Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT

SEKOLAH 2018

1. Kayuhan Merdeka
2. 2. Larian Merdeka
3. 3. Konvoi Merdeka
4. 4. Tayangan Filem Merdeka
5. 5. Ceramah Tokoh
6. 6. Gantung Kain Rentang
7. 7. Hias Kelas
8.8. Nyanyian
9. 9. Main Muzik Tradisional
10. 10. Bendera Botol
11. 11. Bina Model Bangunan Bersejarah
12. 12. Lakonan Semula Adegan Sejarah
13. 13. Berpakaian Tradisional
14. 14. Pertunjukan Fesyen
15. 15. Pameran
16.
Laporan Bulan Kemerdekaan
Sekolah anda telah mengadakan aktiviti
Sepanjang Bulan Kemerdekaan bagi melahirkan
semangat cinta akan tanah air kepada para
pelajar. Sehubungan dengan itu, anda
ditugaskan untuk menyediakan satu laporan
lengkap tentang Sambutan Bulan Kemerdekaan
yang telah dianjurkan untuk dimuatkan dalam
ruangan majalah sekolah. Tulis laporan itu
selengkapnya.
Laporan Bulan Kemerdekaan
Sekolah Menengah Satria Perdana, Sungkai,
Perak
Sepanjang bulan Ogos 2017, Sekolah Menengah
Kebangsaan Satria Perdana, Sungkai, telah
mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Program
tersebut diadakan bertujuan mencetus dan
menanamkan semangat cinta akan tanah air dalam
kalangan pelajar. Hal ini ditegaskan oleh Tuan Haji
Nasri Abidin, Pengetua Kanan Sekolah Menengah
Satria Perdana, Sungkai, ketika merasmikan majlis
yang bersejarah itu pada 10 Ogos 2017 di Dewan
Sekolah Menengah Kebangsaan Satria Perdana,
Sungkai. Tuan pengetua juga mengharapkan aktiviti
yang dijalankan dapat meningkatkan jati diri,
menanamkan rasa keinsafan dan perasaan bersyukur
dalam kalangan pelajar. Mereka sewajarnya
menghargai pengorbanan para pejuang tanah air
yang berjuang dengan serba kekurangan, tanpa
senjata moden, tanpa alat komunikasi canggih dan
tanpa kekayaan harta benda. Mereka hanya
memiliki tulang empat kerat untuk menggalas
perjuangan bak kata pepatah tiada rotan, akar pun
berguna.
Upacara perasmian, Sambutan Bulan
Kemerdekaan Sekolah Menengah Satria Perdana,
Sungkai, dimulakan dengan menaikkan Jalur
Gemilang. Apabila tirai pentas dibuka, kumpulan koir
Bulan Kemerdekaan Sekolah Menengah Satria
Perdana, Sungkai, telah bersedia untuk menyanyikan
lagu "Bahtera Merdeka" dan "Tanggal 31". Mereka
menyanyi dengan penuh semangat. Setelah tamat
persembahan koir, pementasan drama patriotik yang
bertajuk "Peristiwa Bukit Kepong" nukilan Puan Hasliza
Manap seorang guru Sejarah sekolah ini telah
dipentaskan. Drama ini mengisahkan tentang
serangan pengganas komunis terhadap Balai Polis
Bukit Kepong, Muar yang terkenal dalam sejarah
Malaysia. Persembahan drama yang
bertemakan berpantang mati sebelum ajal begitu
menyentuh jiwa dan perasaan guru-guru dan para
pelajar.
Selain itu, pihak sekolah juga menjemput seorang
tokoh akademik, iaitu Dr. Amira Azman untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk "Perjuangan
Pemimpin Menuntut Kemerdekaan dan Implikasinya
terhadap Negara". Kehadiran Dr. Amira Azman ibarat
sirih pulang ke gagang kerana beliau merupakan
bekas murid sekolah ini. Dalam ceramahnya, beliau
mengupas senario perjuangan tokoh-tokoh
kemerdekaan seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman,
Mat Kilau dan Dato' Maharajalela dan sebagainya.
Bagi Dr. Amira, pejuang-pejuang kemerdekaan
tersebut umpama lilin yang membakar diri untuk
menerangi orang lain. Beliau menasihatkan para
pelajar supaya berusaha gigih dalam pelajaran demi
menjadi manusia yang berguna dan menguasai ilmu
pengetahuan bagi mengisi kemerdekaan negara.
Beliau juga menasihatkan para pelajar supaya tidak
menjadi seperti kacang lupakan kulit.
Pada 12 Ogos 2017, Pertandingan Deklamasi Sajak
Patriotik telah mengisi atur cara sambutan.
Pertandingan tersebut melibatkan pelajar-pelajar
Tingkatan 5. Peserta yang mengambil bahagian
ternyata amat bersemangat sewaktu
mendeklamasikan sajak mereka. Bakat peserta yang
mengambil bahagian tidak kurang hebatnya. Mereka
telah menyampaikan sajak dengan pelbagai gaya dan
kreativiti. Pelajar-pelajar yang tidak mengambil
bahagian dalam pertandingan deklamasi sajak
diminta menyiapkan biografi tentang tokoh-tokoh
kemerdekaan. Mereka dimestikan mendapat
maklumat tentang tokoh-tokoh tersebut dengan
melayari Internet. Biografi yang telah dihasilkan oleh
para pelajar akan dipertandingkan. Keputusan
pertandingan akan diumumkan pada Majlis Penutupan
Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah.
Pihak sekolah juga pada 15 dan 16 Ogos 2017
telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke tempat-
tempat bersejarah di Muar, Johor. Antara tempat yang
dilawati ialah Balai Polis Bukit Kepong, Makam Sultan
Alauddin Riayat Syah di Kampung Raja Pagoh dan
Hutan Lipur Gunung Ledang. Lawatan ini bertujuan
mendedahkan para pelajar untuk melihat kesan dan
bukti sejarah yang terdapat di kawasan sendiri. Balai
Polis Bukit Kepong merupakan sebuah balai polis yang
pernah melalui detik hitam dalam sejarah negara,
iaitu peristiwa pertempuran pasukan polis dengan
pengganas komunis. Manakala Makam Sultan
Alauddin Riayat Syah merupakan makam salah
seorang sultan dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Gunung Ledang pula merupakan satu tempat yang
mempunyai kaitan yang rapat dengan sejarah
Kesultanan Melayu Melaka apabila Sultan Mahmud
ingin memperisterikan Puteri Gunung Ledang pada
suatu ketika dahulu.
Sebagai acara kemuncak, pada 30 Ogos 2017,
telah diadakan Majlis Perarakan dan Mengibarkan Jalur
Gemilang Peringkat Sekolah. Majlis yang dimulai pada
pukul 8.00 pagi itu mendapat sambutan di luar
dugaan daripada kalangan warga sekolah dan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Setiap individu yang
terlibat diberi Jalur Gemilang bersaiz kecil untuk
dikibarkan semasa perarakan. Para pelajar membawa
sepanduk yang ditulis dengan kata-kata semangat
seperti "Cintai dan Sayangi Malaysia", dan "Malaysia,
Di sini Lahirnya Sebuah Cinta" mengikut kreativiti
pelajar. Majlis perarakan sejauh 2.5 kilometer itu
bermula dari dataran perhimpunan dan berakhir di
tempat yang sama. Setelah tamat acara perarakan,
program pada pagi tersebut diteruskan dengan
ucapan penutupan program oleh Tuan Haji Nasri
Abidin, Pengetua Kanan Sekolah Menengah Satria
Perdana, Sungkai. Dalam ucapannya beliau
menyatakan perasaan gembira dan amat berpuas hati
dengan perjalanan Sambutan Bulan Kemerdekaan
pada kali ini. Beliau mengucapkan terima kasih dan
tahniah kepada semua pihak yang terlibat bagi
menjayakan majlis yang amat bermakna terutama
kepada para pelajar. Selepas itu, Tuan Pengetua
menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Pertandingan Deklamasi Sajak dan Pertandingan
Menulis Biografi Tokoh Kemerdekaan. Majlis yang
penuh warna-warni dan bersejarah itu melabuhkan
tirainya tepat pukul 11.30 pagi dengan nyanyian
lagu "Negaraku".
Laporan disediakan, 10
SEPTEMBER 2017

(NUR NAJWA MOHD ALI)


Tingkatan 5 al-Ghazali,
Sekolah Menengah Satria Perdana, Sungkai.

You might also like