Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

(TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION DIVISION)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

PROGRAMME TEKNOLOGI KIMPALAN

MODUL CODE MTK 1023

MODULE TITLE MATERIALS AND CONSUMABLE

LEVEL 1 SEMESTER 1

CREDIT UNIT 3.0

CONTACT HOUR 7.0 HOURS / WEEK

COMPETENCY IDENTIFY AND SELECT WELDING CONSUMABLE


3.1 Identify and choose electrode required
LEARNING STANDARD
3.2 Check for welding electrode specification
No. KOD MTK 1023/ M2K3 Muka: 1 Drp : 5

TAJUK : ELEKTROD

TUJUAN:

Kertas penerangan ini membolehkan pelatih pelatih mengenal pasti beberapa jenis eletrod yang
biasa digunakan dalam proses SMAW ini berpandukan kepada kod BS/AWS. Disamping menjaga serta
memelihara keadaan eletrod sentiasa baik dan selamat. Dengan adanya pengetahuan ini dapat membantu
pelatih menjalankan kerja-kerja dengan betul, selamat dan berkualiti.

PENERANGAN:

Dalam melakukan kimpalan arka logam berperisai (SMAW) ini, pemilihan elektrod merupakan satu
aspek yang penting. Disini pelajar akan diberikan penjelasan yang jelas mengenai jenis-jenis elektrod
mengikut piawaian AWS/BS. Dalam piawaian ini, pelajar akan dapat memilih jenis elektrod yang sesuai
dengan kerja yang mereka lakukan. Selain itu penjagaan elektrod turut diambil berat bagi memastikan
hasil kimpalan adalah berkualiti dan bermutu.
ELEKTROD

Elektrod ialah dawai logam yang mempunyai kandungan yang sama dengan kandungan
logam yang hendak dikimpal. Elektrod berfungsi sebagai pengalir arus elektrik dan logam penambah.
Terdapat lima kumpulan elektrod berdasarkan jenis logam yang hendak dikimpal, iaitu :

a. Elektrod keluli berkarbon sederhana.


b. Elektrod keluli berkarbon tinggi.
c. Elektrod keluli aloi khas.
d. Elektrod besi tuang.
e. Elektrod logam ferus.

Faktor pemilihan elektrod dalam kimpalan arka bergantung pada :

a. Jenis logam
b. Reka bentuk sambungan.
c. Jenis arus kimpalan.
d. Jenis kekutuban.
e. Kedudukan sambungan.
f. Ketebalan logam asas.
g. Kekuatan kimpalan.
h. Keperluan kerja.

Fungsi Elektrod

· agen bahan lakur dan agen pengokside

· membekalkan gas pelindung

· pembentukan terak (slag)

· penstabilan arka (arc stabilizer)

· membantu memulakan arka

· mengurangkan/mengawal kandungan hidrogen

· menambah unsur pancalogam(alloying element)

· mendapatkan batas kimpal yang baik


Pengkelasan Elektrod

Sifat Khas
Pengelasan AWS Jenis Salutan Jenis Arus Kemasan Kumai
(penembusan)
E 6010 Selulosa ATKB Dalam Riak kumai kasar
Riak kumai licin
E6013 Rutil AU/ATKB Cetek
dan halus
E7016 Kalium feldspar AU/ATKB Sederhana Riak kumai licin
Kalium feldspar Riak kumai licin
E7018 AU/ATKB Cetek
Serbuk besi dan halus.

Kod Piawaian BS/AWS

Kod ini adalah selaras bagi semua pengeluar yang terlibat dalam pengeluaran elektrod. Hal
ini bertujuan untuk menetapkan spesifikasi yang dikeluarkan oleh pengeluar mempunyai mutu dan
kualiti yang sama walaupun berbeza jenama.

Kod Warna

Kod warna ini telah diperkenalkan oleh National Electrical Manufacturing Association (NEMA). Kod
ini diletakkan dihujung dawai teras..

Pengkelasan AWS Warna Kumpulan Warna Hujung Warna Titik


E6010 Tiada Tiada Tiada
E6011 Tiada Tiada Biru
E6012 Tiada Tiada Putih
E6013 Tiada Tiada Coklat
E6027 Tiada Tiada Perak
E7016 Tiada Hitam Jingga
E7018 Hijau Hitam Kuning
warna hujung warna titik warna kumpulan

Gambarajah : kedudukan warna elektrod berdasarkan kod warna

Terbahagi Kepada 3 Kumpulan Utama

· Low Hydrogen / Basic

· Rutile

· Cellulosic

Low Hydrogen / Basic

i. Contoh E 7016, E7016

ii. Terutama untuk kerja-kerja bertekanan tinggi dan kekuatan bahan yang tinggi (boiler,pipe gas
etc)

iii. Menghasilkan kimpalan yang lebih bermutu (rendah kandungan hidrogen)

iv. Perlu dipanaskan (baked) – rujuk pada pengeluar

v. Kandungan salutan (flux)

· Limestone(kalsium karbonat) – membantuk gas

· Flourspar – membentuk terak (slag)

· Sodium silicate/potassium silicate - ionizers

Kelebihan

 Mempunyai kekuatan sifat mekanikal yang tinggi (toughness and strength)

 Kandungan hidrogen rendah

 Kurang kecenderungan untuk berlaku keretakan


Kekurangan

 Mahal

 Memerlukan kemahiran yang tinggi

 Rupa kimpal cembung

 Menghasilan banyak asap (fume)

RUTILE

i. contoh 6013 , E6012

ii. Biasanya digunakan untuk kerja-kerja umum

iii. Mengimpal paip bertekanan rendah , bracket sokongan

iv. Kandungan flux

· Titanium dioksid – pembentukan terak(slag)

· Clay

· Sodium silicate - ionizer

Kelebihan

 Mudah digunakan

 Mudah membuang slag

 Mudah untuk mengawal arka

 Murah

 Profile kimpal yang baik

Kekurangan

· Kandungan hidrogen yang tinggi

· Kecenderungan untuk berlaku keretakkan tinggi

· Kekuatan sifat mekanikal yang rendah


Cellulosic

i. Contoh E 6010

ii. Biasanya digunakan untuk kerja-kerja “Pipeline”

iii. Sesuai untuk mengimpal terutamanya “vertical down”-stovepipe

iv. Menghasilkan penembusan yang dalam

v. Kandungan salutan

· Cellulose,Bahan-bahan organik

· Titanium oksida –pembentukan terak

· Sodium silicate/potassium silicate - ionizer

Kelebihan

· Penembusan dalam

· Menghasilkan gas pelindung yang banyak

· Pengawalan rendah

· Kelajuan mengimpal tinggi

· Mudah digunakan dalam semua kedudukan

Kekurangan

· Kandungan hidrogen tinggi

· Kecenderungan untuk berlaku keretakkan tinggi

· Permukaan kimpal kasar

· Banyak ‘spatter’

Sifat - Sifat Elektrod

A. E 6010

1. Sesuai pada semua kedudukan mengimpal

2. Arus terus kekutuban berbalik (ATKB)

3. Penusukan dalam

4. salutan amat sesuai untuk kedudukan rata dan tegak


B. E 6013

1. Sesuai pada semua kedudukan mengimpal

2. Sesuai pada arus terus (DC) dan Arus Ulangalik (AC)

3. Percikan arka sedikit

4. Sesuai mengimpal logam nipis

5. Salutan sederhana

C. E 7016

1. Dikenali sebagai elektrod Low Hidrogen

2. Arus terus kekutuban berbalik (ATKB) dan AC

3. Semua kedudukan

4. Sangga yang dihasilkan nipis

5. Penusukan dalam

D. E 7018

1. Sesuai pada semua kedudukan mengimpal

2. Arus terus kekutuban berbalik (ATKB) dan Arus Terus (AC)

3. Percikan arka sedikit

4. Semua kedudukan

5. Penusukan sedikit

Saiz dan Arus Kimpalan

Pelbagai saiz dan panjang elektrod kimpalan arka ditunjukkan dalam jadual dibawah.

Arus Dicadangkan
Diameter Tolok AWS Panjang (mm)
(Amp)
1.6 #16 200 , 250 20 - 40
2.0 #14 200 , 250 , 300 , 350 40 - 60
2.5 #12 250 , 300, 350 60 - 90
3.25 #10 350, 450 90 - 130
350, 450, 500, 600,
4.0 #8 130 - 180
700,900
Jenis Salutan

Terdapat tiga cara elektrod disalut :

a. Celup
Dawai teras elektrod dicelup beberapa kali kedalam bekas yang mengandungi campuran pekat
bahan salutan sehingga mencapai ketebalan yang dikehendaki.

b. Salut
Dawai teras elektrod dilalukan dalam campuran bahan salutan pekat. Bahan salutan melekat
pada dawai teras sebagaimana bahan itu menyalut kabel elektrik.

c. Lilit
Benang asbestos biru dililit pada dawai elektrod .Benang ini merupakan bahan lakur yang
baik untuk elektrod bermutu

Bahan Fungsi
Rutil Mengawal dan menstabilkan arka
Silica Agen pengikat dan juga menghasilkan sanga
Selulosa Gas pelindung
Feromangan Menghalang pengoksidaan
Serbuk besi Logam pengisi tambahan
Kalium Menstabilkan arka

Cara Penjagaan Elektrod Smaw

1. Pastikan elektrod guna habis tidak terdedah pada keadaan yang lembab dan basah

2. Pastikan elektrod diletakkan dalam keadaan yang baik supaya tidak terjatuh atau rosak

3. Setelah elektrod dibuka dari pembungkus, pastikan elektrod dimasukkan kedalam oven

4. Suhu untuk penjagaan elektrod yang digunakan :

 REBAKING 350°C- 2JAM

 HOLDING 150°C- 24JAM

 QUIVER 80°C - 8JAM


RAJAH : menunjukkan oven penyimpanan elektrod

You might also like