Kumpulan 9

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Kumpulan 9

a) Persoalan kegigihan sering dikaitkan oleh


pengarang dalam novel yang dihasilkannya.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,
huraikan dua persoalan kegigihan yang
terdapat dalam novel tersebut.

NOVEL DI SEBALIK DINARA

Novel yang telah saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang
Noor. Persoalan yang menunjukkan kegigihan dalam novel tersebut ialah
kegigihan seseoranguntuk menjalankan uji kaji sehinnga berjaya. Contohnya,
Karl gigih menjalankan uji kajinya bagi membangun dan mempertahankan
Dinara daripada diceroboh oleh musuh-musuhnya.

Bukan itu sahaja,persoalan yang menunjukkan kegigihan dalam novel Di


Sebalik Dinara karya Dayang Noor ialah kegigihan untuk mempertahankan
hasil kerja dan amanah seseorang. Contohnya, Karl mencuba sedaya upaya
mempertahankan Dinara lalu mengarahkan kakitangan Soft Lab
menyelamatkannya. Dengan itu,pekerja Soft Lab berusaha bersungguh-
sungguh untuk menjejaki Farisha kerana tugasan itu amanah daripada Karl.
Hal ini kerana hanya Farisha mampu menyelamatkan Dinara.

Demikianlah dua persoalan kegigihan dalam novel Di Sebalik Dinara


tersebut dan ia perlu diamalkan dalam kehidupan kita.
NOVEL SILIR DAKSINA

Novel yang telah saya kaji ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Persolan
kegigihan yang terdapat dalam novel tersebut adalah kegigihan dalam
mengekalkan warisan seni budaya dan sastera. Contohnya, Abdullah bin
Kayan sanggup berpisah dengan isterinya, ibu Haiqal/ Aiman, dan kembali ke
Kampung Seri Purnama kerana keinginan beliau untuk menghidupkan semula
tarian zapin jincat dan mengembangkan sastera di kampungnya.

Seterusnya, persoalan yang menunjukkan kegigihan dalam novel tersebut


ialah kegigihan seorang anak muda yang merungkai misteri kehidupan
ayahnya. Contohnya, Aiman berusaha untuk pergi ke Kampung Seri Purnama
supaya dapat mengetahui dan merungkai kisah kehidupan ayahnya apabila dia
menerima sebuah manuskrip yang dikirimkan oleh Ong Swee Hwa.

Demikianlah dua persolan kegigihan yang terdapat dalam novel Silir


Daksina dan perlu diterapkan dalam kehidupan kita.
b) Dalam sesebuah novel, terdapat tindakan yang
tidak wajar dicontohi dalam. Berdasarkan dua
buah novel yang anda pelajari, huraikan satu
peristiwa yang menggambarkan watak yang
tidak wajar dicontohi. Berikan alasan anda.

NOVEL SILIR DAKSINA

Novel yang telah saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Watak yang tidak wajar dicontohi ialah ibu bapa Aiman yang tiada tolak ansur
sehingga mewujudkan konflik yang menyebabkan keluarganya berpecah belah.
Contonya, akibat tiada sifat tolak ansur dalam diri umi Aiman telah
menyebabkan mereka bercerai dan menyebabkan Aiman menjadi mangsa
dalam konflik tersebut. Bukan itu sahaja, ketiadaan sifat tolak ansur pada umi
Aiman menyebabkan Aiman pergi ke Kampung Seri Purnama bersendirian
dengan hati yang lara.

Sementelahan itu, watak yang tidak wajar dicontohi ialah umi Aiman kerana
sikap ego dan mementingkan diri yang mewujudkan konflik. Contohnya, umi
Aiman yang bersikap demikian menyebabkan dia berpisah serta membenci
suaminya, Abdullah bin Kayan. Akibatnya, Aiman menghadapi konflik kerana
tidak dapat mengenali dan mengetahui sejarah hidup ayahnya sendiri.

Demikianlah watak yang tidak wajar dicontohi dalam novel tersebut.


Sebagai alasan, hal ini kerana ia akan membawa keburukan dalam kehidupan
kita sekiranya tiada nilai tolak ansur antara sesama insan.
NOVEL DI SEBALIK DINARA

Novel yang telah saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Watak
yang tidak wajar dicontohi dalam novel tersebut ialah ayah kandung Farisha, iaitu
Karl. Karl yang mementingkan diri dengan menanam pelbagai jenis implan dalam
tubuh Farisha demi kemajuan penyelidikan teknologi sains. Farisha dijadikan sebagai
mangsa bahan uji kajinya untuk melihat keberkesanan hasil ciptaan telah memaksa
Medina iaitu ibu Farisha untuk menculik Farisha.
Di samping itu, watak yang tidak wajar dicontohi ialah Alia. Alia merupakan
seorang cyborg yang dicipta oleh Karl yang kurang berkeadaan sempurna. Demi
membantu Karl, Alia mencucuk Shida iaitu sahabat Farisha, dengan jarum mudah
lentur telah menyebabkan Shida kemurungan dan menyembunyikan dirinya.
Demikianlah watak yang tidak wajar dicontohi dalam novel tersebut. Hal ini kerana
sifat yang mementingkan diri untuk mencapai kejayaan sehingga menyebabkan nilai
keperikemanusiaan hilang dalam diri kita akan membawa padah yang buruk dalam
diri kita.

Disediakan oleh,
1. Andolia
2. Ernilyn
3. Tham Siew Ling
4. Venessa
5. Yong Ai Ciong

You might also like