Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

Martabat Tujuh- Muhammad Uthman El Muhammady

‫ﺑﺴﻢ اﻠﻠﻪ اﻠرﺤﻤﻦ اﻠرﺤﻴﻢ‬


‫ﻧﺤﻤدﻪ وﻨﺼﻠﻰ ﻋﻠﻰ رﺴوﻠﻪ اﻠﻜرﻴﻢ‬
MARTABAT TUJUH

OLEH:

MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY


Nota ini, insya' Allah, akan membicarakan dengan ringkas, setakat memadai, tajuk ‘Martabat
Tujuh" sebagaimana yang terkenal dalam teks-teks Melayu-Jawi, dan dalam kalangan ahli
persuratan dan ulama di Dunia Melayu, dan mengaitkannya pula dengan unsur-unsur yang ada
dalam setengah penulisan tasauf yang ada dalam kalangan Ahlis-Sunnah wa'l-Jama'ah,
dengen menyebut ciri-ciri dan dasar-dasarnya. Kemudian akan dibicarakan kedudukannya
dalam konteks fahaman ilmu atau epistemologi Ahlis-Sunnah, adakah ia mempunyai ‘tempat'
yang memang sesuai baginya, yang perlu dibicarakan oleh mereka yang tertentu yang
mempunyai persiapan-persiapan tertentu, ataupun, sebaliknya, ia sesuatu yang perlu dilupakan
dan ditiadakan dalam wanaca keagamaan Dunia Melayu yang berpegang kepada Ahlis-Sunnah
wal-Jama'ah semenjak dahulu sehingga sekarang, walaupun ada usaha untuk ‘menyemak'nya
oleh setengah kalangan. Dahulunya tajuk ini dibicarakan oleh kalangan mereka yang dikirakan
‘ahli' sebenarnya; tetapi sekarang isu ini sudah ‘keluar' daripada ‘tempat'nya, dan dibicarakan
oleh 'semua' pihak. Oleh itu timbullah keperluan untuk membicarakannya.Penulis ini yang tidak
memandang dirinya ahli dalam bidang ini, tetapi yang bergantung kepada para ulama yang
muktabar dan hasil-hasil para penyelidik bidangnya, mengharapkan perbincangan ini berlaku
dalam keadaan ‘fikiran yang dingin' dan sejahtera, demi untuk mencapai sesuatu yang jernih
dan menyelamatkan, tanpa melanggar adab-adab yang dikehendaki terhadap ilmu dan para
ulama, Allah memberi rahmat kepada mereka.Amin. "Input-input" yang berguna amat
dialu-alukan untuk menyempurnakan perbincangan bersama.

Tasauf Di Dunia Melayu

Imam al-Ghazali rd dalam kitab Ihya' ‘Ulumi'd-Din yang terkenal itu membahagikan tasauf
kepada dua bahagian, iaitu tasawwuf mu'amalah dan tasauf mukasyafah.

(1) Yang mu'amalah ialah berkenaan dengan isu-isu seperti bersuci, beribadat, sifat-sifat yang
buruk yang perlu dihilangkan daripada diri dan sifat-sifat yang baik yang perlu dijadikan
perhiasan diri. Demikian pula di dalamnya termasuk soal-soal kehidupan seperti nikah-kahwin,
usaha mencari rezeki yang halal, kehidupan berjiran, dan persoalan-persoalan yang
sedemikian.

Perkara-perkara yang dimasukkan ke dalam bidang ‘mukasyafah' ialah perkara-perkara yang


menyentuh hakikat-hakikat tentang roh dan jiwa, hakikat ketuhanan, hubungan Tuhan dengan
alam, hal-ahal alam yang kekal abadi yang selain daripada fardu ‘ain dalam pembicaraan.Maka
boleh dikatakan bahawa pembicaraan tentang ‘Martabat Tujuh' ini adalah termasuk ke dalam
bahagian atau bidang yang disebut ‘mukasyafah' itul,

Dalam hubungan dengan perkembangan Islam di Dunia Melayu, nampaknya dalam beberapa
abad awal perkembangan itu situasinya berkebetulan dengan masa perkembangan tasawuf

1/9
Martabat Tujuh- Muhammad Uthman El Muhammady

dan tarikat-tarikat dalam erti yang biasa dimengerti. Ini adalah selain daripada hakikat
bagaimana amalan-amalan rohaniah itu memang sudah ada pada zaman awal lagi, dan
berkembang dengan baiknya, sebagaimana yang disebutkan oleh ibn Khaldun dalam
al-Muqaddimahnya dan juga oleh ulama sufi dalam teks-teks mereka yang terkenal seperti
Risalah al-Qushairiyyah dan Kashf al-Mahjub antara yang sekian banyaknya itu. Imam
al-Ghazali rd menulis kitab berkenaan dengan tasawwuf yang menyentuh soal-soal akhlak dan
pembentukan rohani secara ‘moderat' mengikut setengah pihak, bagaimanapun ia menulis pula
teks-teks seperti Mishkat al-Anwar misalnya, dan Tahafut al-Falasifah serta juga al-Maqsad
al-Asna yang menghuraikan makna-makna yang sangat dalam tentang Nama-Nama
tuhan.Beliau meninggal dalam tahun 1111 , dan ibn ‘Arabi rd yang banyak mempengaruhi para
sufi kemudian, dengan al-Futuhat al-Makkiyyahnya dan Fusus al-Hikamnya meninggal tahun
1240; manakala Shaikh ‘Abd al-Qadir al-Jilani rd meninggal dalam 1166, dan Shaikh
Abul-Hasan al-Shadhili rd meninggal dalam tahun 1258. Dan Islam yang berkembang di Dunia
Melayu nampaknya banyak menunjukkan pengaruh tasauf dan amalannya. Dengan itu
nampaknya tasauf merupakan sesuatu unsur yang sangat penting dalam perkembangan Islam
di rantau ini.

(2) Nampaknya sebutan tentang "Martabat Tujuh" ini dikaitkan dengan nama Hamzah Fansuri
dan muridnya Syamsuddin al-Sumatrani atau Syamduddin Pasai, serta juga ‘Abdur-Rauf
Singkel yang hidup yang bergiat di Acheh dalam abad ke 16 dan ke 17.

(3) Hamzah Fansuri mengeluarkan fahamannya dan pengalamannya melalui tulisan prosa dan
puisi, dan ia muncul sebagai ahli puisi sufi yang teragung di rantau ini. Dalam
karangan-karangannya ia mengeluarkan kata-kata yang menyatakan tentang ‘keesaan yang
wujud' ('wahdiatul-wujud') yang terkait dengan nama ibn ‘Arabi rd yang terkenal itu. Nampaknya
ia mengamalkan tarikat Qadiriyyah dan mungkin juga ia ‘khalifah' tarikat yang berkenaan.

Pengarang yang terkenal seorang lagi di Acheh ialah Shamsuddin Pasai (men.1630) yang
mengarang dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu; beliau tidak muncul sebagai penggubah
puisi tetapi tulisannya lebih sistematik, dan memberi huraian tentang ajaran metafisika yang
sama dengan gurunya tentang ‘keesaan yang wujud'. Pada van Bruinessen nampaknya beliau
pengarang yang pertama dalam Dunia Melayu memberi huraian berkenaan dengan martabat
tujuh ini , yang merupakan adaptasi daripada teori ibn ‘Arabi tentang emanasi atau ‘faid' dari
Tuhan yang popular di rantau ini.

(4) Dalam hubungan dengan ini mungkin beliau mengikuti contoh pengarang Gujerat
Muhammad b.Fadl Allah al-Burhanpuri yang menghuraikan doktrin yang sama dalam Tuhfah
al-Mursalah ila Ruh al-Nabi , yang siap digubahnya pada 1590, dan kemudian menjadi popular
di kalangan Muslimin Dunia melayu.

(5) Mungkin beliau mengenali kitab ini di Acheh, atau di Makkah, atau di India. Burhanpuri
beramal dengan tarikat Shattariyyah, dan selepas meninggal Shamsul-Din tarikat itu menjadi
popular dari kalangan mereka yang pulang daripada menunaikan haji.

Mungkin boleh ditambah beberapa maklumat berkenaan dengan teks-teks karangan Syams
al-Din Pasai ini.Antaranya ialah: Jawhar al-Haqa'iq (30 halaman dalam Bahasa Arab), karyanya

2/9
Martabat Tujuh- Muhammad Uthman El Muhammady

yang paling lengkap, disunting oleh Van Nieuwenhuijze, yang membicarakan martabat tujuh
dan jalan mendampingi diri sengan Tuhan; kitab Risalah Tubayyin Mulahazat al-Muwahhidin
wa al-Mulhidin fi Dhikr Allah (berbahasa Arab), lapan halaman, diolah oleh Van Nieuwenhuijze,
mengandungi huraian tentang perbezaan antara kaum yang berpegang kepada tauhid yang
benar dan kaum yang mulhid; kitab Mir'at al-Mu'min (70 halaman) dalam Bahasa Melayu,
menjelaskan keimanan kepada Allah, RasulNya, kitab-kitabNya, para malaikatNya, akhirat,
qada'Nya, dalam akidah Ahlis-Sunnah wa al-Jama'ah (mengikut Imam Asy'ari dan Maturidi rd).
Kitab Sharah Ruba'I Hamzah Fansuri, 24 halaman berbahasa Melayu, menjelaskan pengertian
wihdatul-wujud. Kitab Syarah Sya'ir Ikan Tongkol (20 halaman, dalam Bahasa Melayu),ulasan
48 baris syair Hamzah Fansuri yang mengupas nur Muhammad dan cara mencapai fana'
fi'Llah. Kitab Nur al-Daqa'iq (dalam 9 halaman, berbahasa Melayu, ditranskripsi oleh A.H. Johns
(1953) huraian tentang rahsia ma'rifat , dalam martabat tujuh. Kitab Tariq al-Salikin (18
halaman, berbahasa Melayu), menjelaskan istilah-istilah seperti wujud, ‘adam, haqq, batil,
wajib, mumkin, mumtani', dan yang sepertinya. Kitab Mir'at al-Iman atau Bahr al-Nur,12
halaman, berbahasa Melayu, membicarakan ma'rifah, roh, dan martabat tujuh.Kitab al-Harakah
, 4 halaman, ada yang berbahasa Arab dan ada yang berbahasa Melayu, membicarakan
ma'rifah atau martabat tujuh.

(6) Kemudian ulama yang terkenal yang menentang Shamsu'l-Din Pasai dan Hamzah Fansuri
ialah Nuru'l-Din al-Raniri rh, dan mungkin akibat penentangannya yang teruk, ia terpaksa
meninggalkan bumi Acheh. Shaikh Nurul-Din menuduh ajaran Hamzah Fansuri sebagai
‘panteisme' dan membandingkannya dengan falsafah Vedanta Hindu dan ajaran Buddha
Mahayana di Tibet.

(7) Seorang ulama basar Acheh ialah ‘Abdul-Ra'uf Singkel rh (1615?-93) .Beliau berada di
Mekah dan Madinah selama 19 tahun kemudian kembali ke Dunia Melayu.Nampaknya para
penduduk rantau ini sangat ramai menunaikan haji berbanding dengan para penduduk rantau
lain walaupun jarak mereka dengan Mekah adalah jauh. Dan dengan adanya masyarakat
mereka di sana yang kuat perpaduannya, maka pengaruh ulama Mekah besar di rantau ini.
Antara ulama di sana yang berpengaruh di rantaum ini ialah Ahmad al-Qushashi rh, Ibrahim
al-Kurani rh, dan anak Ibrahim bernama Muhammad Tahir yang berada di Madinah.

Pada pendapat van Bruinessen

(8) Qushashi (men.1660) dan Kurani (men.1691) merupakan sintesis tradisi India dan Mesir
yang berupa warisan kesarjanaan fikh dan tasawwuf Zakaria al-Ansari rh dan ‘Abd al-Wahhab
al-Sha'rani rh di satu pihak dan perlibatan dengan pengambilan bai'ah dalam tarikat-tarikat
dari India terutamanya Shattariyyah dan Naqswhabandiah di satu pihak lainnya. Katanya
tarikat-tarikat ini diperkenalkan oleh Shaikh Sibghatullah yang menetap di Madinah dalam
tahun 1605.Kurani pula , yang ia adalah seorang bangsa Kurdi, mempunyai kemahiran dalam
sastera berbahasa Parsi dari India, dan selain daripada kepakarannya dalam hadith beliau
mempunyai minat yang mendalam tentang metafisika. Dalam menghadapi
kontroversi-kontroversi, maka ulama India berpaling kepadanya untuk mendapat bimbingan.
Demikian pula orang-orang Dunia Melayu. Kerana permintaan mereka maka ditulisnya syarah
terhadap kitab Tuhfah al-Mursalah mengikut cara fahaman Ahlis-Sunnah wa al-jamaah.

3/9
Martabat Tujuh- Muhammad Uthman El Muhammady

(9) Beberapa generasi lamanya orang-orang Dunia Melayu mempelajari ilmu agama di
Semenanjung Arab dengan ulama yang datang selepas daripada Kurani, dan mereka menuntut
bai'ah dalam tarikat Shattariyyah, kadang-kadang dengan kombinasi tarikat-tarikat lainnya.
Maka melalui tarikat Syattariyyahlah idea-idea metafisika sufi dan pembahagian-pembahagian
atau klasifikasi berdasarkan ajaran martabat tujuh menjadi sebahagian daripada kepercayaan
Orangt-Orang Jawa yang popular.

Hampir-hampir seabad kemudian Orang-Orang Dunia Melayu di negeri Arab sangat tertarik
kepada Syaikh Muhammad bin ‘Abd al-Karim al-Samman rh (men.1775) di Madinah, yang
sangat dipercayai mempunyai keberkatan yang sangat besar, bertugas sebagai penjaga
makam Nabi salla'llahu ‘alaihi wa sallam dan mengarang beberapa buah kitab tentang
metafisika sufi; beliau berpengaruh kerana ia pengasas tarikat Sammaniyyah; banyak
kisah-kisah ‘manakib' yang menunjukkan kekeramatannya, yang tersebar di Dunia Melayu.

Murid Syaikh Muhammad bin ‘Abd al-Karim al-Samman yang terkenal sekali di Dunia Melayu
ialah Syaikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani rh yang menulis beberapa buah kitab, antara yang
terkenalnya ialah Siyar al-Salikin ‘ila ‘ibadati Rabbil-'Alamin yang berdasarkan kepada isi
kandungan Ihya' Imam al-Ghazali rd. Selepas meninggalnya Syaikh Samman rh ia digantikan
oleh khalifahnya Siddiq bin ‘Umar Khan. Maka tersebarlah tarikat itu dengan meluasnya.

Kitab-kitab yang ada mempunyai huraian-huraian tentang metafisika ini disebutkan oleh Syaikh
‘Abd al-Samad palembang rh dalam teksnya Sayr al-Salikin dalam jilid 3.Antaranya ialah
teks-teks karangan ibn ‘Arabi rd seperti Futuhat al-Makkiyyah dan Fusus al-Hikamnya yang
disebutkannya sebagai teks untuk orangt-orang muntahi atau yang berada pada tahap
penghabisan dalam perjalanan rohani.

Al-Manhalu's-Safi[ fi Bayani Rumuzi Ahli's-sufi]:

Antara teks-teks tentang metafisika sufi yang boleh disebutkan secara tepat sebagai beraliran
‘martabat tujuh' ialah Kitab al-Manhali's-Safi yang kuat dikatakan ia karangan Syaikh Daud
al-Fatani rh.Antara ulama yang mengajar kitab itu kepada mereka yang dikirakan sesuai untuk
mendengarnya ialah alm haji ‘Abd al-Rahman di Wakaf Baru, Kelantan. Saya sendiri pernah
beberapa kali bercakap dengannya.Allahumma yarhamuh. Beliau mengajar kitab Hikam [yang
dinisbahkan kepada To' Pulau Manis] dan juga al-Manhalus-Safi dan beliau menerangkannya
mengikut apa yang diterimanya daripada To' Syafi' Kedah rh.Oleh kerana teks ini masih senang
didapati sekarang dan ada tersesbar dalam masyarakat maka saya gunakan teks ini untuk
perbincangan ini. Yang menarik laginya ialah teks ini ada nota-nota pada tepi beberapa
halaman yang menunjukkan bahawa ia telah dijadikan teks untuk pengajian.

Isi kandungan maklumat tentang martabat tujuh dalam teks ini ialah seperti berikut
(berdasarkan kepada MS yang ada pada saya, kerana yang tercetaknya tidak ada pada aya
sekarang).Dalam naskah yang ada pada ayahanda Syaikh Ahmad al-Fatani sebagaimana yang
diberitahu oleh rakan kita Wan Mohd Shaghir Abdullah, melalui saudara Zaidi Mohd Hasan,
Allah membalas kebaikan kepada mereka, amin, karangan itu ialah memang karangan Syaikh
Daud al-Fatani rh.MS yang ada pada saya ini bertarikh 1302 H. tertulis oleh Syihab al-Din bin
Ismail syin ya (?), di tulis namanya dengan huruf berasing-asingan tidak disambungnya, di

4/9
Martabat Tujuh- Muhammad Uthman El Muhammady

Makkah al-Mukarramah.Ia terdiri daripada 15 folio.

Pada folio 1 katakanlah 1B selepas mukadimah dengan basmalah, hamdalah, dan salawat,
katanya..."bahawasanya adalah bagi segala kaum penghulu ahli al-saufi itu beberapa istilah
mereka itu yang tiada mengetahui akan dia melainkan ahlinya.Maka tiada harus [bagi] yan g
bukan ahlinya itu mentelaahkan segala kitab mereka itu kerana yang tiada mengetahui akan
kehendaknya diambilnya atas zahir perkataan mereka itu maka membawa' kepada kufur;
sebab itulah diharamkan metala'ah segala kitab mereka itu [mereka] yang bukan ahlinya,
seperti kata Syaikh Muhyi'l-Din ibn al-'Arabi radiya'Llahu ‘anhu, nahnu qaumun tahrim
mutala'ati kutubina ...ertinya bahawasanya adalah kami sduatu kaum yang haram
mentala'ahkan segala kitab kami' yakni apabila tiada tahu akan segala istilah mereka itu.

Katanya:

Maka sayugianya jangan kita memudah-mudahkan segala perkataan mereka itu dengan ilham
Tuhan mereka itu.Maka kebanyakan segala kitab mereka itu dengan mutasyabihat tiada dapat
bagi segala orang yang ahli al-zahir mengambil dengan zahir katanya [yang pada zahirnya itu]
menyalahi syariat dan hakikatnya sekali-kali tiada menyalahi batin syariat ; maka wajib atas
murid apabila yang tiada tahu akan kehendak mereka itu ia menyerahkan segala perkataan
mereka itu kepadanya, jangan ia meng(ing)karkandia dan jangan menyalahkan dia sepertim
kata Syaikh Abul-Hasan al-Syadhili (rd);

Maka bermula orangn yang membenarkan pada ilmu kami ini wali kecil

Katanya

Maka setengah daripada istilah mereka itu ‘huruf aliyat' yang lagi akan datang kenyataannya
dua bait syair karangan Syaikh Muhyi al-Din ibn al-'Arabi, dan demikian lagi seperti kata tilmidh
(atau murid)nya dan khalifahnya Sadr al-Din [al-Qonyawi] Buni, ‘wa ra'al-haqq mir'ah' yura'
yang lagi akan datang kenyataannya beberapa banyak.Maka apabila engkau ketahui akan
perkataan segala ahli saufi dengan isyarat jua, maka ta' dapat tiada daripada kita ketahui akian
isyaratnya.Maka sekaranglah hamba nyatakan:

Ketahui olehmu bahawasanya adalah bagi Hak Subhanahu wa Ta'ala itu beberapa martabat
[pada sisi pandangan rohaniah dalam kesedaran para 'arifin, bukan pada falsafah yang
ditanggapi dengan lamunan otak atau minda-ujem] pertama Ahadiah, maka (1B)

Ahadiah

Iaitu martabah ‘la ta'ayyun', iaitu ‘kunhi zat' [iaitu semata-mata Zat Allah ta'ala tiada lainnya],
kedua ‘wahdah' [di]namakan dia ‘ta'ayyun awwal' yaitu ibarat daripada ta'luk IlmuNya akan
ZatNya dan akan sifatNya dan akan segala yang maujudat atas jalan ijmal, maka dinama akan
dia Hakikah al-Muhammadiyyah [bukan nabi Muhammad s.a.w. yang di Mekah dan Medinah
secara zahir itu], ; ketiga wahidiyyah dinama akan dia ‘ta'ayyun thani', yaitu ibarat daripada
ta'aluk ilmuNya akan ZatNya dan segala SifatNya dan segala maujudat atas jalan tafsil
[terperinci satu demi satu, tetapi masih dalam Ilmu Allah yang Kadim dan azali], dan dinamakan

5/9
Martabat Tujuh- Muhammad Uthman El Muhammady

dia hakikat insaniah [tidak bersangkut dengan manusia itu lagi, sebab ini beluam ada
apa-apa].Maka ketiga[-tiga] martabat ini [martabat Ahadiah, Wahdah dan Wahidiyyah] itu
kadim lagi dinamakan martabat keTuhanan.

Katanya:

Dan adalah [ia, yang dikatakan martabat keTuhanan, belum ada apa-apa yang lain itu]
diu[m]pamakan ‘ilman martabat Ahadiyah seperti kertas yang lapang, yang tiada di dalamnya
suatu kaid jua [tak ada kaitan dengan apa-apa], demikian rupanya O .Sebab inilah dinamakan
‘martabat itlak' yakni lepas daripada ada sesuatu dan ‘la ta'ayyun'.[Dikatakan demikian] dengan
sebab tiada ada nyata sesuatu juapun .

Wahdah

Katanya:

Dan mithal pula akan martabat wahdah itu u[m]pama noktah di dalam da'irah [atau bulatan]
yakni titik yang satu demikian rupanya . , maka noktah itu asal bagi segala huruf, yakni
menerima lagi mengandung segala huruf yang hendak disuratkan, tetapi ijmal di dalamnya
yakni berhimpun di dalamnya tiada ada kenyataan huruf,

Wahidiyyah

Dan mithal pula akan martabat wahidiyyah itu u[m]pama ‘alif' asatu huruf yang lain yang nyata
dalam dairah [atau bulatan] demikian rupanya O [maka dibuat rajah bulatan
ditengah-tengahnya ada alif], maka alif itu kesempurnaan noktah yang ijmal lagi ta'ayyun yang
nyata sekira-kira tiada menerima paling lagi, sebab itulah dinamakan ta';ayyun thani', kerana
noktah itu ta'ayyun awal, dan alif itu ta'ayyun thani , demikianlah mithal bila tashbih,
walillahi'l-mathalul-a'la [ayat Qur'an surah al-Nahl ayat 60].

Katanya;

Dan demikian lagi [di]mithalkan pula oleh setengah ulama akan ketiga martabat itu supaya
me[ng]hampirkan [kepada] faham kita , maka martabat ahadiyah itu seu[m]pama zihin [atau
fikiran atau minda] kita tatkala sunyi ia daripada musta'kalkan sesuatu yakni merupakan suatu
[dalam fikiran itu minda itu], maka dikatakan ‘la ta'ayyun'.Maka apabila memulai engkau pada
musta'kal kan sesuatu maka dinamakan ta'yyun awal' dan apabila [di]lanjutkan (folio 2A)

ta'akul itu, lagi berkekalan pula ia dinamakan ta'ayyun thani ; maka adalah dua martabat ini
[dalam syuhud orang yang 'arif dalam pandangannya yang tinggi itu] yaitu wahdah dan
wahidiyyah ibarat daripada dairah [atau lingkungan] ilmunya yang kadim; maka dari kerana
inilah [maka] dinamakan dia ‘a'yan thabitah' ['ain-'ain yang tetap dalam ilmu Allah yang kadim
dan azali belum tercipta lagi]; maka ertinya ‘a'yan thabitah' itu barang yang sabit di dalam
ta'aluk ma'lum ilmuNya Allah ta'ala pada azalnya, tiada ada di sana itu melainkan ZatNya
[semata-mata] dan segala SifatNya yang kadim jua.

6/9
Martabat Tujuh- Muhammad Uthman El Muhammady

A'yan Thabitah

Tentang a'yan thabitah itu katanya:

Maka a'yan thabitah itu [ialah] barang yang tiada mencium bau wujud, yakni belum lagi keluar
daripada kalimah ‘kun', maka apabila dikehendaki akan wujudnya, maka dikhitabkan kepada
a'yan thabitah dengan [seolah-olahnya-uem] dijadikan kuat pendengaran daripadanya dan
dilafaz ‘kun' maka jadilah seumpama yang a'yan thabitah itu dengan Kodrat Allah subahanahu
wa ta'ala , maka dinamakan dia kemudian daripada wujud khitab itu a'yan kharijiyyah; maka
adalah ia muhdath [baharu], yang baharu, kerana athar [atau bekas, kesan] Kodrat yang
kadim.Maka jangan engkau sangkakan a'yan kharijiyyah yaitu daripada a'yan thabitah, kerana
a'yan thabitah itu tiada mencium bau wujud sekali-kali lagi kadim, betapa ia menerima keluar ,
maka betapa jadi hadath [atau hadith, baharu], , maka hanyasanya yang a'yan kharijiyyah itu
‘bayan' bagi a'yan thabitah.

Dan adapun a'yan thabitah itu ka'in,[ada], yakni tetap ada iaitu, sabit, berkekalan seperti
adaNya jua, kerana ma'lim ilmuNya itu tiada bercerai daripada ZatNya, seperti tiada bercerai
segala sifatNya yang kadim.Demikian difahamkan perkataan ini.

A'yan Kharijiyyah

Tentang a'yan kharijiyyah, katanya:

Dan adalah a'yan kharijiyyah itu martabat ‘ubudiyyah, yakni kehambaan, dan adalah martabat
ta'ayyun awwal dan ta'ayyun thani makam anbia' dan aktab [para wali kutub], yang dapat
mawarinya (?) daripada mereka itu daripada kadarNya dan pada dapat ia pandangkan wahdah
di dalam kathrah [pandang yang satu dalam yang banyak dalam pendangan kerohanian] ialah
makam [atau darjah kerohanian] orang yang taraqqi [orang yang mendaki] yakni memandang
Allah ta'ala di dalamk tiap-tiap sesuatu [bukannya secara erti hulul, seperti Tuhan 'meresap' ke
dalam sesuatu, sebab Tuhan bukan benda], seperti kata ahli'Llah, ‘ma ra'aitu shai'an illla wa
ra'aitu'Llaha fihi': ertinya tiada aku pandangkan sesuatu merlainkan ku pandang Allah
padanya'.Maka tiada menegahkan banyaknya itu [iaitu banyaknya dan pelbagainya makhluk itu]
akan memandang keesaan Allah t'ala (folio 2B)

Dan dapat pula memandangkan ‘kathrah' di dalam wahdah, yaitu makam orang yang tanazzul,
yaitu memandang yang banyak yang ia segala [yang] baharu ini di dalam wahdah , yakni Tuhan
yang esa.Maka tiadalah menegahkan bagi segala yang ‘arif yang kamil mukammil [yang
sempurna segi rohani dirinya dan boleh menyempurnakan orang] itu daripada menilik keduanya
kerana kathrah itu tidak dapat tiada daripada wahdahnya, kerana tiada dapat istiqlal [yakni
menjadi merdeka tersendiri] sendirinya sekali-kali, kerana keadaan wahdah itu mempunmyai
sifat dan asma' dan af'al yang memnyabitkan athar Kodrat dan Iradah yang menyabitkan
kathrah yaitu wujud segala alam.

Selepas itu, katanya tentang kata-kata ibn ‘Arabi:

Maka apabila engkau faham daripada perkataan ini, engkau ketahui pula akan kata-kata Imam

7/9
Martabat Tujuh- Muhammad Uthman El Muhammady

al-'Arifin Saidi Muhyil-Din ibn al-'Arabi di dalam kitab Manazil al-Insaniyyah,demikian bunyinya:
[dalam] syair: ‘kunna hurufan ‘aliyat ...(tak terang) ...ertinya: Telah adalah kita sekelian
beberapa huruf yang amat tinggi [sebagai ilmu Tuhan yang kadim dan azali sebelum dicipta
olehNya ala mini], belum lagi dijadikan akan kita dengan firmanNya ‘kun', dan adalah kita
muta'allaq [bergantung bersambung-sambung antara satu dengan lain tidak bercerai-cerai]
dengan segala kita, yakni adalah segala makhluk itu adalah ia di dalam inkishaf Ilmu Tuhan
kita [yakni kita berada dalam nyata Ilmu Tuhan kita], masing-masing, dan bercerai-cerai
mahiyyahnya, dan itu adalah dalam kepala-kepala segala bukit, yakni kemuncak aku-engkau di
dalamnya, dan kami dan engkau, dan engkau dan ia, dan sekelian pada ‘huwa' itu Ia jua.

Lepas itu katanya;

Maka tanyai olehmu orang yang wasil [yang mencapai ma'rifat dan mengenal Tuhan
sebenarnya], yakni orang yang sampai, maka dikehendaki oleh syaikh dengan katanya: Telah
adalah kita sekelian beberapa huruf yang amat tinggi belum lagi dijadikan akan kita ini, yakni
telah adalah kita pada azal beberapa haqa'iq ghaibiyyah [hakikat-hakikat yang ghaib] yang
thabit sekelian kita di dalam ilmu hak ta'ala belum lagi kita dijadikan... kerana adalah bagi
tiap-tiap yang maujud (folio 3A)...

Itu ada dengan ‘mahiyyah' kejadiannya, dan adapun halnya dan martabatnya dan hukumnya
dan adalah sekelian itu lagi di dalam ma'lum ilmu [Tuhan] yang kadim, dan dikehendaki dengan
katanya ‘dan adalah yang demikian itu di dalam kepala-kepala segala bukit', yakni di dalam
ta'ayyun awal, yang dinamakan dia martabat wahdah yang ijmal yang terdahulu sebutnya,

Katanya lagi:

Dan yang dikehendaki dengan katanya ‘aku engkau di dalamnya dan kami engkau dan engkau
ia' itu, yakni daripada pihak ijmalnya belum lagi tafsil, tiada berbeza setengah daripada
setenganya.Martabat itu tetapi aku itu aku jua dan engkau itu engkau jua dan ia ia jua, misalkan
yang demikian itu dengan tiada tashbih, seperti air digugurkan ke dalam laut, maka tatkala itu
adalah kita dapat membezakan dia daripada air laut maka kita kata air itu laut, dan laut itu air,
tetapi yang laut itu laut juga dan air itu air jua, tiada dapat bertukar kerana adalah segala
hakikat itu tiada dapat bertukar-tukar

Katanya lagi:

Dan taktkala nyatalah kita ingat akan air yang setitik itu sebab hairan kita daripada
memandang laut maka tatkala itu dapat kita kata sekelian itu laut [dan janganlah pula terfikir
dengan misalan ini bahawa Allah itu bersambung zatNya dengan zat kita, Allah adalah Allah,
Tuhan kita, kita adalah makhluk ciptaanNya.

Katanya;

Dan dikehendaki dengan katanya:' dan sekeliannya pada ‘huwa' itu ia jua yakni adalah
sekelian pada martabat ahadiah daripada pihak tamsi [yakni terhapus dalam penyaksian batin
serwaktu dalam pengelaman rohani yang berkenaan] yakni hapus di dalamnya ia jua, kerana

8/9
Martabat Tujuh- Muhammad Uthman El Muhammady

nyata tiada menerima di sana lain daripada nama ‘huwa' dan ia nama hadrat ‘la shay' ma'ahu
[tiada sesuatu denganNya, merujuk kepada hadith yang bermaksud, telah adalah Allah walhal
tiada ada sesuatu berserta denganNya], dan segala hadrat yang dibawahNya [di bawah dari
segi darjat hakikinya, 'ontologinya'] di namakan hadrat ‘wa huwa ma'akum ainama kuntum' [Ia
bersama dengan kamu di mana kamu berada], dan dikehendaki dengan katanya ‘maka tanya
olehmu akan orang yang wasil

9/9

You might also like