Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

TAJUK 28 : PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT : ANTARA REALITI DAN

HARAPAN

PENGENALAN

Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada elemen-elemen kecemerlangan yang ada


di dalam diri penduduk atau sumber manusianya. Kita juga perlu tahu bahawa sumber
manusia ini bertindak sebagai penggerak kepada pembangunan dengan
mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah
negara. Kalau kita perhatikan dahulu mahupun sekarang bangsa-bangsa yang maju
ataupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh
bangsa atau syarikat tadi sememangnya berpaksikan kepada sumber manusia yang
cemerlang ini.
Dalam pada itu seiring dengan perkembangan semasa, kemasyhuran
penggunaan istilah sumber manusia ini mula berkurangan. Sekarang kita lebih selesa
dengan istilah modal insan untuk merujuk kepada sumber manusia. Istilah modal
insan dilihat lebih mesra kerana sumber manusia tadi dianggap seperti modal dan
bukanlah suatu beban atau tanggungan yang perlu dijaga bagi memastikan fungsinya
sebagai pemangkin kepada usaha ke arah pembangunan. Maka tidak hairanlah dalam
pembangunan modal insan, perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan
pembelajaran, baik yang bersifat ilmiah, profesional mahupun vokasional diberi
perhatian yang serius.
Dalam hal ini, faham pembelajaran sepanjang hayat (PSH) berperanan besar
dalam memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar dapat
menghasilkan satu tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh negara atau syarikat
terbabit. Apa yang menjadi persoalan di sini, bagi merealisasikan matlamat PSH ini
bukan lah mudah. Adakah ianya realistik ataupun sekadar harapan semata-mata?
Fahaman pembelajaran sepanjang hayat adalah satu ilham yang terbit daripada
satu laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand yang juga merupakan pegawai yang
bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa (Adult Education
Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965. Di dalam laporan tersebut beliau menyatakan

1
bahawa pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja. Ia
perlu mengiringi seseorang itu di sepanjang hayatnya.
Manakala dalam satu laporan lain yang juga dikeluarkan oleh UNESCO yang
bertajuk "Learning To Be" menyatakan bahawa capaian kepada pendidikan tidak
sepatutnya dihadkan kepada golongan elit atau untuk mereka yang berada dalam
lingkungan umur yang tertentu sahaja. Ia sebaliknya perlu disebatikan ke dalam
keseluruhan anggota masyarakat dan kehidupan setiap ahlinya. Apa yang lebih
penting ialah pembelajaran sepanjang hayat membolehkan semua orang
mendapatkan pengetahuan yang sepatutnya untuk membolehkannya mengambil
bahagian secara cergas sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab.

KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

KONSEP DAN DEFINISI PEMBELAJARAN

Pembelajaran merupakan kaedah memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran


melalui pengalaman, amalan yang dipelajari atau yang diajarkan. Pembelajaran
secara tradisional seperti yang diamalkan oleh kebanyakan pelajar adalah
pembelajaran yang pasif. Mereka menghabiskan kebanyakan masa persekolahannya
dalam suasana pembelajaran yang pasif dengan menghafal semua maklumat yang
disampaikan oleh guru secara syarahan tanpa ada penglibatan pelajar dalam
pembelajaran. Pelajar hanya mendengar syarahan dan mengingati fakta yang
diberikan oleh guru. Kaedah ini lebih pada pembelajaran berpusatkan guru
(Elizabeth et al., 2002).
Pembelajaran yang pasif ini perlu berubah kepada kaedah pembelajaran
dan pengajaran yang aktif untuk membolehkan pelajar memberi tumpuan dalam
pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang aktif dapat merangsang
pelajar dengan mengaktifkan pengetahuan yang sedia ada dan dihubungkaitkan
dengan pengetahuan baru. Pengetahuan yang baru diperolehi ini pula terus boleh
diguna pakai pada masa hadapan (Khoo, 2003).
Salah satu kaedah pembelajaran yang boleh menyediakan pelajar supaya
berkebolehan dalam menyelesaikan masalah secara kritis, berpengetahuan, aktif
dan sedia menghadapi cabaran dunia hari ini adalah kaedah pembelajaran

2
berdasarkan masalah yang menggunakan masalah kehidupan sebenar sebagai titik
permulaan terhadap pembelajaran (William, 2001; Dunlap, 2005). Terdapat banyak
hasil kajian yang dijalankan di negara barat menunjukkan kaedah pembelajaran
berdasarkan masalah merupakan suatu kaedah alternatif dalam menyediakan
pelajar yang boleh menyelesaikan masalah secara kritis, mengutamakan
pembelajaran secara kendiri dan aktif dalam menghadapi cabaran dunia hari ini. Hasil
kajian juga mendapati pembelajaran berdasarkan masalah dapat menambahkan
pengetahuan, perubahan sikap dan amalan pelajar (William, 2001).
Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau
lebih dikenali sebagai kognitif dan kesan daripada proses ini akan dapat dilihat melalui
perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Pemahaman pelajar terhadap
masalah yang dikemukakan merupakan aktiviti kognitif di mana pelajar perlu bersikap
aktif untuk berfikir dan ini adalah hasil sumbangan daripada pengalaman atau
pengetahuan sedia ada pelajar. Manakala menurut Phillips (2000) mengatakan dalam
proses pembelajaran, pelbagai kaedah serta teori telah diutarakan bagi memastikan
proses pembelajaran akan lebih berkesan kepada para pelajar.

KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ataupun pembelajaran sepanjang umur


bermaksud aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat
khususnya orang dewasa. Dalam erti kata lain pembelajaran sepanjang hayat (PSH)
merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program
pemerolehan pengetahuan,kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau
tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja .Daya saing global
dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa
memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka.Hal ini juga dituntut oleh majikan
dan industri bagi meningkatkan produktiviti.Pada masa yang sama,sejajar dengan
pembangunan sosioekonomi negara, individu semakin sedar dan menghayati
keperluan untuk pengayaan ilmu dan kemahiran demi kemajuan dan kepuasan diri.
Untuk itu, PSH melalui pendidikan jarak jauh,e-pembelajaran,pembelajaran di tempat
kerja dan separuh masa telah menjadi sebahagian budaya dan cara hidup ke arah
menyokong pembangunan modal insan selaras dengan keperluan ekonomi

3
berasaskan pengetahuan dan inovasi.Menjelang tahun 2020,pengiktirafan PSH tanpa
mengira masa dan tempat menjadi amalan biasa berpandukan MQF.

PSH dianggap bermanfaat kepada individu kerana ia dapat membaiki kehidupan


seseorang menerusi peningkatan kemahiran kerja, pembaikan sahsiah diri dan juga
penambahan ilmu pengetahuan. Pembelajaran sepanjang hayat meliputi pelbagai
pendekatan untuk belajar. Ini termasuklah:

 Amalan Membaca
 Penyertaan Kursus Jangka Pendek
 Penyertaan Kursus Jangka Panjang
 Penyertaan Ceramah

BELAJAR sepanjang hayat bermaksud menuntut apa juga bentuk ilmu hingga
seseorang itu menghembuskan nafas terakhir. Mereka yang tidak termasuk dalam
golongan ini adalah kumpulan manusia yang dianggap ‘sudah mati sebelum mereka
sebenarnya mati’. Mereka tidak mengambil tahu apa juga yang berlaku di sekeliling
mereka.

Takrif belajar sepanjang hayat ialah membina kemahiran dan ilmu secara
berterusan bagi kehidupan seseorang sama ada secara formal atau tidak formal.
Mereka boleh belajar atau mengambil iktibar daripada sesuatu yang sudah berlaku
seperti sejarah atau sesuatu yang baru seperti perkembangan teknologi.

Setidak-tidaknya, seseorang perlu membaca akhbar atau mendalami soal


agama untuk mempelajari sesuatu yang baru setiap hari. Belajar bahasa selain
bahasa ibunda masing-masing, adalah mempelajari sesuatu yang baru. Di Malaysia
saja, bagi orang Melayu, selain bahasa Melayu dan Inggeris, ada bahasa Mandarin
dan Tamil boleh dipelajari atau bahasa Arab. Begitu juga bagi orang Cina dan India.
Banyak seminar dan forum diadakan membincang soal ini.

Belajar sepanjang hayat dijadikan tajuk perbincangan di seluruh dunia. Setiap


negara sama ada daya usaha kerajaan sendiri, institusi pengajian tinggi, badan bukan
kerajaan, malah parti politik termasuk MCA di Malaysia, menjadikan belajar sepanjang
hayat ini sebagai kempen supaya setiap insan menguasai ilmu. Ia dijadikan agenda

4
penting setiap rakyat. Belajar sepanjang hayat adalah satu nikmat dalam kehidupan.
Belajar adalah satu pencarian yang tidak akan berakhir.

Tidak ada seorang pun boleh mendakwa menguasai segala ilmu dunia.
Sepandai, sebijak dan sepintar mana sekali pun seseorang itu, ilmu yang dimilikinya
hanyalah ibarat setitik air dari sebuah lautan. Begitulah luasnya ilmu.

Konsep belajar sepanjang hayat ini mendapat sokongan seratus peratus di


mana saja ia dibincang, dibahas dan diperkenalkan. Tidak ada seorang pun yang
membantah idea ini. Belajar sepanjang hayat adalah antara topik istimewa yang tidak
ada pandangan negatif di mana saja ia dibincangkan. Ia adalah satu bidang yang
sesiapa juga tidak boleh menganggap mereka terlewat untuk belajar sama ada dalam
bentuk pelajaran akademik atau apa juga bidang kemahiran. Di kelas muzik juga,
kelihatan ramai golongan yang lewat usia, belajar bermain pelbagai alat muzik. Warga
emas yang bermain muzik perkara biasa di Eropah, Jepun, India, Timur Tengah dan
di mana juga. Seorang penyanyi atau pelakon tidak seharus mengakhiri kerjaya
mereka dengan menyanyi atau berlakon.

Universiti Utara Malaysia (UUM) umpamanya menyediakan program khas untuk


mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka boleh melengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan baru dalam bidang pengurusan dan perniagaan untuk
menjadikan industri hiburan lebih menarik. Seorang suri rumah perlu belajar perkara
baru seperti psikologi, komunikasi, kekeluargaan dan sebagainya, selain pelajaran
agama untuk membolehkan mereka lebih memahami cara mendidik keluarga, atau
setidak-tidaknya belajar resipi baru masakan.

Belajar sepanjang hayat tidak bermakna menelaah buku atau menyambung


pelajaran untuk memperoleh dua atau tiga ijazah doktor falsafah (PhD) atau sarjana
dalam bidang yang berbeza. Belajar bermakna mengambil tahu apa juga bidang atau
perkara baru. Sama ada pelajaran ini diperoleh secara teratur atau ‘ad hoc’ tidak
menimbulkan masalah asalkan ia sesuatu yang baru.

ISU DAN CABARAN

5
Secara umumnya,PSH mempunyai konsep untuk memenuhi keperluan individu dan
guna tenaga di samping mewujudkan warganegara yang aktif dan kesaksamaan
sosial.Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010) telah memberikan
penekanan kepada penggalakan PSH dengan menyediakan kemudahan untuk
menguasai ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran walaupun selepas tamat
pendidikan dan latihan formal.PSH yang dilaksanakan oleh IPT adalah melalui
pendekatan pendidikan jarak jauh,pendidikan fleksibel,pengiktirafan pengalaman
bekerja (recognition of prior learning) dan penawaran kursus pendek bagi
peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri.Pendidikan jarak jauh telah lama wujud
di kebanyakan negara dan telah dianggap sebagai suatu model pendidikan yang dapat
memajukan dasar PSH.Ciri pelajar juga telah berubah dari segi umur yang semakin
meningkat dan cara belajar pelbagai mod tanpa batasan masa dan tempat.Antara
kumpulan sasaran utama PSH ialah golongan dewasa yang bekerja,suri rumah dan
warga emas yang mahu memberikan sumbangan kepada negara,menambah baik diri
dan mempelbagaikan kemahiran.
Peruntukan pembangunan modal insan di bawah RMKe-9 adalah sebanyak
RM45.15 bilion.Daripada jumlah ini, sebanyak RM11.27 bilion diperuntukkan untuk
sokongan pendidikan lain dan sebanyak RM 4.793 bilion untuk tujuan latihan.Selain
peruntukan untuk pembangunan modal insan,kerajaan juga telah memperuntukkan
sejumlah RM5.462 bilion untuk program pembangunan belia yang terdiri daripada
latihan kepimpinan,latihan kemahiran, latihan perniagaan,latihan
pengurusan,pembangunan keusahawanan,Rakan Muda dan pencegahan serta
pemulihan. PSH adalah salah satu daripada cabang pengajian untuk individu
mendapat manfaat daripada program yang disediakan oleh pelbagai institusi latihan.
Penjenamaan semula kolej komuniti telah dilancarkan oleh Y.A.B.Perdana
Menteri pada 2 Februari 2007.Penjenamaan ini adalah bertujuan untuk
mempertingkatkan pembangunan modal insan berkualiti melalui tawaran program
pengajian di peringkat diploma,dan menggalakkan kolaborasi antara kolej komuniti
dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta swasta.Di samping itu,di bawah
penjenamaan semula ini,kerajaan juga menyediakan bantuan kewangan kepada para
pelajar yang layak di peringkatsijil.Penyediaan kurikulum dan pelaksanaan program
pengajian di peringkat diploma sedang digubal oleh Jabatan Pengajian Politeknik dan
Kolej Komuniti (JPPKK).Kini,setelah 6 tahun beroperasi sejak tahun 2001, terdapat 37
buah Kolej Komuniti di seluruh negara yang memberikan peluang kepada semua

6
lapisan masyarakat untuk mendapatkan latihan dan kemahiran.Sebanyak 25 buah
Kolej Komuniti akan dibina di bawah RMKe-9 dengan peruntukan kira-kira RM500 juta.
Pembaharuan yang dilaksanakan oleh kolej komuniti melibatkan penawaran kursus
yang relevan dengan keperluan industri dan memperkukuh hubungan rangkaian
strategik dengan industri yang bertujuan untuk menghasilkan pelajar berdaya saing
dan meningkatkan peluang pekerjaan.
Pada tahun 2001,apabila kolej komuniti ditubuhkan,enrolmen pelajar adalah
seramai 1,108 orang.Pada tahun 2006,jumlah enrolmen pelajar telah meningkat
kepada 11,193 orang,dan peningkatan ini menggambarkan kenaikan melebihi 10 kali
ganda dalam tempoh 2001- 2006.Oleh itu,kolej komuniti bukan sahaja terkenal tetapi
yang lebih penting menjadi laluan alternatif pengajian kepada pelajar berkaitan.
Dengan penambahan kapasiti dan penjenamaan semula kolej komuniti, jumlah
enrolmen pelajar akan terus meningkat menjelang tahun 2020. Institusi pengajian
tinggi utama yang menyediakan peluang untuk PSH ialah Universiti Terbuka Malaysia
(OUM)9yang ditubuhkan pada tahun 2002.Kini,OUM mempunyai jumlah enrolmen
pelajar melebihi 50,000 orang.Peranan OUM diperlengkap oleh Universiti Tun Abdul
Razak (UNITAR) yang kini mempunyai enrolmen pelajar melebihi 10,000 orang dan
Universiti Terbuka Wawasan (WOU) yang baru beroperasi telah mempunyai lebih 1000
pelajar pada sesi Julai 2007/2008. Berdasarkan prasarana yang sedia ada,jaringan
kerjasama yang telah terjalin,promosi dan kemudahan pengajaran serta pembelajaran
yang diterajui oleh IPTS,maka IPTS tersebut berupaya untuk menjana dan
mempertingkatkan bilangan enrolmen pelajar PSH menjelang tahun 2020.
Keperluan latihan dan pendidikan berterusan adalah kerana tekanan perubahan
ekonomi, kemajuan teknologi dan persekitaran global menyebabkan berlakunya
perubahan persekitaran di tempat kerja. Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah
kombinasi proses pembelajaran secara berterusan di mana seluruh individu dan
minda melalui situasi yang berubah-ubah untuk menghasilkan perubahan berterusan
seseorang. Polisi PSH adalah sebahagian usaha kerajaan Malaysia untuk pelaburan
terhadap rakyat. Pembangunan sumber manusia berterusan untuk mengekalkan
strategi utama memastikan tenaga pekerja di Malaysia mampu bersaing di peringkat
global. PSH menjadi wacana kepada latihan pendidikan untuk meningkatkan prestasi,
kerja dan pengetahuan, kemahiran dan tahap pendidikan seseorang individu.
Setiap orang boleh belajar bagi meneruskan bidang yang sama mereka ceburi
atau bidang baru mengikut minat masing-masing. Seseorang profesor mungkin perlu

7
belajar mengenal bunga dan bercucuk tanam yang sebelum ini begitu asing baginya.
Profesor Diraja Ungku Aziz umpamanya terus belajar hingga ke hari ini dan
mengumpul ribuan pantun Melayu yang dianggap sebagai khazanah bangsa. Ada juga
orang yang sudah lewat usia baru mahu belajar mengenai enjin kereta.
Selama ini dia hanya tahu menghidupkan enjin dan memandunya manakala
menghantarnya ke bengkel bila ada masalah atau rosak. Seorang doktor atau peguam
mungkin boleh belajar menulis untuk membolehkan mereka menulis pengetahuan dan
pengalaman mereka supaya menjadi iktibar kepada orang lain. Seorang menteri perlu
belajar pelbagai bidang baru sekurang-kurangnya melalui pembacaan untuk
memudahkan mereka melakukan perubahan membangunkan rakyat dan negara.
Sudah tentu seseorang Perdana Menteri atau Presiden sesebuah negara perlu
mengetahui pelbagai perkara melebihi daripada orang lain. Ini bermakna bangun saja
dari tidur hinggalah melelapkan mata, mereka belajar dan terus belajar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah seseorang yang
mementingkan ilmu dan menerima hakikat bahawa setiap orang perlu belajar
sepanjang masa. Pelbagai perubahan yang dilakukannya untuk Malaysia adalah
berasaskan ilmu baru yang dipelajarinya dengan pelbagai cara untuk membangun
rakyat dan negara ini.Seperti pernah dilaporkan, Najib sendiri mengikuti pelbagai
kursus terbaru mengenai Strategi Blue Ocean yang disampaikan oleh penulis buku
berkenaan, W Chan Kim
Hari ini kita dengar ramai yang belajar separuh masa – siang bekerja, malam
menghadiri kelas atau kuliah. Semua ini dilakukan kerana mereka sedar pentingnya
ilmu dan pelajaran. Walaupun sekarang mereka ialah seorang kerani, dalam tempoh
beberapa tahun akan datang, mereka mungkin dipertimbang ke jawatan lebih tinggi
jika mempunyai diploma, ijazah atau ijazah lebih tinggi daripada itu. Tidak ada seorang
pun boleh mengatakan bahawa belajar itu adalah sesuatu yang merugikan sama ada
dari segi wang, tenaga dan masa. Kerajaan menyediakan segala peluang untuk
menggalakkan seseorang itu terus belajar. Cuba pandang di sekeliling. Setiap
perubahan adalah berpunca daripada idea baru yang dijelmakan hasil daripada
pelajaran. Ahli sains dan teknologi dalam bidang teknologi komputer dan teknologi
maklumat umpamanya, malah jurutera dan juruteknik wajib terus belajar untuk
mencipta sesuatu yang baru dan bersaingan. Jika tidak, mereka akan ketinggalan.
Tambahan pula, fenomena globalisasi akan terus memberi impak dan cabaran
kepada semua negara di dunia khususnya di negara membangun seperti Malaysia.

8
Untuk mengatasi cabaran globalisasi, Malaysia perlu mengatur strategi serta
mengambil langkah proaktif untuk mengupayakan dirinya berdaya saing dan terus
maju melalui pencapaian modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan
berpengetahuan tinggi.
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan saluran pembelajaran
sepanjang hidup utama bagi seseorang individu, sehaluan dengan sistem pendidikan
negara dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, prauniversiti
dan seterusnya pengajian tinggi. Malah PSH merupakan tonggak ketiga dalam
pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain daripada
pendidikan asas dan pendidikan tertiari negara.
Program PSH adalah agenda utama negara dalam pembangunan modal insan.
Berdasarkan Pelan Induk PSH untuk Malaysia 2011-2020, fokus diberi kepada
kumpulan peserta yang berumur antara 15 hingga 64 tahun memandangkan kumpulan
tersebut merupakan golongan rakyat yang masih aktif dan produktif bagi memaju dan
membangunkan ekonomi negara.
Dalam konteks keperluan negara, PSH ditakrifkan sebagai semua
pembelajaran yang dilalui oleh seseorang individu dalam lingkungan umur 15 tahun
ke atas kecuali pelajar profesional. Pelajar profesional adalah golongan pelajar yang
menyertai pendidikan sepenuh masa sama ada di sekolah, kolej, institusi latihan
ataupun universiti dengan matlamat akan memasuki pasaran kerja buat pertama kali
bagi individu tersebut.
Unjuran penduduk Malaysia adalah seramai 34.2 juta orang menjelang tahun
2020 dan golongan pekerja yang berada dalam lingkungan umur antara 15 hingga 64
tahun adalah sebanyak 26.2 juta orang. Maka potensi dan permintaan untuk program
PSH disalurkan kepada rakyat jelata adalah jelas bagi tujuan peningkatan kemahiran
dan pengetahuan yang seterusnya dapat menyumbangkan nilai dan pembangunan
ekonomi negara. Sasaran Pelan Induk Pembudayaan PSH untuk Malaysia adalah
50% daripada penduduk berumur 15 hingga 64 tahun akan berpeluang menyertai
program peningkatan diri PSH menjelang tahun 2020. Usaha ini akan memberi
manfaat kepada sekurang-kurangnya 13.1 juta orang penduduk.
PSH yang dilaksanakan oleh IPT menggunakan pendekatan pendidikan jarak jauh,
pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja (recognition of prior
learning) dan penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan dan
kemahiran diri. Asas penubuhan dan kepentingan Projek Agenda Kritikal (CAP)

9
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah bagi membudayakan PSH dan
memperkasakan program dan aktiviti PSH melalui:
 Peningkatan kesedaran dan penyertaan PSH;
 Pewujudan mekanisme dan infrastruktur yang dapat memudah cara serta memberi
pengiktirafan dan akreditasi PSH;
 Penyelarasan program PSH oleh semua institusi / agensi di bawah KPT agar tiada
pertindihan program dan aktiviti;
 Penggalakan perkongsian sumber dan infrastruktur dalam melaksanakan PSH;
 Sokongan kewangan dan insentif yang sewajarnya; dan pemantauan program
aktiviti PSH secara berkala.

MINI KAJIAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

MINI KAJIAN 1

KEPERLUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT BAGI TENAGA PENGAJAR


DI INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN DI MALAYSIA oleh Mimi Mohaffyza binti
Mohamad & Che Munira binti Che Razali (Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia)

Fokus terhadap pengisisan PSH di dalam kajian ini adalah untuk mengkaji
keperluan PSH dalam kalangan tenaga pengajar di institut latihan kemahiran di
Malaysia. Objektif kajian adalah untuk menganalisis kemahiran sedia ada tenaga
pengajar sama ada sesuai atau tidak dengan kehendak industri, mengenalpasti latihan
yang diperlukan, mengkaji hubungan yang signifikan terhadap perlaksanaan PSH
untuk meningkatkan kemahiran teknikal tenaga pengajar dan berdasarkan daripada
keperluan-keperluan yang dianalisis satu profil PSH akan dihasilkan. Kajian ini telah
dijalankan di dua buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan
kursus-kursus di peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan dalam bidang kemahiran.
Kajian dijalankan untuk mengetahui perlaksanaan PSH di institut berkenaan dan hasil
dari maklumbalas dan dokumen-dokumen yang diperolehi satu profil PSH khusus
untuk tenaga pengajar kemahiran akan dibangunkan. Teori perlaksanaan PSH oleh

10
Micheal dan Diane yang telah diubahsuai dari mengikut kesesuaian kajian akan
digunakan sebagai panduan pembangunan profil ini di samping data-data uyang
diperolehi dari institut kemahiran yang dipilih sebagai lokasi kajian. Sesi temubual,
dokumen analisis dan edaran soal selidik adalah instrumen yang akan digunakan
untuk membangunkan item latihan kemahiran

MINI KAJIAN 2

PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: ISU,CABARAN DAN PERANAN


SEKOLAH MEMBANGUN MODAL INSAN DALAM KOMUNITI SETEMPAT
oleh Ramlan Bin Zainal Abidin,Dr. Ahmad B. Esa Prof. Dr. Wan Mohd. Rashid B. Wan
Ahmad (Fakulti Pendidikan Teknikal ,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)

Dalam kehidupan bermasyarakat pendidikan tidak formal telah berlaku sejak


zaman berzaman lagi sebagai pusingan untuk meneruskan kehidupan dikenali
sebagai pendidikan seumur hidup. Perubahan yang berlaku di era globalisasi di mana
ekonomi berteraskan ilmu pengetahuan menjadikan pendidikan sepanjang hayat
sebagai agenda kerajaan untuk mencorak modal insan mengikut acuan semasa.
Walaupun kadar celik huruf tinggi dan masyarakat Malaysia pandai membaca, menulis
dan mengira tetapi mereka kurang berminat dan bersemangat untuk membaca bagi
meluaskan ilmu pengetahuan dan pemikiran mereka. Banyak institusi yang telah
mempelopori kursus pembelajaran sepanjang hayat namun tidak ada perubahan yang
ketara untuk mengubah persepsi negatif ini. Cabaran seterusnya ialah bagaimana
untuk membudayakan ilmu di dalam komuniti setempat dan tahap pendidikan di
negara kita dikatakan kian merosot. Kertas kerja konsep ini mencadangkan sekolah
yang dilihat mempunyai potensi yang besar kearah itu memandangkan pengiktirafan
sekolah sebagai pusat sosialisi, kedudukannya yang hampir dihati masyarakat dan
amalan kolaborasi boleh membawa kepada menang-menang kepada sekolah dan
komuniti. Apa yang diperolehi daripada pemerhatian dan literatur ialah kekangan dan
halangan yang utama adalah terletak kepada kepimpinan sekolah di mana mereka
juga kurang mendapat tempat dalam kepimpinan komuniti setempat

MINI KAJIAN 3

11
TAHAP KEFAHAMAN DAN AMALAN KONSEP PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT
DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT SPH DI UTM Yek Leh Chiong
(Universiti Teknologi Malaysia)

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti Tahap Kefahaman Dan Amalan


Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) Dalam Kalangan Pelajar Tahun
Empat SPH Di UTM. Seramai 89 orang pelajar tahun empat SPH dikaji dalam
kajian kes ini. Segala maklumat dikumpulkan melalui instrumen soal selidik.
Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dengan Alpha Cronbach dan
memperolehi nilai 0.92. Data- data yang dikumpulkan seterusnya dianalisis
dengan menggunakan perisian Pakej Statistik bagi Sains Sosial (SPSS) versi 15.
Hasil kajian ini menunjukkan tahap kefahaman dan pengamalan pelajar terhadap
pendidikan sepanjang hayat adalah tinggi. Selain itu, hasil kajian juga
menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor yang boleh mendorong pelajar
dalam mengamalkan pendidikan sepanjang hayat. Walaupun tahap
kefahaman dan pengamalan adalah tinggi, pengkaji akan mengemukakan
beberapa cadangan bagi membolehkan pendidikan sepanjang hayat difahami
dan diamalkan pada tahap yang maksimum.

KEKANGAN DAN HALANGAN MEREALISASI PSH

Dewasa ini banyak instusi pendidikan yang lain telah melaksanakan program
pembelajaran sepanjang hayat seperti kolej komuniti Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia namun ia dilihat sedikit masalah kerana ia lebih bersifat nasioanal dan kurang
memahami budaya setempat. Tedapat jurang yang besar dari segi pergaulan dan
memahami keperluan komuniti setempat juga mengundang pelaksanaan kursus

12
pembelajaran sepanjang hayat menjadi perlahan. Sekolah dilihat sangat bersesuaian
jika sekadar mengendalikan kursus-kursus pendek sepanjang hayat. Penekanan
hendaklah diberi bagi meningkatkan peluang mendapatkan pendidikan pada semua
peringkat sejajar dengan pendemokrasian dasar pendidikan (Mohd. Ismail, 2005).
Kekangan dan halangan yang utama adalah disandarkan kepada kepimpinan sekolah
kerana kunci pelaksanaannya terletak ditangannya iaitu guru besar atau pengetua
sekolah. Sejauh manakah guru besar memahami bahawa peranan mereka sangat
besar bukan sahaja kepada pendidikan formal di sekolah tetapi juga pendidikan tidak
formal dalam komuniti setempat. Namun peranan guru besar dalam komuniti kian
terhakis menjadikan mereka kurang mendapat tempat dalam pimpinan komuniti
berbanding di era awal kemerdekaan.
Pelaksanaan program pembelajaran sepanjang hayat bukanlah terpikul
sepenuhnya kepada kepimpinan sekolah tetapi ia berperanan sebahagian daripada
anggota komuniti untuk memberi idea intelek yang boleh menggerakkan aktiviti
tersebut. Guru perlu menjadi pelopor kepada penghayatan pendidikan sepanjang
hayat (B.H Rabu, 16 Mei 2007). Kepimpinan sekolah merupakan individu yang penting
untuk membangunkan komuniti seiring dengan peranan ketua kampung dan penghulu
mukim. Mereka dilihat lebih memahami keperluan masyarakat malah lebih dekat
dengan ibu bapa dan penjaga murid sekolah. Kepimpinan sekolah tidak perlu
mengorbankan peranan sekolah terhadap pendidikan formal. Apa yang komuniti
perlukan ialah idealisme kepimpinan sekolah disamping memberi sedikit ruang kepada
komuniti menggunakan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan kepentingan murid-
murid sekolah.
Kepimpinan sekolah tidak perlu merasakan idea dan konsep ini sebagai
beban kepada sekolah tetapi mesti melihat kaedah mengajar orang-orang dewasa
sebagai cabaran dan bukan halangan kepada pelaksanaan program pembelajaran
sepanjang hayat. Sekolah perlu menjadi peneraju dalam menggerakkan guru-guru
bukan sahaja menguasai pedagogi tetapi juga menguasai andragogi. Andragogi atau
pembelajaran orang dewasa adalah proses berterusan dalam jangka masa yang
panjang dimana melibatkan mereka yang sudah matang dari segi pemikiran (Mohd.
Azhar et.al., 2004). Cara sebegini sangat berkesan kerana melalui penglibatan
mereka mengajar orang-orang dewasa sebagai pengalaman baru.

13
KESIMPULAN

Kesimpulannya, PSH perlu menjadi amalan hidup setiap rakyat Malaysia yang
dahagakan ilmu dan berusaha meningkatkan kemahiran dan kemajuan diri bagi
mencapai apa jua matlamat dan objektif mereka.Setiap individu berpeluang mengikuti
PSH tanpa mengira di mana mereka berada, dalam apa-apa jua keadaan atau
situasi,umur dan latar belakang mereka.Usaha yang dilakukan oleh KPT bagi
memberikan pengiktirafan dan menambah laluan PSH merupakan kesinambungan
daripada strategi yang dilaksanakan oleh beberapa kementerian dan agensi sebelum
ini.PSH boleh dijadikan sebagai satu budaya setiap individu yang berbilang kaum di
Malaysia yang dapat menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti
dan seterusnya kepada kemajuan negara.Sebagai kesimpulan,KPT mempunyai
peranan dalam usaha menyemarakkan pertumbuhan PSH melalui peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran,penyediaan penarafan,peningkatan akses pendidikan
tertiari serta peningkatan pelbagai mod dan laluan kepada setiap individu

Menurut Knassel, Meed and Rossetti (2000), kepentingan pembelajaran


sepanjang hayat ini dapat dikenalpasti menerusi tiga (3) sebab utama yang dikenali
juga sebagai "The Three Es" iaitu employment (pekerjaan), empowerment (memberi
kuasa) dan enjoyment(keseronokan).
Dalam arus persejagatan yang dialami sekarang, kemampuan seseorang
menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran baru merupakan kunci utama untuk
mendapatkan tawaran pekerjaan. Di dalam masyarakat workaholic seperti bangsa
Jepun, kesedaran tentang kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini
mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai "employability fever" di mana ahli
masyarakatnya bersikap tekad untuk memiliki kelulusan atau kemahiran tertentu bagi
menjamin mereka memperolehi peluang pekerjaan di dalam bidang yang mereka
minati.
Jika di peringkat orang perseorangan, pembelajaran sepanjang hayat ini
merupakan satu kelebihan bagi mendapatkan peluang pekerjaan tetapi di peringkat
syarikat mahupun negara, ia merupakan pemangkin utama untuk meningkatkan
penguasaan pasaran dan mencapai daya saing ekonomi yang mapan.
Apabila seseorang itu memperolehi pekerjaan yang diingini menerusi
kesungguhannya mempelajari sesuatu yang baru atau sesebuah negara mencapai
daya saing yang tinggi hasil kecemerlangan yang ditunjukkan oleh rakyatnya, secara

14
tidak langsung mereka mempunyai lebih keupayaan atau kuasa untuk menentukan
hala tuju yang ingin dicapai seterusnya. Inilah juga yang dirujuk oleh Knassel, Meed
and Rossetti tadi sebagai empowerment.
Selain memberi ruang yang lebih dalam bidang pekerjaan mahupun keupayaan
dalam menentukan sesuatu, pembelajaran sepanjang hayat juga merupakan satu
keseronokan(enjoyment) kepada mereka yang cintakan ilmu pengetahuan dan
sesuatu yang baru. Dalam banyak keadaan, belajar kerana seronok akan
memudahkan lagi usaha memahami atau menghayati sesuatu perkara dan seterusnya
akan mendorong seseorang itu untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang
perkara tersebut.
Jika kita ingin mengaitkan konsep pembelajaran sepanjang hayat ini dengan
ajaran agama Islam, ia bukanlah sesuatu yang sukar. Malah wahyu pertama yang
diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w di dalam surah al-‘alaq adalah berupa satu
suruhan supaya baginda membaca walaupun baginda seorang yang buta huruf
(ummiyy) dan sudah berusia 40 tahun pada masa tersebut.
Justeru, intisari wahyu pertama itu juga menjelaskan kepada kita bahawa Allah
s.w.t mewajibkan umat manusia supaya menuntut ilmu pengetahuan. Selain daripada
itu, apa yang dapat dicerap daripada wahyu ini juga ialah batas usia mahupun
kekangan-kekangan yang ada, baik yang berupa halangan kebendaan, kewangan
mahupun fizikal tidak seharusnya dijadikan sebagai suatu halangan kepada kita untuk
menuntut ilmu kerana dalam agama Islam ia merupakan satu proses yang berterusan
dan berpanjangan.
Arahan ini diperkukuhkan lagi oleh sabda nabi s.a.w di dalam satu hadis yang
diriwayatkan oleh Ibn Majah yang bermaksud : "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas
tiap-tiap orang Islam."
Tanpa menjurus kepada satu lingkungan umur yang tertentu, kefarduan yang
termaktub di dalam hadis di atas dapat difahami sebagai merangkumi semua peringkat
usia umat Islam, baik yang muda mahupun yang dewasa atau yang tua, kaya mahupun
miskin. Jika kita kembali kepada sejarah kegemilangan ilmuwan Islam, pemahaman
bahawa ilmu itu wajib dituntut walau dalam keadaan apa jua sekalipun telah
melahirkan tokoh-tokoh terbilang seperti Iman Shafie (lahir sebagai seorang anak
yatim yang miskin), Ibn Taimiyyah (lahir semasa keadaan siasah Islam berada dalam
kacau bilau, al-Jahiz (seorang abdi berkulit hitam) dan lain-lain lagi.

15
Dalam konteks negara Malaysia, usaha untuk menyemarakkan faham
pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dilihat menerusi iltizam kerajaan yang
dinyatakan di dalam Teras Kedua Misi Nasional yang dimuatkan di dalam Rancangan
Malaysia Ke-9. Walaupun dalam hal ini, kerajaan kita agak terlewat jika dibanding
dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Korea Selatan mahupun Singapura
kerana mereka bermula seawal pertengahan tahun 1990 an dan awal 2000 lagi, tetapi
ia bukanlah satu alasan untuk kita tercicir daripada arus kemajuan dalam bidang
keilmuan ini.
Pernyataan Teras Kedua itu antara lain menegaskan bahawa kejayaan negara
bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki. Sehubungan dengan itu, kerajaan
Malaysia telah membuat iltizam untuk melaksanakan usaha penambahbaikan sistem
pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra sekolah hinggalah ke
peringkat tinggi dan juga vokasional.
Tidak seperti Knassel, Meed and Rossetti yang hanya menggariskan unsur
peluang pekerjaan, keupayaan dan keseronokan sebagai dorongan utama kepada
seseorang itu untuk belajar, matlamat pembangunan modal insan kerajaan Malaysia
adalah lebih syumul dan bersifat lebih bersepadu (holistic). Ia berhasrat untuk
melahirkan modal insan yang tinggi daya akal fikirannya tetapi pada masa yang sama
mempunyai keperibadian yang unggul.
Apapun, kita sememangnya mengimpikan apa yang direncanakan kerajaan
menjadi suatu realiti dan bukannya harapan semata-mata. Apalah guna menjadi satu
bangsa yang maju jika kepentingan akhlak dan budi pekerti dikesampingkan.
Sebaliknya kita mahu menjadi satu ummah yang seimbang dan cemerlang dalam
semua perkara. Ini adalah bertepatan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh
Ahmad dan al-Hakim di mana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:Kemuliaan
manusia adalah agamanya, harga dirinya (kehormatannya) adalah akalnya dan
ketinggian kedudukannya adalah akhlaknya.

16

You might also like