Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Tumbuhan dan Haiwan

Bagi mengembangkan minat kanak-kanak terhadap sains biologi atau alam hidupan,
mereka memerlukan pengalaman yang sebenar dengan benda hidup yang terdapat di sekeliling
mereka. Guru boleh menggunakan banyak tumbuhan dan juga haiwan dalam persekitaran
semula jadi untuk kajian kanka-kanak. Melalui interaksi secara langsung antara kanak-kanak
dengan hidupan ini, mereka dapat mengenal pasti sama ada hidupan tersebut berbahaya atau
sebaliknya. Ada antara serangga seperti nyamuk membahayakan manusia melalui penyakit
yang dibawanya. Begitu juga dengan tumbuhan dan juga bahagiannya yang mungkin beracun,
oleh itu terdapat setengah tumbuhan yang boleh didekati sebaliknya ada tumbuhan yang hanya
boleh diperhatikan dari jauh sahaja.

Tumbuhan

Kanak-kanak amat berminat jika didedahkan dengan proses percambahan biji benih
seperti kekacang. Sewaktu mereka melakukan pemerhatian ke atas proses tersebut, mereka
juga boleh melakukan aktiviti lain seperti menamakan bahagian tumbuhan dan berbincang
megenai perubahan yang berlaku sewaktu proses tumbesaran. Kanak-kanak pada peringkat
awal biasanya masih keliru mengenai bahagian tumbuhan seperti batang, akar, daun dan juga
buah.

Guru boleh melakukan persediaan awal untuk proses penanaman biji benih dengan
meminta kanak-kanak membawa benih sendiri. Kanak-kanak biasanya akan membawa biji
benih yang mudah didapati di sekitar seperti kekacang, sawi dan juga kangkung. Bekas yang
boleh digunakan seperti kotak dan juga plastik boleh diisi dengan tanah.

Guru tidak digalakkan melakukan proses penanaman yang mengambil masa yang lama
untuk membesar. Gunakan proses yang singkat seperti penanaman tauge dan sawi. Sekiranya
tumbuhan kelihatan layu dan kuning, guru boleh menyoal kanak-kanak mengapa ia berlaku,
dan guru boleh memfokuskan perhatian kanak-kanak kepada apa yang diperlukan oleh
tumbuhan untuk membesar dan hidup.

Kanak-kanak boleh meningkatkan pemahaman mereka mengenai dunia tumbuhan


melalui pembelajaran mengenai fungsi, keperluan, nilai estetik dan pelbagai kepentingan lain.
Antara perkara-perkara yang boleh dipelajari oleh kanak-kanak bawah 4 tahun
mengenai tumbuhan ialah :

- Mengenali bau bunga (wangi / tidak berbau / busuk)


- Mengetahui permukaan tumbuhan (daun : kasar / licin, batang : berduri / rata)
- Keperluan asas tumbuh-tumbuhan (air, matahari, tanah, carbon dioksida)
- Nama-nama tumbuhan (Bunga raya, bunga mawar dan sebagainya)
- Warna tumbuhan (merah / kuning / jingga dll.)

Antara perkara-perkara yang boleh dipelajari oleh kanak-kanak umur 4 tahun hingga 6
tahun mengenai tumbuhan ialah :

- Bahagian tumbuhan ( daun, batang, akar, bunga, buah )


- Perbandingan bahagian tumbuhan berdasarkan ciri-ciri tertentu ( warna, saiz, bentuk )
- Nama sayur-sayuran dan buah-buahan yang biasa dijumpai
- Keperluan tumbuhan untuk hidup
- Proses percambahan dan pertumbuhan biji benih

Antara perkara-perkara yang boleh dipelajari oleh kanak-kanak umur 7 tahun hingga 8
tahun mengenai tumbuhan ialah :

- Perbandingan bahagian tumbuhan berdasarkan ciri-ciri tertentu ( daun : urat daun ;


bunga : berbunga / tidak berbunga ; batang : berkayu / tidak berkayu ; akar : akar
tunjang / akar serabut )
- Hubungan antara bahagian-bahagian tumbuhan ( akar hisap air ; daun menyerap
cahaya matahari )
- Kepentingan bahagian-bahagian tersebut kepada tumbuh-tumbuhan
- Pengelasan tumbuh-tumbuhan berdasarkan ciri-ciri yang tertentu
- Kepentingan tumbuh-tumbuhan kepada manusia dan haiwan
- Keperluan asas untuk biji benih bercambah / tumbesaran tumbuhan
- Peringkat tumbesaran tumbuhan

Aktiviti 1 : Nature Walk

Konsep sains awal : Permukaan dan bau tumbuh-tumbuhan

Perancangan aktiviti :
Kanak-kanak dibawa ke luar bangunan dan memerhatikan permukaan bahagian tumbuh-
tumbuhan.

Kanak-kanak menyentuh permukaan tumbuh-tumbuhan seperti batang dan daunnya untuk


merasai teksturnya seperti kasar, licin, berduri, berbulu dan sebagainya.

Kanak-kanak menghidu bunga untuk mengetahui bau bunga tersebut sama ada wangi,
tidak berbau atau berbau busuk.

Kepentingan aktiviti :

- Kanak-kanak dapat belajar sesuatu konsep secara benar, langsung dan


menyeronokkan.
- Kanak-kanak dapat menggunakan dan mengembangkan deria mereka.
- Kanak-kanak mempunyai gambaran yang jelas dan benar terhadap ciri-ciri dan
bahagian tumbuh-tumbuhan.
- Kanak-kanak berpeluang berinteraksi dengan guru, rakan dan tumbuh-tumbuhan.
- Memupuk semangat naturalis dalam kalangan kanak-kanak.

Aktiviti 2 : Menyiram Bunga

Konsep sains awal : Keperluan asas tumbuh-tumbuhan untuk hidup

Perancangan aktiviti :

Guru menerangkan
Kanak-kanak dibawa ke taman Kanak-kanak
keperluaan asas
atau kawasan luar bangunan menyiram air yang
bagi tumbuh-
yang menanam bunga- secukupnya kepada
tumbuhan untuk
bungaan. bunga.
hidup.

Kepentingan aktiviti :

- Kanak-kanak mengetahui dan memahami keperluan asas bagi tumbuh-tumbuhan untuk


hidup.
- Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak.

Aktiviti 3 : Perbandingan daun berdasarkan ciri-ciri tertentu

Konsep sains awal : Bahagian tumbuh-tumbuhan

Perancangan aktiviti :
Kanak-kanak
Kanak-kanak pergi ke luar Kanak-kanak
mengelaskan daun-daun
bilik darjah untuk membandingkan ciri-ciri
yang telah dikumpulkan
mengumpulkan daun- daun seperti warna, saiz
berdasarkan ciri-ciri yang
daun yang berlainan jenis. dan bentuk.
sama.

Kepentingan aktiviti :

- Kanak-kanak berpeluang untuk meneroka alam sekeliling mereka.


- Kanak-kanak dapat berhubung terus dengan tumbuh-tumbuhan .
- Kanak-kanak dapat memerhatikan ciri-ciri tumbuh-tumbuhan secara dekat.
- Kanak-kanak mendapat pengalaman langsung mengenai ciri-ciri tumbuh-tumbuhan.
- Kanak-kanak mengetahui cara mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan dengan betul.

Aktiviti 4 : Lawatan ke pasar pagi

Konsep sains awal : Nama sayur-sayuran dan buah-buahan yang biasa dijumpai

Perancangan aktiviti :

Guru membawa kanak-kanak untuk melawat ke pasar pagi.

Guru memperkenalkan nama sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijumpai di gerai-gerai


pasar pagi.

Kanak-kanak mengecam, mencatat nama dan memerhatikan ciri-ciri sayur-sayuran dan


buah-buahan tersebut.

Kepentingan aktiviti :

- Kanak-kanak mengenali pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.


- Kanak-kanak megetahui ciri-ciri serta dapat membandingkan sayur-sayuran dan buah.
- Mengembangkan deria kanak-kanak.
- Kanak-kanak mengetahui kebaikan atau kepentingan sayur-sayuran dan buah-buahan
kepada mereka.

Aktiviti 5 : Perbincangan Tentang Kepentingan Tumbuh-tumbuhan kepada Manusia dan


Haiwan

Konsep sains awal : Kepentingan tumbuh-tumbuhan kepada manusia dan haiwan

Perancangan aktiviti :
Kanak-kanak membuat Pada masa yang
Guru
perbincangan dalam kumpulan sama, guru boleh
membincangkan
mengenai kepentingan menyerapkan
kepentingan
tumbuh-tumbuhan kepada kepentingan menjaga
tumbuh-
manusia dan haiwan seperti tumbuh-tumbuhan
tumbuhan
sebagai makanan, pembekal dengan baik demi
kepada manusia
oksigen, sebagai hiasan dan kepentingannya
dan haiwan.
sebagainya. kepada manusia.

Kepentingan aktiviti :

- Kanak-kanak mengetahui kepentingan tumbuh-tumbuhan kepada manusia dan haiwan.


- Memberi kesedaran kepada kanak-kanak untuk menjaga tumbuh-tumbuhan.
- Memupuk semangat bekerjasama dan kemahiran interpersonal kanak-kanak.

Aktiviti 6 : Penanaman Pokok Tauge

Konsep sains awal : Peringkat tumbesaran tumbuh-tumbuhan (pokok tauge)

Perancangan aktiviti :

Kanak-kanak Kanak-kanak Kanak-kanak memerhati dan


menanam biji memastikan biji mencatatkan proses
benih pokok tauge benih mendapat tumbesaran pokok tauge
ke dalam tanah keperluan asas seperti bilangan hari untuk biji
atau kapas yang seperti air, cahaya benih bercambah, bilangan
basah. dan keperluan asas daun, ketinggian pokok dan
lain yang sebagainya untuk suatu
mencukupi. tempoh yang tertentu.

Kepentingan aktiviti :

- Kanak-kanak mendapat pengalaman menanam.


- Kanak-kanak memerhatikan tumbesaran tumbuh-tumbuhan secara realistik.
- Memupuk nilai kesabaran.
- Kanak-kanak mengetahui keperluan asas bagi tumbuh-tumbuhan untuk membesar.

Haiwan

Di sekitar kehidupan kita dipenuhi dengan pelbagai jenis haiwan sama ada jinak atau
liar. Kehidupan haiwan jinak boleh diperhatikan di persekitaran kelas. Melalui aktiviti lawatan ke
zoo, kanak-kanak berpeluang untuk memerhatikan tabiat hidup haiwan liar dan haiwan jinak. Di
samping itu, kanak-kanak berpeluang untuk melihat ciri-ciri haiwan liar dan jinak sambil
membandingkan haiwan-haiwan tersebut berdasarkan ciri-ciri yang tertentu. Daripada sini,
kanak-kanak dapat mengelas atau mengkategorikan haiwan mengikut ciri-ciri yang tertentu
seperti tabiat makanan, tempat tinggal dan sebagainya. Kanak-kanak digalakkan untuk
memerhati, membuat kesimpulan dan berkomunikasi dengan orang lain mengenai pemerhatian
yang dilakukan oleh mereka. Hal ini kerana mereka akan lebih memahami sesuatu apabila
mengongsikan dan menjelaskan idea tersebut kepada orang lain. Pertukaran idea dan
pendapat antara kanak-kanak juga membantu mereka menambah ilmu pengetahun yang sedia
ada terhadap haiwan-haiwan di sekitar mereka. Hal ini sangat penting kerana haiwan
merupakan sebahagian daripada sistem ekologi yang menyediakan pelbagai tajuk yang boleh
dimasukkan dalam kurikulum prasekolah mahupun sekolah rendah.

Antara perkara-perkara yang boleh dipelajari oleh kanak-kanak bawah 4 tahun


mengenai haiwan ialah :

- Nama-nama haiwan melalui cerita yang didengar atau video yang dilihat.
- Jenis-jenis haiwan yang biasa dilihat di sekeliling mereka ( haiwan jinak, liar, serangga )
- Bentuk atau rupa haiwan melalui aktiviti melukis atau mewarna
- Bunyi haiwan melalui video yang ditayangkan.
- Ciri-ciri haiwan ( warna, saiz, ketinggian )

Antara perkara-perkara yang boleh dipelajari oleh kanak-kanak umur 4 tahun hingga 6
tahun mengenai haiwan ialah :

- Nama haiwan
- Bahagian tubuh haiwan ( kaki, badan, paruh, ekor dll. )
- Bunyi haiwan
- Pergerakan haiwan
- Tempat tinggal haiwan
- Makanan haiwan ( daging, tumbuh-tumbuhan )
- Kitaran hidup haiwan

Antara perkara-perkara yang boleh dipelajari oleh kanak-kanak umur 7 tahun hingga 8
tahun mengenai tumbuhan ialah :

- Nama haiwan
- Bahagian tubuh haiwan ( paruh, sisip, sirip, tanduk dll. )
- Kepentingan bahagian-bahagian tubuh haiwan kepada haiwan.
- Pengelasan haiwan berdasarkan bahagian tubuh haiwan.
- Cara pergerakan haiwan (merangkak, berjalan, melompat dll. )
- Kepentingan pergerakan kepada haiwan.
- Tempat tinggal haiwan ( sarang, lubang, gua, dalam air dll. )
- Cara membiak haiwan ( bertelur, beranak )
- Keperluan asas untuk haiwan hidup.
- Kepentingan keperluan asas kepada haiwan.

Aktiviti 1 : Nature Walk


Konsep sains awal : Nama haiwan atau serangga

Perancangan aktiviti :

Guru memberitahu
Kanak-kanak dibawa nama-nama haiwan Kanak-kanak
ke luar bangunan atau serangga yang mengingat dan
untuk melihat haiwan dapat dijumpai seperti menyebut nama
yang berada di rama-rama, semut, haiwan dengan
sekeliling mereka. kucing dan sebutan guru.
sebagainya.

Kepentingan aktiviti :

- Kanak-kanak diberi peluang meneroka haiwan di sekeliling mereka.


- Kanak-kanak berpeluang menyentuh dan berinteraksi dengan haiwan.
- Mengembangkan deria kanak-kanak.
- Memberi gambaran yang jelas, langsung dan sebenar kepada kanak-kanak.
- Kanak-kanak mengetahui nama-nama haiwan yang biasa dijumpai.
- Memberi kesedaran kepada kanak-kanak mengenai haiwan yang wujud di persekitaran
mereka.

Aktiviti 2 : Mewarna

Konsep sains awal : Ciri-ciri dan bentuk haiwan

Perancangan aktiviti :

Guru memberikan Kanak-kanak


kertas latihan yang
Kanak-kanak memerhatikan
mempunyai gambar
mewarnakan kertas bentuk dan ciri-ciri
haiwan kepada
latihan. haiwan semasa
kanak-kanak untuk
mewarna.
mewarna.

Kepentingan aktiviti :

- Mengembangkan motor kasar dan motor halus kanak-kanak.


- Mencungkil bakat kanak-kanak dalam mewarna.
- Kanak-kanak dapat memerhatikan ciri-ciri dan bentuk haiwan semasa mewarna.
- Kanak-kanak menyedari warna-warna haiwan.

Aktiviti 3 : Marilah Teka Bunyi Saya

Konsep sains awal : Bunyi haiwan


Perancangan aktiviti :

Guru
Kanak-kanak
Guru memainkan bunyi-bunyi membincangkan
mendengar bunyi
haiwan seperti bunyi burung, bunyi haiwan
tersebut dan meneka
harimau, kucing dan lain-lain. dengan kanak-
haiwan tersebut.
kanak.

Kepentingan aktiviti :

- Kanak-kanak dapat menyedari dan mengecam bunyi-bunyi haiwan.


- Mengembangkan deria pendengaran kanak-kanak.
- Kanak-kanak dapat membezakan haiwan berdasarkan bunyi haiwan.
- Kanak-kanak dapat meniru bunyi haiwan.
- Memberi kesedaran kepada kanak-kanak mengenai bunyi haiwan yang merdu seperti
bunyi burung, serangga dan lain-lain.

Aktiviti 4 : Lawatan ke zoo

Konsep sains awal : Jenis-jenis haiwan, tempat tinggal haiwan, ciri-ciri haiwan

Perancangan aktiviti :

Guru membawa kanak-kanak untuk melawat ke zoo.

Guru menerangkan nama, jenis-jenis, tempat tinggal dan ciri-ciri haiwan yang dijumpai di
zoo.
Kanak-kanak memerhati dan merekodkan segala maklumat yang berkenaan dengan haiwan
yang diperhatikan.

Kepentingan aktiviti :

- Kanak-kanak mendapat pengalaman langsung dan gambaran sebenar di zoo.


- Kanak-kanak dapat memerhatikan pelbagai jenis haiwan dalam keadaan sebenar.
- Kanak-kanak dapat berhubung terus atau berinteraksi dengan haiwan.
- Kanak-kanak mempelajari konsep mengenai haiwan dalam keadaan yang seronok.

Aktiviti 5 : Marilah jadi saya

Konsep sains awal : Bunyi dan cara pergerakan haiwan

Perancangan aktiviti :
Kanak-kanak meniru
Kanak-kanak mendengar bunyi dan cara
Guru menunjukkan video
dan memerhatikan bunyi pergerakan haiwan
mengenai bunyi dan cara
dan cara pergerakan seperti kucing berjalan
pergerakan haiwan.
haiwan. dan mengiau, katak
melompat dan menguak

Kepentingan aktiviti :

- Kanak-kanak dapat mengecam bunyi dan cara pergerakan haiwan.


- Mengembangkan psikomotor kanak-kanak.
- Merangsang deria pendengaran kanak-kanak.
- Kanak-kanak mendapat pengalaman tentang cara pergerakan haiwan melalui peniruan.
- Kanak-kanak mengetahui kepentingan pergerakan kepada haiwan.

Kitaran Hidup Tumbuh-tumbuhan

Kitaran hidup tumbuh-tumbuhan (Plants Life cycles) banyak bergantung kepada kaedah
pembiakan tumbuhan sama ada ianya secara asexual atau secara seksual. Baka tumbuhan
ditentukan oleh gene yang mengandungi kromosom di dalam sel tumbuhan dari satu generasi
kepada genarasi secara berterusan. Bilangan gene dalam sel ini akan membentuk genotaip
tumbuhan di mana apabila tumbuh dalam persekitaran akan membentuk ciri-ciri marfologi
tumbuhan tersebut. Jelas menunjukkan pembiakbakaan tanaman (plant propogation) adalah
berfungsi sebagai mengekalkan genaotaip tumbuhan (preserved a particular genotype) atau
kombinasi beberapa Genotaip (Combination of genotypes). Pembiakan tumbuh-tumbuhan
berlaku semanjak dulu dengan menghasilkan tumbuhan baru sama ada secara semula jadi
atau dijalankan oleh manusia dengan kaedah penanaman dan pembiakbakaan berterusan.

Pembiakan secara seksual biasanya dimulakan dengan pokok induk yang menghasilkan
biji benih hasil daripada proses pendebungaan. Ciri-ciri genetik merupakan kombinasi di antara
kedua-dua gene pokok induk hasil daripada proses tadi. Pembiakan melalui biji benih lazimnya
menghasilkan sedikit perbezaan (variation) daripada ciri-ciri pokok induk tumbuh-tumbuhan dan
akan berlaku pada peringkan reproduktif. Seorang pembiakbaka perlu mengawal kaedah
pembiakan ini untuk memastikan genetik baka pokok induk dapat dikekalkan semaksima
mungkin walaupun masalah ini pasti akan timbul. Prosedur dan peraturan dalam kaedah
pembiakan tumbuhan seksual ini perlu dijalankan dengan ketat.

Pembiakan aseksual tumbuhan pula berlaku melalui kaedah pembiakan vegetatif


(vegetative methods of propagation). Pelbagai teknik pembiakan tampang dibuat di mana
kaedah ini dapat mengekalkan baka mengikut ciri-ciri induk asal (true -to- type offspring).
Genotaip tumbuhan yang dibiakan cara ini dapat dikekalkan dan lazimnya sesuai utuk
penghasilan anak yang banyak serta cepat. Peringkat awal tumbuhan bermula dari biji benih
yang mengandungi embryo sebelum bercambah menjadi anak pokok. Pada peringkat awal
tumbuhan atau peringkat 'Juvenile' berlaku pemanjangan sel batang, pertambahan akar dan
pucuk dan daun mengikut ciri yang ada pada tumbuhan tersebut. Pokok peringkat vegetatif ini
akan terus membesar sehingga ketahap peringkat reproduktif. Semasa ini tumbuhan akan
menghasilkan bunga, buah dan biji untuk meneruskan kesinambungan tumbuhan terus hidu di
atas muka bumi ini.

Contoh kitaran hidup tumbuh-tumbuhan yang membiak secara seksual


Contoh kitaran hidup tumbuh-tumbuhan yang membiak secara aseksual

Aktiviti yang boleh dijalankan :

1. Melihat video mengenai kitaran hidup tumbuh-tumbuhan.


2. Mewarna kertas latihan yang menunjukkan kitaran hidup tumbuh-tumbuhan.
3. Menanam pokok tauge untuk melihat kitaran hidup pokok tauge.
4. Perbincangan kumpulan mengenai kitaran hidup tumbuh-tumbuhan yang biasa dijumpai.
5. Pengelasan tumbuh-tumbuhan berdasarkan cara pembiakan dan kitaran hidup tumbuh-
tumbuhan.

Kitaran Hidup Haiwan

Kitaran hidup adalah merujuk peringkat pertumbuhan yang berlaku bagi sesuatu
binatang. Binatang akan mengubah saiz badan, bentuk dan berat apabila mereka mengalami
tumbesaran dalam kitaran hidupnya. Semua binatang akan mengalami kitaran hidup yang
berbeza. Biasanya, kitaran hidup haiwan dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu kitaran
hidup haiwan yang bertelur dan kitaran hidup haiwan yang melahirkan anak.

Bagi kitaran hidup haiwan yang bertelur :

a. Telurnya akan menetas menjadi anak haiwan.


b. Anak haiwan akan membesar dan menjadi haiwan dewasa.
c. Haiwan yang dewasa pula akan bertelur dan kitaran hidup diulangi.

Contoh kitaran hidup haiwan yang bertelur

Bagi kitaran hidup haiwan yang melahirkan anak.

a. Anak akan membesar di dalam badan haiwan betina.


b. Haiwan betina akan melahirkan anak.
c. Anak haiwan akan membesar menjadi haiwan dewasa dan kitaran hidup diulangi.
Sesetengah anak haiwan mempunyai wajah dan rupa yang berbeza dengan haiwan dewasa
seperti :

a. Katak dan berudu.


b. Rama-rama dan beluncas
c. Nyamuk dan jentik-jentik.

Contoh anak haiwan yang mempunyai wajah dan rupa yang beza dengan haiwan dewasa

Contoh anak haiwan yang mempunyai wajah dan rupa yang beza dengan haiwan dewasa

Aktiviti yang boleh dijalankan :


1. Melihat video mengenai kitaran hidup haiwan.
2. Mewarna kertas latihan yang menunjukkan kitaran hidup haiwan.
3. Perbincangan kumpulan mengenai kitaran hidup haiwan yang biasa dijumpai.
4. Pengelasan haiwan berdasarkan cara pembiakan dan kitaran hidup haiwan.
5. Menyatakan perbezaan antara kitaran hidup haiwan yang bertelur dan kitaran hidup
haiwan yang melahirkan anak.

Aktiviti Alam Hidupan dalam Bilik Darjah

Antara aktiviti-aktiviti alam hidupan yang boleh dilakukan dalam Taska ialah :

Aktiviti 1 : Siapakah Saya ?

Konsep sains awal : Bahagian Tubuh Badan

Perancangan aktiviti :

a. Pengasuh menguji kanak-kanak dengan menanyakan bahagian tubuh badan yang


tertentu.
b. Kanak-kanak menunjukkan bahagian tubuh badan yang disebut oleh pengasuh,
contohnya mata, telinga, kaki, tangan dan sebagainya.
c. Ini memudahkan kanak-kanak mengingati bahagian-bahagian tubuh badan mereka
dengan menunjukkan bahagian tersebut secara terus selepas disebut oleh pengasuh.

Aktiviti 2 : Hasil Kerja Tangan Kreatif

Konsep sains awal : Warna tumbuh-tumbuhan

Perancangan aktiviti :

a. Pengasuh memberi lembaran kerja yang mempunyai gambar bunga.


b. Kanak-kanak mengoyak dan menampalkan serpihan kertas warna ke atas lembaran
kerja mengikut warna tumbuh-tumbuhan yang sebenar.
c. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak di samping memberi
gambaran tentang warna tumbuh-tumbuhan kepada kanak-kanak.

Aktiviti 3 : Story Time

Konsep sains awal : Nama dan bunyi haiwan

Perancangan aktiviti :
a. Pengasuh membacakan cerita yang mengenai haiwan seperti Jungle Book.
b. Pengasuh meniru bunyi haiwan di samping memperkenalkan nama haiwan kepada
kanak-kanak semasa penceritaan.
c. Kanak-kanak dapat mengetahui nama dan bunyi haiwan dalam bentuk yang
menyeronokkan dan menarik.

Antara aktiviti-aktiviti alam hidupan yang boleh dilakukan dalam prasekolah ialah :

Aktiviti 1 : Head and Shoulders, Knees and Toes

Konsep sains awal : Nama anggota badan

Perancangan aktiviti :

a. Guru memainkan lagu “Head and Shoulders, Knees and Toes”.


b. Kanak-kanak melakukan pergerakan dengan mengikuti pergerakan dalam video atau
lirik lagu.
c. Kanak-kanak dapat mengenalpasti dan mengingat nama anggota badan dengan mudah
dan cepat walaupun dalam bahasa asing.

Aktiviti 2 : Bezakan Saya

Konsep sains awal : Jenis-jenis sayur-sayuran dan buah-buahan

Perancangan aktiviti :

a. Kanak-kanak membawa sayur-sayuran dan buah-buahan dari rumah.


b. Kanak-kanak mengelaskan sayur-sayuran dan buah-buahan berdasarkan ciri-ciri
tertentu seperti rasa, bau, warna dan sebagainya.
c. Dengan ini, kanak-kanak dapat mengenali sayur-sayuran dan buah-buahan yang biasa
dijumpai di samping diberi pendedahan tentang kepentingan sayur-sayuran dan buah-
buahan kepada kesihatan kita.

Aktiviti 3 : Siapakah Saya ?

Konsep sains awal : Nama haiwan

Perancangan aktiviti :

a. Guru meletakkan serangga yang dapat dijumpai di sekitar prasekolah seperti nyamuk,
lalat, semut dan rama-rama ke dalam beberapa bekas.
b. Kanak-kanak menyatakan nama serangga-serangga tersebut.
c. Dengan ini, kanak-kanak dapat mengenali nama haiwan yang biasa dijumpai di semping
dapat memerhatikan ciri-ciri serangga secara jelas.

Antara aktiviti-aktiviti alam hidupan yang boleh dilakukan dalam bilik darjah sekolah rendah
ialah :

Aktiviti 1 : Tangan Sebelah Hilang

Konsep sains awal : Fungsi anggota badan

Perancangan aktiviti :

a. Murid-murid hanya dibenarkan untuk menggunakan sebelah tangan sahaja untuk


melakukan semua kerja dalam suatu tempoh masa yang tertentu.
b. Murid-murid membuat refleksi tentang fungsi tangan dan kesusahan yang dihadapi
apabila kehilangan sebelah tangan.
c. Dengan ini, murid-murid dapat menyedari tentang kepentingan tangan dan fungsi
tangan di samping memberi kesedaran kepada murid-murid untuk menjaga anggota
badan dengan baik.

Aktiviti 2 : Membuat Roti Sandwich

Konsep sains awal : Nama dan kepentingan tumbuh-tumbuhan kepada manusia

Perancangan aktiviti :

a. Murid-murid membawa sayur-sayuran dan buah-buahan dari rumah.


b. Murid-murid membuat roti sandwich yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan, iaitu sayur-
sayuran dan buah-buahan seperti kubis, buah tomato, lobak dan sebagainya.
c. Murid-murid dapat mengenali pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan di samping
mengetahui kepentingan tumbuh-tumbuhan kepada manusia, iaitu sebagai salah satu
sumber makanan manusia.

Aktiviti 3 : Jagalah Saya dengan Baik

Konsep sains awal : Keperluan asas haiwan dan ciri-ciri haiwan

Perancangan aktiviti :

a. Guru dan murid membuat satu akuarium yang membela pelbagai jenis ikan.
b. Akuariun dihias dengan rumput-rumput laut.
c. Murid-murid menjaga ikan di dalam akuarium dengan baik dan memerhatikan ciri-ciri
ikan.

You might also like