Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Refleksi

Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberi
peluang untuk meneruskan pengajian di IPG Kampus Pendidikan Islam (IPG KPI). Saya juga
sangat bersyukur kerana pada semester 5 ini, saya telah memilih dan menjalani pembelajaran
di dalam kursus elektif iaitu kursus Didik Hibur Muzik (DHMK3013). Pensyarah yang telah
mengajar kami di sepanjang kursus ini berjalan selama 5 minggu ialah Tuan Haji Isa Bin
Ramlan yang begitu berpengalaman sekali dalam bidang kesenian muzik.

Kursus Didik Hibur Muzik ini menjadi satu perkara yang baru bagi saya sebagai pelajar
kursus Pendidikan Islam. Ia merupakan kali pertama saya mempelajari kursus sebegitu
sepanjang berada di IPG KPI. Pelbagai perkara baru yang saya pelajari iaitu pengenalan Didik
Hibur Muzik dan Konsep Muzik. Pendidikan di dalam pengajaran dan pebelajaran bilik darjah,
sekiranya diselitkan dengan unsur seni muzik, ia mampu menceriakan suasana bilik darjah
dan mencuri perhatian murid-murid seperti alat muzik, nyanyian dan pergerakan.

Cabaran yang saya hadapi sepanjang mempelajari kursus ini adalah Didik Hibur Muzik
melibatkan kemahiran yang sangat tinggi dalam kesenian seperti bermain alat muzik,
nyanyian dan pergerakan mengikut muzik. Di dalam kursus ini, mempelajari alat muzik
rekoder merupakan cabaran yang paling tinggi berbanding nyanyian dan pergerakan. Ini
kerana bermain alat muzik perlu mahir dalam membaca notasi, bermain mengikut tempo yang
betul dan perlu memberi fokus dengan sebaik mungkin. Kecuaian dalam mengikut tempo lagu
sudah tentu akan menyebabkan kecacatan dalam persembahan muzik.

Mempelajari kursus Didik Hibur Muzik bersama Tuan Haji Isa telah membuka minda
saya untuk memahami dan mengenalpasti kesesuaian yang boleh diselitkan di dalam
pengajaran matapelajaran Pendidikan Islam. Beliau begitu banyak membantu saya dan
rakan-rakan dengan menyampaikan ilmu pengetahuan serta memberikan nasihat yang penuh
bermakna berkenaan konsep Didik Hibur Muzik yang bersesuaian menurut syariat Islam.
Pembelajaran muzik yang disulami dengan nilai-nilai agama Islam merupakan satu panduan
yang sangat baik yang perlu dicontohi oleh semua bakal pendidik. Nilai-nilai keagamaan itu
perlu diselitkan di dalam semua matapelajaran tidak kira matapelajaran akademik atau bukan
akademik.

Pelbagai perkara yang masih belum saya pelajari di dalam kursus Didik Hibur Muzik
ini. Banyak kelemahan saya yang perlu saya perbaiki. Namun begitu, saya perlu terus
meneroka dan mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Sekalung apresiasi kepada Tuan Haji Isa Bin Ramlan di atas segala ilmu yang telah
beliau curahkan. Semoga beliau memperoleh kerahmatan dan keberkatan daripada Allah
SWT. Semoga ilmu yang saya pelajari diberkati dan memberi manfaat kepada semua orang.

You might also like