Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PENYAKIT BERJANGKIT DAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

1.0 Jenis-Jenis Penyakit Berjangkit

Penyakit berjangkit boleh diklasifikasikan mengikut cara penyakit itu dibawa

seperti penyakit bawaan makanan dan air, infeksi titisan, penyakit bawaan vektor dan

penyakit melalui sentuhan.

a) Penyakit Bawaan Makanan dan Air

Penyakit bawaan air dan makanan ialah tifoid, kolera dan keracunan

makanan. Kesemua penyakit ini disebabkan oleh kuman penyebab yang

terdapat dalam makanan dan air yang tercemar.

Tifoid disebabkan oleh bakteria. Simptom penyakit tifoid ialah keletihan,

kurang selera makan, sakit abdomen dan cirit-birit. Tanda penyakit ini ialah

demam yang berpanjangan, tompok merah atau bintik ros pada bahagian badan,

pembesaran hati dan limpa serta kadar nadi yang perlahan.

Kolera juga disebabkan oleh bakteria. Simptom penyakit kolera ialah

dehidrasi, cirit-birit dan keletihan. Tanda penyakit ini ialah muntah-muntah dan

najis yang cair. Pesakit kolera tidak mengalami demam kerana kuman kolera

tidak masuk ke dalam darah.

Keracunan makanan boleh disebabkan oleh virus alau bakteria. Simptom

penyakit ini ialah sakit abdomen, loya, dehidrasi. Manakala tandanya pula ialah

muntah dan cirit-birit.


b) Infeksi Titisan

Infeksi titisan ialah penyakit yang menular melalui udara. Infeksi ini disebabkan

oleh kuman yang dikeIuarkan melalui rembesan saluran pernafasan seperti air

liur, kahak atau lelehan hidung daripada pesakit. Antara penyakit yang menular

dengan cara ini ialah seperti selesema, campak dan tibi.

Selesema disebabkan oIeh peIbagai jenis virus. Simptom penyakit ini iaIah

pening kepaIa dan sakit otot. Tanda penyakit seIesema iaIah demam, mata

dan hidung berair.

Campak juga disebabkan oIeh virus. Simptom penyakit ini termasuk pening

kepaIa dan sakit otot. Tanda penyakit ini iaIah seperti demam yang tinggi, batuk,

mata merah, ruam dan pembesaran kelenjar. Ruam campak biasanya timbul pada

hari ketiga demam. Ruam ini bermula pada bahagian muka dan akan merebak ke

seluruh bahagian badan dalam masa 24 hingga 48 jam.

Penyakit tibi pula disebabkan oleh bakteria. Simptom penyakit tibi iaIah

seperti kurang seIera makan dan keletihan. Tanda penyakit ini ialah demam,

batuk berdarah dan pengurangan berat badan.

c) Penyakit Bawaan Vektor

Vektor adaIah pembawa kuman penyakit dan kemudian menyebarkannya

melalui beberapa cara. Vektor boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu vektor

fizikaI dan vektor bioIogi. Vektor fizikaI seperti lalat membawa kuman penyakit

dan menyebarkannya secara tidak langsung. Contoh kuman penyakit yang dibawa

oleh lalat iaIah tifoid. Kuman tifoid yang terdapat pada najis pesakit tifoid akan

dibawa oleh lalat yang telah hinggap pada najis tersebut. Lalat yang sama

kemudiannya apabila menghinggap makanan atau minuman akan mencemarkan


makanan atau minuman tersebut dengan kuman tifoid. Sesiapa yang mengambil

makanan atau minuman tersebut boleh dijangkiti tifoid.

Vektor biologi pula adalah seperti nyamuk yang membawa kuman penyakit

daripada seorang ke seorang yang lain. Pesakit pula dijangkiti melalui gigitan

nyamuk tersebut. Agen penyebab pula akan menghabiskan separuh daripada

putaran hidupnya di dalam vektor ini.

Denggi disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk aedes. Simptom

demam denggi berdarah ialah sakit kepala, sakit pinggang dan sakit sendi.

Tanda penyakit ini ialah suhu yang tinggi, bintik-bintik merah dan lebam-lebam

pada bahagian kulit. Perdarahan yang lebih serius juga boIeh berlaku pada

bahagian hidung, mulut, perut dan otak.

Malaria disebabkan oleh sejenis parasit dikenali sebagai plasmodium yang

dibawa oleh nyamuk anopheles. Simptom penyakit malaria ialah kesejukan dan

menggigil. Tanda penyakit ini ialah demam, berpeluh dan pembesaran limpa.

Demam malaria selalunya berlaku setiap 36 jam, 48 jam alau 72 jam bergantung

kepada spesis plasmodium.

d) Penyakit Melalui Sentuhan

Rubela disebabkan oIeh sejenis virus yang menular melalui sentuhan terus

atau titisan. Simptom rubela ialah seperti letih dan rasa kurang sihat. Tanda penyakit

ini ialah seperti demam, ruam dan pembesaran kelenjar pada bahagian leher.

Terdapat juga rubela yang berupa subklinikal dan pesakit tidak merasa

diserang oleh kuman rubela. Subklinikal ialah keadaan pesakit yang tidak

mempunyai simptom atau tanda penyakit, tetapi pesakit sebenarnya telah dijangkiti

penyakit tersebut. Ibu mengandung yang terkena penyakit rubela


berkemungkinan melahirkan bayi cacat yang mempunyai ciri sindrom rubela

seperti katarak, terencat akal dan jantung berlubang.

2.0 Langkah Pencegahan Dan Kawalan

a) Pendidikan Kesihatan

Kesihatan merupakan asas kepada pencegahan dan kawalan penyakit.

Melalui pendidikan kesihatan banyak penyakit dapat dicegah atau dikawal pada

peringkat awal. Pendidikan kesihatan boleh dilakukan dengan memberi

penerangan tentang bahaya penyakit serta cara mencegahnya. Kita tentu telah

menonton televisyen tentang cara mencegah penyakit denggi, AIDS dan

sebagainya. Cara ini adalah antara yang berkesan untuk memberi pendidikan

kesihatan kepada umum. Begitu juga dengan kempen susu ibu, imunisasi dan

bahaya penyakit kardiovaskular. Pendidikan kesihatan biasanya dilakukan di

sekolah, di klinik desa, melalui akhbar, televisyen dan risalah.

b) Kebersihan Diri, Alam Sekitar, Air dan Makanan

Kebersihan diri perlu diawasi seperti sekurang-kurangnya mandi dua kali

sehari, syampu rambut dua kali seminggu dan membasuh tangan sebelum

makan. Selain itu, kita juga perlu memakai pakaian dan kasut yang bersih

dan kemas. Apabila kebersihan diri dapat dijaga, kita tidak mudah dijangkiti

penyakit seperti keracunan makanan, kolera, tifoid, kutu, bisul, kurap dan

kudis. Penjagaan alam sekitar juga merupakan faktor yang penting sebagai

langkah pencegahan dan kawalan penyakit. Pastikan longkang di sekeliling

rumah tidak tersekat, kerana takungan air akan memudahkan pembiakan

nyamuk aedes, pembawa kuman virus denggi. Begitu juga tin kosong, layar
buruk dan sampah sarap perlu ditanam bagi mencegah pembiakan nyamuk,

lalat dan tikus.

Penjagaan alam sekitar juga meliputi pengawalan pencemaran udara yang

boleh mengakibatkan penyakit paru-paru dan kulit. Oleh itu, sekiranya kita

mendapati pencemaran alam berlaku seperti pembuangan sisa-sisa toksik,

penebangan pokok secara berleluasa, pengeluaran asap yang berlebihan

daripada kenderaan atau kilang, kita perlu melaporkannya kepada pihak

berkuasa.

Air dan makanan adalah keperluan asas, tetapi air dan makanan juga

merupakan pembawa kepada peIbagai jenis penyakit berjangkit seperti tifoid,

kolera dan keracunan makanan. OIeh itu, kila perlu memastikan air dan

makanan tidak tercemar dengan memasak air sebelum diminum untuk

membunuh kuman. Makanan pula perlulah segar dan tidak terbiar atau

terdedah.

c) Kuarantin

Kuarantin dilakukan ke atas orang yang sihat yang disyaki terdedah pada

risiko menghidapi penyakit berjangkit atau terdedah pada atam sekitar yang

tercemar. Kuarantin orang yang terdedah ini terhad pada tempoh inkubasi

penyakit tersebut.

Sebagai contoh, seseorang yang baru balik daripada melawat negara yang

sedang dilanda wabak penyakit berjangkit seperti demam kuning perlu

dikuarantin apabila mereka pulang ke negara masing-masing. Semasa

kuarantina pemeriksaan lengkap akan dilakukan bagi memastikan mereka bebas

daripada penyakit tersebut.


d) Kawalan Vektor

Oleh kerana terdapat banyak penyakit berjangkit yang dibawa oleh vektor

seperti nyamuk, tikus, lalat dan sebagainya maka adalah lebih mudah bagi

kita mengawal penyakit tersebut melalui kawalan vektor.

Contohnya pembiakan nyamuk aedes boleh dikawal dengan membersihkan

kawasan air bertakung, menyemburkan racun serangga dan menggunakan ubat

jentik-jentik. Pembiakan tikus pula boleh disekat dengan menjaga kebersihan

alam sekitar. Tikus mudah membiak di tempat yang tersorok dan kotor. Pembiakan

lalat boleh dikawal dengan menanam sampah dan membuang najis ke tempat

yang disediakan seperti tandas dan sebagainya.

3.0 Ramalan Perkembangan Penyakit Berdasarkan Graf Statistik Kementerian

Kesihatan

Graf Statistik Kementerian Kesihatan 2015

Berdasarkan statistik di atas menunjukkan bahawa demam denggi mencatatkan

bacaan paling tinggi di setiap negeri di Malaysia. Bacaan paling tinggi adalah di negeri

Selangor yang mana demam denggi berada pada tahap yang sangat membimbangkan.
Daripada analisa KKM, antara faktor penyumbang peningkatan kes demam denggi

yang berterusan adalah faktor persekitaran yang tidak bersih, tabiat masyarakat

membuang sampah merata-rata dan ketidakcekapan pengurusan sampah. Di samping

itu, faktor pergerakan manusia yang lebih meluas, kepadatan penduduk yang tinggi dan

proses urbanisasi yang pesat membangun turut menyumbang kepada peningkatan kes

denggi ini. Berdasarkan pengaruh faktor-faktor ini maka pencegahan denggi

memerlukan penglibatan masyarakat, agensi-agensi lain dan semua pihak.

Di samping itu, menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri

Sains, Teknologi dan Inovasi pada 8 Januari 2016, adalah dijangkakan fenomena El

Nino dengan cuaca panas dan kering dijangka akan berlaku di seluruh negara pada

penghujung Januari hingga Mac 2016. Dalam keadaan cuaca kering dan suhu tinggi,

kitaran hidup nyamuk Aedes daripada telur ke peringkat nyamuk dewasa adalah

semakin singkat iaitu kurang dari tujuh hari dan ini menyebabkan populasi nyamuk

akan meningkat dalam tempoh tersebut. Selain itu, suhu panas akan menyebabkan

nyamuk lebih aktif dan frekuensi menggigit mangsa adalah tinggi serta penyebaran

virus denggi akan lebih meluas. Fenomena ini juga menyebabkan hujan berkurangan

dan isu bekalan air akan berlaku. Masyarakat akan menakung air bagi menampung

bekalan air harian, oleh itu adalah penting memastikan ianya tiada pembiakan Aedes.

Situasi akibat fenomena El Nino memberi kesan kepada tabiat vektor dan masyarakat

dan pada tahun ini, dijangka fenomena ini berupaya menyebabkan peningkat kes denggi

sehingga 50%.
4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk

memastikan penyakit berjangkit dalam dibendung penularannya. Pepatah Melayu

mengatakan, mencegah lebih baik dari mengubati. Dalam hal ini, semua anggota

masyarakat perlulah bekerjasama ibarat aur dengan tebing agar penyakit berjangkit

dapat ditangani dengan berkesan. Kerjasama semua pihak sudah pasti akan melahirkan

masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang

berbahaya.

You might also like