Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

STANDARD KOMPETENSI IDENTIFY AND SELECT WELDING CONSUMABLE

3.1 Identify and choose electrode required


KOMPETENSI 3.2 Check for welding electrode specification

TAJUK : ELEKTROD.

TUJUAN :
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai elektrod yang digunakan dalam
kerja-kerja kimpalan.

PENERANGAN :

Teras dawai

Logam kimpal Salutan


Percikkan arka

Sangga Gas pelindung

Logam asas

Kolam kecairan

Gambarajah 1. Proses Kimpalan Arka

Elektrod kimpalan arka ialah suatu dawai teras atau batang rod yang digunakan sebagi terminal. Arus
mengalir antara terminal. Ketika proses mengimpal dilakukan electrode akan lebur dan membentuk batas
kimpal.
Muka : 2 drpd : 8

Jenis-jenis elektrod.

Terdapat berbagai jenis tetapi boleh dibahagi kepada dua kumpulan besar iaitu:

1.Elektrod guna habis.


Ialah elektrod yang boleh cair semasa kewujudan arka. Ia juga terdapat dalam dua jenis
iaitu elektrod batang bagi kimpalan arka elektrik manual dan elektrod jenis gelung dawai
bagi kimpalan arka elektrik automatik dan separa automatik.

Elektrod batang terdiri daripada satu dawai teras atau yang bersalut dengan lapisan
bahan lakur kecuali bahagian 15-40mm daripada pangkal

pangkal

15mm - 40mm dawai teras salutan

Elektrod guna habis seperti


a. Keluli lembut.
b. Besi tuangan.
c. Bukan feros atau tak berbesi.
d. Mengeras permukaan (Hardsurfacing)
e. Keluli tak berkarat.

2. Elektrod tidak guna habis.


Ialah elektrod yang digunakan untuk mengalirkan arus bagi mendapatkan arka untuk meleburkan
logam. Contohnya ialah:

i. Tungsten ( Kimpalan GMAW )


ii. Tembaga ( Spot welding )
iii. Karbon

Pelarasan arus dan saiz elektrod.

Elektrod dibekalkan dalam berbagai-bagai saiz dengan kadar arus yang berlainan.
Pemilihan arus mestilah bersesuaian dengan saiz elektrod yang akan digunakan. Saiz elektrod diukur dari
garis pusat teras elektrod. Kebiasaan penentuan arus telah ditentukan didalam spesifikasi pengeluar serta
pengalaman pengimpal juga boleh menentukan kadar arus yang akan digunakan bagi sesuatu saiz elektrod.
Data di bawah sebagai contoh panduan untuk elektrod keluli lembut.
Muka : 3 drpd : 8

Piawaian British Dalam 16 14 12 10 8 6 4


SWG
mm 1.5 2.0 2.6 3.2 4 4.8 5.8

Inci 1/16 5/64 3.32 1/8 5/32 3.16 1/4

20 25 30 80 120 140 225


Arus Min.
(Ampere) Mak.
40 50 80 120 190 240 300

200 200 250 350 350 350 350


Panjang Min.
(mm) Mak.
250 350 350 350 450 450 450

Dawai elektrod merupakan punca utama bagi menghasilkan tenaga haba dan logam tambahan, tetapi amat
sukar untuk mengimpal kerana menghasilkan arka yang meliar, kurang sebatian serta banyak terujud liang-
liang rongga udara

Bagi memperbaiki keadaan ini, satu lapisan atau menyalut disekeliling teras dawai tersebut. Salutan ini
mendatangkan banyak kebaikkan dan membantu dalam proses mengimpal. Ia juga menjadi penentu dan
pengkelasan bagi sesuatu elektrod.

Dawai letrod disalut secara dicelup ke dalam cecair pekat salutan ( proses dipping ) dan dibiarkan kering,
sesuai bagi letrod salutan nipis. Bagi jenis alutan tebal pula, letrod dipadatkan ke dalam acuan khas yang
mengandungi campuran kental salutan dan dipadatkan pada tekanan yang tinggi.

Salutan yang tebal memerlukan jumlah haba yang tinggi untuk mencairkannya tetapi dapat menghasilkan
gas pelindung yang banyak menutupi ruang disekeliling arka. Ia juga dapat megujudkan selaput terak yang
tebal menyelimuti permukaan batas dengan lebih lebar lagi. Letrod bersalutan tebal amat baik untuk
mengimpal sambungan yang berlurah dalam ( Groove weld ) pada kedudukkan rata. Ini adalah kerana dapat
menggunakan arus yang tinggi dengan pembakaran yang kuat dan penambahan logam yang cepat.

Letrod bersalutan nipis pula adalah sesuai bagi sambungan pada kedudukkan yang mengalami daya graviti
dimana salutan jenis ini membantu logam kimpal supaya cepat memebeku.

Salutan letrod juga dicampurkan dengan bahan pewarna bagi memudahkan ia dibezakan. Bahan-bahan
atau ramuan yang dicampur ke dalam salutan adalah mempunyai beberapa fungsi tertentu seperti berikut:-

a)Agen bahan lakur ( fluxes ) : Bertindak sebagai bahan lakur yang mana memelihara, melarut dan
membersih segala kekotoran bagi memudahkan pensebatian antara dua logam cair.
b)Agen Pengoksaid ( Deoxidiser ): Bertindak-balas dengan sebarang oksid seperti karat atau kulit
permukaan logam dan menimbulkan ke atas permukaan sebagai bahan silicate bersama terak. Ia juga
membantu menanggalkan oksigen dari cairan logam.
Muka : 4 drpd : 8

Agen ini juga dapat menghasilkan gas pelindung seperti seperti gas karban monoksaid
atau hidrogen untuk melindungi kolam cairan.

Iron Oksaid + Silicon Dioxide = Iron Silicate.

c). Ramuan Pembentukkan terak (slagging ingredients):


Ini merupakan agen pengujudan terak dengan sifat-sifat tertentu seperti:-

I. Menghasilkan sifat-sifat berpadu dengan ikatan yang baik semasa cair bagi menyelimuti permukaan
logam dalam keadaan melekat bagi melindungi dari udara luar.

II. Mengawal kepekatan terak. Terak yang terlalu cair akan mengurangkan daya pegangan atau ikatan
dimana mudah jatuh terutama pada kedudukkan susah. Terak yang terlalu pekat pula akan akan
melambatkan sifat pengaliran dan keupayaan untuk timbul dengan pantas di atas permukaan.

Terak dengan kepekatan yang baik akan dapat melindungi titik kecil semburan semasa pemindahan
logam melalui celahan arka.

III. Menjadikan terak bersifat mudah cair, mudah mengalir, ringan dan terapung dengan pantas.
Kelemahan pada sifat ini boleh menyebabkan berlaku keselitan terak didalam logam kimpal.

IV. Mengujudkan terak berkeadaan berliangan ( porrous ). Ini adalah memudahkan ia tertanggal
dengan sendiri ketika sejuk. Ia juga dapat mengawal sisik dan permukaan logam berkeadaan licin
dan cantik.

V. Terak bersifat sebagai penebat haba dimana logam dapat disejuk secara perlahan-lahan dan
mengekalkan sifat keliatan dan kemuluran logam.

Penstabilan Arka ( Arc Stabilizer )

Ini juga salah satu faktor penting dimana salutan dapat mengawal pembentukkan serta semburan arka
dengan baik. Pemeliharaan arka ini adalah merangkumi seperti:

I. Mudah mendapat dan memulakan arka.

II. Mendapatkan pembakaran salutan yang sekata dan kecairan yang seimbang bersama logam
pengisi di mana arka dapat dikawal dan ditumpukan pada satu tempat bersama haba yang
terkumpul dan tinggi.

III. Membentuk dan mempertingkatkan lagi sifat semburan arka samada sederhana atau bagi
menentukan keadaan penembusan.

IV. Mempelbagaikan kepada pemilihan arus dan kekutupan dengan bentuk arka yang tersendiri.

V. Menghasilkan gas-gas pengionan yang menambah kadar pengaliran arus elektrik untuk tujuan
mendapatkan arka.

VI. Mempertingkatkan lagi beberapa daya pemisah bagi mempercepatkan lagi pemindahan logam
tambahan melalui celahan arka ke kolam kecairan.
Muka : 5 drpd : 8

e. Ramuan unsur pancalogam ( Alloying ingredients )

Salutan juga merupakan pembekal unsur-unsur pancalogam dalam bentuk garam-garam metalik. Ini
adalah bertujuan bagi mengimbangi dengan unsur-unsur yang terdapat di dalam logam yang telah
dikimpal.

Pancalogam ini juga dapat mengawal kandungan karban dan silikan di dalam logam. Antara unsur
pancalogam ini ialah molybednum, tungsten, mangganam, vanadium, nickel dan aluminium.

Tambahan pancalogam ini akan mengekalkan sifat-sifat asas sambungan iaitu fizikal dan mekanikal
seperti kekuatan regangan, kemuluran, keliatan, keanjalan, kekerasan, keplastikan, tahan karat dan
tahan haba. Bagi serbuk besi pula adalah untuk menambah kepanasan dan mempercepatkan kadar

pengisian serta kelajuan mengimpal.

f. Bahan-bahan Organik ( Organic Metarial )

Merupakan unsur campuran bahan-bahan kimia dan tisu-tisu pada kulit tumbuhan. Pembakarannya
akan menghasilkan gas-gas pelindung dalam bentuk kabus yang padat dan kedap menyelimuti arka dan
kolam cairan.

Kabus ini mengandungi samada hidrogen, karbon hydrates atau karbon dioksaid. Ini adalah bagi
melindungi persekitaran arka dan kolam cairan dari kemasukkan gas-gas seperti oksigen dan nitrogen.

Gas Nitrogen atau oksigen pada atmosfera akan mudah bertindakbalas dengan cairan logam semasa
panas lalu mengujudkan bahan oksaid atau nitrid iaitu akan menyebabkan rongga-ronga udara dalam
sambungan.

g. Pengikat ( binder )

Unsur-unsur ini bertujuan sebagai gam atau pengikat salutan pada teras dawai dalam keadaan padat dan
kuat pada jangka masa yang lama. Ia juga memelihara teras tersebut dari berkarat dan menentang
kelembapan.
Muka : 6 drpd : 8

Sifat dan kegunaan


1. Rutile/titanium oxide a) Menambah ketebalan salutan
Merupakan sejenis galian bebentuk kristal b) Mengekal kualiti dan sifat mekanikal.
hasil sedutan dari bumi. Mempunyai c) Sesuai pada semua kedudukkan terutama
berbagai warna seperti kelabu hingga kedudukkan susah.
coklat. Ia merupakan kandungan asas d) Penembusan sederhana dan dalam.
salutan. e) Membatu logam cepat mengisi dan beku
f) Mengawal dan menstabilkan arka
Tujuannya ialah bagi mendapatkan g) Terak mudah tanggal
kestabilan arka dan pembentukkan terak. h) Semburan logam halus dan sederhana
i) Ketinggian penghasilan haba bergantung
kepada elarasan arus.

2. Calsium Basic dan Fluo Spar Sifat dan kegunaan


Merupakan batu kapur ia kalsium a) Menambah ketebalan salutan
karbonat dan kalsium flouride. Ia juga b) Mengawal kandungan hidrogen dalam letrod
merupakan kandungan asas letrod. dan logam sambungan
c) Mengekal sifat mekanikal logam.
Tujuannya sebagai bahan-bahan organik, d) Sesuai pada pelbagai kedudukan.
pembentukkan terak dan penstabilan e) Penembusan dalam dan sederhana.
arka.. f) Mengawal dan menstabilkan arka
g) Mengawal kecairan terak.
h) Terak mudah tanggal.

3. Oxideic type dan acid ore Sifat dan kegunaan


termasuk kumpulan ferro-manganese, a) Salutan berkeadaan biasa atau tebal.
ferrosilicon dan ferroaluminium. b) Mengeluarkan mana-mana oksaid yang
terbentukdalam kolam cairan.
Tujuannya sebagai agen pengoksid, c) Tidak sesuai pada kedudukkan susah.
unsur pancalogam , pembentukkan d) Penembusan dalam.
terak, bahan organik, penstabilan arka e) Membantuletrod supaya cepat mengisi.
dan pengikat. f) Semburan arkanya halus.
g) Menghasilkan haba yang tinggi.
h) Memnghasilkan permukaan batas cantik dan
sisik yang halus.

4. Selulos (cellulose) Sifat dan kegunaan


Ia adalah campuran bahan-bahan a) Salutan berkeadaan sederhana dan tebal.
organik denga tisu-tisu atau sabut b) Mengeluarkan asp yang tebal.
tumbuhan seperti tepung kayu, kertas c) Menghasilkan gas-gas pelindung arka.
dan kain. d) Mendapat kawalan arka yang baik.
e) Penembusan dalam.
Tujuannya sebagai pengikat, bahan f) Terak mudah tanggal.
organik, penstabilan arka dan g) Berkemungkinan hidrogen terserap ke dalam
pembentukan terak. logam kimpal.
Muka : 7 drpd : 8

Sifat dan kegunaan


5. Felspar:
a) Pengikat / gam bagi salutan.
Galian yang berwarna kundang atau
b) Sebagai bahan lakur.
putih. Ia diprolehi dari pemecahan batu
c) Mengawal kecairan terak.
granit. unsur ini iallah aluminium, sodium
d) Mengeluar gas pelindung arka.
silicate, potassium silicate dan calsium
e) Menjadikan terak berongga dan senag tanggal
silicate.
semasa sejuk.
Tujuannya sebagai agen pengoksaid
pengikat, bahan lakur, pembentukkan
terak.

6. Ball clay dan Asbestos powder: Sifat dan kegunaan


Terhasil dari proses perlombongan. a) Pengikat salutan letrod.
Tujuannya ialah sebagai pengikat dan b) Menentang kelembapan.
pembentukkan terak. c) Memudahkan kecairan salutan.

7. Serbuk Besi (Iron Powder): Sifat dan kegunaan


Tujuannya adalah sebagai a) Menambah kadar pengisian sehingga 50%.
menstabilkan arka dan unsur b) Menambah ketebalan salutan.
pancalogam. c) Menambah dan meningkatkanhaba.
d) Mempercepatkan proses kimpalan

TUGAS-TUGAS UMUM SALUTAN:

1.Bertindak sebagai bahan lakur dan agen pegoksaid bagi tujuan membersih kekotoran dan bertindakbalas
dengan sebarang oksaid atau nitrid lalu mengeluarkan dari kolam cairan.

2.Membekalkan gas pelindung di sekeliling arka bagi melindungi leburan logam dari tindak balas oksigen
dan nitrogen pada atmosfera. Gas-gas luar ini akan menyebabkan sambungan menjadi lemah dan
berongga.

3.Membina terak yang baik supaya dapat melindungi batas kimpal yang masih panas dari atmosfera. Ia juga
mengawal penyejukkan logam perlahan-lahan bagi mengekal sifat-sifat fizikal dan mekanikal logam.

4.Memudahkan kerja mula dan mengawal arka, mengurangkan percikkan serta kemantapan dan kestabilan
arka.

5.Mendapatkan penembusan dengan mutu pemeriksaan sinar-X yang baik kepada sambungan kimpal.
6.Mempercepatkan kadar penambahan atau pengisian logam ke dalam lekuk arka serta mempercepatkan
proses mengimpal. Ini terdapat pada salutan yang mengandungi serbuk besi.

Muka : 8 drpd : 8

7.Mengurangkan kandungan hydrogen di dalam sambungan kimpal kerana salutan mengandungi banyak
bahan karbonat di mana kurang kandungan hidrogen.

8.Melindungi butirannsemburan logam semasa pemindahan logam melalui celahan arka kedalam kolam
cairan.

9.Mendapatkan sifat-sifat batas kimpal yang baik, permukaan logam yang bersih, rata dan sisik halus.

10. Menghasilkanngas-gas pengionan yang boleh di pertingkatkan lagi keupayaan pengaliran arus melalui
arka serta melindungi arka yang terpadam semasa putaran berbalik bagi arus ulang alik.

11. Mencampurkan unsur-unsur pancalogam ke dalam cairan logam bagi mendapat sifat dan mutu
sambungan yang seimbang dengan logam asas. Ia juga bagi mendapat sifat tertentu seperti karat,
penentang haba dan penentang sifat-sifat kelesuan logam.

SOALAN.

1.Nyatakan kesan yang terjadi jika mengimpal menggunakan letrod tanpa salutan (bare elektrod).

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

2.Letrod bersalutan tebal amat baik untuk mengimpal lurah yang dalam kerana.

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

3.Terangkan dengan ringkas fungsi agen pembentukkan terak pada salutan.

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................

4.Berikan sifat yang terjadi jika bahan Titanium Oxide dicampurkan ke dalam salutan.

RUJUKKAN :

Arc Welding Theory And Practice – Sack


Welding Principles and Application, fourth Edition, Larry Jeffus, Delmar ( penerbit ) ,1997.m/s 74

KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN


70400 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN

KERTAS PENERANGAN
PROGRAMME TEKNOLOGI KIMPALAN

MODUL CODE MTK 1023

MODULE TITLE MATERIALS AND CONSUMABLE

LEVEL 1 SEMESTER 1

CREDIT UNIT 4.0

CONTACT HOUR 5.0 JAM / MINGGU

COMPETENCY 3.0 IDENTIFY AND SELECT WELDING CONSUMABLE


3.1 Identify and choose electrode required
LEARNING STANDARD
3.2 Check for welding electrode specification
NO KOD MTK 1023/K3 Muka :

NAMA PELATIH : TARIKH:

TAJUK/: BASIC OF WELDING TECHNOLOGY


TOPIC

TUJUAN/ :
Menrangkan jenis-jenis elektrode dan sifat-sifatnya mengikut kepenggunaannya dalam kerja
mengimpal.

You might also like