Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 24

Apakah itu perayaan

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun
kaum.kebiasanya, sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah
bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada suatu masa
dahulu.Selain itu,perayaan juga akan disambut berdasarkan agama yang dianuti.

Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat pelbagai


jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum
majoriti iaitu kaum Melayu,Cina dan India pastinya berpeluang untuk menyambut perayaan
seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.Di
samping itu,masyarakat negara ini mengamalkan amalan berkongsi "perayaan" dan menghormati
perayaan kaum lain.

Tambahan pula,melalui perkongsian perayaan, perpaduan dan kesepakatan masyarakat di negara


kita sedikit sebanyak dapat diutuhkan.Langkah ini juga menyumbang kepada Malaysia untuk
terus membangun dan menuju kearah maju dan makmur.Sememangnya, Malaysia merupakan
negara yang unik dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan bangsa.Malaysia bukan setakat
sahaja terdiri daripada kaum utama seperti Melayu,Cina dan India,malahan Malaysia juga
diduduki oleh kaum-kaum minoriti seperti Kadazan, Iban dan sebagainya.

Kami akan mengecilkan skop kami dan memokus kepada tiga kaum utama di negara ini iaitu
kaum Melayu, Cina dan India.Setiap daripada kaum ini mempunyai pelbagai keunikan dalam
menyambut perayaan masing-masing.Untuk memberi penjelasan secara lebih terperinci,khasnya
kepada pengunjung blog kami,pihak kami telah menyediakan huraian yang lebih mendalam bagi
setiap perayaan yang disambut oleh ketiga-tiga kaum tersebut.

Perayaan Kaum Melayu- HARI RAYA AIDILFITRI


Hari Raya Aidilfitri merupakan peristiwa atau lebih dikenali sebagai perayaan yang disambut oleh umat Islam
bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Namun begitu, kita akan lebih memfokuskan sambutan perayaan
ini di Malaysia. Secara ringkasnya, perayaan ini disambut selepas bulan Ramadhan bagi menandakan kejayaan
umat Islam berpuasa selama sebulan. Mari kita mengkaji dengan lebih dekat lagi tentang perayaan ini.

Persediaan & Perlaksanaannya


Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut
menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan
jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan
di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-
premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.
Dan kuih – muih yang popular dimasa hari raya
Hari Raya Hari Raya Aidil Adha juga merupakan perayaan yang disambut oleh penganut Islam pada hari
Aidil Adha ke-10 bulan Zulhijjah. Ianya juga menandakan para jemaah haji telah selesai menunaikan fardhu
haji di Mekah, Arab Saudi.
Perayaan Kaum Cina- Perayaan Tahun Baru Cina
Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-
sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan
masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru
bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip
atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah
malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah
dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru
dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang
Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk
mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang
ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah
anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan
bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut,
besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi
tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.

Haiwan Dahan bumi Tarikh

Tikus 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008


Lembu 丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009

Harimau 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010

Arnab 卯 mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011

Naga 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012

Ular 巳 sì 24 Januari 2001 10 Februari 2013

Kuda 午 wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014

Kambing 未 wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015

Monyet 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016

Ayam 酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017

Anjing 戌 xū 29 Januari 2006 16 Februari 2018

Khinzir 亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019


Perayaan Kaum Cina-2)Chap Goh Mei
Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir
bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta
Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.

Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini. Mengapa
memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti
Han.
Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15
hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu
dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut
diamalkan sehingga kini.
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung,
bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian
optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea,
Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.

Hari Wesak
Hari Wesak merupakan hati terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran,
kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk
memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan
membaca kitab Buddha "Sutras". Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di
India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan
hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua
penganut agama Buddha di seluruh dunia.

Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari
Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.

1. Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa
penting, iaitu:
Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun
588 S.M.

3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

Perayaan kaum india- Perayaan Deepavali


Perayaan Kaum
India
Terbahagi kepada empat, iaitu
Deepavali, Ponggal, Vaisakhi dan
Thaipusam.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang
bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan
Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya.

Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi
kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Sambutan Perayaan di Malaysia

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia
dan merupakan hari cuti di Malaysia. Deepavali atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh
masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita.

MitosHariDeepavali
Mitos yang paling terkenal di kalangan masyarakat India di Malaysia berhubung tujuan perayaan Deepavali adalah
kisah Dewa Krishna membunuh Narakasura. Seterusnya penduduk kampong telah meraikan kemenangan
Kebaikan menewaskan Kejahatan dengan menyalakan lampu serta berpesta. Satu lagi mitos yang lebih terkenal di
Benua Kecil India adalah berdasarkan epik Ramayana di mana Rama berjaya membunuh Ravana dengan bantuan
Laksamana dan Hanuman. Lalu, mereka bersama-sama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka
selepas 14 tahun disambut para penduduk dengan menyalakan lampu dan berpesta. Memandangkan kedua-duanya
hanyalah mitos, tidak menjadi masalah kisah mana satu yang menjadi ikutan dan turutan di kalangan kaum India
beragama Hindu yang menyambut Deepavali. Apa yang penting, simbol kebaikan atau Cahaya menumpaskan
Kejahatan atau Kegelapan adalah menjadi pegangan utama mereka .

Malam Sebelum Perayaan Deepavali

Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Tidak ketinggalan
juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan
dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Kaum wanita juga pada malam itu akan mengenakan inai pada jari
tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.
MemasangVilakku
Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga.
Mereka akan memasang lampu “vilakku”. Lampu “vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada
tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama
Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan datang melawat rumah
mereka pada masa itu. Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi
Laksmi.

Kolam atau Rangoli

Rangoli lambang penyembahan Dewa Lakshmini

Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan “kolam ” atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang diperbuat
daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya “kolam ” ini dibuat di depan pintu rumah
sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.

Kemahiran membuat “kolam” ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi
penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan.
Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu
tetapi juga makhluk lain di dunia

Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya
akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

Persiapan Di Pagi Hari Deepavali


Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari
terbit.
Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu
bapa dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum
matahari terbit. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan
dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua
seperti ibu atau nenek.

Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada
segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi
Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang. Kemudian
mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum
keluarga. Penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan
bunga.

Thaipusam

Thaipusam Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran oleh penganut agama Hindu, serta sebagai tanda
penghormatan kepada tuhan Muruga atau Subramaniam. Perayaan ini paling meriah disambut di
Kuala Lumpur, di mana kenderaan berhias tuhan Muruga dibawa berarak menerusi jalan-jalan
tertentu di bandaraya sebelum berakhir di Batu Caves, Selangor. Ribuan penganut berarak sambil
memikul Kavadi, menarik perhatian ramai pengunjung. Thaipusam diraikan secara besar-besaran
di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Perak.
Lokasi: Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Perak
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan
dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai
corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak
semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan menyapukan campuran serbuk cendana dan air
di atas kepala. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia
merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
KENALI PERAYAAN PENGANUT AGAMA KRISTIAN-HARI KRIMAS

Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah hari raya untuk penganut Kristian, disambut pada
25 Disember bagi memperingati keputeraan Jesus (Nabi Isa a.s.), pengasas agama Kristian. Menurut
Kitab Injil Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Siti Maryam di Baitulmaqdis. Penganut Kristian percaya
bahawa kelahiran Jesus menepati ramalan Yahudi mengenai kelahiran seorang penyelamat dari susur
galur Nabi Daud, yang akan menebus manusia dari dosa Nabi Adam (original sin).

Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja
Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir, Habsyah, Rusia dan
sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mereka mengikuti takwim yang berlainan
(takwim Julius berbanding takwim Gregory).

Adat resam moden perayaan ini termasuk memberi hadiah, sambutan gereja, dan peragaan pelbagai
hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi dan lakonan kelahiran Jesus.
Santa Claus merupakan tokoh mitos terkenal yang dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena
Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitos
Nordic dan Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai timbul pada abad ke-19.

Krismas bukan sahaja disambut oleh seluruh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang bukan
Kristian sebagai perayaan kebudayaan yang sekular. Oleh sebab pemberian hadiah dan beberapa
aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan
Kristian, maka Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.
PERAYAAN PASKAH/EASTER
11
APR 2009

IsOn
Bulan Mac/April merupakan antara bulan yang sibuk untuk gereja. Sibuk kerana pada bulan inilah sambutan Paskah atau Easter

dirayakan. Saya ingin berkongsi sedikit mengenai perayaan ini.

Hari Jumaat tertentu pada bulan Mac atau April setiap tahun kita akan bercuti umum kerana Good Friday. Kebiasaannya mereka

yang bekerja sama ada di jabatan kerajaan mahupun swasta, kesempatan ini digunakan sebaik mungkin untuk pergi berkelah,

melancong, atau pun hanya santai bersama keluarga di rumah. Tidak kurang juga yang pergi aramai ti dengan kawan2. Cuti dan

perayaanlah katakan, macam Krismas dan Tahun Baru juga.

Ramai orang, bahkan orang ‘Kristian’ sendiri tidak tahu apa itu Good Friday, Paskah, dan Easter. Oleh itu ramai orang (Kristian) tidak

begitu menghargai hari2 ini dan tidak menyambutnya dengan lebih bermakna.

Secara ringkasnya, Good Friday merupakan hari memperingati kematian Tuhan Yesus, manakala Easter pula merujuk kepada hari
memperingati kebangkitan Tuhan Yesus dari kematian (pada hari ketiga selepas kematiannya). Tarikh Good Friday berbeza2 setiap

tahun kerana dipengaruhi oleh pengiraan dan penetapan hari Easter berdasarkan kalendar Ibrani yang merujuk kepada Paschal Full

Moon (PFM).

Perayaan Paskah menurut orang2 Yahudi (dalam Perjanjian Lama) pula sebenarnya merujuk kepada hari memperingati

‘pembebasan’ mereka dari perhambaan di Mesir suatu ketika dahulu (pada zaman nabi Musa). Menurut alkitab, nabi Musa

diperintahkan oleh TUHAN untuk memimpin umat Israel keluar dari Mesir supaya dapat beribadah kepadaNya.

Pada mulanya Firaun tidak membenarkan mereka pergi sehingga tiba bala yang terakhir menimpa Mesir, iaitu TUHAN telah

‘membunuh’ semua anak sulung orang Mesir termasuk Firaun sendiri dan segala ternakan mereka, barulah Firaun membenarkan

mereka pergi. Pada malam ‘pembunuhan’ itu TUHAN telah ‘melepasi’ (pass over) rumah orang2 Israel. Itulah sebabnya sehingga ke

hari ini, sungguhpun orang2 Yahudi tercerai-berai di merata tempat di dunia ini, mereka tetap dapat disatukan semula oleh sambutan

perayaan ini.

Dalam konteks Kristian pula, perayaan Paskah tidak lagi merujuk kepada perayaan Paskah Yahudi, tetapi seperti yang saya

sebutkan di atas, merujuk kepada hari memperingati ‘pembebasan’ manusia daripada perhambaan dosa melalui ‘kematian’ dan

‘kebangkitan’ Yesus Juruselamat. Sila baca di siniuntuk artikel yang berkaitan. Selamat menyambut perayaan Paskah/Easter kepada

semua umat Kristian dan Tuhan memberkati kita semua.


Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan perayaan ini disambut bersama-sama

Negara kita dikenali sebagai syurga perayaan kerana mempunyai banyak perayaan yang disambut oleh masyarakatnya
yang berbilang kaum. Kita mempunyai Tahun Batu Cina, Hari Raya, Krismas, Deepavali dan banyak lagi perayaan yang
disambut oleh penduduk negara ini. Perayaan ini telah memberi satu dimensi baru kepada masyarakat kita dan luar
tentang erti perayaan sebenar. Kepelbagaian perayaan di negara ini turut membuka banyak kebaikan kepada negara
dan masyarakat yang mendiami negara tercinta ini.

Kesan yang paling ketara ialah perayaan ini telah meningkatkan hubungan dan interaksi antara penduduk yang
berbilang kaum ini. Semua pihak memahami dan terlibat dalam perayaan yang disambut oleh kaum lain. Lawatan ke
rumah terbukaa yang diamalkan telah mengeratkan hubungan antara kaum. Jadi, kekerapan interaksi ini menyebabkan
wujudnya perpaduan yang utuh di negara ini yang menjadi sanjungan masyarakat luar.

Selain itu, golongan remaja mampu memahami erti perpaduan kepada negara ini. Mereka yang tidak mengalami
kesusahan ketika era awal kemerdekaan mungkin memandang enteng perpaduan. Namun, apabila mereka melihat
suasana perayaan barulah mereka memahami dan menyanjungi erti perpaduan. Keadaan ini menyebabkan remaja
yang dilahirkan merupakan remaja berwawasan dan terbilang. Semuanya gara-gara wujudnya perayaan yang pelbagai
di negara ini. Cuba bayangkan tiadanya sambutan perayaan di negara ini?

Malahan, kepelbagaian perayaan ini menyebabkan ekonomi negara terus berkembang. Keadaan ini wujud kerana
pelbagai pesta pembelian akan dijalankan untuk setiap perayaan yang disambut oleh masyarakat di sini. Kekerapan
masyarakat negara untuk berbelanja setiap kali perayaan amatlah tinggi dan memberi ruang kepada ahli perniagaan
untuk mengaut keuntungan. Sudah pasti situasi ini menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Kesimpulannya, perayaan yang ada di negara kita bukanlah sesuatu kekangan tetapi satu rahmat yang harus
digunakan dengan sebaik mungkin. Kita harus menjadikan perayaan itu sebagai cubaan untuk merapatkan hubungan
dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Kalau itu mampu diccapai sudah pasti kemakmuran negara akan
berkekalan. Sememangnya Malaysia sebuah negara yang melambang erti benua Asia kerana mempunyai pelbagai
keturunan dan perayaan.

Suasana sambutan perayaan


Hari raya qurban
Tahun baru cina

malam makan besar bersama


keluarga

You might also like