Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

SULIT 021/031

NO.KAD PENGENALAN/
NO. SIJIL KELAHIRAN

ANGKA GILIRAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2018


BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 021/031
Julai
1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah
dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan. Ceraikan
Bahagian B daripada kertas peperiksaan ini.

5. Serahkan Bahagian B bersama-sama kertas jawapan objektif kepada pengawas


peperiksaan pada akhir peperiksaan.

_______________________________________________________________________________
Kertas peperiksaan ini mengandungi 8 halaman bercetak di Bahagian A dan 7 halaman bercetak di
Bahagian B.

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 2 021/031

Bahagian A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 12
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi melengkapkan soalan yang diberikan.

1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di _______________ .


A Puterajaya
B Putrajaya
C Putera Jaya
D puterajaya

2 “Usahlah ______________ berdukacita, patik akan laksanakan tugas ini segera,” kata
hulubalang itu kepada Sultan Mahmud.
A tuanku
B hamba
C baginda
D tuan hamba

3 Ahli-ahli pengakap itu sedang berbincang untuk menjayakan aktiviti _________ sepanjang
perkhemahan nanti.
A nya
B kalian
C mereka
D kamu

4 Makanan itu tidak _____________ olehnya kerana sakit gigi.


A ditelan
B dijamah
C diteguk
D disedut

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 3 021/031

5 Minyak masak yang digunakan berulang kali atau disimpan lama, akan berbau __________.
A tengik
B busuk
C hangit
D wangi

6 Masalah disiplin ___________ kalangan murid perlu diberi perhatian oleh semua pihak.
A di
B dari
C untuk
D dalam

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Kakak Dorris ________ daging ayam hingga lumat sebelum dimasukkan ke dalam
masakannya.
A menghiris
B menyiang
C mencencang
D menyembelih

8 Perpaduan antara kaum mesti sentiasa dipupuk ____________ keamanan negara.


A demi
B oleh
C hingga
D tentang

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 4 021/031

9 Ayah sudah tua, _____________ dia tetap bekerja untuk menyara keluarga.
A masih
B namun
C sambil
D kalau

10 Ibu bapa Maniam membangkang hasratnya untuk belajar di luar negara.


Perkataan antonim bagi membangkang ialah …
A membetulkan
B mengangguk
C membiarkan
D menyokong

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Pekebun itu membersihkan rumput yang tumbuh di pangkal ______________ tebu.


A seruas
B sebatang
C serumpun
D selonggok

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 5 021/031

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12 Simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar ialah ____________________ .


A panjang akal
B putih mata
C buku lima
D ulat buku

13 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


l Orang-orang tua melarang kita duduk di muka pintu atau tangga.
ll Pintu belajar terbuka luas kepada semua murid tanpa mengira kaum.
lll Semua bil dan cukai boleh dibayar di pejabat pos termasuk cukai pintu.
lV “Di manakah pintu untuk pergi ke hospital?” tanya pemuda itu kepada Alia.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

14 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Orang ramai terus membanjiri ekspo itu walaupun hujan turun dengan lebatnya.
A Hujan lebat tidak menghalang orang ramai daripada membanjiri ekspo itu.
B Ekspo itu diteruskan walaupun hujan lebat turun dan dibanjiri oleh orang ramai.
C Hujan lebat telah menyebabkan ekspo yang dikunjungi ramai itu dilanda banjir.
D Hujan yang turun dengan lebatnya telah menyebabkan ekspo itu dibanjiri orang
ramai.

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 6 021/031

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15 A Bunga itu cantik warnanya malahan tidak berbau.


B Kelas menjahit pakaian itu dibuka untuk setiap hari.
C Arvin mengisi borang permohonan dengan menyertai pertandingan mengarang
cerpen.
D Pasar raya itu sentiasa menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan-
pelanggannya.

16 I Harga penghawa dingin keluaran terbaru itu agak mahal.


II Kawasan pedalaman itu sudah lama mendapat kemudahan asas.
III Hal-hal lain tentang program lawatan akan dibincangkan semalam.
IV Sampah sarap yang mencemari kawasan pantai itu telah dibersihkan.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 7 021/031

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Petang itu nenek mengajakku mengikutnya ke rumah Pak Cik Lee untuk menziarahinya yang
telah seminggu sakit. Ramai orang menziarahi Pak Cik Lee. Kata nenek, aku dengan
Pak Cik Lee masih ada bau-bau bacang . Ini kerana beliau ialah ibu saudara Pak Cik Lee.
Pak Cik Lee terbaring di tempat tidur. Walaupun keadaannya lemah tetapi Pak Cik Lee
masih mampu menegur setiap orang yang datang menziarahinya.
Kaki kiri Pak Cik Lee berkudis. Penyakit yang dihidapinya menyebabkan kakinya itu
perlu dirawat dengan rapi. Badan Pak Cik Lee kelihatan kurus.
Doktor menasihati Pak Cik Lee supaya mengambil makanan yang kurang manis. Aku
memberi semangat kepadanya dan mengharapkan penyakit Pak Cik Lee cepat sembuh. Aku
dan nenek pulang selepas 40 minit berada di rumahnya.

17 Sejak bilakah Pak Cik Lee terlantar sakit?


A Dua hari lepas.
B Tujuh hari lalu.
C Petang semalam.
D 40 minit sebelum diziarah.

18 Bagaimanakah Pak Cik Lee menghargai kedatangan orang yang menziarahinya ?


A bertegur sapa
B terbaring lemah
C menceritakan penderitaannya
D menghidangkan makanan kurang manis

19 Pernyataan yang benar untuk mengelakkan penyakit yang dihadapi oleh Pak Cik Lee ialah
A bersenam.
B sentiasa ada bekalan ubat.
C menerima kata-kata motivasi.
D kurangkan pengambilan gula.

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 8 021/031

20 Peribahasa bau-bau bacang dalam petikan bermaksud


A wajah hampir seiras.
B pertalian darah yang jauh.
C makanan yang kurang manis.
D hidangan makanan berkhasiat.

BAHAGIAN A TAMAT

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 9 021/031

NO.KAD PENGENALAN/
NO. SIJIL KELAHIRAN

ANGKA GILIRAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2018


BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 021/031
Bahagian B

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor Untuk Kegunaan Pemeriksa


sijil kelahiran dan angka giliran kamu pada
petak yang disediakan. Kod Pemeriksa :
No. Soalan Markah
2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang
jawapan yang disediakan dalam kertas 21
peperiksaan ini. (a)
22 (b)
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama (c)
1. kertas jawapan objektif kepada (a)
2. pengawas peperiksaan pada akhir
peperiksaan. (b)
23
(c)
(d)
(a)
(b)
24
(c)
(d)
(a)
25 (b)
(c)

Jumlah
30

Kertas peperiksaan ini mengandungi 7 halaman bercetak.

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 10 021/031

Bahagian B
[30 markah]

Soalan 21

Baca petikan di bawah. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

hujan lebat lori treler garam galian lebuh raya

ribut petir minyak mentah tanah runtuh lalu lintas

IPOH, 15 Ogos – Satu kejadian _____________________ telah berlaku di Lebuhraya Utara Selatan

berhampiran Gua Tempurung petang semalam. Kejadian ini terjadi selepas ___________________

berlarutan sejak tiga hari yang lalu dan melembutkan struktur tanah di lereng bukit.

Sebanyak tiga buah kereta dan dua buah _____________________ rosak teruk akibat

kejadian ini. Bencana ini turut menyebabkan berlakunya kesesakan _______________________

sepanjang lima kilometer akibat tanah serta batu-batan yang jatuh berlonggok-longgok di jalan raya.

[4 markah]

Soalan 22

(a) Tukarkan ayat cakap ajuk berikut kepada ayat cakap pindah.

Contoh Ayat Cakap Ajuk : “Kucing ini kelaparan,” kata adik kepada kakak.

Ayat Cakap Pindah : Adik berkata kepada kakak bahawa kucing itu kelaparan.

Ayat Cakap Ajuk :

“Saya cadangkan agar kanak-kanak miskin itu diberikan sumbangan pakaian dan makanan,”
kata Sui Eng.

Ayat Cakap Pindah :

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 11 021/031

(b) Bina ayat majmuk berdasarkan ayat-ayat tunggal yang diberikan.

Ayat tunggal : Ahli-ahli Kelab Alumni boleh menyumbangkan tenaga untuk menjayakan
program sekolah.
Ayat tunggal : Ahli-ahli Kelab Alumni boleh menyumbangkan wang ringgit untuk
menjayakan program sekolah.
Ayat majmuk :
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

[2 markah]

(c) Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

i. Skru pada kaki meja itu telah haus _____________________nya. bebenang / bebawang

ii. Wakaf di tengah dusun itu dipenuhi sarang ________________. rerama / lelabah

[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 12 021/031

Soalan 23
Teliti rajah di bawah kemudian jawab soalan yang berikutnya.

2. Membasuh dengan muatan 3. Bersihkan penapis


1. Cabutkan plag
penuh dapat menjimatkan penyaman udara untuk
peralatan elektrik untuk
tenaga dan masa. lebih jimat dan lebih sejuk.
menjimatkan wang anda.

4. Jimat tenaga dengan memastikan 5. Berjimat dengan


tingkap dan pintu ditutup ketika menggunakan mentol
penyaman udara berfungsi. jimat tenaga.

(a) Peralatan elektrik yang biasa digunakan di rumah ialah ____________________________.


[1 markah]

(b) Mengapakah muatan mesin basuh perlu dipenuhkan semasa menggunakannya ?


_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 13 021/031

(c) Bagaimanakah kita dapat memastikan penyaman udara lebih sejuk dan berfungsi dengan
baik?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[2 markah]

(d) Pada pendapat kamu, bagaimanakah sikap pengguna elektrik yang berhemah?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[3 markah]

Soalan 24
Baca petikan , kemudian jawab soalan – soalan berikut dengan lengkap.

Pada cuti sekolah yang lalu, Persatuan Penduduk Taman Setia menganjurkan sukaneka
dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa salah sebuah universiti awam. Acara sukan ringan
yang dijalankan telah menarik minat setiap peringkat umur penduduk taman tersebut.

Antara acara yang dijalankan ialah acara mengisi air ke dalam botol menggunakan
span untuk kanak-kanak, memanah untuk remaja dan acara tarik tali untuk golongan
dewasa. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan malahan dapat membina
hubungan mesra antara penduduk pelbagai kaum dan golongan cerdik pandai.

(a) Perkataan mahasiswa bermaksud ______________________________________________.


[1 markah]
(b) Apakah acara sukaneka untuk murid-murid sekolah rendah?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Bagi ibu bapa yang ingin melibatkan diri, apakah acara yang boleh mereka sertai ?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]
[Lihat halaman sebelah
021/031 SULIT
SULIT 14 021/031

(d) Wajarkah aktiviti seperti ini diadakan setiap tahun? Mengapa?


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan 25
Teliti poster di bawah , kemudian jawab soalan - soalan yang berikutnya.

(a) Poster di atas adalah panduan keselamatan di jalan raya kepada ______________________.
[1 markah]

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 15 021/031

(b) Apakah ciri keselamatan yang perlu diamalkan oleh pejalan kaki?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Bagaimanakah cara paling selamat bagi seseorang pejalan kaki apabila hendak melintas
jalan raya ?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT

You might also like