KK BM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

TAJUK KAJIAN:

Frasa Nama Dalam Majalah Kei Kompak Bulan Mei 2014.


SENARAI KANDUNGAN
Halaman
Penghargaan ii
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang
1.2 Definisi Konsep
2.0 Objektif Kajian
3.0 Kepentingan Kajian
4.0 Skop Kajian
5.0 Batasan Kajian
6.0 Kaedah Kajian
6.1 Pemerolehan Data
6.2 Penganalisisan Data
7.0 Dapatan Kajian
7.1 Dapatan objektif 1
7.2 Dapatan objektif 2
7.3 Dapatan objektif 3
8.0 Rumusan Kajian
9.0 Penutup
Bibliografi
Nota Akhir
Lampiran

1
PENGHARGAAN

Sebagai pendahuluan, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


khas kepada Cikgu Anna Suhana yang menjadi guru matapelajaran Bahasa Melayu. Berkat
tunjuk ajar beliau, dapatlah saya menjayakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan
penghargaan kepada pihak sekolah terutamanya Pengetua SMK Beluran, En. Nor Aslam Mano
Bin Abdullah dan En. Shahrin Gimba selaku Penolong Kanan Tingkatan 6 kerana mengizinkan
pelaksanaan kerja kursus Bahasa Melayu pada penggal 3 ini. Selain itu, penghargaan dan terima
kasih saya ucapkan kepada semua rakan-rakan iaitu pelajar Tingkatan 6 SMK Beluran kerana
memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan kerja kursus ini. Terima kasih juga
diucapkan kepada rakan-rakan yang telah sama-sama menggembleng tenaga yang secukupnya
untuk menyiapkan tugasan ini.

Mohd Hifadzli Bin Hussrin

Ainil Primus Sabanar

Arnold Arnandezz L Raynol

Julai 2018

2
1.0 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakang dan definisi konsep kajian ini.

1.1 Latar Belakang

Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan

beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai

subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak

membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.

Asmah Haji Omar (1986) menyatakan frasa adalah unit yang terletak di atas kata

dan di bawah klausa. Manakala Abdullah Hassan (1983) berpendapat frasa sebagai unit

yang wujud dalam sistem tatabahasa dan merupakan unit terkecil dalam sintaksis yang

terletak di bawah klausa. Kedua-dua definisi ini menjurus kepada satu maksud iaitu

tempat frasa ialah di antara klausa dan kata.

Secara keseluruhannya, frasa nama ialah panggilan yang digunakan untuk

manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak, baik dalam bilangan tunggal atau jamak,

jantan atau betina. Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et.al (2008) ialah konstituen

atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai

unsur intinya. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang

hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah frasa nama.

Frasa nama sering menjadi persoalan yang panjang kepada para pelajar kerana

sukar untuk mendalami cabang-cabang frasa nama yang banyak. Terdapat juga pelajar

yang sukar untuk membezakan kata nama dengan frasa nama. Hal ini menyebabkan

pelajar sukar untuk menulis ayat dengan betul walaupun sebenarnya frasa nama ini ialah

pengetahuan umum atau ilmu yang sering digunakan dalam perbualan harian.

3
Oleh itu, kajian frasa nama ini sangat penting untuk mendedahkan frasa nama

kepada pelajar agar mereka mahir menggunakan frasa nama dalam penulisan ketika

peperiksaan Bahasa Melayu. Selain itu, kajian tentang frasa nama ini juga penting untuk

dijadikan sebagai rujukan pelajar pada masa akan datang agar dapat memahami dan

mendalami maksud dan penggunaan frasa nama.

1.2 Definisi Konsep

Menurut Ahmad Khair Mohd Nor et.al frasa nama atau binaan frasa nama boleh terdiri

daripada satu perkataan sahaja, atau beberapa perkataan. Bagi frasa nama yang terdiri

daripada satu perkataan, intinya ialah perkataan itu sendiri. Menurutnya lagi, inti atau

ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan

sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Bagi

frasa nama yang terbentuk daripada beberapa perkataan, maka terdapat dua jenis

hubungan antara perkataan tersebut, iaitu inti + inti dan inti + penerang .

1.2.1 Inti + Inti

Binaan inti + inti terdiri daripada dua unsur inti di dalam frasa nama itu.

Dalam binaan ini, tidak ada perkataan yang menerangkan inti. Binaan inti

+ inti boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu inti + inti dengan

maksud yang sama dan inti + inti yang berlainan maksud.

1.2.2 Inti + Penerang

Binaan frasa nama yang terdiri daripada inti + penerang ialah binaan yang

terdiri daripada kata nama yang menjadi inti, manakala penerang berfungsi

4
untuk memberikan penerangan lanjut tentang inti frasa nama itu. Frasa

nama yang terbentuk daripada binaan inti + penerang boleh terdiri

daripada inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

(a) Mengenal pasti dan menyenaraikan frasa nama yang digunakan dalam majalah.

(b) Menjelaskan jenis frasa nama yang digunakan dalam majalah.

(c) Menganalisis fungsi frasa nama yang digunakan dalam majalah.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk:

(a) Sebagai sumber rujukan pelajar untuk masa akan datang.

(b) Sebagai sumber pembelajaran kepada pelajar bagi menambah ilmu pengetahuan

dalam Bahasa Melayu STPM.

4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini berfokuskan kepada binaan frasa nama. Selain itu, pengkaji juga mengkaji

tentang fungsi frasa dan mengelaskan jenis frasa nama yang terdapat dalam majalah

5
5.0 BATASAN KAJIAN

Had data yang ditetapakn ialah sebuah majalah yang bertajuk Kei Kompak keluaran

bulan Mei 2014. Bahan rujukan yang digunakan ialah dua buah buku rujukan, tiga laman

sesawang.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah analisis teks dan

kaedah kepustakaan. Pengkaji telah mencari bahan rujukan untuk mencapai objektif yang

berkaitan dengan tajuk dan objektif kajian. Bahan-bahan yang dipilih oleh pengkaji

adalah bahan rujuka yang dipercayai iaitu buku dan laman sesawang.

6.1 Pemerolehan Data

a) Kaedah Analisis Teks

Kaedah analisis teks ialah kaedah utama yang digunakan dalam melaksanakan

kajian. Pengkaji telah memilih majalah Kei Kompak keluaran Mei 2014 untuk

dijadikan sumber utama dalam melaksanakan kajian ini. Kaedah ini digunakan

untuk mengenal pasti dan menyenaraikan frasa nama dalam majalah Kei Kompak

keluaran Mei 2014 serta digunakan untuk menganalisis jenis binaan frasa nama

dalam majalah tersebut.

6
6.2 Penganalisisan Data

Semua maklumat yang dikumpul melalui kepada analisis teks dan kaedah

kepustakaan akan digunakan agar objektif kajian yang ditetapkan oleh pengkaji

tercapai, iaitu menyenaraikan frasa nama, mengelaskan frasa nama dan

menganalisis fungsi frasa nama.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan menghurai dapatan kajian tentang binaan frasa nama , iaitu inti +

penerang yang terdiri daripada binaan inti + penerang nama, dan inti + penerang bukan

nama dalam majalah Kei Kompak may 2014. Frasa nama ialah binaan yang boleh

mengandungi satu kata atau lebih , dan kata intinya ialah kata nama. Frasa nama

merupakan salah satu konsituen utama dalam binaan ayat. Frasa nama mengandungi kata

nama sebagai sebagai inti frasa. Inti frasa nama boleh terdiri daripada kata nama tunggal,

kata nama terbitan, atau kata ganti nama. Bagi frasa nama yang terdiri daripada satu

perkataan, intinya ialah perkataan itu sendiri. Bagi frasa nama yang terbentuk daripada

beberapa perkataan terdapat dua jenis hubungan antara perkataan iaitu, inti + penerang

dan inti + inti.

Penyelidik akan mengkaji binaan inti + penerang terdiri daripada satu perkataan yang

merupakan inti bagi seluruh frasa nama tersebut, manakala perkataan yang lain

merupakan penerang. Perkataan yang menjadi penerang tersebut boleh hadir selepas inti

atau sebelum inti. Binaan inti + inti terdiri daripada dua unsur inti di dalam frasa nama

7
itu. Dalam binaan ini, tidak ada perkataan yang menerangkan inti. Binaan frasa nama

yang terdiri daripada inti + penerang ialah binaan yang terdiri daripada kata nama yang

menjadi inti, manakala penerang berfungsi untuk memberikan penerangan lanjut tentang

inti frasa nama itu. Frasa nama yang terbentuk daripada binaan inti + penerang boleh

terdiri daripada inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama.

7.1 Penggunaan Frasa Nama

Pengkaji telah menganalisis majalah Kei Kompak dan menyenaraikan

frasa nama yang terkandung dalam majalah tersebut dalam bentuk jadual :-

Bil. Frasa Nama Muka surat

1. Tangki perengkap 13

2. Palam pencucuh

3. Minyak enjin

4. Bumbung kereta

5. Orang kampung 34

6. Pakir istana

7. Penukar rim 36

8. Penapis udara 24

9. Roda depan 10

10. Tayar belakang

11. Lampu belakang 8

12. Cermin sisi 25

13. Lautan hindi 36

8
14. Kereta kancil 34

15. Kerusi licca 10

16. Datuk Aminar Rashid Salleh 6

17. Tun Razak 64

18. Masa beredar 4

19. Saya bekerja 4

20. Tegak berdiri

21. Pengantin baru 24

22. Rakan baik

23. Lampu Panjang 29

24. Fabrik lembut 10

25. Sanak saudara 18

26. Tidak mahu 28

27. Depan belakang 34

28. Naik turun 42

29. Sapu tangan

30. Karpet kaki 17

Jadual 1: contoh penggunaan frasa nama

9
Berdasarkan jadual 1, pengkaji telah mengumpulkan sebanyak 30 contoh

frasa yang terdapat dalam majalah Kei Kompok. Contoh-contoh yang

disenaraikan merangkumi beberapa binaan frasa nama. Contohnya, “cermin sisi”,

“karpet kaki”, dan “fabrik lembut”.

7.2 Jenis Frasa Nama

Pengkaji mengelaskan frasa nama yang terdapat dalam majalah Kei Kompak

mengikut jenis dalam binaan inti + inti dan inti + penerang. Bagi inti + penerang

,ia terbahagi kepada dua jenis binaan iaitu inti + penerang nama dan inti +

penerang bukan nama.

7.2.1 Inti + inti

Bagi binaan frasa nama jenis ini, ia terdiri daripada dua unsur inti di dalam

frasa nama itu. Binaan inti + inti ini, tidak mempunyai perkataan yang

menerangkan inti.

1. Inti + inti sama maksud

Bil Frasa nama Muka surat

1. Sanak saudara 18

Jadual 2: contoh inti +inti sama maksud

Berdasarkan jadual 2, pengkaji mendapat satu frasa bagi jenis inti +

inti sama maksud iaitu “sanak saudara”.

10
2. Inti + inti berlainan maksud

Bil Frasa nama Muka surat

1. Tidak mahu

2. Depan belakang 34

3. Naik turun

Jadual 3: contoh inti + inti berlainan maksud

Berdasarkan jadual 3, bagi inti + inti berlainan maksud pula sebanyak

3 frasa yang ditemui oleh pengkaji dalam majalah iaitu “tidak mahu”,

“depan belakang” dan “naik turun”.

3. Inti + inti nama anggota badan

Bil Frasa nama Muka surat

1. Sapu tangan 25

2. Karpet kaki 17

Jadual 4: contoh inti + inti nama anggota badan

Besrdasarkan jadual 4, bagi inti + inti nama anggota badan pula

sebanyak 2 frasa yang ditemui oleh pengkaji dalam majalah iaitu

“saput tangan” dan “karpeet kaki”.

11
7.2.2 Inti + inti penerang nama

Bagi binaan frasa nama jenis ini, intinya adalah kata nama manakala

penerangnya juga merupakan kata nama. Penerang ini memberikan

penjelasan lanjut tentang inti. Dalam bahasa melayu, terdapat 14 jenis

penerang nama. Dalam majalah Kei Kompak yang dikaji, pengkaji

mendapatkan 9 jenis binaan inti + penerang nama.

1. Inti + inti penerang nama kegunaan

Binaan frasa nama bagi inti + inti penerang nama kegunaan ialah merujuk

kepada fungsi atau peranan kepada inti. Perkataan yang menjadi penerang

adalah terdiri daripada perkataan berawalan peN -.

Bil Frasa nama Muka surat

1. Tangki perangkap 13

2. Palam pencucuh

Jadual 5: contoh inti + inti penerang nama

Berdasarkan jadual 5, pengkaji telah memperolehi frasa nama jenis inti

+ inti penerang nama sebanyak 2 yang terdiri daripada “ Tangki

perangkap dan juga Palam pencucuh “

2. Inti + inti penerang nama khas

Frasa nama jenis ini pula merujuk adalah kepada nama khas atau khusus

bagi menerangkan inti

12
Bil Frasa nama Muka surat

1. Lautan Hindi

2. Kereta Kancil

3. Kerusi Licca

Jadual 6 : Inti + inti penerang nama khas

Berdasarkan jadual 6, bagi frasa nama inti + inti penerang nama khas

pengkaji memperolehi sebanyak 3 yang terdapat di dalam buku kei

kompek iaitu “lautan hindi, kereta kancil dan kerusi licca”.

3. Inti + inti penerang nama tempat

Frasa nama bagi jenis inti + intipenerang nama tempat ini adalah merujuk

kepada lokasi inti yang telah diterangkan.

Bil Frasa nama Muka surat

1. Orang kampung 34

2. Pakir istana 48

Jadual 7 : Inti + inti penerang nama tempat

Berdasarkan jadual 7, terdapat 2 frasa nama yang telah diperolehi daripada

buku majalah kei kompek. Jenis frasa nama yang gtelah diperolehi adalah

terdiri daripada inti +inti penerang nama tempat iaitu “ Orang kampung

dan juga pakir istana”.

13
4. Inti + inti penerang nama penyambut

Bagi penerang nama penyambut ini adalah adalah merujuk kepada perkara

atau benda yang menjadi objek atau penyambut kepada inti. Kebanyakkan

kata nama yang berfungsi sebagai inti adalah kata nama yang berimbuhan

pen-.

Bil Frasa nama Muka surat

1 Penukar rim

Jadual 8 : Inti + inti penerang nama penyambut

Manakala bagi jadual 8, terdapat 1 sahaja jenis frasa nama inti + inti

penerang nama penyambut yang telah di perolehi daripada buku kei

kompek iaitu “Penukar rim”.

5. Inti + inti penerang nama pengerak

Frasa nama jenis ini adalah menerangan berkaitan dengan inti + inti

penerang nama penggerak yang merujuk kepada daya yang akan

menggerakkan inti.

Bil Frasa nama Muka surat

1 Penapis udara

Jadual 9 : Inti + inti penerang nama pengerak

Berdasarkan jadual 9, hanya terdapat 1 frasa nama yang telah diperolehi

bagi frasa nama inti + inti penerang nama pengerak ialah “ Penapis udara”.

14
6. Inti + inti penerang nama arah

Bagi penerang frasa nama jenis ini adalah merujuk kepada hala atau arah

bagi inti. Penerang jenis ini adalah terdiri daripada kata nama.

Bil Frasa nama Muka surat

1 Roda depan 10

2 Tayar belakang

3 Lampu belakang 8

4 Cermin sisi 25

Jadual 10 : Inti + inti penerang nama arah

Manakala berdasarkan dalam jadual 10, iaitu bagi frasa nama inti + inti

penerang nama arah yang telah diperolehi daripada buku kei kompek

adalah sebanyak 4 yang terdiri daripada” Roda depan,Tayar belakang,

Lampu belakang dan yang keempat ialah Cermin sisi “.

7. Inti + inti penerang gelaran

Bagi binaan frasa jenis ini adalah merujuk kepada nama gelaran atau

panggilan bagi menerangkan inti. Bagi binaan ini adalah merupakan

kekecualian daripada hukum D-M , iaitu penerang terletak di hadapan inti.

Bil Frasa nama Muka surat

1 Datuk Aminar Rashid Salleh

2 Tun Razak

Jadual 11 : Inti + inti penerang gelaran

15
Seterusnya berdasarkan jadual 11, bagi frasa jenis inti + inti penerang

gelaran hanya terdapat 2 yang telah diperolehi oleh pengkaji dalam buku

kei kompek iaitu Datuk Aminar Rashid Salleh dan Tun Razak.

7.2.3 inti + inti penerang bukan nama.

Bagi frasa nama jenis inti + inti penerang bukan nama adalah terbina

daripada inti yang diikuti oleh penerangnya yang bukan daripada kata

nama.bagi binaan frasa jenis ini terdapat 6 jenis frasa penerang bukan

nama bagi frasa jenis ini. Pengkaji hanya memperolehi 2 frasa penerang

bukan nama yang telah diperolehi daripada buku kei kompek.

1. inti + inti penerang kata kerja.

Frasa nama bagi penerang kata kerja adalah merujuk kepada unsur yang

menerangkan perlakuan kepada inti.

Bil . Frasa nama Muka surat

1. Masa beredar

2. Saya bekerja

3. Tegak berdiri

Jadual 12 : inti + inti penerang kata kerja.

Berdasarkan jadual 12, bagi binaan frasa jenis ini hanya terdapat 3 binaan

frasa penerang kata kerja yang telah diperolehi oleh pengkaji antaranya

ialah “ Masa beredar,Saya bekerja dan Tegak berdiri”

16
2. inti + penerang adjektif.

Bagi frasa nama jenis inti + penerang adjektif adalah merujuk kepada

unsur yang menerangkan sifat bagi inti. Perkataan yang menjadi penerang

sifat terdiri daripada kata adjektif.

Bil . Frasa nama Muka surat

1. Pengantin baru

2. Rakan baik

3. Lampu panjang

4. Fabrik lembut

Jadual 13 inti + penerang adjektif

Manakala dari segi jadual 13, terdapat 4 binaan frasa bagi jenis inti +

penerang adjektif yang telah diperolehi oleh pengkaji daripada buku kei

kompak, seperti “ Pengantin baru, Rakan baik, Lampu panjang, dan Fabrik

lembut”.

7.3 FUNGSI FRASA NAMA

Frasa nama yang telah disenaraikan dan dikelompokan oleh pengkaji mempunyai

fungsi tersendiri. Setiap frasa nama yang diambil oleh pengkaji ialah daripada

ayat yang terdapat dalam majalah Kei Kompak. Melalui ayat tersebut, pengkaji

mengetahui fungsi frasa kerja yang telah disenaraikan oleh pengkaji.

Untuk perenggan kedua dan seterusnya, mula menaip di sini (inden 5).

xxx xxx xxx xxx xxx xxx xxx.

17
8.0 RUMUSAN KAJIAN

Mulakan menaip di sini. Rumusan kajian mesti mengandungi kesimpulan berkaitan

fakta daripada dapatan kajian, serta rumusan daripada dapatan kajian yang

dihasilkan. Boleh mulakan ayat dengan: Sebagai rumusan, dapat dibuktikan / dapat

dikatakan bahawa ...

Untuk perenggan kedua dan seterusnya, mula menaip di sini (inden 5). xxx xxx

xxx xxx xxx xxx xxx.

9.0 PENUTUP

Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa frasa nama ialah frasa yang intinya terdiri

daripada kata nama yang mengandungi satu kata atau lebih, dan kata intinya ialah kata

nama.

Untuk perenggan kedua dan seterusnya, mula menaip di sini (inden 5). xxx xxx

xxx xxx xxx xxx xxx.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Khair Mohd Nor et.al, Januari 2015. Tatabahasa Asas Edisi Kedua. Cetakan kedua.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sendirian Berhad.

Dr Faridah binti Nazir, 2014. Sintaksis Bahasa Melayu. Terbian Pertama. Selangor: Penerbitan
Multimedia SDN.BHD.

Norina Hasan. “Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu”. Jun 2013. Diakses pada 5 Julai 2018,
daripada http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/konsep-frasa-nama-bahasa-melayu.html .

18
LAMPIRAN

Lampiran 1 (sekiranya lebih dari satu lampiran)

19
Lampiran 2 (sekiranya lebih dari satu lampiran)

20

You might also like