Melayu secara keseluruhan telah menjadi hak milik British dan dengan ini membolehkan British
dengan mudahnya menyebarkan pengaruh mereka di Tanah Melayu tanpa sebarang
penentangan daripada kuasa barat lain.

13 D.G.E.Hall, A History Of South-East Asia (Fourth Edition), London: the Macmillan Press Ltd, 1981, hlm 550.
14 Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2005, hlm 234.

7
3.2 PERPECAHAN EMPAYAR JOHOR-RIAU.
Setelah termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, maka empayar Johor–Riau juga turut
menerima kesannya kerana sebahagian wilayahnya terletak dalam pengaruh Belanda dan
sebahagian lagi terletak pada British. Empayar Johor runtuh kerana pembahagian dua kawasan
pengaruh iaitu Singapura dan Tanah Besar Johor serta Pahang berada di bawah kawalan
British, manakala Riau-Lingga pula jatuh ke bawah pengaruh Belanda. Hal ini bermakna
perjanjian tersebut telah berjaya menyelesaikan masalah perebutan takhta Johor antara Sultan
Hussain dan Sultan Abdul Rahman. Hal ini jelas terbukti apabila Sultan Hussain diiktiraf menjadi
Sultan yang sah di Tanah Besar Johor dan Sultan Abdul Rahman menjadi Sultan di Kepulauan
Riau-Lingga.15 Hal ini sekaligus memberi kesempatan kepada Bendahara Ali di Pahang untuk
membebaskan diri dari kekuasaan Johor.
Pada tahun 1853, Bendahara Ali telah mengistiharkan kemerdekaan Pahang dan
empayar Johor dikatakan runtuh sejak itu. Perkembangan politik terus memecahkan empayar
Johor yang diperintah oleh Sultan Hussain kerana baginda tidak mempunyai kuasa yang kuat ke
atas wilayahnya. Selepas kemangkatan sultan Ali pada tahun 1877, putus zuriat Bendahara
sebagai pemerintah Johor.16 Akhirnya, kuasa politik Johor terus beralih ke tangan keluarga
Temenggung. Hal ini jelas apabila Temenggung Ibrahim berjaya meletakkan asas yang kukuh
dan akhirnya berjaya mengasaskan sebuah kesultanan baru. Maharaja Abu Bakar terus
memantapkan lagi kedudukan dan mula menggunakan gelaran sultan pada tahun 1885.

15 Abdullah Zakaria, Kemunculan Keluarga Pemerintah Baru Dalam Kerajaan Tanah Melayu, 1600-1900-Satu Kajian
Awal, 1984/1985, hlm 52.
16 Mohd Isa Othman, Op.Cit, hlm 6.

8
3.3 PERKEMBANGAN POLITIK DI BORNEO UTARA.
Perkembangan politik Inggeris telah berlaku di Sarawak walaupun syarat-syarat Perjanjian
Inggeris-Belanda 1824 adalah samar-samar mengenai lingkungan pengaruh Inggeris dan
Belanda di Borneo. Hal ini bermakna, syarat perjanjian tersebut tidak dinyatakan dengan jelas
kawasan pengaruh kuasa Eropah sama ada di bawah pengaruh British ataupun Belanda.
Sebenarnya, sebelum tahun 1841 kuasa-kuasa Eropah ini dikatakan tidak menunjukkan minat
terhadap Borneo Utara dan alasannya adalah kerana Borneo Utara tidak berfaedah dari segi
perdagangan. Seterusnya, pada tahun 1839 James Brooke pernah datang ke Sarawak dengan
tujuan berjumpa dengan Pangeran Muda Hashim dan menghantar hadiah kepadanya yang di
suruh oleh Gabenor Singapura dan ahli perniagaan Singapura. Mereka dikatakan mempunyai
hubungan persahabatan yang baik dan setahun kemudian James Brooke datang semula ke
Sarawak kerana Pangeran Muda Hashim menjemputnya datang kembali ke Sarawak.17
Apabila James Brooke dating ke Sarawak, beliau mendapati keadaan di Sarawak berada
dalam kucar-kacir kerana pemberontakan orang-orang Dayak yang menentang pemerintahan
Pangeran Muda Hashim. Hal ini menyebabkan Pangeran Muda Hashim meminta bantuan
daripada James Brooke untuk mengamankan Sarawak dan ternyata pemberontakan tersebut
berjaya dihapuskan oleh James Brooke. Seperti yang telah dijanjikan oleh Pangeran Muda
Hashim, James Brooke di lantik menjadi Raja Sarawak pada 24 September 1841. Dengan ini,
Brooke telah berjaya mengukuhkan kuasanya dan meluaskan pengaruhnya di Sarawak.18
Jelaslah, selepas James Brooke dilantik menjadi raja Sarawak dan mendapat pengiktirafan
daripada Sultan Brunei, maka politik di Sarawak terus berkembang.

17 Graham Irwin, Op.Cit, hlm 80-81.


18 Ibid, hlm 96.

9
3.4 PENUBUHAN NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)
Penubuhan Negeri-negeri Selat (NNS) merupakan kesan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda
1824. NNS ini terdiri daripada Melaka, Singapura dan Pulau Pinang dan telah disatukan di
bawah satu pentadbiran oleh kerajaan British.19 Sebenarnya, penubuhan NNS ini merupakan
dasar British yang mahu menyeragamkan pentadbiran supaya corak pentadbiran yang seragam
dapat diwujudkan agar lebih sistematik. Hal ini secara langsung membawa kepada
perkembangan politik di Malaysia. Disamping itu, ini juga menunjukkan pentadbiran NNS yang
diketuai oleh gabenor dan setiap negeri dilantik seorang residen konsular untuk membantu
gabenor menjalankan pentadbiran.20 Sememangnya, NNS ini ditadbir di bawah satu
pemerintahan politik yang seragam bagi memudahkan gabenor untuk mengawal pentadbiran
dengan lancar.
Melalui penubuhan NNS ini juga, kuasa politik, dasar dan undang-undang dapat
diselaraskan. Buktinya sekitar tahun1830, sistem mahkamah yang teratur telah dipekenalkan di
NNS dan dikenali sebagai ‘Mahkamah Recorder’. Mahkamah ini telah diberikan kuasa laut dan
mentadbir berdasarkan kanun Piala India. Seterusnya, Pulau Pinang dan Singapura lebih
strategik berbanding Melaka. Melaka dikatakan kurang penting ketika itu kerana pelabuhan
yang cetek dan tidak sesuai untuk aktiviti pelabuhan. Pada tahun 1832, Pulau Pinang dikatakan
kurang maju menyebabkan pusat pentadbiran dipindahkan ke Singapura.21 Perpindahan pusat
pentadbiran ini disebabkan Singapura telah menjadi sebuah pelabuhan yan pesat pada ketika
itu dan kekal sehingga tahun 1867. Tegasnya, penubuhan NNS merupakan satu titik tolak
perkembangan kuasa politik Malaysia, hasil termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

19 Mohd Isa Othman, Op.Cit, hlm 143.


20 Ibid, hlm 144.
21 Ibid.

10
4.1 PERKEMBANGAN EKONOMI NEGERI-NEGERI SELAT (NNS) (EKONOMI).

Kesan daripada perjanjian tersebut telah membawa kepada perkembangan ekonomi di NNS.
Pelabuhan Singapura telah menjadi pelabuhan yang tersibuk di dunia ekoran pemisahannya
dengan Johor. Singapura telah di tadbir sepenuhnya oleh Inggeris selepas mendapat kebenaran
daripada perjanjian tersebut. 22
Tambahan lagi, Singapura juga telah menjadi pelabuhan
interpot yang maju dari segi ekonomi dan pengangkutannya. Kemajuan pesat ini memberikan
keuntungan kepada pihak Inggeris dan secara tidak langsung kepada masyarakat tempatan
juga. Contohnya, bijih timah merupakan kegiatan yang paling penting sekali di bawah ketegori
NNS, dieksport dari semenanjung ke bahagian dunia melalui Selat Melaka iaitu Singapura dan
Melaka.23

Negara China dan ‘Great Britain’ merupakan pengimport utama bijih timah dari
Singapura. Kuantiti yang dieksport ke negara China berjumlah $117,386 Sepanyol, manakala
Great Britain $101,204.24 Pada tahun 1835 dan 1836, Singapura import 4616 pikul bijih timah
secara langsung dari Melaka. Dalam pertengahan tahun 1830-an, semenanjung membekalkan
kira-kira 15000 pikul bijih timahkepada Singapura. Walhal pada hakikatnya, perdagangan
Singapura sangat penting dan bergantung kepada kedua-dua negeri tersebut disamping
pengangkutan jalan laut yang baik serta laluan Selat Melaka yang strategik menjadikan
ekonomi di NNS terus berkembang. Tegasnya, perjanjian ini memberikan kesan kepada
perkembangan ekonomi khususnya kepada ekonomi-ekonomi NNS.

22
Mohd Isa Othman, Op.Cit, hlm 24.
23 Khoo Kay Kim, Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1875, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1984, hlm 62.
24 Ibid, hlm 62.

11
4.2 KEPESATAN PERKEMBANGAN PERDAGANGAN
Perjanjian Inggeris-Belanda telah memberi kesan kepada kepesatan aktiviti perdagangan.
Contohnya, ini dapat dilihat di Singapura selepas termeterainya perjanjian tersebut. Pelabuhan
Singapura dilihat sebagai sebuah pasar atau pelabuhan entrepot yang semakin berkembang.
Disamping itu, terdapat juga syarat-syarat perdagangan dalam perjanjian ini dan telah
menyebabkan berlakunya kepesatan perdagangan di Singapura. Tidak dapat dinafikan juga,
melalui daripada ini telah menyebabkan British berjaya meluaskan pengaruh mereka di kawasan
masing-masing tanpa gangguan seperti sebelumnya. Belanda juga telah menghapuskan dasar
monopoli perdagangannya di Kepulauan Melayu. Kemudian, Pelabuhan Singapura berkembang
menjelang tahun 1830-an. Contohnya, import dari Pantai Timur semenanjung adalah sangat
besar. Buktinya, nilai serbuk emas yang dibawa dengan kapal pada tahun 1835 dan 1836
berjumlah $143,840 dolar Sepanyol. Manakala di Pantai Barat berjumlah $12000.
Contoh negeri Pantai Timur ialah Pahang, mengeluarkan serbuk yang mempunyai
pasaran yang tinggi iaitu sebanyak 28 ringgit Sepanyol.25 Perdagangan utama dari Pantai Barat
ialah dari daerah pedalaman Melaka dan Johor. Purata import dari pantai timur semenanjung
sahaja lebih daripada $300,000 dolar Sepanyol setiap tahun dan begitu juga dengan jumlah
eksportnya.26 Jumlah peningkatan dagangan Singapura pada tahun 1821 ialah 5 juta, pada
1824 ia telah meningkat menjadi 11 juta dan pada tahun 1833 ia terus meningkat menjadi 18
juta. Kemajuan Singapura juga mempengaruhi perkembangan perdagangan di Johor dan Pulau
Pinang. Johor menjadi pengeksport gambir, lada, balak dan getah perca terpenting ke London.
Manakala Pulau Pinang menjadi pelabuhan eksport dan import terpenting. Jadi, perkembangan
pesatdalam sektor perdagangan di Malaysia merupakan kesan perjanjian tersebut.

25 Ibid, hlm 61.


26 Ibid, hlm 62.

12
4.3 PEMBENTUKAN DWI EKONOMI
Selepas perjanjian ini, sistem ekonomi yang wujud di malaysia telah terbahagi kepada dua iaitu
ekonomi sara diri dan ekonomi komersial. Hal ini bermakna, ekonomi sari diri tetap diusahakan
oleh orang Melayu khususnya dan ekonomi komersial diusahakan olehorang luar. Orang Cina
dan Eropah banyak menanam modal dan membawa masuk teknologi mereka khususnya dalam
perlombongan bijih timah27 sehingga ini mendorong kepada pengeluarannya secara besar-
besaran. Misalnya pada tahun 1830 pengeluaran adalah sebanyak 7000 pikul di Sungai Ujong.
Selain itu, para pemodal Eropah dan Cina juga banyak menanam modal mereka dalam
tanamam komersial seperti gambir dan lada hitam.
Kemudian contoh seterusnya dapat dilihat pada tahun 1840 yang dimana penanaman
gambir dan lada hitam menjadi penanaman terpenting di Singapura. Hal ini menunjukkan
bahawa sebanyak 1000 pikul gambir dan 15000 pikul lada hitam telah dikeluarkan di Singapura.
Perkembangan penanaman tebu pula dapat dilihat apabila sebanyak 11 buah ladang tebu telah
dibuka dan kebanyakannya dimiliki oleh orang Cina sementara kilang-kilang gula telah dibuka
dan diusahakan oleh pemodal-pemodal Eropah. Kemasukan imigran Cina khususnya ke
Malaysia telah mendorong penambahan buruh dan pengeluaran hasil dapat ditingkatkan. Hal ini
menyebabkan sistem kangcu diperkenalkan pada tahun 1844 supaya tidak berlaku huru-hara
seperti di Perak dan aktiviti ekonomi dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

27 Mohd Isa Othman, Op.Cit, hlm 190.

13
5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Perjanjian Inggeris-Belanda memberi impak yang cukup besar dan
bermakna terhadap perkembangan kuasa politik dan ekonomi Tanah Melayu untuk akan
datang. Perkembangan kuasa politik dan ekonomi dikaitkan dengan usaha penjajah untuk
mengusai kepentingan ekonomi dan politik di Malaysia. Hal ini jelas menunjukkan pengaruh
kolonialisme kerana perjanjian ini dimeterai tanpa merujuk kepada raja-raja Melayu. Selain itu,
dua kuasa berpakat membahagikan pengaruh masing-masing di Tanah Melayu dan tiada lagi
unsur persahabatan. Setiap perkara yang berlaku selepas perjanjian ini menjadi titik tolak
kepada pembentukan negara moden Tanah Melayu yang kemudiannya Malaysia dan Indonesia.

14

You might also like