Kelab Guru Dan Kakitangan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KELAB GURU DAN STAFF

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PELONG


21500, SETIU, TERENGGANU
‘School of Quality’
Tel: 09-8240115 Fax: 09-8241066 Email:tea6084@yahoo.com

_______________________________________________________________________________________________

Kepada,

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI AKTIVITI KELAB GURU DAN STAFF

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Kelab Guru & Staff (KGS) SMK Pelong akan mengadakan beberapa aktiviti sepanjang
tahun 2016. Aktiviti-aktiviti tersebut turut melibatkan penyertaan para pelajar sekolah yang mana ada di antara mereka
terdiri dari anak yatim dan miskin serta juga pelajar cemerlang. Antara senarai aktiviti adalah seperti berikut :

1) Sambutan Hari Guru – 16 Mei 2016

2) Majlis Berbuka Puasa dan Serahan Zakat – 17 Jun 2016

3) Sambutan Hari Raya – 21 Julai 2016

4) Majlis Makan Malam bersama Pelajar – 17 Ogos 2016

5) Jamuan Akhir Tahun – 27 Oktober 2016

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon sebarang bentuk sumbangan bagi menampung keperluan untuk
majlis tersebut. Jika pihak tuan berminat untuk menyampaikan sumbangan secara tunai / cek, ia boleh disalurkan
secara terus ke atas akaun / nama Presiden KGS - Mohammad Syafiq bin Abdul Majeed CIMB 13020167401527.
Sebarang sumbangan berbentuk tunai / cek hendaklah dimaklumkan kepada pihak kami di talian 014 – 5165772 (Cg.
Syafiq).

4. Segala kerjasama dan jasa baik pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.............................................
(Pn. Nur Fadhillah binti Bakren)

Setiausaha,
Kelab Guru dan Staff,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pelong

You might also like